Anda di halaman 1dari 18

ROSYLN @ROSLIN BT.

GUBILIL
700111125656002

A) PENDAHULUAN

Rancangan Makanan Tambahan ini tidaklah bermaksud menggantikan makanan yang


telah diberikan oleh ibu bapa atau penjaga tetapi untuk memberi makanan tambahan sebanyak
¼ hingga 1/3 daripada jumlah keperluan harian bagi seorang murid sekolah rendah harian
sepenuhnya.Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian utama
terhadap tahap kesihatan warga sekolah.Amalan penjagaan kesihatan menerusi aktiviti yang
terancang dan teratur dapat menjamin tahap kesihatan warga sekolah di tahap optimum
disamping dapat menerapkan nilai-nilai murni di kalangan murid.

OBJEKTIF RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN.

Program RMT adalah berdasarkan kepada beberapa objektif iaitu memberi makanan
tambahan kepada murid-murid sekolah rendah terutamanya dari luar bandar dan golongan
berpendapatan rendah secara imbuhan dan sementera waktu, demi memperbaiki keadaan
kesihatan Golongan yang berpendapatan rendah.
Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid dapat
membantu mengatasi masalah pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.Selain itu, ia juga
menggalakkan sekolah menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan serta
menggalakkan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT
sekaligus, menerapkan nilai-nilai murni seperti tabiat bersopan-santun, bertimbang rasa serta
amalan menjaga kebersihan diri, makanan dan alam sekitar.

Untuk melicinkan program ini satu mesyuarat yang dijalankan pada 15 Januari 2010
telah dijalankan dengan menubuhkan organisasi seperti yang tertera di bawah:

CARTA ORGANISASI SK.SUNGAI ANIB 1, SANDAKAN

Pengerusi : En.Abu Bakar Mad Zin ( Guru Besar )

Naib Pengerusi 1 : Puan Siti Asia ( Pen.Kanan.Hem )

Naib Pengerusi 2 : En.Majin B.Bulat ( Penyelia Petang )

1
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

Ketua Penyelaras RMT : Puan Connie Madisun ( Guru sidang pagi )

Setiausaha : Puan Zaiton Mat Ali ( Guru sidang Petang )

Kantin/ Makanan : Puan Jasmina Kitchi

AJK : Puan Inda Mahiya ( Guru Kounseling )

Puan Noraini Md.Nor ( Guru Data )

Semua guru kelas

Pengerusi PIBG

PERANAN GURU BESAR DAN GURU

Berikut diperincikan peranan guru besar dan guru dalam Rancangan Makanan
Tambahan dan Kantin Sekolah Sk.Sg.Anib 1.
 Mengedar, mengumpul semula dan memproses borang permohonan pelajar.
 Menyediakan senarai nama pelajar yang layak diberi RMT.
 Menentukan pilihan menu.
 Memastikan pelajar yang layak diberikan bekalan masing-masing.
 Membuat pemantauan keseluruhan program RMT sekolah.
 Menyedia dan menyimpan rekod berkaitan RMT sekolah.                 
 Menyediakan laporan hasil pemantauan dan diserahkan kepada Guru Besar untuk
makluman.
 Menerima bekalan susu dan mengagihkan kepada murid yang layak.
 Memastikan bekalan susu yang diterima dalam bekeadaan baik.
 Membantu Guru Besar memastikan pengusaha kantin menyediakan perkhidmatan yang
terbaik seperti dalam perjanjian.
 Menjalankan pemeriksaan ke atas kantin dari segi kebersihan, keselamatan dan
kesempurnaan.
 Menyediakan laporan mengenai perkhidmatan dan memaklumkan kepada Guru Besar
untuk tindakan susulan.
 Memastikan adanya kerjasama di antara pihak sekolah dan pengusaha kantin.

2
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

SUMBER KEWANGAN PROGRAM RMT.


Sumber Kewangan Program RMT disalurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah melalui Jabatan pelajaran negeri/ daerah masing-
masing.Peruntukan tersebut diagihkan mengikut jumlah murid layak melalui Sistem Maklumat
Murid (SMM) yang dilengkapkan oleh sekolah masing-masing. Kelayakan sekolah SK.Sungai
Anib 1 adalah 547 X 190 hari X RM2.05 = RM213,056.50 dalam setahun.
KAEDAH DAN KRITERIA PEMILIHAN PESERTA RMT.
Kriteria pemilihan murid yang layak menerima bantuan program pemakanan RMT
adalah terdiri daripada keluarga miskin berpendapatan RM150 sebulan. Pendapatan perkapita
setakat RM35.00 ke bawah layak dipertimbangkan dalam program ini. Saiz enrolmen sekolah
iaitu kelonggaran diberi khusus kepada sekolah rendah dengan bilangan murid 100 orang ke
bawah.Ianya juga dipertimbangkan kepada keluarga, ibu bapa atau penjaga berpendapatan
setahun RM 400.00 ke bawah.Jarak rumah dari sekolah bagi murid-murid yang tinggal jauh
dari sekolah dan tidak mempunyai kemudahan pengangkutan juga diberi perhatian.
Pemilihan murid yang layak diberi RMT di SK.Sg.Anib 1 adalah murid-murid dari
50%dari Kg.Forest, BDC,Kg.Sim-sim, kawasan perkampungan setinggan berhampiran,30%
dari perkampungan Taman Mesrah dan 20% dari kawasan perkampungan yang jauh dari
sekolah seperti Kg.Tinosan dan Bt.10.70% ibu bapa murid bekerja sebagai buruh dan nelayan
serta menjual secara kecil-kecilan, manakala 30% lagi daripada ibu bapa petani dan pekerja-
pekerja sambilan.

KAEDAH DAN KRITERIA PEMILIHAN TENDER UNTUK RMT.


Pemilihan tender untuk RMT biasanya akan ditentukan oleh pihak sekolah sendiri untuk
mencari syarikat pengelola makanan yang bersetuju dengan syarat yang dikenakan oleh sekolah
berdasarkan peruntukan yang telah disediakan oleh kementerian.
Sekiranya tidak ada syarikat pengelola makanan yang sanggup menerima tender
pengedaran RMT,kuasa pemilihan tender akan diserahkan kepada pejabat pelajaran daerah
untuk membuka tender syarikat pengelola makanan yang boleh menerima syarat bayaran yang
telah dikenakan oleh pihak sekolah.
Bagaimanapun, sebelum tender diterima pihak sekolah perlu mengetahui latar belakang
sesebuah syarikat pengelola kantin tersebut.Pihak sekolah dan kantin akan menandatangani

3
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

surat perjanjian yang dipersetujui bersama atas syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah selama 1 tahun tertakluk kepada keadaan.Sekiranya pihak sekolah berpuas hati
pengelolaan boleh diteruskan, tetapi jika tidak memuaskan guru besar boleh memberikan notis
5 hari tanpa perlu memberikan sebarang alasan kepada syarikat pengelola.
RMT SK. Sungai Anib 1 dikendalikan oleh syarikat KUARZAH SDN BHD yang telah
ditubuhkan pada 15tahun yang lepas dibawa kelolaan En. Sharul Kamarul. Sewa harian
sebanyak RM90.00 dikenakan mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.Pengelola makanan
juga akan memberi wang cagaran kepada pihak sekolah mengikut kadar yang ditetapkan.Wang
tersebut akan dikembalikan bila tamat tempoh pengendalian.

KAEDAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK PENYEDIAAN MAKANAN


Kaedah pembayaran kepada pihak penyediaan makanan ialah menggunakan KWK
dengan pengeluaran cek oleh pihak sekolah kepada pengelola. Cek tersebut dibayar kepada
nama syarikat pembekal. Prosese pembayaran ialah menggunakan dekomen –dokumen seperti
nota minta, invois, vaucer bayaran dan buku pesanan.Pengelola makanan layak menuntut klem
setiap hujung bulan dan tuntutan tersebut akan dikeluarkan lebih kurang 3 hari daripada tarikh
tuntutan.
Kadar bantuan setiap murid adalah RM2.05 sehari selama 190 hari dalam
setahun.Peruntukan semasa SK.SG.Anib 1.yang disediakan berasaskan kepada jumlah murid
iaitu seramai 646 orang. Jumlah tersebut adalah RM.1322.25 dalam sehari dan RM251,227.50
setahun.Penyaluran bantuan RMT itu hendaklah dibuat terus kepada sekolah berasaskan kepada
rekod jumlah murid yang layak pada tahun semasa.Dengan cara ini program RMT boleh
dimulakan lebih awal pada hari pertama persekolahan.

KAEDAH PENGAGIHAN MAKANAN KEPADA PESERTA.

Penyediaan dan pengagihan makanan akan diuruskan oleh mana-mana pihak berikut.
a) Guru-guru sekolah
b) Pekerja-pekerja sekolah.
c) Ibu bapa dan guru-guru.
d) Pasukan-pasukan daripada badan sukarela.
e) Pekerja upahan.
f) Pihak kontrak ( kantin sekolah dan lain-lain)

4
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

Aktiviti pelaksanaan program ini antaranya ialah:


Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan kebersihan
terutama sekali semasa menyedia dan menghidang makanan oleh pembekal kepada murid
untuk mengelak dari berlaku keracunan makanan dan jangkitan penyakit berjangkit.
Membincangkan dan memberi pandangan tentang kandungan zat makanan dalam
makanan yang seimbang.Menanamkan rasa syukur kepda Tuhan atas rezeki yang diperolehi.
Memberikan motivasi untuk meningkatkan pencapaian dalam pelajaran serta
menggalakkan murid membawa balik pengetahuan, sikap dan amalan yang dipelajari di sekolah
kepada keluarga masing-masing dalam masyarakat.

Berikut disertakan gambar cara-cara pengagihan makanan dan tertib makan murid-murid di
sekolah SK.SG. Anib 1

Bakul untuk meletakkan bekas makanan

5
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

PEMILIHAN PEKERJA-PEKERJA YANG TERLIBAT RMT


Pekerja yang dipilih adalah dibawa kuasa pengelola makanan.Mereka hendaklah
memastikan semua pekerja yang mengendalikan RMT telah diperiksa dan disahkan sihat oleh
kementerian kesihatan.Pekerja-pekerja syarikat pengelola mesti mempunyai sijil kesihatan dan
mematuhi peraturan tentang pekerja makanan tambahan dan pengelola makanan seperti yang
ditetapkan dalam Lampiran B Buku panduan Rancangan makanan Tambahan di
Sekolah.Pemeriksaan berkala hendaklah diusahakan untuk mengelakkan pekerja yang tidak
sihat khususnya penyakit yang berjangkit untuk tidak berkerja di tempat masak/makanan.

Pekerja di Kantin sekolah ini memakai baju uniform berwarna jingga.Mereka


digalakkan memakai kain apron dan penutup kepala.Kuku tangan pekerja hendaklah sentiasa
pendek dan bersih.Pekerja diwajibkan menjaga kebersihan diri ketika menjalankan tugas
dengan mencuci tangan terlebih dahulu sebelum memulakan tugas.Rambut pekerja juga
hendaklah sentiasa pendek dan digalakkan memakai jaring rambut, topi yang sesuai atau diikat
kemas.Elakkan menyentuh dengan tangan makanan yang tidak berbungkus sebaliknya gunakan
sudu, alat penyepit atau kertas yang telah dikhaskan.

PEMILIHAN BAHAN-BAHAN MENTAH DAN PENYEDIAAN DAN PENYIMPANAN


BARANG –BARANG MAKANAN
Bahan makanan yang patut dihidang hendaklah terdiri dapada makanan yang
mengandungi zat makanan tertentu untuk membina badan, memberi tenaga dan mencegah
penyakit, segar, tidak basi, tidak rosak dan tidak busuk, mengenyangkan dan tidak
mengandungi bahan kimia,pewarna dan lain-lain yang boleh merosakkan kesihatan.
Semua bahan makanan dan minuman mestilah selamat daripada punca
pencemaran.Penutup makanan dan tempat menyimpan makanan sesuai hendaklah
digunakan.Bekas makanan untuk menyimpan bahan-bahan mentah ini hendaklah sentiasa
bersih dan tidak tercemar.

6
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

MENU MAKANAN YANG DISEDIAKAN


Menu ini disediakan bagi memenuhi Saranan Piramid Makanan Malaysia yang
menggalakkan pengambilan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran bagi meningkatkan
pengambilan vitamin, mineral dan serat juga penekanan kepada pengambilan susu tepung
penuh krim.Penggunaan gula dan makanan bergoreng dihadkan.Buah-buahan yang
dicadangkan di dalam menu baru ini boleh ditukar dengan buah-buahan yang lain mengikut
kesesuaian dan kesenangdapatan.Menu makanan bergoreng disediakan tidak melebihi 2X
seminggu.Berikut ditunjukkan ringkasan Menu RMT SK.Sg.Anib 1,Sandakan.

Ringkasan menu RMT Sk. Sungai Anib 1, 2010.


Hari Makanan Buah Minuman
Isnin Nasi Ayam Betik Air soya
Selasa Bihun Goren Singapura Tembikai Air soya
Rabu Nasi Goreng Cina Pisang emas Coklat +susu+Tepung
Khamis Sandsich Sardin Epal Merah Air soya
Jumaat Nasi lemak Jambu Batu Coklat +susu+Tepung

Ringkasan Menu RMT Sk.Sungai Anib 1 2010 ketika bulan Ramadhan.


Hari Makanan Minuman
Isnin 1 biji roti siput 1 kotak milo kecil
Selasa 1 biji roti sosej 1 kotak susu kacang soya
Rabu Kuih champian masin 1 kotak milo kecil
Khamis 1 biji roti chocorol 1 kotak susu kacang soya
Jumaat Bubur kacang dan sebungkus biskut 1 kotak Milo kecil

Oleh kerana program ini dijalankan pada tempoh 190 hari setahun termasuklah di bulan
Ramadhan,maka menu khas sempena bulan Ramadhan juga tidak terkecuali disediakan demi
melatih murid-murid yang beragama islam berpuasa dan boleh menyimpan makanan tersebut
untuk berbuka kelak sekiranya ada diantara murid-murid tersebut yang sedang berpuasa seperti
jadual di sebelah.
CARA PENYEDIAAN MAKANAN DISEDIAKAN.
Makanan yang disediakan hendaklah terdiri daripada makanan yang
berkhasiat.Kebersihan makanan, peralatan pinggan mangkuk, kemudahan membasuh, kain

7
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

untuk mengelap perkakasan makanan, kain pengesat tangan, kebersihan peti sejuk dan tempat
menjual makanan hendaklah sentiasa bersih.
Makanan yang dihidang diletakkan di dalam bekas bersih yang telah disediakan dan
disimpan di tempat yang mudah dan selamat untuk murid-murid kendalikan.Murid hendaklah
duduk dengan selesa di tempat yang bersih dan selamat di dewan sekolah iaitu tapak khas yang
disediakan untuk program ini dijalankan.

Apa yang penting di sini ialah disiplin murid di tempat makan.Murid dilatih mengambil
dan meletakkan makanan di tempat yang teratur dan bersopan santun ketika mengambil dan
meletakkan semula bekas makanan.Sebelum dan selepas makan murid dikehendaki membasuh
tangan dan membaca doa makan terlebih dahulu sebelum makan.Peranan guru bertugas adalah
penting dalam menyelia pelaksanaan RMT supaya dalam keadaan selamat..
Kemudahan tempat masak, lantai, dinding , bumbung , tong sampah hendaklah di dalam
keadaan bersih dan selamat digunakan.Kemudahan perabot atau tempat duduk yang mencukupi
hendaklah memberi keselesaan kepada murid.Disiplin murid menjaga kebersihan selepas
makan amat dititikberatkan.Lantai juga hendaklah sentiasa bersih selepas dan sebelum murid

8
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

duduk makan atau selepas makan.kesedaran menjaga kebersihan dan mengelakkan berlakunya
keracunan makanan di kalangan murid-murid di sekolah.Proses ini dipertanggungjawabkan
kepada tukang sapu sekolah yang menjaga kebersihan dewan ini.

Lantai dibersihkan selepas murid-murid makan

Pemeriksaan tempat masak/makan sekolah oleh Pegawai Kesihatan telah dijalankan


pada 23.03.2010 di sekolah ini.Tahap kebersihan kantin ialah pada kadar 74.29%.Pemeriksaan
ini akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi menentukan tahap kebersihan sentiasa
terkawal.Disamping itu, pekerja-pekerja kantin juga akan dijemput menghadiri taklimat
menjaga kebersihan oleh kementerian kesihatan yang disediakan khas untuk murid-murid
sekolah.Tujuannya adalah untuk memupuk kesedaran menjaga kebersihan di kalangan murid-
murid khususnya warga kerja SK.SG.Anib 1.

BAHAGIAN B

SAMPEL MURID.

9
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

Berikut saya perincikan mengenai sampel kajian 5 orang murid yang terdiri daripada
murid-murid tahap 2 yang terdiri dari kelas 4 Mawar.Saya sengaja mengambil sampel dari
kelas yang sama yang dibawa kawalan saya sendiri kerana saya lebih mengenali murid-murid
ini. Saya juga telah mengumpul maklumat mengenai murid ini sebelum dan selepas mendapat
RMT.Bagaimanapun, perubahan berat badan murid-murid ini tidak ketara kerana setiap tahun
murid-murid sentiasa meningkat kerana tumbesaran mereka. Bagaimanapun, banyak
perkembangan positif saya dapati hasil daripada kajian dan pemerhatian saya sepanjang tahun,
di kelas ini beserta dengan latar belakang dan sosio ekonomi keluarga murid.( Lihat lampiran
untuk rujukan yang detil).
NAMA MURID / GAMBAR LATAR BELAKANG PERUBAHAN TINGKAH LAKU
KELUARGA MURID
SOSIO EKONOMI SEBELUM SELEPAS RMT
DAN PENDIDIKAN RMT

Anak ke 3 daripada 4 Murid ini Dia menjadi


orang adik beradik pendiam dan seorang kanak-
Bapa setakat lulus tahun 6 tidak suka kanak yang
Bekerja sebagai nelayan bergaul dengan aktif.Dia sentiasa
dan menjual ikan di pasar orang lain. ceria dan bergaul
Kg. BDC. mesra dengan
Mukanya selalu rakan-rakannya.
Pendapatan tidak menentu pucat dan tidak
. bermaya malah Berat badan
Ibu seorang surirumah. tidak aktif di kanak-kanak ini
JUKRIH BIN IDAM
Ibu bersekolah hanya di dalam pelajaran juga bertambah.
TAHUN 4 MAWAR
tahun 5 sahaja.

Bagaimanapun, pada
masa terluang ibu akan
pergi ke rumah jiran
untuk menjadi pembantu
Alamat :
rumah
Kg. BDC, Sandakan
sementara.Pendapatan ibu

10
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

sehari dari upah mencuci


kain dan mengemas
rumah ialah RM15.00
sehari.Upah menjadi
pembantu rumah
bergantung pada
permintaan dan tidak
menentu.
Anak bungso daripada 5
orang adik beradik. Kanak-kanak ini Selepas mendapat
sentiasa lesu dan bantuan RMT dan
Bapanya bekerja sebagai tidak bermaya. KWAMP kanak-
buruh mengangkat barang kanak ini menjadi
di kapal.Bersekolah tamat Murid ini tidak seorang kanak-
tingkatan 3. Ada kalanya aktif dan selalu kanak yang aktif
bekerja sebagai pemandu memencilkan dan berdikari.
teksi .Ibunya seorang diri.
tukang sapu di sekolah Adanya bantuan
membantu suaminya. Keadaan RMT juga
fizikalnya yang mengurangkan
Kanak-kanak ini sakit beban ibu bapa
MOHD. RAFIE BIN
mengalami sakit jantung menyebabkan kanak-kanak ini
ABDULLAH
dan pernah menjalani murid ini tidak menyara mereka
TAHUN 4 MAWAR
pembedahan jantung di aktif dan selalu adik beradik dan
Hospital Intan di Jalan ponteng sekolah. kos perubatan
Ampang,Kuala Lumpur kanak-kanak ini.
atas bantuan persatuan Pencapaian
jantung Sabah. akademik murid Walaupun ibu
ini di tahap bapanya sibuk
Walaupun kanak-kanak biasa. dan tidak sempat
ini berpenyakit tetapi Keadaan murid memberi sarapan
kanak-kanak ini ini tidak terurus. kepada murid ini
bermotivasi untuk tetapi dengan

11
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

belajar.Kanak-kanak ini adanya RMT


masih menjalani rawatan murid ini tidak
Alamat : rapi di hospital D.O.C.K lagi kelaparan
Kg.BDC Sandakan. datang ke sekolah.
Anak ke 6 daripada 7
orang adik beradik Kanak-kanak ini Menjadi seorang
tidak menonjol kanak-kanak yang
Bapanya bekerja sebagai di dalam aktif dan jarang
penjaga di kilang papan di akademik. datang lewat ke
sebelah malam dan Selalu mengadu sekolah.
menjual daging ayam sakit perut dan
pada siang hari. muntah-muntah Pencapaian
Bersekolah hanya tamat pada awal pagi. akademiknya
tingkatan 3. semakin baik.
Tidak ceria dan
Bersama abang Ibunya seorang surirumah sentiasa comot Kanak-kanak ini
yang bersekolah hanya datang ke tidak lagi
SH. NORHAYATI BT. tamat tingkatan 1. sekolah. mengadu muntah-
JAKARIA Membantu suami dengan Selalu lewat muntah kerana
TAHUN 4 MAWAR menjajah rokok di tepi- datang ke serangan gastrik
tepi bangunan yang tanpa sekolah dan kerana tidak
permit kerajaan. selalu ponteng. mengambil
Pendapatan mereka sarapan di rumah
sekeluarga juga tidak sebelum turun ke
Alamat: menentu iaitu diantara sekolah.
Setinggan Bt.3, RM500-RM 700 sebulan.
Sandakan

Anak ke 8 daripada 9 Selalu Kurang


orang adik beradik.5 bermasalah di melanggar
orang kakaknya sudah sekolah. disiplin sekolah.
berumahtangga tetapi 4 Selalu
diantara mereka masih mengganggu Lebih fokus
bersekolah. rakan-rakan. terhadap pelajaran
12
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

dan lebih
Bapanya bekerja sebagai Sentiasa bermotivasi
ketua buruh mengantuk datang ke sekolah.
pembangunan di tapak terutama pada
pembinaan bandar sebelah petang
baru,Sandakan. persekolahan.
Bersekolah tamat Suka bising di
tingkatan 5. dalam bilik
Bekerja sebagai jaga di darjah dan
tapak berkenaan pada menimbulkan
sebelah malam. masalah di
MOHD. HASRIN
Ibunya mengambil upah kalangan rakan-
B. MOSOS
menjahit dan selalu tidak rakannya.
TAHUN
sihat sejak melahirkan Tidak fokus
4 MAWAR
anaknya yang ke belajar dan leka
9.Bersekolah tamat bermain.
tingkatan 5 dan pernah
mengikuti kursus
menjahit di
Kemas.Berpendapan 1000
sebulan tetapi tidak
menentu.
Alamat :
KG.Sim-Sim Sandakan

Anak bungsu daripada 6 Kanak-kanak ini Walaupun sikap


orang adik beradik. selalu ponteng murid ini yang
Ibu bapanya telah datang ke sentiasa lewat
bercerai.Ibu bapanya telah sekolah. datang ke sekolah
berkahwin semula dengan semakin baik
pasangan masing-masing. Dia selalu tetapi dia
keletihan datang bermotivasi
Kanak-kanak ini dibela ke sekolah datang ke sekolah.

13
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

oleh makciknya sebelah dengan pakaian


bapa yang mempunyai 2 yang tidak Mukanya yang
orang anak yang masih terurus. selalu penat kini
bersekolah dan 2 orang semakin ceria.
yang masih kecil.2 orang Muka kanak-
kakak dan abangnya kanak ini selalu
sudah berkahwin. pucat.
Murid ini tidak
1 orang kakaknya tinggal aktif dalam
bersama bapa dan 2 semua bidang
orang lagi bersama dan sentiasa
MOHD. TAUFIK B. NASRI
ibunya. mendapat
nombor corot di
Murid ini tidak mendapat dalam kelas.
perhatian daripada ibu
bapanya.murid ini selalu Ada kalanya
membantu makciknya murid ini
yang menjual barangan menunjukkan
runcit dan menjaga adik- tanda-tanda yang
Alamat :
adik angkatnya yang agresif dan
Rumah setinggan batu 2,
masih kecil. terlalu nakal di
Sandakan
dalam bilik
Pendapatan makcik murid darjah.
ini juga tidak menentu
iaitu antara RM350
hingga RM 500 sebulan.

C ) KEKUATAN PROGRAM RMT


Melalui sampel kajian yang saya telah jalankan saya mendapati perubahan yang ketara
kepada murid seperti maklumat di bawah:-
a)Ekonomi keluarga.
Murid dapat menikmati RMT sepanjang tahun dan meringankan beban ibu bapa serta
mengelakkan masalah kelaparan kepada mereka.

14
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

b) Akademik dan Sukan


Mereka dapat menjalani pembelajaran sama seperti murid-murid yang lain dan lebih fokus
dalam pelajaran serta aktif di dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum.

c) Perkembangan kesihatan
Masalah kekurangan gizi tidak lagi berlaku kerana mereka boleh mendapat khasiat pemakanan
daripada sekolah.Hasil daripada rekod pencapaian berat setiap tahun, mereka mangalami berat
ketara diantara 2-5kg dan tinggi yang normal.

d) Tingkah laku dan disiplin murid.


Melalui program ini juga murid-murid diasuh menjadi anak-anak yang tertib dan
bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan diri serta bersopan santun ketika mengadap
rezeki secara tidak langsung menjadi tabiat baik dalam kehidupan rutin harian mereka.

e)Masyarakat
Program RMT juga menggalakkan masyarakat menceburkan diri dalam penyelenggaraan
makanan disamping mendapat pulangan yang lumayan.

KELEMAHAN PROGRAM RMT


Bagaimanapun, program ini juga mempunyai kelemahan yang harus diperbaiki
antaranya ialah:
i)Masalah pengelola.
Walaupun peruntukan sebanyak RM2.05 sen telah ditetapkan untuk setiap seorang murid,
tetapi ada diantara pengelola makanan yang mencari kesempatan mendapatkan keuntungan
dengan menghidangkan makanan tidak bertepatan dengan nilai makanan sepatutnya.Mereka
beralasan modal tidak mencukupi kerana klem makanan lambat diterima.
ii) Masalah Menu dan penyediaan makanan
Makanan yang dimasak dan menu yang berulang tidak menyelerakan, hingga dibuang oleh
murid dan mengakibatkan pembaziran.Apa yang saya perhatikan di sekolah ini adalah
kelemahan penyediaan air.Kanak-kanak terpaksa berbaris untuk mendapatkan minuman setelah
habis makan.Murid-murid berlumba-lumba menghabiskan makanan kerana bimbang lama
menunggu giliran mendapatkan minuman.

15
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

Ada kalanya murid yang lambat keluar kelas akan kehabisan makanan kerana ramai lagi
diantara murid-murid ini menunggu giliran mengambil makanan lebih untuk dimakan.Ada
diantara mereka yang masih tidak kenyang dan mahu makanan tambah lagi.Murid tidak tenang
ketika menjamah makanan malah cepat-cepat menghabiskan makanan kerana bimbang masa
rehat tidak mencukupi.
ii)Kesihatan dan peningkatan akademik
Perubahan berat badan dan peningkatan akademik murid tidak dapat diukur dengan
tepat kerana peningkatan akademik mereka bergantung kepada keadaan semasa manakala berat
badan mereka akan sentiasa meningkat kerana sentiasa membesar.

iii)Masalah kebersihan
Isu yang sering dibangkitkan oleh pihak sekolah adalah prasarana kantin sekolah dan
kebersihan peralatan makanan RMT.Oleh kerana sekolah ini besar besar dengan 646 murid
RMT, penyediaaan tempat makanan dan memasak untuk bilangan yang sebanyak ini
menimbulkan masalah kepada pembekal.Ada kalanya bekas makanan tidak dicuci dengan
bersih. Murid-murid terpaksa bersila pada dewan kerana kantin yang kecil tidak mencukupi
dalam pelaksanaan program ini.

PENAMBAH BAIKAN PROGRAM RMT.


i)Kualiti makanan
Pihak sekolah dan pihak berkenaan hendaklah sentiasa memantau kualiti makanan murid dan
memberi teguran kepada pembekal yang tidak mematuhi menu yang telah disediakan.Mereka
juga hendaklah menyediakan menu yang menyelerakan dan pelbagai untuk mengelakkan
kebosanan muriddengan menyediakan tukang masak yang mahir. Pihak kantin juga hendaklah
mencari alternatif lain menyediakan minuman yang mudah diseleranggarakan oleh murid-
murid.

ii)Pemantauan kesihatan
Melalui kaji selidik yang saya jalankan secara lisan ke atas guru dan ibu bapa yang
datang ke sekolah, ( saya terpaksa membuat soal selidik secara lisan untuk membantu ibu bapa
kerana ada diantara mereka yang tidak tahu membaca. Saoalan seperti dalam lampiran )
Mereka berharap dan bersetuju agar program ini sentiasa diteruskan kerana kesan baiknya

16
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

kepada perkembangan minda, psikomotor dan tumbesaran kanak-kanak.Peruntukan RMT


daripada RM2.05 sepatutnya ditambah kepada RM5.00 supaya mencukupi kerana kos makanan
sekarang semakin bertambah untuk menambah lagi khasiat pemakanan murid.
Kementerian Kesihatan hendaklah selalu membuat pemantaun ke atas pekerja dan
kawasan persekitaran kantin untuk memastikan kebersihan penyediaan makanan demi
mengelakkan keracunan makanan serta membuat satu sudut pameran laporan kesihatan mereka
di sudut kantin sebagai bukti kesahan kesihatan mereka.

KESIMPULAN

Kesihatan menggambarkan keupayaan dan kesejahteraan hidup individu dan


masyarakat. Konsep yang ditekankan oleh kesihatan ialah kesihatan keseluruhan iaitu
mengikuti definisi Pertumbuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu keadaan membolehkan
individu itu berada di dalam keadaan yang sempurna dari segi jasmani, mental, emosi, rohani
dan bebas dari penyakit, cacat atau cedera.Pelaksanaan program ini adalah satu pelaksanaan
yang tepat pada masanya kerana program ini membantu masalah kesihatan kepada murid yang
tidak mampu mendapatkan gizi yang seimbang.Pengambilan makanan yang seimbang akan
menjadikan murid yang aktif di dalam akademik dan ko-kurilum bertepatan dengan saranan
kerajaan menjadikan rakyat Malaysia yang sihat.

RUJUKAN

RUJUKAN:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. PANDUAN RANCANGAN MAKANAN

TAMBAHAN DI SEKOLAH: 2003 terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia.

17
ROSYLN @ROSLIN BT. GUBILIL
700111125656002

Modul Latihan. PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT, 1999 Kementerian

Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia Penerbit Gempita Maju

sdn.bhd.

Carta organisasi sekolah dan fail-fail RMT sekolah.

Pekeliling-pekeliling berkaitan RMT

18

Anda mungkin juga menyukai