Anda di halaman 1dari 2

Menjunjung adat

Oleh Siti Nur Almizan Aripin


snur@bharian.com.my
2010/05/22

Set kelengkapan peribadi sebagai hantaran sesuai ciri moden, cantik serta mudah
dibawa

AMALAN membalas hantaran adalah adat biasa yang berlaku pada majlis perkahwinan.
Kebiasaannya, hantaran yang digubah terdiri daripada barangan kegunaan peribadi, makanan
tradisional dan manisan.

Selain memenuhi adat tradisi dan syarat bagi mengikat dua hati, berbalas dulang hantaran
juga dianggap sebagai simbolik bagi mengukuhkan lagi jalinan silaturahim antara dua jiwa.
Namun begitu, jika diperhatikan, set minyak wangi dan alat solek adalah antara barangan
yang wajib ada di dalam senarai hantaran bakal pengantin tidak kira daripada si suami kepada
isteri atau sebaliknya.

Jurusolek Antarabangsa Lancome, Zamri Zainal, berkata pemberian hantaran adalah adat
yang telah lama wujud dan memilih set alat wangi yang dibeli di kaunter jenama
antarabangsa menjadi trend ikutan ramai pasangan.

“Mungkin cara pembungkusan set minyak wangi yang kelihatan moden, cantik dan senang
dibawa menarik perhatian pembeli berbanding barangan berjenama mampu milik lain,”
katanya.

Bagaimanapun, menurut Zamri, pemilihan set wangian dan alat solek cenderung dilakukan
berdasarkan bajet pasangan, bau minyak wangi, reka letak barangan dan kemudian barulah
diikuti warna tema.
“Seperti kita sedia maklum, setiap pasangan yang sedang merencanakan sesuatu majlis
perkahwinan mempunyai bajet kewangan yang ketat terutama di kalangan mereka yang
berpendapatan sederhana.

“Justeru, perkara pertama yang sering diajukan kepada bakal pengantin yang datang ke
kaunter Lancome adalah peruntukan kewangan mereka untuk bekas hantaran mengandungi
minyak wangi dan alat solek,” katanya.

Anda mungkin juga menyukai