Anda di halaman 1dari 14

22 MAC 2008 [TIA_OKED]

KESAN-KESAN TAMADUN ISLAM SERTA KAITANNYA


DENGAN TAMADUN CHINA DAN TAMADUN INDIA

Istilah Dunia Islam mempunyai beberapa makna. Dari segi budaya ia merujuk
kepada komuniti Muslim sedunia, pengikut ajaran Islam. Komuniti ini berjumlah
kira-kira 1.3 hingga 1.4 bilion orang, atau satu perlima dari penduduk dunia.
Komuniti ini tersebar luas di banyak negara dan kumpulan etnik yang cuma
dihubungkan dengan agama. Dari segi sejarah atau geopolitik pula, istilah ini
biasanya merujuk kepada kumpulan negara majoriti Muslim atau negara yang
Islam menonjol dalam politiknya.
Komuniti Muslim sedunia juga dikenali secara kolektif sebagai "ummah".
Islam menekankan perpaduan dan pembelaan sesama Muslim, walaupun
terdapat beberapa golongan dalam Islam (seperti pemisahan Sunnah-Syiah). Di
masa lampau, ideologi "pan-Islamisme" dan nasionalisme pernah mempengaruhi
Dunia Islam.
Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia.
Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau
Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains
dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui
sebagai pemangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris:
Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang
di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar
menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol
dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati
ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan
algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford dan
Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman
Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada
bangsa Eropah.
22 MAC 2008 [TIA_OKED]

Semasa Zaman Keemasan Islam (750 - 1250: zaman Kerajaan


Abbasiyah), para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia
Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan ini dengan dua
cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal, serta dengan
menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri.
Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan
itu.
Kerajaan Islam mewarisi "pengetahuan dan kemahiran Timur Tengah
kuno, Yunani, Parsi dan India. Mereka menambah pembaharuan penting dari
luar, contohnya seperti penomboran kedudukan dari India," tulis Bernard Lewis
dalam bukunya What Went Wrong? (Apakah Silapnya?).
Satu lagi pembaharuan ialah kertas, asalnya rahsia yang dijaga ketat
orang Cina. Seni pembuatan kertas diperolehi daripada dua tawanan di
Pertempuran Talas (751), hingga kilang kertas dapat dibina di Samarkand dan
Baghdad. Orang Arab memperbaiki teknik orang Cina dengan menggunakan
kain linen berbanding kulit pokok mulberi.
Kebanyakan pembelajaran dan kemajuan ini dapat dikaitkan dengan
geografi. Sebelum kedatangan Islam lagi, bandar Makkah telah menjadi pusat
perdagangan di Semenanjung Arab dan Nabi Muhammad juga merupakan
saudagar. Tradisi mengerjakan haji ke Mekah menyebabkannya menjadi pusat
pertukaran idea dan barangan. Pengaruh yang dimiliki saudagar Muslim ke atas
jalan perdagangan Afrika-Arab dan Arab-Asia amat besar. Hasilnya, tamadun
Islam tumbuh dan berkembang di atas ekonomi saudagarnya, berbeza dengan
tamadun Kristian, China dan India yang masyarakatnya berasaskan kepemilikan
tanah pertanian oleh bangsawan. Para saudagar membawa barangan dan
kepercayaan mereka ke China (menyebabkan ramai Cina Muslim ~ 37 juta,
sebahagian besarnya orang Uyghur Turki yang tanahnya dirampas China), India,
Asia Tenggara, dan kerajaan di barat Afrika dan kembali dengan pembaharuan
baru. Saudagar-saudagar ini menggunakan kekayaan mereka untuk melabur
dalam industri tekstil dan perladangan.
Perkembangan tamadun Islam ini juga dapat dilihat dari segi kesenian
islam itu sendiri. Zaman Keemasan kesenian Islam berlangsung dari tahun 750
22 MAC 2008 [TIA_OKED]

hingga abad ke-16, apabila seni tembikar, kaca, seni logam, tekstil, manuskrip
berhias dan pertukangan kayu berkembang maju. Sepuh berkilat merupakan
sumbangan Islam yang terunggul kepada seni tembikar. Manuskrip berhias
menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati dan lukisan potret kenit
berkembang maju di Parsi. Seni khat, salah satu aspek tulisan Arab yang
penting, berkembang dalam manuskrip dan perhiasan seni bina.
Hanya dalam bidang falsafah para cendekiawan dilarang mengemukakan
idea-idea bukan ortodoks. Bagaimanapun, ahli sains Parsi, Ibnu Sina dan Ibnu
Rushd memainkan peranan yang utama dalam penyimpanan karya-karya
Aristotle yang idea-ideanya menguasai pemikiran bukan agama bagi dunia-dunia
Kristian dan Muslim. Mereka juga menyerap idea-idea dari China dan India, dan
menambahkannya pada pengetahuan mereka yang luas yang diperoleh
daripada kajian-kajian sendiri. Tiga orang pemikir spekulatif, al-Kindi, al-Farabi,
dan Ibnu Sina, menggabungkan Aristotelianisme dan Neoplatonisme dengan
idea-idea lain yang diperkenalkan melalui Islam.
Dalam dunia sains Islam pula, perbezaan antara sikap ahli-ahli sains
Byzantine dengan sikap orang-orang Muslim zaman pertengahan yang setara
adalah nyata. Byzantium tidak menambah atau hanya menambah sedikit
pengetahuan baru kepada sains perubatan Yunani-Rom. Ini mungkin boleh
dijelaskan melalui fakta bahawa perkembangan permulaan Islam ke luar
Semenanjung Arab telah menawan tiga buah kota Byzantine yang paling
produktif: Iskandariah, Carthage dan Antioch. Akibat kehilangan kerajaan pusat
yang amat mahir, serta serangan-serangan Arab yang berterusan terhadap
Anatolia, kebanyakan kota Byzantine tidak dapat menyokong seni dan sains.
Banyak penduduk kembali beramai-ramai ke perladangan sara diri. Kebanyakan
ahli sains Islam yang paling terkenal hidup pada Zaman Keemasan Islam. Antara
pencapaian-pencapaian cendekiawan Muslim semasa zaman ini ialah rekaan
trigonometri sfera, kemajuan dalam bidang optik serta kemajuan dalam bidang
astronomi (termasuklah pembinaan balai cerap pertama serta penciptaan
astrolab).
Perubatan merupakan sebahagian utama kebudayaan Islam Zaman
Pertengahan. Bergerak balas kepada keadaan masa dan tempat, pakar
22 MAC 2008 [TIA_OKED]

perubatan dan cendekiawan Islam mengembangkan sebuah kesusasteraan


perubatan yang besar dan rumit yang memeriksa dan mensintesiskan teori dan
amalan perubatan (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara Amerika
Syarikat).
Perubatan Islam dikembangkan berdasarkan tradisi, terutamanya
pengetahuan teori dan amalan yang dikembangkan di Parsi, Yunani, dan Rom.
Bagi cendekiawan-cendekiawan Islam, Galen dan Hippocrates merupakan
tokoh-tokoh cemerlang yang berwibawa, diikuti oleh cendekiawan-cendekiawan
Yunani di Iskandariah. Para cendekiawan Islam menterjemahkan karya-karya
Yunani kepada bahasa Arab dan kemudian menghasilkan pengetahuan
perubatan yang baru berdasarkan teks-teks tersebut. Untuk membolehkan tradisi
Yunani lebih senang difahami dan diajar, cendekiawan-cendekiawan Islam
menyusun pengetahuan perubatan Yunani-Rom yang luas dan kekadang tidak
tekal dengan lebih sistematik melalui penulisan ensiklopedia dan ringkasan (dari
arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara AS).
Melalui terjemahan-terjemahan Arab inilah dunia Barat mendapat tahu
tentang perubatan Yunani, termasuk karya-karya Galen dan Hippocrates. Karya-
karya menyeluruh seperti Daftar Karya Perubatan yang ditulis oleh Ibnu Sina dan
yang diterjemahkan kepada bahasa Latin dan disebar dalam bentuk manuskrip
dan bercetak ke seluruh Eropah mendapat pengaruh yang sama, jika bukan
lebih besar, di Eropah Barat. Pada abad ke-15 dan ke-16 sahaja, Daftar Karya
Perubatan telah diterbitkan melebihi 35 kali (dari arkib digital Perpustakaan
Perubatan Negara AS).
Di dalam dunia Islam Zaman Pertengahan, hospital-hospital telah dibina di
semua kota yang utama; umpamanya di Kaherah, Hospital Qalawun mempunyai
kakitangan-kakitangan yang termasuk pakar perubatan, ahli farmasi, dan
jururawat, yang boleh merawat 8,000 orang pesakit. Terdapat juga dispensari
dan kemudahan penyelidikan yang menyebabkan kemajuan-kemajuan dalam
pemahaman penyakit berjangkit, serta penyelidikan optik dan mekanisme mata.
Malah doktor-doktor Islam telah membuang katarak dengan jarum-jarum
geronggang lebih 1,000 tahun sebelum orang-orang Barat berani mencuba tugas
ini.
22 MAC 2008 [TIA_OKED]

Teknologi dan perindustrian Tamadun Islam amat maju sekali. Teknik


penyulingan telah membantu meningkatkan mutu industri minyak wangi, terdapat
juga bahan kimia sepuh seramik yang dibuat dengan giat untuk bersaing dengan
seramik-seramik yang diimport daripada China. Pendekatan saintifik dalam
bidang kaji logam memudahkan kerja menyerap dan meningkatkan mutu
teknologi besi daripada India dan China.
Salah satu perkembangan Tamadun Islam yang teragung ialah senibina
Islam. Orang Moor memulakan pembinaan Masjid Agung Cordoba pada tahun
785M dan menandakan permulaan seni bina Islam di Sepanyol dan Afrika Utara.
Masjid ini terkenal dengan gerbang-gerbang dalaman yang ketara. Seni bina
Moor mencapai puncaknya dengan pembinaan Alhambra yang merupakan
istana atau kubu Granada yang indah dan mengagumkan, dengan ruang-ruang
dalaman yang terbuka dan berangin dan yang dihias dengan warna merah, biru,
dan emas. Dinding-dindingnya dihias dengan motif-motif dedaun, inskripsi-
inskripsi Arab, dan reka-reka bentuk awan larat, dengan dinding-dindingnya
dilitupi oleh jubin-jubin berkaca. Masjid Qolsharif di Rusia disiapkan sekitar tahun
1000M. Ia masih lagi merupakan masjid yang terbesar di timur Eropah kini.
Pembinaan Masjid Agung Samarra di Iraq yang disiapkan pada tahun
847M menggabungkan seni bina hipostail yang terdiri daripada baris-baris tiang
yang menyangga sebuah tapak datar yang mempunyai menara pilin yang besar
di atasnya.
Satu lagi subgaya yang tersendiri ialah seni bina Empayar Mughal di India
pada abad ke-16. Menyepadukan unsur-unsur Islam dan Hindu, maharaja Akbar
membina sebuah kota diraja di Fatehpur Sikri yang terletak 42 km (26 batu) di
barat Agra pada akhir dekad 1500-an. Makam Taj Mahal pula dibina pada 1650-
an.
Islam mula tiba di India pada kurun ke 7 Masihi. Perhubungan
perdagangan antara Arab dan India berlaku melalui jalan laut dan darat. Jalan
laut melalui Lautan Hindi dan Laut Merah, manakala jalan darat pula melalui
Parsi. India dikenal sebagai Sind atau Hind dalam kalangan masyarakat Arab.
Pada 636- 637M, tentera Islam cuba menawan Thana, namun ia gagal. Pada
634M, tentera Islam juga menyerang India dan berjaya menawan sebahagian
22 MAC 2008 [TIA_OKED]

besar Lembah Hind. Pada Zaman Muawiyah bin Abu Sufian Islam telah berjaya
menawan Kabul dan Lahore. Kejayaan seterusnya berlaku apabila Islam telah
berjaya menembusi benteng pertahanan India.
Pada 712 M, Muhammad bin al-Qasim telah menawan Daibul dan
meruntuhkan beberapa buah kuil Hindu dan Buddha dan telah mendirikan
sebuah masjid. Kemudian, beliau dilantik menjadi Gabenor wilayah Multan.
Ramai orang menyambut ketibaan tentera Islam seperti Puak Jat dan Med.
Beliau membebaskan orang yang tidak menentang atau tidak terlibat dalam
perang. Beliau turut menjaga dan menjamin keselamatan harta benda dan
nyawa penduduk serta mengenakan jizyah terhadap penduduk bukan Islam dan
beliau menjamin tidak meruntuhkan kuil dan gereja jika mereka mematuhi
pemerintahan Islam. Ramai rakyat dari golongan Brahmin telah dilantik untuk
menjawat jawatan tinggi. Perkembangan Islam di India terbantut apabila
Muhammad bin al-Qasim diperintah pulang oleh Khalifah Bani Umayyah.
Punjab menjadi daerah Islam ketika Zaman Mahmud Ghaznawi.
Penaklukan Punjab menamatkan ancaman raja Hindu terhadap Kerajaan Bani
Umayyah. Kalinjar, Lahoer, Gwalior, Kanauj, Delhi dan Ajmer diserah semula
kepada penduduk tempatan untuk meneruskan pemerintahan mereka.
Masyarakat Hindu tidak tertindas, malah ada yang dilantik menjawat jawatan
penting. Misalnya, Tilak seorang jeneral beragama Hindu dilantik sebagai
pemerintah wilayah Punjab. Muhammad al-Ghori menakluk semula wilayah
yang membebaskan diri semasa Kerajaan Ghaznawi. Setiap wilayah
ditinggalkan seorang wakil untuk memerintah mangikut lunas Islam. Namun,
Pembesar Hindu tidak dibenarkan mengendalikan pentadbiran daerah. Setelah
kemangkatan Muhammad al-Ghori, Kerajaan Ghori mulai berpecah-belah.
Kesultanan Delhi Terdiri daripada Kerajaan Mamluk, Dinasti Tughluq,
Dinasti Khalji, Dinasti Lodi, Dinasti Suri, Dinasti Syeid di mana Delhi menjadi
pusat pemerintahan. Dinasti Mamluk diasaskan oleh Qutbuddin Aibek (bekas
hamba Muhammad al-Ghori). Beliau seorang yang tegas dan adil dan seorang
pemurah (sehingga digelar Laksh-Baksh). Dinasti Mamluk berakhir pada zaman
Ghiyasuddin Balban. Pada waktu tersebut, beliau berjaya membentuk dan
membangunkan masyarakat bertamadun. Alauddin Khilji merupakan pemerintah
22 MAC 2008 [TIA_OKED]

terkenal Dinasti Khilji. Baginda bercita-cita menakluki dunia seperti Iskandar


Zulkarnain. Mengenai projek ini, baginda memerintah agar perkataan Iskandar
kedua ditulis pada mata wang negara. Namun, atas nasihat Allu Muluk, niatnya
dihentikan. Baginda dinasihati supaya memberi perhatian dalam pentadbiran
negara, meneruskan usaha menewaskan raja Hindu yang belum tunduk kepada
Delhi. Atas nasihat itu, baginda mula mengharamkan penjualan minuman keras,
mengawal perkahwinan antara pembesar, mengharamkan perhimpunan
pembesar tanpa kebenaran Wazir dan memaksa memulangkan cukai yang
dikutip kepada penduduk terhadap Zamindar. Pada zaman ini, kegiatan
perdagangan dijalankan di kawasan Teluk Benggala sehingga Pergunungan
Kabul dan dari Tulingana ke Kashmir.
Pemerintah Kerajaan Moghul seorang yang mengamalkan dasar liberal.
Beliau mengasingkan hal ehwal pentadbiran dengan agama, menghapuskan
perbezaan yang berasaskan agama dan bangsa, semua rakyat diberi hak
sama rata sama ada menganut Islam atau tidak dan amalan perhambaan
dihapuskan. Pentadbiran yang dijalankannya mendapat sokongan politik
daripada semua rakyat. Beliau menggalakkan perkahwinan politik di antara
kerabatnya dengan kerabat diraja Hindu, misalnya baginda sendiri mengahwini
puteri Raja Rajputna. Mereka masing-masing boleh mengamalkan agama asal
setelah berkahwin. Semua rakyat dibenarkan untuk memegang jawatan
kerajaan, misalnya Todal Mal menjadi panglima dan bendahari; Man Singh
menjadi panglima juga dan gabenor. Baginda berusaha segera menghapuskan
pemberontakan yang boleh mengapikan isu perkauman dan keagamaan.
Baginda turut menetapkan bahawa:-

• Bahasa Arab - bahasa agama.


• Bahasa Turki - untuk bangsawan.
• Bahasa Parsi - bahasa istana dan kesusasteraan.
• Bahasa lain seperti Urdu (gabungan Arab, Parsi dan Hindi)
dipopularkan.
• Kolej dan sekolah ditubuhkan - kurikulum pendidikan digubal.
22 MAC 2008 [TIA_OKED]

• Rakyat miskin diberi pendidikan percuma.


• Undang-undang digubal bagi membolehkan orang bukan Islam
memasuki sekolah khas untuk orang Islam.
• Pendidikan wanita juga diberi perhatian.
• Undang-undang perkahwinan juga diperkenalkan.

Akbar menyatakan dari segi agama, semua rakyat bebas beragama,


agama bukan ukuran kedudukan. Baginda juga memperkenalkan agama baru
iaitu Din Illahi (1581 M). Din Illahi ialah gabungan Islam, Hindu, Kristian dan
Zoroster. Agama ini melakukan pemujaan Tuhan dari semua agama utama di
India. Ciri-ciri yang terdapat pada agama ini antaranya ialah sebutkan Allahu-
Akbar dan Jalla Jalaluh ketika bertemu dengan rakan,mengadakan jamuan
mengingati arwah yang mati sekali seumur hidup, menahan diri memakan
daging, tidak menaiki kenderaan sesama tukang sembelih, nelayan atau
penangkap burung, tidak boleh mengadakan hubungan jenis dengan wanita
hamil, tua, mandul, gadis bawah umur, tidak boleh berkelakuan mengikut hawa
nafsu dan dilarang menyalahguna kuasa, tipu, mengumpat, berlaku zalim,
memeras ugut atau bermegah diri. Usaha Akbar yang telah mempopularkan
agama Din Illahi ini telah menjejaskan perkembangan Islam.
Pada zaman Aurangze, baginda cuba mengembalikan kedaulatan umat
Islam. Perubahan dari segi sosial berlaku di mana banyak surau dan masjid
dibina bagi menggalakkan solat berjemaah, orang Islam dibenarkan berkahwin
secara poligami, orang Islam dibenar menyembelih lembu dan orang bukan
Islam akan dikenakan jizyah. Dari segi politik, orang bukan Islam dihadkan
memegang jawatan penting dan manakala dari segi ekonomi, aktiviti pertanian
digalakkan. Oleh itu, ramai yang telah mula mendekati Islam semula. Sejak dari
berlakunya kemasukan Islam ke India, pengaruh Islam semakin berkembang dan
berpengaruh terhadap Tamadun India.
Tamadun Islam banyak telah mempengaruhi Tamadun India misalnya
dari segi kesenian yang terdapat di India sekarang. Kita dapat lihat bahawa
terdapatnya satu keajaiban dunia yang boleh kita ketahui dan saksikan di India
hasil pengaruhnya dari perkembangan Tamadun Islam di India suatu masa
22 MAC 2008 [TIA_OKED]

dahulu. Taj Mahal-Tugu Peringatan Cinta Mughal 1632-1654M merupakan


binaan Islam yang termasyur di benua kecil India. Taj Mahal merupakan sebagai
salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia yang terletak di Agra berhampiran
dengan Delhi. Taj Mahal dibina oleh Shah Jahan sebagai sebuah makam untuk
isterinya Mumtaz Mahal. Bangunan yang dikenali sebagai perkara ajaib di dunia
ini berbentuk simetri dan bersaiz besar. Pandangan luaran bangunan ini sentiasa
berbeza bergantung pada cuaca dan waktu disebabkan sifat semulajadi, marmar
putih makhana. Pada bangunan ini terdapatnya ayat Al-Quran iaitu tulisan dari
Ayat Kursi di mana Ayat Kursi terukir dan tercatat melingkari bangunan tersebut.
Kawasan di dalam Taj Mahal juga terdapat taman berlandskap yang meliputi dan
menggambarkan seperti tentang alam syurgawi. Taman tersebut tampak
seoalah-olah terawang di antara langit dan bumi. Ia merupakan keajaiban yang
sangat menakjubkan di mana ia akan kekal bertahan sebagai monumen kiasan
kepada cinta dan keindahan.
Tamadun Islam juga melahirkan masyarakat yang hebat dan cekap
dalam bidang pemburuan dan peperangan di India. Tentera yang mahir juga
telah ramai dilahirkan hasil daripada perkembangan Tamadun Islam di India.
Tamadun Islam yang berkembang di India juga telah berjaya membentuk satu
kejayaan di mana terbentuknya empayar Mughal. Empayar Mughal pula telah
berjaya dalam menakluki sebahagian besar benua kecil India disebabkan oleh
kemahiran ketenteraan serta strategi politik yang bijak. Golongan Mongol ini
terkenal dengan kemahiran menunggang kuda, menggunakan busar dan anak
panah. Mereka gemar memburu haiwan dan binatang dengan menggunakan
burung falko. Haiwan yang terlibat dalam aktiviti pemburuan biasanya diikatkan
batu permata dan dihias seakan maharaja seperti mana burung falko itu.
Pengaruh Tamadun Islam kepada Tamadun India juga adalah dengan
adanya Zenana, iaitu tempat yang khusus dan khas sebagai tempat penempatan
wanita. Wanita-wanita memakai purdah melambangkan adab menjaga dan
memelihara aurat yang telah disyariatkan oleh Islam dan ia merupakan
peringatan visual kepada orang lain. Kaum wanita pada masa itu mengikuti
hierarki yang tegas. Mereka dijaga dan dipandang tinggi oleh orang lain. Dunia
Zenana seperti juga istana yang menjadi tempat kaum lelaki dipenuhi perasaan
22 MAC 2008 [TIA_OKED]

cemburu dan komplot kerana para isteri bertanding sesama sendiri untuk
menjadi isteri kesayangan kepada suami mereka. Oleh itu, kita dapat lihat
bahawa Tamadun Islam telah mempengaruhi Tamadun India pada suatiu masa
dulu.
Negara China adalah di antara Negara yang mempunyai umat Islam yang
teramai di dunia. Islam pernah melalui zaman gemilang dalam tamadun tersebut
dan pernah juga melalui zaman kegelapan hasil daripada corak kepimpinan
Negara tersebut yang mengamalkan dasar diskriminasi ke atas umat Islam.
Sungguhpun begitu, umat Islam tidak terhapus di bumi China, malah
bilangannya semakin bertambah hari ke hari. Bagi mengembalikan
kegemilangan Islam di bumi China mungkin agak sukar, namun sekurang-
kurangnya masyarakat dunia mengetahui sumbangan Islam kepada peradaban
China sangat besar dan ia tidak boleh dipadamkan daripada catatan sejarah.
Agama Islam telah disebarkan ke China sejak abad ke-7 Masihi atau awal
abad pertama Hijrah. (Jayaudin dan Ruziatul 1993:392). Namun demikian,
hubungan China dengan Arab sudah terjalin sejak abad ke-4 Masihi iaitu
sebelum kedatangan agama Islam. Hubungan ini berlaku dalam sektor
perdagangan kerana para pedagang Arab belayar ke China melalui pelabuhan-
pelabuhan di India, Ceylon, Kepulauan Melayu terus ke Selatan China.
Hubungan tersebut seterusnya berkembang pesat pada awal kurun ke-7 Masihi
antara China, Parsi dan Arab. Pusat perdagangan ketika itu terletak di Siraf di
kawasan Teluk Parsi yang menjadi tumpuan para pedagang dari China.
Kerancakan hubungan ini berlaku dalam era pemerintahan Dinasti Tang dan
direkodkan dalam Sejarah China.
Amalan Islam yang ditunjukkan oleh masyarakat Hui-hui mendapat
penghormatan dan pengiktirafan daripada pemerintah China seterusnya
mendorong mereka membina penempatan di China. Sehubungan dengan
penerimaan tersebut, agama Islam digelar sebagai Huijiao atau Qingzhenjiao
yang bermaksud ‘agama yang tulen dan benar’ manakala penganut Islam digelar
Hui-hui atau Muhammadans.
Perkembangan Islam di China daripada aspek pertambahan bilangan
penganutnya, bidang pendidikan, penguasaan wilayahnya turut membawa
22 MAC 2008 [TIA_OKED]

perkembangan positif ke atas sumbangan masyarakatnya kepada peradaban


China. Sumbangan tersebut dapat dilihat daripada pelbagai aspek, pentadbiran,
cara hidup masyarakat, sains dan teknologi, bahasa, ketenteraan dan
sebagainya.
Sumbangan Islam di China boleh dilihat melalui hasil-hasil karya sastera
yang bermutu. Karya-karya tersebut bukan sekadar menonjolkan keindahan
bahasa semata-mata malah digunakan untuk meluahkan perasaan, kritikan dan
memuji keindahan alam semula jadi. Perkembangan sastera China berlaku sejak
3000 tahun yang lalu dan berterusan hingga sekarang yang digiatkan oleh tokoh-
tokoh falsafah mereka. Usaha mereka adalah memberi keindahan kepada
bahasa China melalui karya-karya seperti Classic Of Songs atau Shih Ching
yang mengandungi 305 buah lagu. Karya ini bertarikh abad ke-10 sehingga ke-7
SM. Wang Dai Zing adalah salah seorang tokoh sastera China yang
mengharmonikan sastera China dengan nilai-nilai Islam. Antara karyanya yang
terkenal bertajuk ‘Penjelasan Benar Mengenai Agama Sebenar (Islam) dan
Pengajian Tinggi (Qing Zhen)’. Selain itu, Yusuf Ma Zhu pula aktif dalam
menegakkan ajaran Islam agar selari dengan situasi masyarakat China. Salah
satu daripada karya beliau yang penting ialah Arah Islam. Karya ini memuatkan
fakta berkenaan sejarah, falsafah dan undang-undang Islam yang memberi
penekanan pada Allah sebagai sumber asas pengetahuan.
Dari segi pentadbiran pula, pada zaman Dinasti Yuan (1260-1368M),
usaha orang-orang Mongol menjatuhkan kerajaan Sung Selatan telah disambut
baik oleh orang Islam. Sokongan tersebut diberi ekoran daripada sejarah
kawasan-kawasan tersebut yang asalnya adalah tanah jajahan kerajaan
Abbasiyyah sebelum ditakluki kerajaan Sung. Rentetan daripada kejatuhan itu
telah memberi peluang kepada orang-orang Islam untuk bergiat dalam politik,
pentadbiran dan ketenteraan.
Penglibatan orang-orang Islam dalam politik memberi peluang kepada
mereka untuk menjawat jawatan penting dalam pentadbiran Mongol. Antara
orang-orang Islam China memegang jawatan dalam pemerintahan kerajaan
adalah Abdul Rahman yang dilantik menjadi Pengarah Kewangan Maharaja
pada tahun 1244 Masihi. Beliau diberi kuasa untuk mengagihkan cukai yang
22 MAC 2008 [TIA_OKED]

dikenakan ke atas rakyat China pada waktu itu. Selain itu, ramai orang Islam
dilantik menjadi gabenor dan wakil-wakil gabenor dalam kerajaan. Ahli sejarah
Iran bernama Rasyidudin Fadhullah mencatatkan dalam bukunya Jami’ut-
Tawarikh bahawa terdapat 8 daripada 12 orang pemerintah zaman Kublai Khan
adalah penganut Islam (254-1294M).
Ketika Baghdad ditawan Mongol, seorang Panglima Islam bernama Umar
Shamsuddin atau Syeikh Ajjal telah menyerahkalah dan menjadi salah seorang
Panglima Tentera pada zaman Dinasti Yuan. Kepercayaan yang diberikan
kepadanya dimanfaatkan sebaiknya sehingga beliau kemudiaannya dilantik
menjadi Gabenor Yunan setelah berjaya menghapuskan pemberontakan di situ.
Beliau memegang jawatan tersebut sehingga meninggal dunia.
Era Mughal merupakan salah satu zaman yang paling menakjubkan dan
bertenaga dalam sejarah Islam. Citarasa yang tinggi dan naungan Maharaja
Mughal mendorong para seniman diraja yang bertugas di bengkel-bengkel istana
untuk menghasilkan seni Islam yang amat halis dan mewah. Hasil-hasil seni ini
menyampaikan kisah-kisah umum dan peribadi yang mengasyikkan dan
menarik. Ia juga merupakan pengisytiharan kuasa kemegahan empayar Mughal
di samping memperlihatkan penghormatan abadi kepada citarasa penaung
mereka yang berestetika tinggi.
Dari segi senibina interaksi Tamadun Islam-Tamadun China telah
menyumbangkan kepada pembinaan beribu-ribu masjid dewan membaca al-
Quran. Reka bentuk masjid dipengaruhi oleh ciri-ciri reka bentuk Arab dan juga
China. Masjid berseni Arab kebanyakannya terdapat di Xinjiang (Sinkiang)
sementara reka bentuk masjid selepas abad ke-14 lebih dipengaruhi oleh kuil
atau istana China. Walaubagaimanapun sejak kompleks untuk tujuan
bersembahyang pintu masjid didapati menghala ke timur supaya sejajar dengan
mihrab. Unsur-unsur China seperti pagoda pintu gerbang bebas, dewan
sembahyang dan menara asfak yang dibentuk bulan kekal sebagai senibina
masjid gaya tempatan. Masjid Xian (684M) merupakan contoh masjid tertua di
China yang bersejarah dan masih bertahan sehingga kini.
Senibina Islam di China membuktikan sintesis di antara keperluan fungsi,
Islam serta senibina tempatan yang tersedia untuk kegunaan baru. Kompleks-
22 MAC 2008 [TIA_OKED]

kompleks China telah dibina di sepanjang paksi Utara-Selatan. Keseniaan Islam


di zaman Tamadun China juga dapat dilihat pada binaan seramiknya. Binaan
seramik keluaran China seperti pinggan, mangkuk dan cawan mempunyai corak
atau lukisan ataupun tulisan. Tulisannya adalah tulisan jawi yang dibentuk
membentuk corak bunga, buah-buahan atau tumbuh-tumbuhan. Seni yang
terdapat pada binaan ini sangat unik yang menunjukkan keagungan Islam di
Tamadun China.
Sumbangan dalam bidang ketenteraan telah diberikan oleh masyarakat
Islam sejak zaman Dinasti Sung lagi. Po Shou Keng merupakan seorang
pedagang terkenal China yang telah berjaya meletakkan dirinya sebagai orang
kepercayaan Maharaja China semasa hayatnya. Beliau dilantik menjadi
Pesuruhjaya Keamanan di Fukien dan Pesuruhjaya Tinggi Polis Marin yang
bertanggungjawab mengawal kegiatan perdagangan. Di samping itu,
sumbangan-sumbangan lain yang diberikan oleh umat Islam di China ialah:
Mewujudkan sistem pentadbiran ketenteraan berasaskan Islam yang
dilakukan oleh Ahnan Da, gabenor wilayah An-si. Kesannya, lebih 1.5 juta orang
telah memeluk Islam. Pembuatan meriam untuk kegunaan tentera yang dicipta
oleh 2 orang pedagang Arab Islam iaitu Alaudin al-Mufari dan Ismail al-Syami.
Kedua-duanya berkemahiran menggunakan gun-powder untuk membantu
tentera Mongol. Atas kepercayaan pemerintah China, Alaudin dilantik menjadi
Wakil Tentera manakala Ismail pula dilantik menjadi Chief Supritentent atau
Ketua Penyelia Kilang Meriam. Kepimpinan Wilayah dan Pentadbiran Tentera
merupakan dua bidang yang turut diceburi oleh orang Islam. Nasruddin
merupakan seorang gabenor Yunan pada zaman Dinasti Yuan. Beliau dilantik
memegang jawatan tersebut kerana sumbangannya mengalahkan tentera Burma
pimpinan Raja Narathihepate (254M-1287M) sewaktu menyerang Yunan.
Fungsi Baitul Mal sebagai Pusat Perbendaharaan Negara turut berjalan
dengan baik pada zaman kegemilangan pemerintahan Islam di China. Fungsinya
menyelenggarakan harta-harta umum di samping menjadi tempat menyimpan
barangan berharga seperti wang, emas dan perak, batu permata dan barang
perhiasan yang berharga. Pada zaman Dinasti Sung (960-1279M), para
pedagang Cina perlu membayar cukai kastam sebanyak 30 peratus.
22 MAC 2008 [TIA_OKED]

Cukai yang dikenakan ini mengambil contoh bentuk cukai yang dikenakan
oleh Umar al-Khattab ke atas para pedagang ketika itu. Sementara itu, untuk
mengutip hasil perdagangan ini sebuah badan penyelenggara telah diwujudkan
dengan nama Superintendercies Of Trading Ships. Antara tugas lain unit ini
adalah mengumpul dan melaksanakan senarai cukai import-eksport barangan
yang diniagakan.
Kedatangan Islam ke China dan India membuktikan agama suci ini
bersifat sejagat dan berjaya merentas benua. Penerimaan Islam oleh
masyarakat China dan India juga menunjukkan kesesuaian ajarannya kepada
mereka yang kemudiannya diasimilasikan supaya lebih sesuai dengan
kehidupan tempatan mereka. Natijahnya, Islam dan umatnya berjaya membawa
China dan India menjadi salah sebuah kuasa yang digeruni ketika zaman
kegemilangannya.
Berdasarkan konsep ketamadunan yang diperolehi dalam penggabungan
Tamadun Islam di India dan di China, kami dapat mengenalpasti bahawa setiap
tamadun telah mengalami zaman kemerosotan masing-masing. Menurut
pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh
putaran sejarah. Pada awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai murni
tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan
kemewahan dan penyelewengan. Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat
bahawa sesebuah tamadun merosot bukanlah disebabkan oleh hukum sejarah.
Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan
mengekalkan nilai-nilai yang baik.
Secara keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri asasnya yang
utama dan ciri-ciri tersebutlah menjadi jati diri bagi sesebuah tamadun. Ada
tamadun yang dikaitkan dengan bangsa, ada tamadun yang dikaitkan dengan
agama dan ada tamadun yang dikaitkan dengan budaya. Satu hal yang penting
ialah dalam memperkatakan perkembangan sesebuah tamadun, kita tidak dapat
lari daripada membicarakan proses interaksi antara tamadun atau peradaban. Ia
merupakan satu proses yang lumrah dalam mana-mana tamadun di dunia ini.

Anda mungkin juga menyukai