Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PROSEDUR PERNAFASAN MULUT KE MULUT/EXPIRED AIR


RESUSITATION (E.A.R) :
Prosedur Pernafasan Mulut ke Mulut/Expired Air Resuscitation (E.A.R)
digunakan apabila pernafasan mangsa terhenti. Tujuannya adalah untuk
mengalirkan oksigen ke dalam darah mangsa.

E = Expired (hembusan)

A = Air (udara)

R = Resuscitation (resusitasi)

Prosedur EAR

 Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.

 Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran
(contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu)

 Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah
tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin

 Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa,
sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut
mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana
udara tersebut dipaksa memasuki paru-paru.

 Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya
dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang
dilakukan kepada orang dewasa. 

 Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama.
Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat.

1
 Terus lakukan resusitasi mulut ke mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam
seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan
perubatan telah tiba.

 Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan
penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan
sehingga 5 kali cubaan untuk memperolehi dua pernafasan yang berkesan.

2.0 PROSEDUR MAMPATAN DADA/EXTERNAL CARDIAC COMPRESION (ECC)

Prosedur Mampatan Dada/External Cardiac Compresion (ECC) digunakan


apabila gagal mengesan denyutan atau nadi mangsa. Tujuannya untuk
memaksa darah beredar menerusi jantung ke seluruh anggota badan.

 Baringkan mangsa dan berlutut di sudut kanan tubuh mangsa.


 Kemudian cari sternum (tulang dada) mangsa. Sternum mangsa boleh dicari
dengan mempamerkan dada dan menemukan sternum dengan menggambar
garis imajiner dari satu puting ke yang lain untuk mengenalpasti kawasan yang
tepat sternum.
 Terdapat tulang kecil rawan di hujung bawah sternum dan fraktur daerah ini
boleh merosakkan hati malahan boleh menyebabkan pendarahan serta
kematian. Bila anda meletakkan tumit tangan anda di dada mangsa di atas
hujung sternum.
 Letakkan tumit satu tangan atas sternum (tulang dada) dan tapak tangan yang
lain di atas yang pertama.
 Bongkokkan badan ke depan dengan siku dikunci, dan menerapkan tekanan
menegak untuk menekan sternum (dewasa) 1 ½ hingga 2 inci.
 Lakukan tekanan dan mengawal tekanan antara 60 hingga 80 per minit.
 Anda tidak akan merasa cepat letih sekiranya anda menggunakan teknik yang
tepat dan berkesan. Mampatan tidak berkesan sekiranya siku tidak dikunci.

2
PROSEDUR MELAKUKAN ECC

3
3.0 TEKNIK CPR TERHADAP BAYI

 Jerit dan tepuk bahu bayi dengan perlahan. Sekiranya tiada tindakbalas,
pastikan posisi bayi dalam keadaan terlentang.

 Buka salur pernafasan dengan teknik dongakkan kepala dan angkat dagunya.
Jangan dongakkan kepala terlalu jauh.

 Beri 2 hembusan sekiranya tiada pernafasan. Tutup mulut dan hidung bayi
sekaligus dengan mulut kita dan hembus dengan kadar 1.5 hingga 2 saat pada
setiap hembusan.

 Sentiasa periksa dada bayi untuk melihat sebarang pergerakan pada setiap
bantuan pernafasan yang diberikan.

 Posisikan 2 jari di tengah-tengah dada dan ½ inci ke bawah putingnya.


Kemudian, beri 30 tekanan sedalam antara ½ ke 1 inci pada kadar 100 kali
seminit.

 Ulangi dengan 2 hembusan nafas dan 30 tekanan. Selepas 1 minit (ulangan 1


pusingan), hubungi ambulans (999 atau 991) dan teruskan dengan teknik
hembusan dan tekanan di dada.

Cara memeriksa respons pada bayi

4
Cara membukasalur pernafasan pada bayi

Cara memeriksa nafas pada bayi

5
Cara memberikan bantuan napas pada bayi

Posisi jari tangan pada dada bayi

6
4.0 TEKNIK CPR BAGI KANAK-KANAK

CPR untuk kanak-kanak adalah sama seperti melakukan CPR bagi orang dewasa.
Walau bagaimanapun, terdapat 3 perbezaan dalam langkah melakukannya:

 Jika hanya anda berdua dengan kanak-kanak tersebut, lakukan CPR terlebih
dahulu selama 2 minit sebelum menghubungi ambulans.

 Gunakan tumit salah satu tapak tangan untuk melakukan tekanan di dadanya.

 Berikan tekanan sedalam 1 hingga 1½ inci.

Langkah asas melakukan CPR untuk kanak-kanak (Umur 1 – 8 tahun):

 Pastikan tindakbalas pesakit.

 Dongakkan kepalanya. Kemudian lihat, dengar dan rasai pernafasannya. Jika


tidak bernafas, beri bantuan pernafasan sebanyak 2 hembusan.

 Jika tiada tanda-tanda pesakit mula bernafas, batuk atau bergerak, mulakan
tekanan di dada sedalam 1½ hingga 2 inci sebanyak 30 kali di antara 2 puting
dadanya. Tekan pada kadar 100 kali seminit.

 Teruskan dengan 2 hembusan pernafasan dan 30 kali tekanan di dada sehingga


bantuan tiba.

7
5.0 RUJUKAN

1. http://bsmmcuitm.wordpress.com

2. http://savelifes.wordpress.com

3. http://www.tpub.com