Anda di halaman 1dari 2

Memang menjadi impian orang ramai untuk mempunyai kekayaan yang tidak terhabis.

Kekayaan sememangnya akan membawa banyak keseronokan kerana banyak yang boleh
dilakukan dengan menggunakan wang.

Jika saya seorang jutawan, perkara pertama yang akan saya lakukan adalah menubuhkan
badan kebajikan. Badan kebajikan ini akan berfungsi untuk menghulurkan bantuan
kewangan kepada kanak-kanak istimewa ataupun mangsa-mangsa bencana. Dengan
berbuat demikian, penderitaan golongan yang tidak bernasib baik itu dapat dikurangkan.
Selain itu, saya akan memperoleh keseronokan dan kepuasan dengan membantu orang
lain. Hidup saya juga akan lebih bermakna dengan berbuat demikian.

Dengan mempunyai wang yang banyak, saya akan membantu kerajaan untuk
membangunkan kawasan-kawasan desa.Saya akan menaburkan modal untuk
menghidupkan industri-industri desa kawasan desa untuk membantu penduduk yang
kurang berpendapatan mencari rezeki. Selain itu, saya akan menderma kepada sekolah-
sekolah di kawasan sana yang telah usang dan kurang kelengkapannya. Saya juga akan
menderma alat tulis, beg sekolah dan seragam sekolah kepada pelajar-pelajar yang miskin
untuk bersekolah.

Jika saya seorang jutawan, saya akan merealisusikan impian saya selama ini untuk
mengeliling, dunia dengan kapal layer mewah. Memang menjadi impian saya untuk pergi
ke luar Negara untuk mengenali budaya-budaya kaum asing dan melihat cara kehidupan
orang lain yang berbeza. Saya juga ingin pergi ke New Zealand untuk melihat alam
semula jadi di sana dan melihat sendiri perusahan susu lembu yang amat terkenal di sana.
Kemudian, saya akan pergi ke India untuk melihat sendiri Taj Mahal, bangunan lambung
kecintaan itu.Banyak tempat lain yang akan saya pergi seperti Paris, Tokyo dan lain-lain
lagi. Dengan demikian, saya dapat meluaskan penglihatan dan menambahkan ilmu
pengetahuan saya.

Mempunyai rumah yang mewah dan cantik merupakan satu kemestian bagi seorang
jutawan. Oleh yang demikian, jika saya seorang jutawan, saya akanmembina sebuah
rumah mengikut kemahuan senairi serta menghias rumah tersebut dengan rekaan sendiri.
Saya akan membina rumah itu sebesar istana dengan menggunakan batu yang berharga
dan menghias rumah itu dengan perabot-perabot yang unik mengikut kesukaan saya.
Selain itu, saya akan menghias dinding rumah dengan lukisan-lukisan yang cantik hasil
karya pelukis ternama. Rumah saya akan dihias dengan semewah yang mungkin.

Di samping memiliki rumah yang cantik, saya juga inginkan kereta yang mewah.
Memang menjadi kegemaran saya untuk memiliki kereta yang cantik. Selain itu, saya
juga suka membeli kereta antik untuk dijadikan koleksi simpanan saya. Saya juga akan
menggaji sekurang-kurangnya tiga orang pemandu untuk berkhidmat dengan menghantar
saya ke tempat pekerjaan ataupun ke mana-mana sahaja yang saya hendak pergi.

Selain itu, saya akan membina sebuah taman bunga yang khas di halangan rumah saya.
Taman bunga itu akan ditanam dengan berbagai\bagai jenis bunga, seperti rose, bunga
raya, bunga cempaka dan lain-lain lagi. Ini adalah untuk memuaskan keinginan saya
untuk menikmati keindahan bunga yang berbeza serta kegemaran saya untuk menanam
bunga. Saya akan menggaji beberapa orang pekerja khas untuk menjaga taman tersebut.
Dengan demikian, saya akan dapat menenangkan pemikiran selepas balik dari bekerja
dengan menghayati bunga-bunga itu.

Kesimpulannya, menjadi seorang jutawan memang menyeronokkan. Namum begitu,


banyak usaha yang harus dilakukan untuk mencapai kekayaan yang berjuta-juta. Kita
tidak harus percaya kepada nasib ataupun durian runtuh. Kita haruslah bijak dan pandai
menggunakan otak serta bekerja keras untuk mencari rezeki.