Anda di halaman 1dari 12

PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Pendekatan yang ditubuhkan mempunyai asas yang kukuh dalam falsafah dan juga teorinya dan
dengan itu percubaan untuk mengaplikasikannya dalam bilik darjah adalah tinggi kemungkinannya
untuk berjaya :

RAJAH MENUNJUKKAN KEDUDUKAN PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN


ISLAM

PENDEKATAN PENDIDIKAN ISLAM

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM TEORI PEMBELAJARAN


1. Amalan
2. hayatan
3. sistem hidup
4. pegangan
5. teras falsafah negara
PEMBENTUKAN KEAKALAN
KEBIASAAN
1. Membentuk tabiat 1. Persepsi dikawal
2. Pengulangan 2. kaitan dengan
alam sekeliling
3. Pengukuhan 3. kefahaman
4. Ganjaran/ denda 4. Gabungjalin
Sebagai rumusan dihuraikan kembali ketiga-tiga aspek tanggapan tersebut sebelum diperincikan
dan digabungjalin menjadi pendekatan pengajaran pendidikan islam yang dikenali sebagai Hayati
Amali.

a) TANGGAPAN ASAS FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

• Agama islam harus dipraktik sebagai satu amalan


• Selepas diamali , ia harus dihayati
• Agama islam ialah satu sistem kehidupan
• Agama islam ialah satu pegangan dan bukan satu keperluan semata-mata
• Falsafah islam haruslah berteraskan falsafah Negara

b) PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGAJARAN AGAMA ISLAM BERDASARKAN


TEORI PEMBELAJARAN PEMBENTUKAN KEBIASAAN

• Pengajaran agama islam pada peringkat awal ialah satu proses pembentuakan
kebiasaan
• Untuk suatu perlakuan menjadi kebiasaan , maka haruslah ada pengukuhan
• Pengukuhan boleh diperoleh melalui berbagai cara . Antaranya ialah ganjaran dan
pengulangan yang serta-merta.
• Deraan walaupun pada tempat-tempatnya berfaedah ,tetapi tidaklah merupakan
sesuatu yang mengubah tingkah laku , bahkan boleh mengurangkan sambutan

c) PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGAJARAN AGAMA ISLAM BERDASARKAN


PEMBELAJARAN KEAKALAN

• Persepsi pelajar haruslah diarahkan kepada ajaran islam mengikut Al-Quran dan
Hadis dan tidak dibiarkan mengikut persekitarannya tanpa kawalan
• Pembelajaran haruslah dikaitkan dengan alam sekeliling pelajaran dan sebab –
musabab keperluan sesuatu hukum atau peraturan
• Penghafalan adalah wajib , tetapi tidaklah boleh digunakan sebagai gantian
kefahaman. Kefahaman akan memungkinkan pembelajaran yang kekal dan tetap
• Setiap pelajran haruslah ada hubungan aspek pelajran lain untuk menggalakkan
pengingatan dan kefahaman konsep agama islam sebagai uatu kesatuan

Berdasarkan pendekatan yand ditentukan itu , maka bolehlah diwujudkan satu kaedah untuk
mengajar pendidikan islam . Kaedah ini dinamakan kaedah Hayati Amali. Prinsip-prinsip asas
kaedah ini adalah seperti berikut :

PRINSIP-PRINSIP KAEDAH HAYATI AMALI


1. Untuk mewujudkan amalan , maka perlulah pelajar menghafal aspek-aspek ibadat agama
islam melalui proses mengulang dan latih tubi . Proses ini haruslah dikuasai melalui prinsip-
prinsip seperti dalam teori pembentukan kebiasaan.
2. Untuk membolehkan proses penghayatan , maka perlulah pelajra memahami aspek-apek
ibadat agama islam melalui prinsip-prinsip seperti yang terdapat dalam teori pembentukan
keakalan.
3. berlanjutan daripada perkara 1 dan 2 di atas maka sewajarnya bahan-bahan yang dikemukakan
kepada pelajar melalui pendekatan induktif dan juga pendekatan deduktif , bergantung kepada
jenis bahan , kematangan pelajar dan juga keupayaan guru.
4. Di samping itu juga ,wajarlah digabungjalinkan kedua-dua pendekatan pembentukan
kebiasaan dengan pendekatan pembentuakan kebiasaan dengan pendekatan keakalan untuk
matlamat akhirnya selain daripada boleh mengamalkan ,mereka juga boleh menghayati
sesuatu amalan.
5. Tiap-tiap aspek pelajaran agama islam dilihat sebagi sebahagian daripada kesatuan yang
menyeluruh (gestalt) kehidupan islam. Tidak boleh dipelajari sesuatu aspek agama islam tanpa
rujukan kepada aspek lain . Di sini perlukan menggabungjalinkan bahan dan isi pelajaran.
6. Tidak mungkin mewujudkan penghayatan terhadap agama islam dalam satu mata pelajaran .
Bagaimanapun setiap pelajaran haruslah menuju kearah penghayatan menyeluruh.
7. Sehubungan dengan prinsip 6 , maka wajarlah setiap pelajaran itu diikuti dengan contoh –
contoh hidup , konkrit dan dekat kepada pelajar untuk membuktikan bahawa Islam itu satu
pegangan hidup , satu budaya dan tidak hanya kepercayaan semata-mata.
8. Dalam tiap-tiap pelajaran perlulah kesedaran secara tidak langsung kepada pelajar akan
konsep falsafah Islam sebagai satu dasar dan teras falsafah Negara.
ciri-ciri kaedah hayati amali

Berdasarkan tanggapan asas falsafah pendidikan islam dan prinsip-prinsip teori pembelajaran dan
pembentukan kebiasaan dan keakalan , maka kaedah hayati amali bercirikan seperti berikut:

1. Pada amnya , kaedah hayati amali bersifatkan induktif dalam teknik penyampaian pelajaran
terutamanya untuk pelajaran yang memerlukan kefahaman , tetapi untuk tujuan membentuk
kebiasaan (amalan) , maka teknik deduktif bolehlah digunakan .
2. Untuk memastiakan agar amalan menjadi satu kebiasaan , maka perlulah digunakan latih
tubi dan pengulangan agar pelajar dapat menghafal bahan yang diajar , terutamanya sekali
untuk pelajaran yang berhubung dengan hukum dan peraturan ibadat dan ayat Al-Quran.
3. Bahan pelajaran pendidikan islam haruslah dipersembahkan sebagi satu kesatuan dengan
maksud bahawa tiap-tiap pelajar adalah sebahagian daripada keseluruhan yang besar.
Dengan itiu konsep gabungjalin isi adalah penting bagi penyedaran pelajar terhadap
konsep islam yang menyeluruh. Ia juga dapa menolong dan mengukuhkan kefahaman.
4. Secara amnya, tiap-tiap satu aspek pelajaran seharusnya diperkenalkan untuk difahami
sebagai satu keperluan hidup islam ,diikuti dengan aktiviti membentuk kebiasaan dan
diakhiri dengan matlamat kearah penghayatan. Pengenalan bahan adalah bersifat susun
lapis daripada pengenalan ke arah kefahaman , amalan dan akhirnya penghayatan.
5. Dalam semua hal , aplikasi teori pembelajaran kebiasaan dan keakalan adalah bersifat
sebagai suatu yang bertimbal balik tanpa membezakan kelebihan antara satu sama lain.
Kedua-duanya mempunyai tempat yang khusus dan tertentu dalam bilik darjah .
6. Dalam kebanyakan hal , walaupun guru memainkan peranan utama sebagai penyampai
ilmu , tetapi guru juga haruslah cuba menggalakkan pembelajaran persendirian oleh pelajar
melalui teknik perjumpaan , penyelidikan , perpustakaan dan sebagainya. Bagaimanapun
aktiviti pembelajaran seperti ini , yang penting untuk melahirkan manusia yang mampu
berfikir , dan haruslah dikawal oleh guru agar tidak terpesong.

Berdasarkan prinsip dan ciri-ciri kaedah hayati amali ini , maka perlaksanaannya dalam bilik
darjah akan merangkumi perkara-perkara berikut :

a) teknik
b) Bahan
c) Penilaian
Rajah Perlaksanaan Kaedah Hayati Amali Di Bilik Darjah

KAEDAH HAYATI AMALI

TEKNIK PENILAIAN
1. Gabungjalin 1. Mengecam fakta
a) isi 2. Analisis
b) teknik 3. Sintesis
2. Latihtubi /hafalan
3. Deduktif
4. Induktif
5. Cerita
6. kejumpaan terpimpin BAHAN

Prinsip Jenis

1. Mudah 1. Teks
2. Praktik 2. Papan Hitam
3. Murah 3. Carta
4. Menarik 4. Surat khabar
5. Majalah
6. Gambar
a) Kaku
b) Bergerak
c) Tayangan
Sebagai rumusan yang ditunjukkan dalam rajah ini jelas menerangkan kedudukan kaedah
pengajaran pendidikan islam seperti berikut :

PENDEKATAN PENDIDIKAN ISLAM

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM TEORI PEMBELAJARAN


1. Amalan
2. hayatan
3. sistem hidup
4. pegangan
5. teras falsafah negara PEMBENTUKAN KEAKALAN
KEBIASAAN
1. Membentuk tabiat 1. Persepsi dikawal
2. Pengulangan 2. kaitan dengan
alam sekeliling
3. Pengukuhan 3. kefahaman
4. Ganjaran/ denda 4. Gabungjalin

KAEDAH HAYATI AMALI

TEKNIK PENILAIAN
1. Gabungjalin 1. Mengecam fakta
a) isi 2. Analisis
b) teknik 3. Sintesis
2. Latihtubi /hafalan
3. Deduktif
4. Induktif
5. Cerita
6. kejumpaan terpimpin BAHAN

Prinsip Jenis
5. Mudah 1. Teks
6. Praktik 2. Papan Hitam
7. Murah 3. Carta
8. Menarik 4. Surat khabar
5. Majalah
6. Gambar
a) Kaku b) Bergerak c)Tayangan
MEMBINA PELAJARAN BERDASARKAN PRINSIP-PRINSIP KAEDAH HAYATI
AMALI

Sebelum kita membincangkan cara kita boleh merancang dan membina pelajaran untuk
pengajaran agama islam berdasarkan prinsip-prinsip kaedah hayati amali ,eloklah kita lihat latar
belakang guru serta bilik darjah agama islam di sekolah . Ini ialah untuk memastikan agar sebarang
rancangan pelajaran yang kita binakan itu akan dapat dipraktikkan.
Adalah tidak wajar bagi kita membina sesuatu jika ia tidak dapat dipraktikkan dalam bilik
darjah oleh guru.
Dalam pembinaan rancangan pelajaran ,antara lain ,factor-faktor berikut haruslah diambil
kira.

a) Saiz darajah yang besar


b) Perbezaan keupayaan murid.
c) Keupayaan guru dari segi pengajaran dan tugas luar bilik darjah
d) Penggunaan alatan yang Praktik , mudah diperolehi dan senang disediakan
e) Penggunaan bahan yang sedia ada sepenuhnya.
f) Keperluan pelajar untuk lulus peperiksaan dengan pencapaian yang cemerlang

Dalam semua hal kita harus sedar bahawa seseorang guru harus mengajar lebih daripada 20 waktu
seminggu dan mungkin di berbagai-bagai tingkatan pula. Murid yang dihadapi rata-rata adalah
berbeza keupayaan , pencapaian ,minat dan juga motivasi dalam sebuah tingkatan yang termuat
sehingga lebih daripada 40 orang pelajar. Guru kadang-kadang terpaksa berlawan dengan
kebisingan di bilik sebelah , ataupun di luar darjah . Jadi , gur haruslah mencari jalan agar
tugasnya tidalah menjadi begitu berat tetapi berkesan. Guru juga tidak mampu menyediakan
peralatan yang kompleks kerana selain daripada kekurangan masa dan juga tenaga juga mungkin
sekolah sendiri tidak mampu ataupun lengkap dengan OHP , televisyen , perakam video dan
sebagainya. Guru haruslah menggunakan bahan-bahan di sekelilingnya, yang mudah diperoleh
ataupun disediakan dengan carta-carta yang mudah ,suratkhabar , majalah dan sebagainya. Adalah
disarankan bahawa buku teks harus digunakan untuk sesuatu yang lebih baik. Hanya teknik
penggunaannya saja yang harus diawasi. Guru tidak harus melupakan aspek yang penting bagi
pelajar iaitu keperluan lulus peperiksaan dengan cemerlang.
Berdasarkan faktor-faktor tersebut di atas setiap rancangan pelajaran yang dibina
sebagaimana contoh yang menekankan aspek-aspek berikut :
OBJEKTIF PELAJARAN
Aspek ini penting kerana tanpa mengetahui dengan khusus mengapa guru mengajar sesutu
pelajaran,maka aktiviti selanjutnya akan menjadi seperti kapal tanpa nakhodanya.guru harus
sentiasa sedar akan apa yang ingin dicapainya dari pelajaran yang diajar dan apa pelajar harus
perolehi daripada pengajaranya.objektif pengajaranya haruslah boleh dinilai secara praktik dan
mungkin dicapai dalam satu waktu pelajaran.adalah tidak wajar memberi pelajaran dengan objektif
mpamanya,“supaya murid dapat mempelajari pelajaran.....“ia harus diperincikan secara khusus
kepada“ apakah yang hendak difahami“ dan pada peringkat kefahaman apakah yang ingin dicapai?
juga tidak mungkin dicapai objektif“ menghayati“ dengan mudah. Bagaimanakah hendak menguji
penghayatan ? setiap pengajaran haruslah berobjektifkan yang khusus . Dengan mengetahui apa
yang ingin dicapai dari pelajaran , maka pengajaran guru bolehlah menuju ke arah pencapaina
matlamat tersebut secara keseluruhan . Tidaklah kita pergi ke kedai tanpa objektif membeli belah
tanpa mengetahui apa yang hendak dibeli(adanya senarai) dan apa yang hendak dibelah (adanya
wang) . Begitulah juga dengan objektif pengajaran. Guru haruslah mengetahuinya sebelum is
melangkah masuk ke bilik darjah dengan secara khusus akan apa yang ingin dicapainya selama 40
minit. Objektif inilah yang akan menentukan :

a) Teknik penyampaian
b) Jenis bahan yang hendak digunakan
(termasuklah )
c) Jenis penilaian (ujian) yang akan dikenakan
untuk menguji kefahaman murid.

SET INDUKSI

Tujuan set induksi ialah untuk menyediakan pelajar dengan latar belakang pelajaran dan juga
untuk menarik minat mereka terhadap apa yang mereka akan pelajari pada hari tersebut. Ia
mungkin hanya merupakan menyampaikan satu kalimat“ Hari ini kita akan belajar berkenaan
dengan ....“ataupun jalinan cerita /penerangan berhubung dengan sesuatu yang akan menimbulkan
minat pelajar untuk tujuan mengetahui lagi tentang pelajaran yang akan dipelajari pada hari
tersebut.Kadangkala set induksi adalah panjang tetapi berfaedah untuk latarbelakang pelajaran.
Gambar rajah, cerita daripada suratkhabar dan rakaman radio /televisyen adalah sumber-sumber
yang mudah diperolehi dan berkesan untuk dijadikan bahan set induksi. Adalah lebih berkesan
jika guru menarik perhatian murid terhadap pelajaran yang akan dipelajarainya pada hari itu
dengan memulakan ,“hari ini kita akan belajar berkenaan dengan suatu aspek hukum islam yang
ada hubungan dengan apa yang akan terjadi jika awak melangggar perintahnya.“ Daripada hanya
mengatakan“ pelajaran hari ini bertajuk ....Buka buku muka surat ....“ Murid akan lebih tertarik
untuk mengetahui akan apa yang hendak dipelajari dengan kenyataan pertama daripada kenyataan
kedua kerana guru menimbulkan suasana“ingin tahu“ dengan kenyataan tersebut. Guru yang
kreatif akan lebih berptensi untuk mewujudkan set induksi yang baik.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Alatan yang akan digunakan untuk membantu proses pengajaran adalah terpilih berdasarkan
prinsip :

a) Mudah diperoleh
b) Senang disediakan
c) Murah harganya
d) Keberkesanannya untuk menolong kefahaman
e) Boleh menarik perhatian murid

Dengan itu disyorkan agar :


a) Papan hitam digunakan sepenuhnya dengan teknik –teknik penggunaan yang terancang.
b) Penggunaan manila kad yang murah dan mudah didapati untuk penulisan carta dan fakta-fakta
yang kerap digunakan berulang kali.
c) Buku teks digunakan sebagai bahan pembelajaran asas dan pengukuhan dengan teknik-teknik
penggunaan yang terancang dan khusus.
d) Penggunaan OHP , projector (filem dan slaid) dan lain-lain alat teknologi adalah digalakkan
tetapi patutlah disesuaikan dengan kedudukan kewangan , kemudahan dan aspek praktik alt-
alat tersebut.

Selain daripada bahan-bahan yang berhubungan dengan Agama Islam secara terus ,adalah
disyorkan agar bahan-bahan jenis lain seperti bahan-bahan sains ,sains social ,potongan akhbar
,majalah ,siaran televisyen dan radio digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
kerana, ia secara tidak langsung membantu pelajar untuk memahami apa yang dia pelajari dengan
lebih mendalam lagi tambahan pula apabila bahan-bahan semasa dan tempatan serta dekat dengan
kehidupan pelajar digunakan. Juga pada hakikatnya ,pelajar akan dapat melihat bahawa Agama
Islam itu adalah suatu agama kehidupan seharian dan tiap-tiap ilmu lain(seperti sains dan
sebagainya) adalah ilmu Islam. Murid akan tertarik dengan pelajaran di mana gurunya
menggunakan bahan-bahan yang di luar kebiasaan bahan pembelajaran Agama Islam. Konsep
gabungjalin isi digalakkan.

LANGKAH PENGAJARAN

Dalam merancang pelajaran , kesinambungan dan kelicinan ,satu langkah yang berikutnya adalah
diambil kira. Selain itu, konsep gabungjalin dan teknik juga amat penting. Hal ini kerana setiap
aspek pelajaran Pendidikan Islam itu harus dilihat sebagai sebahagian daripada kesatuan seperti
hubungkait ,umpamanya pelajaran Hadis dengan pelajaran yang telah dipelajarinya dalam
pelajaran Fekah yang lalu. Justeru, secara tidak langsung akan dapat mengukuhkan lagi
kefahamannya tentang Hadith dan pelajaran Fekah tersebut.
Dalam menggabungjalin teknik , adalah tidak wajar bagi guru hanya menumpukan pengajarannya
hanya dengan menggunakan pendekatan yang berasaskan teori pembelajaran keakalan.,jika dia
mengetahui bahawa pendekatan pembentukan kebiasaan adalah lebih berkesan untuk pengajaran
hafalan sesuatu surah umpamanya. Begitu juga dengan pendekatan bilik darjah induktif dan
deduktif. Guru haruslah dapat mengubah-ubah pendekatannya berdasarkan jenis dan kebolehan
murid ,serta jenis dan keperluan bahan isi pelajaran.

AKTIVITI PELAJAR
Dalam semua aspek pelajaran , guru sedar akan proses :
Guru mengajar  murid belajar

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku adalah bersifat dua hala di mana guru dan
murid yang sentiasa berinteraksi. Dalam hal ini pengajaran bukanlah proses satu hala di mana guru
sahaja yang“aktif“ dan bercakap hampir seluruh pelajaran dan murid hanya“pasif“ mendengar
dengan hanya menyahut soalan-soalan guru secara beramai-ramai. Dalam sesuatu pelajaran , guru
hanya berfungsi sebagai pemimpin dan pengggerak pembelajaran dan penglibatan murid yang aktif
di dalam kelas. Oleh itu , guru bolehlah disifatkan seolah-olah“pasif“ dan pelajarlah yang aktif. Ini
kerana yang belajar ialah pelajar. Jadi merekalah yang seharusnya aktif dan sentiasa bekerja
(berfikir) di dalam kelas.
Dalam merancang aktiviti murid ,guru harus memastikan agar setiap murid terlibat dalam
aktiviti tersebut. Kerja-kerja kumpulan kecil, kadangkala lebih berkesan daripada kerja individu ,
kerana selain daripada mempelajari asas-asas kehidupan berkerjasama dan bermasyarakat. Sebagai
panduan am,dalam sesuatu pelajaran ,murid haruslah lebih banyak bertugas dan berfungsi daripada
guru.

KESIMPULAN

Dalam setiap pelajaran guru haruslah sedar akan keperluan untuk mengetahui samada murid
belajar apa yang diajarinya ataupun tidak. Adalah tidak wajar bagi guru untuk mengajar selama 40
minit dan diakhir pelajaran , murid langsung tidak mempelajari sesuatu pun daripada usahanya.
Penilaian adalah bertujuan untuk mengetahui pelajar itu belajar ataupun tidak ,boleh dilakukan
semasa pelajaran dijalankan (dengan menggunakan teknik menyoal yang berkesan ) ataupun di
akhir setiap pelajaran.
Untuk tujuan penilaian di akhir pelajaran ,bolehlah dilaksanakan sebagai penutup pelajaran.
Malahan,penilaian pelajaran sebagai penutup yang menolong guru mengetahui keberkesanan
pelajarannya. Dan juga mengukuhkan pembelajaran pelajar. Aktiviti ini boleh berbentuk kerja
bertulis ,soal jawab ringkas ,ataupun kerja lanjutan di rumah yang harus berbentuk aktiviti
pengukuhan pelajaran yang telah diajar oleh guru. Mungkin juga murid hanya diperlukan menyalin
nota yang diberikan ataupun menyediakan nota dari pelajaran yang telah dipelajari. Semua jenis
penilaian ini harus disemak atau ditanda secepat mungkin untuk tujuan ganjaran dan pengukuhan
pelajaran. Tetapi amat berfaedah sekali jika pelajar dapat mengetahui potensinya berminggu-
minggu selepas usahanya kerana dalam masa tersebut ia mungkin telah melakukan. Semua hasil
penilaian harus mendapat reaksi yang segera daripada guru untuk memastikan keberkesanannya.
KE ARAH KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN