Anda di halaman 1dari 2

Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Mata Pelajaran

Tanggungjawab Umum

1. Membantu Pengetua merancang, mengelola dan melaksanakan program


kecemerlangan khusus kepada mata pelajaran berkaitan di sekolah.

2. Menggalakkan guru-guru mata-pelajaran memperbaiki atau membina kompetensi,


sikap, kepimpinan, pengetahuan, kemahiran dan sahsiah dalam pengurusan
kurikulum.

Bidang tugas

1. Mengetuai panitia mata pelajaran serta menganggotai Jawatankuasa Kurikulum


Sekolah.

2. Merancang, dengan kerjasama semua ahli panitia, segala aktiviti untuk meningkatkan
pencapaian mata pelajaran berkaitan termasuk pencerapan P&P.

3. Menjadi pemudahcara di antara panitia mata pelajaran dengan semua pihak yang
lain mengenai segala hal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan juga
pengurusan mata pelajaran berkaitan.

4. Menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran bagi kelas-kelas yang


berkenaan.

5. Berhubungan erat dengan semua anggota ahli panitia untuk mendapat tahu tentang
kemajuan-kemajuan yang dicapai, masalah-masalah yang dihadapi dan langkah-
langkah yang harus diambil untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pencapaian.

6. Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang betul dan sentiasa mengetahui


perubahan yang berlaku.

7. Mendapatkan naskah Sukatan Pelajaran yang terbaru daripada Setiausaha


peperiksaan/Pengetua.

8. Bertanggungjawab tentang rancangan pelajaran bagi semua tingkatan serta memberi


perhatian berat tentang rancangan kerja pelajar-pelajar.

9. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan.

10. Membantu Pengetua memeriksa/menyemak gerakerja pelajar-pelajar dalam mata


pelajaran berkaitan.

11. Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkaitan
dan memikirkan cara-cara untuk memajukan pencapaian dari semasa ke semasa.
12. Membekalkan buku-buku rujukan guru kepada guru-guru mata pelajaran serta
memungut kembali pada akhir sesi persekolahan.
13. Memberikan senarai buku mata pelajaran berkaitan yang ingin dibeli untuk
perpustakaan kepada guru perpustakaan/pusat sumber .

14. Mengkaji dan menentukan jenis-jenis serta bilangan buku kerja/tambahan yang
perlu digunakan oleh pelajar bagi tiap-tiap tingkatan.

15. Mengkaji buku-buku contoh yang dikirimkan oleh pihak penerbit dan menentukan
pemilihan buku-buku untuk digunakan sebagai buku teks.

16. Mengumpulkan sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan peperiksaan


dalaman dan luar untuk dijilidkan dengan baik dan seterusnya menyerahkan kepada
Guru Pusat Sumber sebagai bahan rujukan.

17. Menyelenggarakan dengan sempurna, lengkap dan kemaskini kenyataan khas


mata pelajaran berkaitan.

18. Mengadakan mesyuarat panitia (formal) sekurang-kurangnya sekali sepenggal


atau lebih kerap lagi, jika perlu (atau mengikut takwim sekolah).

19. Melengkapkan diri dengan perkembangan yang terbaru dalam pendidikan mata
pelajaran berkaitan melalui bacaan, menghadiri kursus/seminar atau mesyuarat yang
berkaitan. Dalam perkataan lain, Ketua Panitia Mata Pelajaran haruslah
menunjukkan kepimpinan yang dinamis dan inovatif sebagai teladan kepada semua
ahli panitia.

20. Menjalankan semua arahan yang diberikan oleh Pengetua/GPK dari semasa ke
semasa.