Anda di halaman 1dari 3

Parlett’s n Hamilton’s Illuminative Model

Latar Belakang

Menurut Parlett & Hamilton (1972), penilaian secara Illuminative merupakan satu
strategi penyelidikan yang umum dalam lingkungan kualitatif. Seorang penilai
Illuminative berperanan utama untuk mempelajari, menerangkan dan melaporkan
perkembangan seharian terhadap subjek yang dikaji.

Kombinasi pelbagai cara atau pendekatan yang digunakan dalam model penilaian
memudahkan penjelasan terhadap masalah-masalah yang dihadapi, isu-isu dan
kepentingan aspek sesuatu program yang sedang dijalankan pada sesuatu masa.
Model ini banyak dikaitkan dengan bidang antropologi dan dikembangkan di negara
Barat. Salah seorang tokoh yang menonjol dalam pengembangan model ini ialah
Malcolm Starlett.

Model ini memfokuskan kepada bagaimana implementasi sesuatu sistem itu


dipengaruhi oleh suasana sekolah iaitu tempat berkembangnya sesuatu sistem itu.
Model ini juga turut melihat kepada kekuatan, kelemahan serta pengaruh sistem
terhadap pelajar. Hasil daripada model ini lebih menekankan deskripsi serta
interpretasi, berbeza daripada model-model sebelumnya yang lebih menekankan
pengukuran dan anggaran.

Parlett & Hamilton mencadangkan agar penilaian secara Illuminatif memfokuskan


kepada proses pengumpulan maklumat berbanding dengan komponen membuat
keputusan. Tugas utama seseorang penilai adalah untuk menyediakan satu
pemahaman yang komprehensif terhadap realiti yang kompleks pada persekitaran
sesuatu projek dijalankan.

Aplikasi

Menurut Rohmad Qamari (2008), model yang diperkenalkan oleh Parlett & Hamilton
menitik beratkan aspek mengenal pasti ciri-ciri yang penting, proses kitaran sebab dan
akibat, serta hubungan di antara kepercayaan dan hubungan dan di antara corak
organisasi serta reaksi seseorang individu.

Terdapat tiga fasa aplikasi model ini dalam sistem penilaian iaitu Observe, Inquiry
Further dan Seek to Explain. Pada tahap observe atau perhati, pihak penilai akan
mengunjungi sekolah yang sedang mengembangkan sistem tertentu. Pada tahap ini,
pihak penilai akan melihat serta mengumpulkan pandangan dan segala persoalan
daripada guru ataupun pelajar-pelajar terhadap perlaksanaan sistem tersebut.

Pada fasa kedua iaitu fasa ‘Seek to Explain’, penilai akan meneliti pelbagai persoalan
dan pandangan yang diperoleh daripada fasa pertama.

Akhirnya, pada fasa ketiga, penilai akan mula meneliti sebab dan akibat daripada
setiap persoalan yang timbul. Pada tahap ini, penilai akan cuba mencari punca
terhadap faktor-faktor yang menimbulkan persoalan terdahulu. Penilai akan mula
mengumpulkan data-data yang diperoleh untuk disesuaikan dengan situasi yang
berlaku. Langkah seterusnya ialah dengan melakukan intrepetasi data. Data yang
diperoleh akan digunakan untuk dijadikan rujukan bagi memudahkan proses pembuat
keputusan dilakukan.

Berdasarkan kepada tiga fasa aplikasi model illuminative ini di sekolah, hubungan
langsung di antara pihak penilai dan pihak yang dinilai adalah amat penting dan perlu
dikekalkan. Hal ini kerana, model ini menggunakan pendekatan kualitatif yang
menekankan pentingnya hubungan secara langung di antara orang dengan situasi yang
ingin di nilai agar dapat memahami hal-hal yang lebih terperinci berkenaan dengan
program atau sistem yang ingin dikembangkan.

Satu contoh aplikasi model Illuminative di Malaysia ialah kajian yang dijalankan
terhadap penerapan model Illuminatif yang mengimplementasikan Kurikulum Bersatu
Sekolah Rendah (KBSR) bagi sekolah-sekolah rendah di Sarawak.

Kesan

Kesan daripada penggunaan model ini dilihat dari dua aspek iaitu kekuatan dan
kekurangan.

Kekuatan Model Illuminative dilihat dari segi penekanan terhadap pentingnya


penilaian secara berterusan dilakukan selama proses perlaksanaan pendidikan. Proses
pengumpulan data dan laporan hasil-hasil penilaian dibuat dalam jangka masa yang
amat singkat, maka, maklumat yang diperoleh akan dapat digunakan dengan cepat.

Dr Haji Adi Badiozaman Tuah (2001) menulis bahawa penilaian secara Illuminatif
amat efektif kearah pengukuhan kefahaman tentang kurikulum KBSR yang sedang
dilaksanakan. Pendapat yang dikemukan oleh Helen Simon dianggap relevan dan
penting bagi menjalankan proses penilaian untuk sekolah-sekolah di Sarawak.

Walau bagaimanapun, Model Illuminative mempunyai kelemahan. Kelemahan yang


ketara dilihat dari segi teknik perlaksanaannya iaitu proses penilaian tidak didahului
oleh rumusan criteria secara eksplisit. Objektif penilaian yang dilakukan juga boleh
dipersoalkan. Selain itu, terdapat kecenderungan untuk menggunakan alat penilaian
yang kurang spesifik. Model ini juga tidak menekankan kepentingan penilaian
terhadap program bahan-bahan kurikulum semasa bahan-bahan tersebut dirancang.

Sumbangan terbesar Model Illuminative adalah kritikan dari model tersebut terhadap
penggunaan model scientific experiment dalam penilaian pendidikan yang dikatakan
kurang tepat. Model ini juga beranggapan bahawa pendidikan yang berfungsi sebagai
‘ memanusiakan manusia’ tidak dapat di wakili secara matematik. Juga, aspek-aspek
kemanusiaan tidak semuanya dapat dilakukan pengukuran secara mudah dan tepat
seperti perasaan, sikap, motivasi, semangat dan sebagainya.
References :

1. Rohmad Qomari. 2008. Jurnal Pemikiran Alternatif Pendidikan :Model-model


Evaluasi Pendidikan. Insania. Vol 13. No. 2, Mei-Aug 2008. muka surat : 173-
188. Retrived from : http://insaniaku.files.wordpress.com/2009/05/1-model-
model-evaluasi-pendidikan-rohmad-qomari.pdf on the 05/03/2010, 02.48pm

2. Dr Haji Adi Badiozaman Tuah. A Case For Evaluation In The Implementation


Of Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) In Small Primary Schools
Of Sarawak. 2001 Retrived from
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/2001/2001_adi.pdf 06/03/2010,
07.30pm

3. http://www.aare.edu.au/95pap/woodj95203.txt