Anda di halaman 1dari 4

PROSES PERKEMBANGAN PERSONALITI

 Manusia sentiasa bergerak ke hadapan untuk mencari


kesempurnaan hidup (kecenderungan terhadap penyempurnaan
kendiri).

 Konsep Penyempurnaan melibatkan :


a) Kecenderungan bergerak dari struktur yang senang
kepada yang berbeza-beza.
b) bergerak dari bergantungan kepada kebebasan.
c) dari kekekalan dan tegas kepada perubahan dan
kebebasan.
d) aktiviti yang kreatif dilakukan oleh organisme
e) tumpuan lebih kepada keseronokan atau kepuasan yang
didapati dari aktiviti yang meningkatkan pertumbuhan
organisme.
 Individu akan berfungsi untuk mengekalkan
konsistensi konsep kendirinya dengan
menyesuaikan kebanyakan cara individu itu
bertingkahlaku.

 Individu akan berusaha untuk mengekalkan


kekongruenan persepsi kendiri dengan persepsi
pengalamannya.

 Manusia berkecenderungan untuk


mengekalkan organisasinya (strukturnya)
yakni konsep kendirinya.
 Ketidakkonsistenan berlaku apabila konsep
kendirinya bercanggah dengan pengalaman
kendirinya. Maka individu tersebut akan
meletakkan dirinya dalam keadaan tidak
kongruen.

 Keadaan tidak kongruen menyebabkan seseorang


berada dalam keadaan tegang, bimbang dan
bercelaru.

 Fungsi kaunselor membantu individu supaya


dapat menggambarkan pengalamannya dan
seterusnya menimbulkan kesedaran diri.
PROSES SUBCEPTION
(PENERIMAAN SEPARA)
 Manusia sentiasa bergerak untuk mengekalkan
kongruen di antara kendiri dengan pengalaman.

 Apabila terdapat pengalaman yang mengancam,


berkonflik dengan konsep kendiri, kadang-kala
individu memilih untuk menidakkan pengalaman
tersebut kepada kesedaran demi mengekalkan
kekongruenannya.

 Maka, individu akan menggunakan helah bela diri


melalui proses pengherotan (distortion) dan
penafian (denial).

Anda mungkin juga menyukai