Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

SEMINAR CERAMAH MENYELUSURI KECENDERUNGAN ANAK DALAM KERJAYA


&
AKUJANJI CALON PMR , SMA DAN SPM 2011

15 FEBRUARI 2011

BIL AKTIVITI TEKS


2

1. Ucapan aluan pengacara majlis Bismillahirahmanirahim........


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Yang berbahagia,En Subki b Abd Hamid, YDP PIBG.


Yang berusaha, Pn Siti Romziah bt Madong, Pengetua SAM Rawang
Yang dihormati, Barisan Guru Penolong Kanan Sekolah Agama Menengah Rawang,
Ketua-ketua bidang, , guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Salam Mesra dan salam hormat diucapkan kepada semua.

2. Bacaan Doa Bagi memulakan acara pada hari ini. Molek lah kiranya kita mulakan dengan bacaan doa supaya
majlis yang diadakan ini dilimpahi dengan kenikmatan dan perjalanan majlis berada dalam keadaan
yang sentiasa dirahmati.

Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan ____________________________ untuk bacaan


doa.

Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas


bacaan doa sebentar tadi.

3 Ceramah Kerjaya Tanpa membuang masa kita teruskan dengan agenda utama pada hari ni iaitu Ceramah ataupun
perkongsian mengenai kerjaya yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan kita pada hari ini .

Berkongsi sedikit info tentang penceramah pada hari ini.


3

Beliau dikenali dengan nama EN Mustaffa b Abdullah, pemegang Ijazah dalam Engineering Business
Management UTM dengan kerjasama Warwick University.
Berumur 48 tahun dan sudah berumahtangga.

Pensyarah di Twintech International University College Technology dan AJK PIBG Sekolah
Menengah Islam Al Amin Gombak.

Untuk itu dengan segala hormatny dipersilakan En Mustaffa b Abdullah untuk sama-sama berkongsi
ilmu dengan rakan pelajar , ibubapa yang dikasihi dan guru-guru tentang perancangan kecenderungan
dan kerjaya untuk masa hadapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

-----------------------------------------------------------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia EN Mustaffa b Abdullah di atas
ilmu yang dikongsikan bersam akita pada hari ini.
Jadi sebenarnya dengan perancangan yang jitu dan mantap, kita mampu menggapai apa jua kerjaya
yang kita idamkan.

4. Ucapan Pengetua Seterusnya, majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan mempersilakan
Yang Berbahagia Pn Siti ROmziah bt Madong, Pengetua Sek Agama Menengah Rawang untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Junjungan kasih Kalungan budi,


4
Buat Yang Berbahagia Puan Pengetua,
Atas ucapan penuh bererti
Jadi kenangan kekal abadi

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pn Siti ROmziah bt Madong,
Pengetua Sek Agama Menengah Rawang atas ucapan beliau sebentar tadi.
5 Ucapan YDB PIBG
EN Mohd Subki b Abd Hamid Untuk meneruskan acara Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En Subki b
Abdul Hamid untuk menyampaikan sepatah dua kata perkongsian untuk semua yang hadir pada hari
ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada En Subki b Abd Hamid atas kesudian beliau meluangkan
masa bersama di dalam program yang dirancang ini. Semoga dengan adanya hubungan yang erat di
antara PIBG dan sekolah akan membantu kami para pelajar untuk menjalani kehidupan persekolahan
dengan selesa .

6 AKUJANJI Majlis diteruskan lagi dengan Ikrar AKUJANJI Calon PMR, SMA dan SPM 2011-02-10
Dengan ini dipersilakan wakil Calon PMR, SMA dan SPM untuk mengetuai bacaan Ikrar ini.

Majlis dimulakan dengan Ikrar AKUJANJI Calon PMR 2011


Dipersilakan ________________ utk mengetuai Ikrar AKUJANJI Calon SMA 2011
Majlis menjemput _____________utk mengetuai Ikrar AKUJANJI Calon SPM 2011

Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada wakil pelajar di atas bacaan ikrar
sebentar tadi
5
7 Penutup Hadirin yang dimuliakan
. Dengan berakhirnya upacara sebentar tadi maka berakhirlah Program Menyelusuri Kecenderungan
Kerjaya dan juga Program Ikrar AKUJANJI bagi calon PMR, SMA dan SPM 2011

Cantik tersusun bunga kasturi


Dihias indah berseli siantan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Akhir kata, sambutlah sembah dan salam


Sembah nan minta maaf
Salam nan minta ampun.
Salam terima kasih memohon diri
Program dirangka berakhir di sini
Sebarang kekurangan harap diampuni
Terima kasih sekalung budi
Kenangan manis abadikan di hati
Semoga kita berjumpa lagi
Di lain hari di lain waktu.

Di jemput dan dipersilakan Penceramah En Mustaffa b Abdullah, Pengetua SAM Rawang, YDP
PIBG untuk ke kantin bagi menikmati jamuan ringan

Sekian, Wabillahitaufik.....................................

Anda mungkin juga menyukai