Anda di halaman 1dari 3

Satu kebiasaan bagi saya dan rakan- rakan dalam tahun ini begitu aktif di lapangan dakwah

dan tarbiah. Alhamdulillah bermula dengan mukhayyam di Sibu hujung tahun sudah
berterusan pula dengan halaqah setiap minggu. Pertengahan februari yang lepas dengan
Program Kesedaran Keindahan Bersamamu, Seminar Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)
sehinggalah kepada Khemah Ibadah dan yang terakhir adalah Kuliah Maghrib sempena
Perkhemahan Unit Berunifrm Sekolah Rendah dilaksanakan sekali dengan adik- adik sekolah
menengah di SMK Sungai Paoh.

Alhamdulillah respon positif yang kami terima daripada golongan sasar ini. Tarbiah adalah
proses kedua yang kami laksanakan setelah menyelusurinya dengan program- program
dakwah. Teringat kembali kata- kata akhie Abdul Jalil tatkala pertemuan pertama kami di
Pusat Maklumat Islam di Sibu awal mei yang lalu berhubung jalan yang kita lalui ini.
Pentingnya kita memperkasakan golongan sasar atau mad’u kita dalam proses tarbiah itu
agar dakwah berkembang. Mereka golongan sasar ini harus dibangunkan sebagai kader-
kader dakwah, Biar sedikit namun harus berterusan dan tidak putus- putus.

Saya sendiri baru kali pertama berjumpa dengan akhie Abdul Jalil. Sebelum ini hanya
mendengar sahaja tentang karakter beliau. Pada hemat saya, beliau seorang yang lantang
bersuara, berani, mungkin wajahnya agak serius namun berbeza sama sekali apabila saya
membuka pintu menyambut kehadirannya ketika itu. Wajahnya lembut dan apabila mahu
menuturkan bicara membuatkan saya berfikir dahulu wajarkah apa yang saya perkatakan.
Ternyata beliau seorang yang lembut wajahnya. Mengingatkan kita kepada Allah,
subhanallah.

Apa cerita yang pernah saya dengar tentang beliau? Akhie Jalil kian ana kenali di laman
sosial Facebook dalam group Kelab Remaja Islam HIKMAH. Di sana beliau biasanya
merungkaikan kata- kata hikmah buat pedoman remaja sekalian dan pertemuan di PMI
ketika itu adalah yang pertama kali antara saya dan dirinya, kebetulan masa itu adalah
pilihanraya kecil Parlimen Sibu dan belian salah seorang pemerhati politik yang menyaksikan
kerancakan pilihan raya tersebut. Menurut Ustaz Sarbini, akhi Jalil yang pernah sebilik
dengannya bangun setiap malam untuk tahajud dan beliau adalah Pengerusi HIKMAH
Bintulu, seorang yang lantang dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Hal ini adalah
sebab mungkin bagi saya yang membina kekuatan tarbiah di Bintulu sehingga di Bintulu
adanya Madrasah Al Quran yang dipimpin oleh Ustaz Ali Fathullah Harun.

Namun bukanlah saya hendak berbicara tentang akh Jalil tetapi mahu berbicara tentang
insan- insan yang saya kenali sebaya dengan bapa saya. Saya adalah anak sulung dan anak
seorang anggota Polis. Ayah saya seorang anggota polis namun saya tidak juga mengikuti
jejak langkahnya. Dari kecil lagi ayah saya mengingatkan saya tidak perlu menjadi seorang
anggota polis kerana polis waktu kerjanya tidak menentu sehingga selalu tidak bersama
isteri dan anak- anak. Ini adalah kata- kata ayah yang saya saksikan sendiri hakikat dan
kebenarannya. Dari umur saya tiga, empat dan lima tahun lagi saya sudah melihat semua
ini.

Dulu kami sekeluarga waktu itu saya, ayah dan ibu tinggal di Selalang. Selalang waktu itu
jauh berbeza dengan hari ini. Namun rumah tempat kami tinggal masih lagi ada di sana.
Apa yang saya ingat waktu itu, ibu berniaga membuat kuih muih untuk dijual pada sebelah
tengahari di tepi rumah berek kami di mana pelanggannya adalah dari kalangan pekerja-
pekerja kilang berdekatan. Akibat tiada persaingan, maka perniagaan memang
menguntungkan. Ayah pula ketika itu hanya seorang anggota Polis berpangkat Lans
Koperal. Balainya terletak tidak berapa jauh dari rumah lebih kurang sekilometer. Saya ingat
lagi kejadian pada malam itu, awal pagi Pak Cik di sebelah rumah yang juga Ketua Balai
menelefon ke rumah kami mengatakan ada orang dilihatnya di luar kawasan berek kami
mahu mencuri mungkin juga membakar ruma berek tersebut.

Setelah itu saya melihat melalui kaca tingkap bersama dengan ibu melihat ayah dan pak cik
menangkap mereka. Kelihatan dua orang pemuda itu membawa minyak gasoline untuk
membakar berek kami namun berjaya ditangkap malam itu dengan kerjasama jiran- jiran.
Waktu itu, semangat kejiranan dan keakraban dengan jiran adalah begitu akrab sekali.
Ibarat cubit paha kiri paha kanan pun terasa sakitnya. Ternyata pemuda itu adalah dari
Rumah Panjang Kerubong. Mahu membalas dendam kerana ditangkap mabuk maka mahu
membakar rumah anggota Polis. Ketika itu saya baru berusia lima tahun. Ianya bukan
sesuatu yang menyebabkan saya menjadi remaja yang lemah semangat dan penakut.

Kemudian kami berpindah ke Sarikei tinggal bersam datuk dan nenek. Waktu itu datuk sakit
kuat dan kami berpindah. Pada usia saya lima tahun itulah datuk meninggal dan tahun
berikutnya saya belajar di tadika. Hari pertama mendaftar di Tadika Perpaduan Jalan
Century itulah saya mengetahui nama sebenar saya yakni Mohd Sufri. Sebelumnya nama
panggilan di rumah memang berlainan dengan nama sebenar. Kehairanan dan mencetuskan
persoalan di benak saya ketika itu tentang nama menyebabkan saya melihat wajah ibu
dengan kehairanan kerana menganggap ibu tersilap menyebut nama saya. Saya tidaklah
seperti kanak-kanak lain yang ditemani oleh ibu mereka di tadika. Hanya hari pertama
sahaja saya ditemani kemudiannya tidak lagi. Saya sudah ramai kawan dan saya sangat
senang dengan Cikgu Siti dan Cikgu Nor.

Waktu itu ayah saya bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah. Kerja sebelah malam dan on call
adalah kebiasaan bagi ayah. Malahan saya sangat mengenali rakan- rakan dan tuan- tuan
inspector yang sama jabatan dengan ayah. Mereka juga sering dating ke rumah. Waktu
saya tadika barulah kami mempunyai sebuha kereta yakni Mitsubishi bewarna merah
dengan flat BBF manakala kereta mok (pak cik) saya pula Mitsubishi bewarna merah juga
dengan Flat BBE. Saya katakana kereta itu kembar, biasalah kanak- kanak. Tadika tidak lah
jauh dari rumah lebih kurang 500 meter. Pernah sekali ayah lambat datang maka saya
berjalan kaki ke rumah. Bingung ibubapa dan nenek saya. Namun selamat sampai.

Sekian lama ayah bertugas di Sarikei sehinggalah saya memasuki tingkatan satu. Ketika itu
ayah hendak ditukarkan ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Puncak Borneo. Saya pernah ke
sana beberapan kali setiap kali pergi ke Kuching. Terutamanya waktu nenek sakit dahulu
dan dibawa ke hospital Kuching. Kawasannya tinggi dan sejuk. Rumah- rumahnya tinggi dan
ada penjara baru di bahagian awalnya. Namun penjara itu menjadi antara projek
tergendala, entah mengapa. Namun perpindahan itu dapat ditolak ketika itu kebetulan
dengan bantuan Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu. Kemudian, sewaktu saya memasuki
tingkatan lima ayah berpindah ke Balai Polis Belawai kira- kira sejam perjalanan dari Sarikei
menggunakan pengangkutan air.
Maka waktu itu ayah sekali lagi berjauhan dengan kami. Hanya hujung minggu atau apabila
ada kes beliau akan ke Sarikei dan balik ke rumah. Lebih kurang dua tahun ayah bekerja di
Belawai beliau kemudiannya berpindah ke Sri Aman pula. Hal yang sama terus berlaku, ayah
selalunya di rumah pada hujung minggu dan apabila beliau cuti. Ini adalah pengorbanan
seorang ayah kepada keluarganya dan pengorbanan keluarga anggota Polis buat
masyarakat demi keamanan Negara. Saya percaya ini harus berlaku jika tidak, maka
tiadalah orang yang menjadi penjaga keamanan dan penjaga kepada masyarakat yang terus
berhadapan dengan pelbagai kes jenayah saban hari. Hal ini bukan juga melibatkan
keluarga kami tetapi juga keluarga anggota polis yang lain.

Setelah itu

Anda mungkin juga menyukai