Anda di halaman 1dari 5

PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah


Item Ada Tiada Catatan
Carta organisasi kelas 
Jadual waktu kelas 
Jadual tugas 
Peraturan sekolah  * tidak semua kelas ditampal
peraturan sekolah
Kata-kata hikmah 
Sudut bacaan 
LCD  semua kelas mempunyai
LCD
Pembesar suara  semua kelas mempunyai
pembesar suara
Paparan maklumat tambahan  * tidak semua kelas
mempunyai paparan
maklumat yang lengkap

Soalan 1
Lukiskan pelan bilik darjah tempat anda bersama membantu mentor
melaksanakan pengajaran pembelajaran.
PELAN BILIK DARJAH
Soalan 2 5 MERAH
Huraikan bagaimana bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkan di
bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.
Biasanya murid-murid sekolah rendah sukakan sesuatu yang menarik. Oleh itu guru-
guru perlu kreatif dalam menyediakan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran di
dalam kelas. Sumber pengajaran dan pembelajaran yang konkrit merupakan bahan
yang berkesan. Selain itu, bahan-bahan yang berwarna-warni juga dapat menarik minat
murid-murid untuk belajar. Contohnya seperti carta-carta berdasarkan subjek-subjek
yang berkaitan.

Soalan 3
Manakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan
oleh murid? Mengapa?

Bahan atau sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid-mirid
adalah bahan yang wujud atau berada di depan mata mereka atau bahan yang konkrit.
Ini kerana murid-murid dapat melihat sendiri serta mengaplikasikan kegunaan bahan
tersebut.
Terdapat banyak bahan yang dipamerkan di papan kenyataan kelas. Selain itu
juga, terdapat folio-folio yang dihasilkan oleh murid-murid diletakkan di bahagian
belakang kelas. Secara tidak langsung, bahan yang dipamerkan di kelas ini dapat
memberi pemahaman serta membantu murid-murid untuk mengingatinya apabila
mereka melihat serta menggunakannya berulang kali. Murid-murid juga lebih suka
menggunakan bahan yang berbentuk media interaktif kerana mereka suka mencuba
sesuatu yang baru.

Soalan 4
Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
aktiviti pembelajaran?

Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran
dengan cara bersoal jawab atau komunikasi dua hala. Guru tidak hanya memberi
penerangan tetapi sesekali bertanyakan soalan kepada murid-murid untuk memastikan
mereka memahami apa yang telah diterangkan. Selain itu juga, guru turut meminta
pendapat daripada murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam perlaksanaan aktiviti pula, guru menyediakan alatan atau bahan-bahan
bantu belajar yang mencukupi agar semua murid dapat turut serta dalam aktiviti yang
dibuat. Penglibatan dari murid-murid di dalam proses pengajaran pembelajaran juga
sangat baik.

Soalan 5
Kenal pasti bagaimana murid-murid dibahagikan dalam kumpulan tertentu.

Murid-murid dibahagikan mengikut tahap prestasi. Setiap kumpulan yang dibentuk


mengandungi murid-murid yang berbeza tahap prestasi akademik mereka. Keadaan ini
dapat membantu murid yang lemah meningkatkan prestasi mereka melalui bimbingan
serta bantuan daripada murid yang lebih pandai di samping perhatian dan tunjuk ajar
yang diberikan oleh guru sendiri. Percampuran kaum dalam setiap kumpulan juga dapat
memupuk serta mendidik murid-murid untuk bertolak ansur dan bekerjasama serta
menghormati budaya kaum yang berlainan.

Anda mungkin juga menyukai