Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN SUKANEKA PJM3112

NAMA PERMAINAN : LARI BERTIGA-TIGA

Peraturan permainan :

1. Permainan ini dibuka kepada 2 kategori, iaitu kategori lelaki dan juga kategori
perempuan.
2. Setiap kumpulan akan menghantar 3 orang wakil mengikut kategori yang
dipertandingkan
3. Tali akan diberikan kepada setiap kumpulan
4. Tali akan diikatkan pada kaki setiap ahli untuk menyambungkan sesama mereka.
5. Peserta perlu berlari secara bertiga-tiga melepasi skital pada jarak yang ditetapkan,
dan akan berlari semula ke garisan penamat.
6. Kumpulan yang pertama sekali menghabiskan larian akan dikira sebagai pemenang.

Dalam sukaneka ini, pertandingan lari bertiga-tiga telah dianjurkan dan


dikelolakan oleh Ajk yang bertugas, iaitu Cassandra Paddy Edwin dan juga Mohd
Khairul Bin Patolga. Pertandingan ini diwakili oleh 3 orang peserta dalam satu
kumpulan, dan kaki mereka akan diikat bersama. Mereka dikehendaki berlari sejauh
30m. Para peserta yang terlebih dahulu menghabiskan larian bersama-sama di
garisan penamat akan dikira sebagai pemenang. Para peserta permainan ini adalah
dari unit PISMP Prasekolah, PPISMP Pendidikan Jasmani dan juga PPISMP BM.
Semasa pertandingan dijalankan, peserta dilihat mengalami sedikit kepayahan untuk
mencari rentak larian, kerana kaki mereka diikat antara satu sama lain.
Walaubagaimanapun, dengan semangat kesukanan dan persaingan untuk
memenangi pertandingan ini, semua peserta dilihat mempunyai kesungguhan untuk
berlari dengan penuh semangat dan menghabiskan larian tanpa mengalami
sebarang keadaan yang tidak diingini.

Anda mungkin juga menyukai