Anda di halaman 1dari 3

Konsep asas hubungan etnik

MASYARAKAT

Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu,
keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud
dalam anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.

ETNIK

Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian,
bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-
konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat
biologi antara sesama manusia. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam,
pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India,
Kadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.

ETNISITI DAN ETNOSENTRIK

Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau
sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu tingkahlaku yang sama.

ETNOSENTRISME

Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota
sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah lebih baik daripada kelompok lain.

RAS

Ras dan etnik kerap kali dicampuradukkan sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.

Ras boleh dikatakan sebagai kelompok social yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan
cirri-ciri fizikal biologikalnya nyata seperti warna kulit, warna mata dan sebagainya.
RASISME

Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negative sesuatu kelompok social atau para anggotanya
terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka
melalui tindakan terbuka. Ia berkait rapat dengan konsep prejudis dan stereotaip, diskriminasi.

PREJUDIS, STEREOTAIP DAN DISKRIMINASI

Prejudis: Pandangan negative mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati
seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Apabila prejudis
disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Stereotaip: Kenyataan umum yang negative terhadap sesuatu etnik.

Diskriminasi: Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negative seseorang atau kelompok etnik terhadap
anggota lain. Ia merupakan perbuatan membanding bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok
etnik lain berasaskan cirri-ciri etnik semata-mata.

BUDAYA

Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi system social, politik, ekonomi, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Ciri budaya: dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik.
PERPADUAN DAN INTEGRASI

Perpaduan: Satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu indentiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan
tanah air.

Integrasi: Satu proses bagi mewujudkan satu identity nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari
segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada wilayah,
ekonomi, kebudayaan, social, pendidikan dan politik.

Segregasi: Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain
dalam sesebuah Negara.

Akulturasi: Proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya lain.

Asimiliasi: Proses percantuman dan penyatuan antara golongan etnik yang berlainan budaya sehingga
membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama.

Akomodasi: Proses penyesuaian yang merangkumi pelbagai golongan etnik berlainan budaya yang hidup
secara harmonis dan saling menghormati antara satu sama lain.

Amalgamasi: Proses yang terjadi apabila dua atau lebih budaya bercampur untuk membentuk satu jenis
budaya baharu yang merangkumi elemen budaya-budaya lama yang bercantum serta elemen baharu.

Aparteid: Dasar segregasi kaum terhadap orang kulit hitam di Afrika Selatan.

Anda mungkin juga menyukai