Anda di halaman 1dari 9

PERLEMBAGAAN KELAB

1. NAMA DAN ALAMAT

1.1. Nama Kelab : Kelab Sukan (Kelab Futsal)


1.2. Alamat : Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900, Tanjung Malim, Perak Darul Rizuan.

2. MATLAMAT

2.2. Memberi peluang kepada semua pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. OBJEKTIF

3.1. Mencungkil bakat yang ada dalam diri pelajar.


3.2. Meningkatkan daya ketahanan diri pelajar dari aspek fizikal dan mental serta
memupuk semangat bertanggungjawab dalam diri pelajar.
3.3. Meningkatkan disiplin disamping menonjolkan kemampuan diri pelajar dalam
bidang sukan.

4. KEAHLIAN

4.1. Keahlian kelab ini adalah tertutup. Guru Penasihat telah menentukan pelajar-
pelajar yang menganggotai kelab ini.
4.2. Kelab ini mempunyai 49 orang ahli secara keseluruhannya.
4.3. 12 orang ahli adalah AJK tertinggi manakala ahli yang selebihnya, iaitu sebanyak
37 orang merupakan ahli-ahli yang menggangotai 7 biro dalam kelab ini.
4.4. Ahli-ahli kelab perlu berpegang kepada Perlembagaan Kelab dan perlu
melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh kelab.
5. GURU PENASIHAT

5.1. Guru Penasihat adalah salah seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan
Idris dan berpengalaman luas.
5.2. Guru Penasihat adalah seorang yang berkuasa mutlak dalam urusan meluluskan
atau membatalkan sesuatu aktiviti yang dijalankan,
5.3. Guru Penasihat juga bertanggungjawab terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan
oleh kelab dan perlulah bersama-sama dengan ahli kelab semasa aktiviti
dijalankan.

6. AHLI JAWATANKUASA

6.1. Ahli Jawatankuasa Kelab dilantik semasa Mesyuarat Agung.


6.2. Pemilihan Ahli Jawatankuasa dilakukan secara undian.
6.3. Ahli yang hadir atau ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk alasan layak
dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.4. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat dan Pengerusi atau
mencalonkan diri sendiri tanpa mesyuarat.
6.5. Ahli Jawatankuasa yang ingin melepaskan jawatan hendaklah mempunyai alas an
yang kukuh dan menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6. Senarai ahli jawatankuasa kelab ini adalah seperti berikut :

Pengerusi : Tommy Bin Mathew


Timbalan Pengerusi : Noorsheila Nadia Bt. Mohd Dian
Setiausaha : Nazura Bt. Che Nasir
Timbalan Setiausaha : Sharifah Nur Afza Fakhira Bt. Che Ku Ahmad
Bendahari : Ahjeck Anak Masri
Timbalan Bendahari : Nazariah Bt. Ahmad Nazri
Barisan AJK : Rosman Bin Abdullah
: Syafinazt Bt. Harun
: Norhazuwana Bt. Hamzan
: Sandra Anak Senja
: Edward Batin Anak Wil
Jurucakap/MC : Siti Fairoz Begum Bt. Ryazmirza.
Barisan Biro-Biro :
Biro Kecemasan & Kebajikan
- Che Nurhafiza Bt. Musetafar (K)
- Sam Er Mee La A/P Sam Atong
- Juliani Bt. Mat Hussin
- Wong Chia Lih
- Muhammad Faiz B. Ismail
- Syukur B. Salleh
Biro Keselamatan & Kebersihan
- Delaini Bt. Abdullah (K)
- Noraniza Bt.Jusoh
- Nurul Aziha Bt. Asmuni
- Nurshafinaz Bt. Shoeb
- Siti Mariani Bt. Jalal
- Nurul Hani Bt. Mohd. Zikri
- Rosman B. Abdullah
Biro Protokol & Sambutan
- Emblin Rita Anak Teni@Tenny (K)
- Setiri Simba Anak Bayang
- Moreeca Anak Anggo
- W.Mastura Bt.W. Othman
- Nurul Hidayah B.Mohd. Nawai
Biro Media,Publisiti & Dokumentasi
- Harith Wan Wiklai A/L Feen (K)
- Laurina Bt. Santagan
- Hasarah Bt.Abdul Halim
- Fadilla Bt. Mohd Sayuti
- Siti Ashifah Bt. Mhd. Zainudin
Biro Makanan Dan Minuman
- W.M.Firdaus B.W.M.Yusoff (K)
- Shazilawani Bt. Abd.Ghani
- Samantha Anak Adam
- Hau Boon Ling
- Noor Aziera Dayana Bt. Mohd. Razimi
- Nor Hazwana Bt. Hamzan
Biro Peralatan & Persiapan Tempat
- Edward Batin Anak Wil (K)
- Lukman B. Mohammad
- M.Anizam Fazly B.M.Sokarno
- Lidia Anak Lat
- Nur Azizah Bt. Yaacob
- Sandra Anak Senja
Biro Cenderahati
- Afiqah Syahirah Bt. Azis (K)
- Nik Aziah Bt. Nik Mahmood@Nik Mat
- Tuan Fazliana Bt. Tuan Hussin
- Nur Syazana Bt.Johari
- Josephine Justin
7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA/BIRO

7.1. PENGERUSI
7.1.1. Bertanggungjawab dalam mempengerusikan semua mesyuarat dan
memastikan kelancaran mesyuarat tersebut.
7.1.2. Bertanggungjawab meneliti setiap minit mesyuarat dan memastikan
keputusan yang telah dipersetujui dilaksanakan dan diambil tindakan yang
sewajarnya oleh ahli yang berkenaan.
7.1.3. Melaksanakan setiap tugas-tugas yang di arahkan oleh Guru Penasihat.
7.1.4. Mengetahui masalah atau kebajikan semua ahli kelab.

7.2. TIMBALAN PENGERUSI


7.2.1. Membantu Pengerusi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
diberikan.
7.2.2. Bertanggungjawab dalam mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan
Pengerusi.
7.2.3. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi.

7.3. SETIAUSAHA
7.3.1. Menguruskan semua urusan surat-menyurat.
7.3.2. Menyimpan segala dokumen atau maklumat yang berkaitan dengan kelab.
7.3.3. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat dan laporan-laporan kelab.
7.3.4. Mengambil kehadiran semua ahli semasa mesyuarat/aktiviti dijalankan.
7.3.5. Menyelesaikan urusan-urusan yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa
ke semasa.

7.4. TIMBALAN SETIAUSAHA


7.4.1. Membantu Setiausaha menjalankan tugas dan tangungjawab yang
diberikan.
7.4.2. Menjalankan tugas dan tanggungjawab Setiausaha semasa ketiadaan
Setiausaha.
7.5. BENDAHARI
7.5.1. Bertanggungjawab dalam urusan kewangan Kelab.
7.5.2. Bertugas membuat dan menyimpan kira-kira mengenai kewangan dan
bertanggungjawab ke atas kebenarannya.
7.5.3. Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
7.5.4. Menyediakan laporan kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
7.5.5. Menjalankan tugas-tugas yang diberikan.

7.6. TIMBALAN BENDAHARI


7.6.1. Membantu Bendahari menyelesaikan tugas dan tanggungjawab yang
diberikan.
7.6.2. Menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Bendahari semasa ketiadaan
Bendahari.

7.7. AHLI JAWATANKUASA


7.7.1. Membantu menjalankan tugas dalam setiap aktiviti dan program yang
dirancang.
7.7.2. Menyumbangkan idea atau pendapat dalam suatu mesyuarat.
7.7.3. Menjalankan tugas yang diberikan oleh Pengerusi.

8. KEWANGAN

8.1. Kewangan Kelab boleh diperoleh melalui :


i. Sumbangan dari badan-badan/pihak-pihak berkenaan
ii. Melalui kutipan yuran keahlian
iii. Melalui sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang
negara.
8.2. Pendapatan kelab yang diperoleh hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai
objektif dan matlamat kelab dan ahli-ahlinya seperti yang disebut dalam
Perlembagaan ini.
8.3. Sebarang pengunaan wang kelab hendaklah dimaklumkan dan di luluskan oleh
bendahari ataupun pengerusi kelab.
8.4. Semua resit pengunaan wang Kelab hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan
Pengerusi atau Setiausaha Kelab.

9. KEHADIRAN DAN PENYERTAAN

9.1. Semua ahli kelab diwajibkan menghadirkan diri dalam semua aktiviti yang
dijalankan oleh kelab tanpa sebarang alasan.
9.2. Ahli yang gagal untuk menghadirkan diri sebanyak tiga kali berturut-turut dalam
mesyuarat kelab dikehendaki menulis surat tunjuk sebab yang munasabah.
Markah kehadiran akan dipotong dan taraf keahlian juga boleh di gugurkan secara
automatik sekiranya ahli tersebut gagal berbuat demikian.

10. AKTIVITI

10.1. Aktiviti yang dijalankan oleh kelab adalah seperti yang telah dirancang semasa
Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Ahli Jawatankuasa.
10.2. Aktiviti yang dijalankan mestilah mendatangkan faedah atau mendatangkan
manfaat yang berkesan.
10.3. Sebarang pindaan akan dibuat oleh Guru Penasihat dan akan diumumkan kepada
ahli kelab.
10.4. Setiap ahli kelab haruslah menunjukkan komitmen dalam setiap aktiviti yang
dijalankan.
11. PERATURAN-PERATURAN

11.1. Peraturan Universiti menjadi asas kepada peraturan kelab.


11.2. Peraturan khas yang telah ditetapkan oleh kelab haruslah dipatuhi oleh semua ahli
kelab.
11.3. Ahli-ahli yang melanggar atau tidak mengikuti peraturan kelab boleh dikenakan
tindakan tatatertib atau denda.

12. TINDAKAN DISIPLIN

12.1. Ahli-ahli yang melanggar peraturan dan perlembagaan kelab akan dikenakan
tindakan disiplin.
12.2. Tindakan disiplin yang boleh dikenakan adalah Amaran Lisan dan juga Amaran
Bertulis.
12.3. Ahli boleh membuat rayuan secara bertulis kepada Guru Penasihat berkenaan
tindakan yang dikenakan sekirannya tidak berpuas hati.
12.4. Keputusan yang dibuat oleh Guru Penasihat ke atas rayuan yang dikemukakan
adalah muktamad.

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1. Bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga dipinda.


13.2. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli-ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pentadbir Universiti.
13.3. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan ahli jawatankuasa
akan diadakan untuk membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika
perlu.
13.4. Setiap pindaan yang dibuat mestilah ditunjukkan kepada pihak pentadbiran untuk
disahkan.
14. PEMBUBARAN KELAB

14.1. Pihak Pentadbiran diberikan kuasa untuk membubarkan kelab sekiranya kelab
didapati melanggar perlembagaan da falsafah pendidikan negara
14.2. Segala hutang kelab hendaklah di langsaikan. Baki kewangan akan diputuskan
dalam mesyuarat agung tergempar.

15. HAL-HAL LAIN

14.1. Ahli-ahli perlulah mengambil tahu dan mengetahui tanggungjawab diri sendiri
terhadap sebarang program atau aktiviti yang dijalankan.
14.2. Setiap ahli perlulah memberikan komitmen penuh serta kerjasama dan juga
bertanya jika tidak jelas tentang sesuatu aktiviti atau info yang diberikan.
14.3. Setiap ahli juga perlulah sentiasa menjaga nama baik kelab dan sentiasa berusaha
untuk menaikkan dan mengharumkan nama kelab.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

.................................... ................................... ...................................


(Nazura Bt.Che Nasir) (Tommy Bin Mathew) (Puan Ernie Suziela)
Setiausaha, Pengerusi, Guru Penasihat,
Kelab Futsal. Kelab Futsal. Kelab Futsal.

Tarikh : ......................

Anda mungkin juga menyukai