Anda di halaman 1dari 3

Kurang Didikan dan Kefahaman tentang Agama

Faktor utama yang menyumbang kepada punca pembuangan bayi ialah kurangnya didikan dan
kefahamana tentang agama. Didikan agama merupakan panduan dan pedoman hidup
seseorang, justeru itu para remaja ini hilang haluan dan dengan mudah terjebak dengan gejala-
gejala negatif yang boleh menghancurkan masa depan mereka. Remaja yang terlibat dengan
gejala yang negatif seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan cenderung untuk
melakukan dan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyababkan remaja perempuan
akan mengandung sebelum mempunyai ikatan yang sah. Oleh yang demikian, dalam situasi
begini remaja tersebut yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat tidak akan teragak-
agak untuk meninggalkan dan membuang bayi mereka selepas dilahirkan. Lebih memilukan
lagi ada yang sanggup membunuh dan melakukan perbuatan yang kejam terhadap bayi
tersebut untuk menghapuskan bukti hasil hubungan sulit mereka.

Pengaruh Rakan Sebaya


Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah pembuangan bayi di kalangan
remaja ini berlaku. Pada usia yang masih muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan
sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang
negative dan tidak bermoral. Rakan-rakan yang tidak bermoral ini tidak teragak-agak untuk
mengajak reamaja terbabit melakukan perkara-perkara negatif yang melampaui batas agama
seperti berkunjung ke tempat hiburan, minum minuman beralkohol, menghisap dadah, dan
terlibat dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Remaja yang terjerumus dengan
aktiviti-aktiviti yang tidak sihat tersebut, tanpa segan silu akan melakukan seks rambang dan
akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati mereka telah mengandung. Justeru dalam
keadaan terdesak, mereka terpaksa membuang bayi mereka untuk menjaga maruah diri dan
keluarga.

Sikap Ingin Tahu Remaja


Faktor seterusya adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau pun sikap
ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud di dalam diri setiap remaja, dan
biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang
ingin diterokai oleh mereka. Mereka menganggap bahawa diri mereka akan menjadi lebih
matang apabila mereka mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, terutama sekali
seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa di usia remaja inilah mereka sepatutnya
bergembira dan berseronok sehingga melakukan perkara seperti seks bebas. Remaja yang
mempunyai sikap ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru ini sebenarnya tidak
mengetahui baik buruk dan akibatnya yang bakal diterima mereka. Sebagai remaja yang
matang, mereka seharusnya berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara agar
tidak menyesal dikemudian hari.

Sikap Masyarakat
Faktor terakhir ialah sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut
menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila seseorang remaja itu melahirkan
anak luar nikah, sudah semestinya dia akan dihina dan dipandang serong oleh masyarakat
setempat. Secara tidak langsung, remaja perempuan tersebut akan dianggap menjatuhkan
maruah keluarga. Remaja berkenaan akan merasa tertekan menanggung bebanan dan cacian
masyarakat seorang diri tanpa sokongan pelbagai pihak. Demi menjaga imej diri dan keluarga,
remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya untuk menggelakkan
pandangan jijik dan hinaan daripada masyarakat setempat.
http://www.slideshare.net/HafiziGhazali/isi-isi-penting-masalah-pembuangan-bayi

http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=95:punca-dan-cara-
atasi-buang-bayi&catid=15:isu-semasa&Itemid=36

http://my.opera.com/karanganbm/blog/punca-punca-gejaa-pembuangan-bayi

http://my.opera.com/karanganbm/blog/2010/08/21/pembuangan-bayi-mencari-punca-dan-jalan-
penyelasian

Anda mungkin juga menyukai