Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan

“Satu lagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialah
Kemahiran Berfikir. Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan semula jadi.
Kepintaran akal atau ‘intelligent’ tidak bererti mempunyai kemahiran berfikir sekiranya
ia tidak menguasai kemahiran itu.”

(Wan Mohd Zahid Mohd Noordin:1993, Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian)

Definisi & Tujuan Kemahiran Berfikir

1. “George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan
pelakuan semula jadi yang kompleks.”

2. “Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran


lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga
berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.”

3. “Meyer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-


operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang
bertujuan menyelesaikan masalah.”

4. “Chaffee (1988) pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan
dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.”

5. “Vincent Ryan Ruggiero (1991) pula menyatakan berfikir ialah apa sahaja aktiviti
mental yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan masalah, membuat
keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami sesuatu (mencari
jawapan dan mendapatkan makna)”

1
6. “Fraenkel (1980) pula berpendapat bahawa pemikiran merupakan proses
menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, dan pemahaman terhadap sesuatu,
membuat pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan masalah.”

7. “John Barell(1991) “…. I define thinking as a search for meaning and


understanding that can involve the adventurous generation of options, the attempt to
arrive at logical, reasonable judgements and reflection on the proses.”
(merupakan kecekapan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, menjelajahi pelbagai kemungkinan idea, membuat
keputusan, menyelesaikan masalah, membuat pertimbangan secara logik serta membuat
refleksi atau tinjauan semula terhadap proses pemikiran yang dilalui).

Rumusan Definisi & Tujuan

“Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan


pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan
membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang
dialami”

Budaya Berfikir dapat dipupuk jika


• KBKK diajar secara eksplisit; diaplikasikan oleh murid
• KBKK disepadukan dan disebatikan dalam aktiviti P & P
• KBKK diajar bersama isi pelajaran
• KKKK digunakan untuk memikirkan tentang apa yang dipelajari

2
Kemahiran Berfikir:

Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan


masalah. Proses ini melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea, membuat kesimpulan
untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh digunakan untuk penyelesaian
masalah yang kian mencabar. Proses penyusunan maklumat, konsep atau idea melibatkan
penggunaan pandangan, gambaran, simbol, perkataan, akal dan rangsangan atau
dorongan yang tersembunyi.

Terdapat tiga peringkat pemikiran:


i. concrete thinking (Pemikiran konkrit)
ii. abstract thinking (Pemikiran abstrak)
iii. creative thinking (Pemikiran kreatif)

Teknik-teknik yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir secara


analitis, kritis dan rasional didapati drp Cort Thinking Programme oleh Dr. Edward de
Bono. Kemahiran berfikir seseorang pelajar boleh dipertingkatkan melalui teknik-teknik
perbincangan kumpulan dan penyelesaian masalah.

Pada masa kini, peranan guru telah bertukar bukan lagi menumpukan tugas
mengajar ilmu pengetahuan sahaja tetapi berusaha mengembangkan potensi murid secara
menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar menjadi insan yang berilmu
pengetahuan serta berakhlak mulia, berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta
menjadi insan yang berguna untuk pembangunan Negara.

Untuk menghadapi cabaran-cabaran dan melaksanakan tugas-tugas secara


profesional serta dengan penuh keyakinan, adalah perlu bagi guru berinovatif dengan
menghayati ciri kemahiran berfikir dan berusaha menguasainya dengan baik terutamanya
dalam membuat sebarang keputusan.

3
Tujuan Penyebatian Strategi KBKK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran:
untuk membolehkan pelajar:
a) mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan bijak,
b) mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran berfikir secara lebih
praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
c) menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif,
d) mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur, dan
sempit,
e) meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek
mereka,
f) bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat,
g) membina keyakinan diri untuk berhujah, membuat pertimbangan berdasarkan dan
bukti, serta alasan berani memberi pandangan dan kritik.

Meningkatkan Kualiti Berfikir:


Beri peluang latihan dan aktiviti:
1. Perbincangan dan menjana idea
2. Membuat keputusan secara teliti, bijak dan bertanggungjawab
3. Penyusunan grafik idea berpusat; peta minda
4. Penyusunan grafik idea

4
Berfikir Secara Kritis

- Kemahiran Berfikir Secara Kritis merupakan kecekapan dan keupayaan


menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea
berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah dan mendorong ke arah
pertimbangan yang baik.
- Melibatkan penjelasan idea bagi mempertingkatkan pemahaman dan keupayaan
untuk menggunakan maklumat dengan berkesan.
- Melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk
kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna.

Contoh Berfikir Secara Kritis:


a) membanding dan membeza
b) membuat kategori / klasifikasi
c) menerangkan sebab
d) menentukan sumber yang dipercayai
e) membuat ramalan
f) meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
g) mengusul periksa andaian
h) membuat inferens
i) menilai sesuatu
j) membuat generalisasi

5
Berfikir Secara Kreatif:

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan


minda untuk menjana dan menghasilkan idea yang tidak terhad, pelbagai, baru, asli,
luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah, dan dapat dikembangkan kepada idea
yang lebih luas dan terbuka.

Pemikiran Kreatif:
Pemikiran kreatif berfungsi memperluas dan memperkembang daya imaginasi inovasi
dan kreativiti untuk mendapatkan idea yang banyak, pelbagai dan baru.

Contoh Berfikir Secara Kreatif:

a) menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai


(baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar )
b) mencipta analogi
c) mencipta metafora
d) membuat definisi
e) membuat hipotesis
f) membuat peta konsep

Cara Mengembangkan Dan Meluaskan Idea (Alex Osborn:1963)

• Ubahkan (modify)
• Kecilkan (minify)
• Besarkan (magnify)
• Gantikan (substitute)
• Atur Semula (rearrange)
• Terbalikkan (reverse)
• Gabungkan (combine)

6
Kemahiran Membuat Keputusan dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah.

• Kedua-dua kemahiran ini sebenarnya terkandung dalam kedua-dua domain


KBKK (pemikiran kritis dan kreatif) .

Hemisfera Otak:

Fungsi Hoki:
• Logik
• Analitis
• Urutan
• Bahasa
• Matematik
• Linear
Fungsi Hoka
• Kreatif
• Sintesis
• Global
• Bentuk,corak pola, ruang
• Lukisan, rentak, muzik
• Imej, visual, gamba

Pengurusan Grafik

• Membanding Dan Membeza


• Mengkategori / Klasifikasi
• Menerangkan Sebab
• Meneliti Bahagian Kecil Dan Keseluruhan
• Membuat Ramalan

7
• Membuat Inferens
• Menjana Idea
• Membuat Sekuens
• Mencipta Analogi
• Mencipta Metafora
• Membuat Keputusan
• Mengesahkan Sumber Maklumat
• Menyelesaikan Masalah

Alat Berfikir CoRT 1:

Cognitive Research Trust – CoRT 1


– Menggalakkan individu berfikir secara meluas

• PMI – Plus, Minus, Intersting


• CAF – Consider All Factors
• C & S – Consequence & sequel
• OPV – Other people’s view
• FIP – First Important Priorities
• AGO – Aim, Goals & Objectives
• APC – Alternatives, Possibilities & Choices

Mengaplikasi KBKK dalam P & P:

• What?
• Who?
• When?
• Where?
• How?

8
KBKK Dalam P & P

Penyebatian :
- Dalam pengenalan
- Dalam bahan dan aktiviti
- Dalam refleksi dan metakognitif
- Dalam pengukuhan
- Dalam aplikasi
- Dalam beberapa langkah P & P

Cara Penyebatian:

Cara 1
• Kenal Pasti Komponen
• Tajuk Pelajaran/ Tema
• Bahan
• Kbkk

Cara 2
• Kenal Pasti Kbkk
• Komponen,tema & Tajuk Pelajaran
• Bahan