Anda di halaman 1dari 12

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU PN ZAINAB BT SINDA

ISI KANDUNGAN

1
HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU PN ZAINAB BT SINDA

1.0 PENGENALAN
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya Berjaya juga
saya menyiapkan tugasan ini setelah bertungkus lumus sedaya upaya untuk menghasilkan keseluruhan
bahan tugasan ini sebaik dan sesempurna mungkin. Disamping itu,saya ingin menyalurkan ribuan malah
jutaan kalungan dan ungkapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing,En.Yusof Bin yang
melaksanakan pengajaran bagi matapelajaran Bahasa Melayu (HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam
Bahasa Melayu)di atas keprihatinan beliau dalam memberi kerjasama sepenuhnya serta bimbingan yang
menyeluruh untuk saya menyiapkan tugasan ini selain itu,saya juga ingin menyampaikan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga saya di atas sokongan dan bantuan berupa kewangan
untuk membantu saya bagi menyiapkan keseluruhan tugasan saya ini dari awal penghasilannya sehingga
ke titik akhir saya melaksanakan tugasan ini.Malah saya juga ingin menyampaikan ungkapan terima
kasih kepada rakan-rakan yang turut sama-sama mencurah tenaga dan memberikan buah fikiran
dengan berkongsi pelbagai idea-idea yang bernas dalam usaha untuk saya menyiapkan tugasan ini. Saya
juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak perpustakaan kerana telah banyak
membantu saya merangka perjalanan tugasan ini dengan sempurna. Akhir sekali,sekali lagi saya ingin
mengalungkan ribuan malah jutaan ungkapan penghargaan saya kepada semua pihak yang telah banyak
membantu saya dalam usaha saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sesempurna mungkin.

Sekian,terima kasih.

2
HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU PN ZAINAB BT SINDA

Izinkan saya mengungkap 2 rangkap pantun :

“Tenang-tenang air di laut

Sampan koleh mudi ke tanjung

Hati terkenang mulut menyebut

Budi yang baik pasti dijunjung.

“Tanam legudi tumbuh kelapa

Terbit bunga berkembang pasti

Budi tuan kami tak lupa

Pandai berceloteh menghibur hati”

3
HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU PN ZAINAB BT SINDA

1.0 Pendahuluan

Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen sastera' . Komsas merupakan komponen
dalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ,
Kementerian Pelajaran untuk pelajar Tingkatan 1 - 5 di di semua sekolah menengah.
Dalam subjek bahasa Melayu, setiap tingkatan diberi 2 buah buku iaitu sebuah novel dan
sebuah antologi . Apabila sampai ke tingkatan 3, mereka sudah membawa 6 buah buku.
Novel yang dipilih terdiri daripada pelbagai genre yang dihasilkan oleh novelis Malaysia
- tidak semestinya Sasterawan Negara. Karya-karya Sasterawan Negara dianggap berat , panjang
dan hanya sesuai untuk bacaan umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar PMR dan SPM.
Kupasan novel termasuk dalam Bahagian B Kertas Bahasa Melayu PMR dan membawa markah
10 % sahaja.

1.1 Peranan Komsas

Sebagaimana yang telah anda ketahui dalam penerangan yang lalu, KOMSAS merupakan suatu
medium yang diharap akan membentuk serta memantapkan aspek emosi dan rohani, seperti
mana yang disarankan di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Jelasnya, KOMSAS berperanan
sebagai pembentuk emosi yang berkesan melalui penghayatan bahan-bahan sastera yang
ditetapkan.

Konsep bersepadu dalam KOMSAS meliputi dua aspek yang kedua-duanya saling berkaitan.
Yang pertama ialah aspek ilmu, iaitu apabila pengajaran KOMSAS menyepadukan ilmu
kesusasteraan dengan ilmu bahasa. Hal ini bermakna, dalam masa pengajaran Bahasa Malaysia,
pelajar-pelajar akan diajar ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Kesusasteraan seperti tema, plot,
gaya bahasa dan sebagainya. Aspek yang kedua ialah penyepaduan dalam aspek bahan
pengajaran. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, bahan-bahan kesusasteraan seperti cerpen, sajak,
novel dan sebagainya boleh digunakan sebagai bahan pengajaran.

  1.2 Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS

Secara umumnya, P&P KOMSAS digubal untuk memenuhi beberapa matlamat. Menurut
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), 2002, KOMSAS
tergolong di dalam hasil pembelajaran bidang estetik. Ia diharapkan dapat mempertingkatkan
keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Di
samping itu, komponen ini juga mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran

4
HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU PN ZAINAB BT SINDA

perasaan dan penghayatan. Sehubungan dengan itu, KOMSAS diajarkan untuk memenuhi
objektif-objektif berikut:

a. Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar;


b. Mempertingkatkan kemahiran berbahasa;
c. Merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya satera; dan
d. Memupuk semangat yakin diri.

1.3 Pengertian Sistem Bahasa

Aspek sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan serta intonasi, dan kosa kata serta
peribahasa. Aspek sistem bahasa tidak kurang pentingnya berbanding kemahiran mendengar, bertutur, mambaca,
dan menulis. Sistem bahasa ialah pelengkap yang membantu aktiviti penulisan dan pertuturan menjadi lebih tepat,
jelas, dan mudah difahami. Penguasaan yang luas dalam aspek ini membolehkan seseorang itu berbahasa seperti
penutur jati bahasa tersebut. Hal ini kerana, selain mengandungi peraturan dan gaya intonasi bahasa berkenaan,
aspek sistem bahasa ini juga meliputi hal-hal sosiobudaya bahasa tersebut.

a.  Kosa kata


Pengajaran kosa kata tidak kurang pentingnya dengan pengajaran tatabahasa dan sebutan. Kosa kata
bermaksud perkataan-perkataan atau istlah yang mempunyai fungsi tertentu dalam kemahiran berbahasa.
Penguasaan yang baik dalam aspek kosa kata ini akan membantu seseorang dalam kemahiran berbahasa
yang lain. Dalam kemahiran menulis misalnya, pengetahuan yang luas dalam kosa kata akan memudahkan
seseorang menyatakan maksud atau perasaan dalam tulisannya. Secara umumnya penguasaan kosa kata ini
meliputi pengetahuandan fakta tentang perkara-perkara yang berikut:
  

i. Perkataan seerti (sinonim) meninggal dunia, mati, mangkat, wafat.


ii. Perkataan berlawanan (antonim) – putih/hitam, kecil/besar, panjang/pendek.
iii. Perkataan banyak makna – daki badan/daki bukit, masak nasi/sudah masak.
iv. Perkataan fungsi khas seperti – penjodoh bilangan, kata rujukan kehormat.

b.  Peribahasa
   Peribahasa ialah susunan bahasa yang indah, digubah berdaarkan kehidupan seharian masyarakat Melayu
tradisional. Gaya bahasa yang menarik serta panduan yang tersurat dan tersirat dalamnya menjadikan
peribahasa sangat relevan dengan penampilan budaya dan jati diri Bahasa Melayu. Dalam budaya Melayu,
peribahasa mempunyai peranan sebagai:

i. Bahan pengajaran yang mengandungi nasihat dan pedoman.


ii. Gambaran kehidupan masyarakat Melayu tradisional.
iii. Teguran dan sindiran yang halus serta sopan.

Berdasarkan bentuk dan fungsinya, peribahasa dapat dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

 Simpulan bahasa
 Perumpamaan
 Pepatah
 Perbilangan
 Bidalan
 Lidah pendita

5
HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU PN ZAINAB BT SINDA

 Tamsil
 Ibarat

Kandungan Kajian /Analisis

BIL SISTEM BAHASA CONTOH/DATA


1. (a) MORFOLOGI
(I) Jenis-Jenis kata

(i) Kata Tunggal Turun, makan, alam, kagum, cuti, indah , sukar, beban

(ii) Kata Terbitan Menambah, memandangkan, mencukupi, perubahan,


Mengikut, berkawan, menyambung

(iii) Kata Majmuk Tanahair, pembuluh darah, tinggi lampai, anak dagang
Air liur, segan silu

(iv) Kata Ganda Anak-anak, bola-bola, lambat-lambat, cuba-cuba,


(2) Pembentukan Kata berbasa-basi

(i) Imbuhan Mempelawa, pertalian, pujian, keindahan, kemanisan,


tersenyum

(ii) Pemajmukan Pertalian darah, berhemah tinggi, jari telunjuknya , geli


hati , adat merantau , kertas putih, sawo matang

(iii) Gandaan Sombong-sombong, itik-itik, bunga-bunga, masing-


masing, cuba-cuba, berbasa-basi

(3) Penggolongan kata


(i) Kata Nama Malaysia, Universiti Sains Malaysia, fail, negeri, gadis

(ii) Kata Kerja Senyum, beroperasi, menghulurkan, menyambut,


membetulkan

(iv) Kata Adjektif Nipis, ketabahan, kecekalan, kegigihan, sunyi, hijau

(v) Kata Tugas Ke, di , tidak , bukan , sambil , paling , amat , bila , siapa

6
HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU PN ZAINAB BT SINDA

(b) Sintaksis
(1) Struktur ayat

(i) Pola ayat dasar 1. Aku disapa mesra.


2. Kris tersenyum manis.
3. Kami sama-sama tergelak.
4. Seketika aku terpegun.
5. Dia seorang yang perfect.

(ii) Ayat Pasif 1. Rumah rasa sunyi.

(iii) Ayat Aktif 1. Aku memasukkan nota kecil ke dalam fail.


2. Saya rasa saya perlu berhenti buat seketika.
3. Kadang-kadang aku terasa kesal ditakdirkan
bertemu dengan Kris dan Kristal.
4. Aku jadi pasrah dan setiap dan setiap kali aku
menghadap tikar sembahyang.
5. Aku tidak perlu tunjuk belang di negeri orang.
(2) Pembentukan Ayat

(i) Ayat Selapis 1. Aku cuba untuk gelak.


2. Saya gembira di tempat baru.
3. “Segalanya mengajar saya berdikari , lebih
bersemangat.”
4. “Saya rasa saya perlu berhenti buat seketika.”

(ii) Ayat Majmuk 1. Dia lantas menarik kerusi dan duduk disebelahku.
2. Anak-anak yang leka bermain salji kurang.
3. Barangkali ada mata yang tidak senang melihat
keakraban kami lantaran kami sering bersama.
4. Antara puluhan gadis di sekolah lamaku, aku yang
dia berkenan.

7
HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU PN ZAINAB BT SINDA

BIL GAYA BAHASA CONTOH


1. Bahasa Asing Hazel
Bahasa Inggeris Blonde
Perfect
Apartment
Prejudis
Not even once?
Longflume
Christmas Dinner
Joey is one of or classmates.Don’t you
remember?
Oh !That blond handsome guy !
Well?
Well what?
I don’t think I can make it.
Homework
Come on. Enjoy yourself .Your brain needs
rest !
Polka-dot
Skirt
Mummy
I can cook !
But if you insist
Please keep the door lock !
Malaysian Hall
Buzz-off
How’s your apartment?
Mummy miss you !
Send my regards
How’s your article ?
How’s Kris ?
Frankly
Fiancée
We just friends.Not more than that !
But things are going more complicated.
Don’t be so childish!

Bahasa Arab -Allah


-Usrah
-Takdir
-Ilahi
-MasyaAllah
-Ya Allah

Bahasa Indonesia -Mengimbau-memanggil

8
HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU PN ZAINAB BT SINDA

Simpulan Bahasa dan Peribahasa -Anak dagang


-Tunjuk belang
-Hajat menggunung
-Bertepuk sebelah tangan

Sinkof -Kukongsikan –aku


(Penyingkatan Perkataan) -Sepiku –aku
-Rinduku- aku

Pengulangan -Kadang-kadang aku merasa begitu gembira


-Kadang-kadang pula sepi menggamit rindu
-Kadang-kadang hati sering diburu

Personifikasi -Sepi sering menggamit rindu


(ciri-ciri manusia untuk benda bukan -Hati sering diburu cemas berpanjangan
manusia / benda tidak hidup diberi ciri- -Segalanya membangkitkan naluri mengajar
ciri benda hidup ) erti ketabahan
-saat sepi ini sering mengudang Kris dan
Kristal dalam diriku
-angin sejuk bulan Februari mengelus
lembut
-itulah yang bakal menemani
sepiku,mengubati rinduku
-Dugaan dan cabaran yang begitu
menggugat keimanan
-Tudungku melambai-lambai
-Pandanganku yang tersilap
-Kenangan silam mengimbau rasa

Metafora -Pembuluh darah


(Perbandingan sesuatu yang lain secara -Dalam keriangan tersemai benih kasih
langsung,mengambil ciri-ciri objek persahabatan
atau benda yang dibandingkan) -Musim persahabatan
-Cahaya keimanan

9
HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU PN ZAINAB BT SINDA

Bahasa Figuratif -Berkongsi tawa dan berderai gelak diiringi


(cara penggunaan perkataan atau ciut beburung riang mengembangkan sayap
rangkai kata berlainan daripada yang -Kris membawa aku meneroka alam indah
biasa atau berlainan makna)
yang masih suci dalam dakapan kehijauan
dan penuh keharmonian
-cukup muda untuk menggoyangkan iman
setiap gadis
- Dalam keriangan tersemai benih kasih
persahabatan antara aku dan Kris dan juga
kehadiran Kristal menambah seri
,menambah aroma wangi musim
persahabatan kami
-Kristal mengukir senyum ,senyum sinis !
-Sampai kini ,nama Kris dan Kristal tetap
tersimpan dalam lipatan sejarah
perantauanku

Hiperbola -Hajat menggunung


(perbandingan secara berlebih-lebihan) -Wajahnya kembali memerah.Matanya
bersinar galak

Aliterasi
(pengulangan bunyi konsonan pada -Ketabahan ,kecekalan dan kegigihan
awal dua atau lebih perkataan) -memutih ,cukup sejuk untuk membirukan
tangan dan mengecutkan pembuluh darah

Cuma senipis kulit bawang


Simile
(perbandingan dengan menggunakan Nadi seperti mahu berhenti berdegup
perkataan Air mataku seperti mahu tumpah ke bumi
‘seperti,bagai,umpama,laksana,macam) Seolah-olah mahu melarikan diri dari
kenyataan

ULASAN

10
HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU PN ZAINAB BT SINDA

11
HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU PN ZAINAB BT SINDA

BIBLIOGRAFI

1. Dr Nadzeri Isa , HBML 3103 Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu


2. Buku KOMSAS Tingkatan 5(cerpen ‘Aku , Kris Dan Kristal , Dima Mazlina)
3. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (2) (2009): 15-31
4.
5.

12

Anda mungkin juga menyukai