Anda di halaman 1dari 3

TARIAN gamelan

Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-
17.Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan
Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain,
putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan
Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula
di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di
Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal
Abidin dari Terengganu.
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita
boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen
Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian
ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari
segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu

ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional
Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian
Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor.
Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh
dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam
amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan
pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

KUDA KEPANG
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari
Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk
menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi
paluan gendang, gong dan angklung

Anda mungkin juga menyukai