Anda di halaman 1dari 5

HBPE 2103 : Pergerakan Artistik Dan Kreatif

Pensyarah : Zaiton Binti Jaafar

Tugasan 1

Huraikan kepentingan guru memberikan pertimbangan kepada ciri-ciri peralatan semasa


mengajar manipulasi alatan dalam pergerakan artistik dan kreatif. Berikan satu contoh
aktiviti yang bersesuaian bagi setiap ciri yang dinyatakan. Gunakan ilustrasi / rajah yang
relevan untuk menyokong setiap jawapan anda.

Manipulasi alatan bermaksud bagaimana cara kita menggayakan atau menggunakan alatan
dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk pergerakan. Kemahiran ini hendaklah
dibina di peringkat umur pra sekolah ataupun sekolah rendah lagi supaya mereka ini didedahkan
dengan cara penggunaan alatan yang betul sejak awal pembesaran mereka. Ini kerana, kemahiran
manipulasi alatan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina dan dipupuk
bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Kemahiran asas ini dapat meningkatkan perkembangan
fizikal dan juga koordinasi anggota badan contohnya tangan-kaki, kaki-mata dan
sebagainya.Ciri-ciri alatan yang diperkatakan disini ialah dari segi saiz, bentuk, warna dan berat.

1.Saiz
Saiz sesuatu alatan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu kemahiran.Pemilihan yang
betul dan bersesuaian hendaklah mengambilkira umur dan tahap fizikal seseorang murid. Bagi
murid darjah 1, alatan yang hendak digunakan hendaklah sesuai dengan tahap keupayaan dan
kemahiran motor mereka. Mereka hendaklah dibekalkan dengan alat yang bersesuaian. Ini
kerana, manipulasi alatan adalah untuk meransang pertumbuhan fizikal murid. Sekiranya
menggunakan gelung rotan ianya haruslah sesuai dengan fizikal mereka.Gelung rotan yang
bersaiz besar akan menyukarkan mereka untuk memegang dan melakukan sesuatu kemahiran
dengan baik.Ciri gelung rotan yang baik ialah yang berwarna menarik dan terang.Fizikal gelung
rotan itu mestilah berada dalam keadaan yang elok.Untuk murid tahun satu sesuai menggunakan
gelung rotan plastik.Selain itu ciri gelung rotan yang baik hendaklah dilihat pada
ketinggiannya.Tinggi gelung rotan itu perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan di
tepi murid. Saiz juga memainkan peranan penting kerana tanpa pengunaan saiz yang betul, murid
tidak dapat menjalankan aktiviti lokomotor dengan betul dan berkesan seterusnya meninggalkan
impak pada perkembangan tumbesaran mereka.Ia juga boleh memberi kesan kepada emosi dan
Disediakan oleh Zainab binti Ahmad HBPE 2103 - 1
HBPE 2103 : Pergerakan Artistik Dan Kreatif
Pensyarah : Zaiton Binti Jaafar

perasaan mereka kerana mereka akan berasa sedih dan tiada keyakinan diri kerana tidak dapat
melakukan aktiviti dengan baik hanya disebabkan pemilihan saiz alatan yang tidak
tepat.Contohnya, untuk murid tahap 1, penggunaan gelung rotan hendaklah mengikut saiz purata
fizikal murid-murid tersebut.

2.Bentuk
Bentuk sesuatu alatan yang hendak digunakan perlulah diambil kira. Bentuk sesuatu alatan perlu
diperhatikan dari segi keselamatan, kesesuaian dan dapat menarik minat murid. Keselamatan
murid merupakan perkara yang pertama sekali perlu diambilkira ketika menjalani sesi
pembelajaran dan pengajaran. Bola merupakan satu alatan yang senang untuk diaplikasikan.Ciri-
ciri yang terdapat pada bola ialah bentuknya yang bulat. Ini sudah menjadi kebiasaan pada murid
dalam kehidupan seharian mereka.Selain itu ianya juga selamat seperti tidak tajam, tidak mudah
pecah dan diperbuat dari bahan yang berkualiti, senang di bawa dan boleh dipelbagaikan
kegunaannya ketika sesi pembelajaran dan pengajaran dan mudah diubah suai.

Bentuk juga boleh mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan motor kanak-kanak.Mereka


belajar dan mengenalpasti pelbagai jenis bentuk alatan dan menyebut nama-nama bentuk serta
menyatakan kesesuaian serta sebab kenapa bentuk itu yang perlu dipilih dalam sesuatu
kemahiran yang dipelajari.

Dari segi perkembangan motor, setiap bentuk yang digunakan akan dapat memberi kesan yang
berbeza kepada perkembangan motor mereka.Kepelbagaian bentuk alatan yang digunakan
menjadikan perkembangan motor mereka lebih cekap dan berkesan.Mereka menggunakan
pelbagai kemahiran motor untuk diaplikasikan bagi bentuk yang berbeza- beza.

Disediakan oleh Zainab binti Ahmad HBPE 2103 - 2


HBPE 2103 : Pergerakan Artistik Dan Kreatif
Pensyarah : Zaiton Binti Jaafar

Contohnya mereka akan menggunakan motor tangan untuk memegang gelung rotan dan
menggenggamnya dengan erat.Ini akan menyebabkan otot-otot jari bergerak dan akan
menguatkan tulang-tulang jari mereka.jadi secara tidak langsungnya akan menjadikan
pergerakan motor bahagian tangan dan lengan mereka kuat dan berfungsi dengan baik.

Kepelbagaian bentuk alatan

3.Warna

Terdapat pelbagai warna yang kita temui dalam kehidupan kita seharian.Terdapat banyak
kepentingan warna antaranya ialah untuk menarik minat murid untuk menyertai aktiviti yang
dijalankan. Warna dijadikan sebagai salah satu motivasi untuk menggalakkan murid menjalani
aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Dari segi psikologi, kanak-kanak mudah tertarik kepada
sesuatu yang berwarna-warni. Ini kerana fokus mereka terhadap sesuatu adalah terhad. Untuk
mengekalkan minat mereka, sesuatu alatan itu haruslah dititik beratkan dari segi warnanya.
Warna yang terang dan ceria dapat menimbulkan kesan positif dan membangkitkan kesegaran
manakala warna yang hambar menyebabkan murid akan hilang konsteransi atau daya tumpuan
mereka.

Contoh alatan yang boleh digunakan ialah riben.Ciri-ciri yang perlu dititikberatkan ialah ianya
mestilah mempunyai diperbuat daripada kain atau riben yang tidak terlalu ringan.Ini kerana ia
boleh menyebabkan mudah tersimpul.Panjang riben juga mestilah sesuai dengan tahap fizikal

Disediakan oleh Zainab binti Ahmad HBPE 2103 - 3


HBPE 2103 : Pergerakan Artistik Dan Kreatif
Pensyarah : Zaiton Binti Jaafar

murid.Panjang yang disarankan bagi murid yang berumur 12 tahun ke bawah ialah 4-5m.Selain
itu ciri riben yang baik ialah yang berwarna warni dan seboleh-bolehnya sama dengan baju yang
dipakai oleh murid.

Kepelbagaian Warna

4.Berat

Guru juga perlu memastikan berat sesuatu alatan itu mengikut kemampuan, tahap umur dan daya
koordinasi seseorang murid itu. Setiap murid berbeza dari segi pertumbuhan dan perkembangan
tubuh badan mereka. Jadi, kesesuaian dari segi berat sesuatu alatan itu agak berbeza. Guru perlu
memainkan peranan penting dalam menentukan berat sesuatu alatan yang hendak digunakan agar
sesi pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar tanpa menimbulkan kecederaan
dan bahaya kepada murid. Dari segi tumbesaran, murid akan berasa gembira kerana mereka
dapat menjalankan aktiviti manipulasi alatan dengan selesa mengikut tahap kemampuan
mereka.Ini akan menjadikan mereka membesar dalam suasana dan emosi yang sihat.

Dari segi perkembangan motor murid, berat alatan yang digunakan akan memberi kesan yang
berbeza.Keupayaan mereka menampung bebanan berat alatan akan menjadikan motor mereka
berfungsi dengan baik.tetapi sekiranya bebanan terlalu berat akan menyebabkan perkembangan
motor mereka cedera dan ini akan mengganggu tumbesaran mereka.

Contoh alatan yang boleh dikaitkan dengan berat ialah bola.Selain mempunyai bentuk dan saiz
yang berbeza, bola juga mempunyai berat yang berbeza.Bagi murid tahun 1 bola yang sesuai
digunakan ialah bola getah.Ciri yang ada pada bola getah ialah ianya ringan dan sesuai dengan

Disediakan oleh Zainab binti Ahmad HBPE 2103 - 4


HBPE 2103 : Pergerakan Artistik Dan Kreatif
Pensyarah : Zaiton Binti Jaafar

pergerakan motor mereka di awal perkembangan.Mereka akan dapat mengawal bola dengan
mudah dan senang.Dengan penguasaan kemahiran asas yang cepat akan membolehkan mereka
melakukan ansur maju dan melakukan kemahiran lain dengan lebih baik dan cekap.

Kepelbagaian berat alatan

Disediakan oleh Zainab binti Ahmad HBPE 2103 - 5

Anda mungkin juga menyukai