Anda di halaman 1dari 20

AGENSI NUKLEAR MALAYSIA (NUKLEAR MALAYSIA)

[Sebelum ini dikenali sebagai Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT)]
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA
BANGI, 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 603-89250510 Faks: 603-89258262 http:///www.nuclearmalaysia.gov.my

MALAYSIAN NUCLEAR AGENCY (NUCLEAR MALAYSIA)


[Formely known as Malaysian Institute for Nuclear Technology Research (MINT)]
MINISTRY OF SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION MALAYSIA
BANGI, 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 603-89250510 Faks: 603-89258262 http:///www.nuclearmalaysia.gov.my

NUKLEARMALAYSIA / L / 2011 / 1

PATAHAN `BOLT’ PADA TAPAK PEMEGANG MOTOR BAGI LIF

DECEMBER 2010

UNTUK

BAHAGIAN FORENSIK,
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA MALAYSIA (DOSH),
PUTRA JAYA.

1
1. Pengenalan

Kejadian analisa kekandasan pada suatu komponen logam telah dilakukan untuk
menentukan punca kemalangan pada satu lif disebuah hotel di Malaysia (No. kes
BKF/KN/10/15). Tapak pemegang motor yang menggerakan kabel untuk lift telah
tertanggal dari dinding bangunan tersebut dan menyebabkan lift telah jatuh kebawah.
Terdapat dua tapak pemegang motor bagi lift, satu daripadanya berada di bahagian
atas dan yang satu lagi berada di bawah motor tersebut, ini bermakna motor berada
diantara dua tapak tersebut. Tapak-tapak ini di lekatkan kepada dinding konkrit
dengan menggunakan ``bolt@nut`’. Bolt ini pada kedudukan mendatar manakala
dinding adalah dalam kedudukan menegak. Tapak pemegang berserta tiga bolt yang
mempunyai tandaan BN-L(D), BN-M(D), BN-R(D) yang berada di bahagian bawah
sebelum dikeluarkan dari dinding konkrit ditunjukkan dalam Rajah 1. Tiga bolt yang
telah dikeluarkan dari konkrit ditunjukkan dalam Rajah 1a untuk BN-M(D), Rajah 1b
untuk BN-L(D) dan Rajah 1c untuk (BN-R(D). Tiga bolt tidak patah tetapi telah
membengkok. Bolt ini mempunyai ukuran garispusat lebihkurang 15.7 mm.

Dua bolt bersama `wall plug’ masing-masingnya yang melekatkan tapak di sebelah
atas motor telah patah dan tertinggal dalam dinding konkrit seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah-Rajah 2a dan 2b. Bolt bersama wall plug tersebut telah dikeluarkan dari
dinding konkrit seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2c dan diberi tandaan BW-U.
Dua bolt tersebut telah dinamakan sebagai BW-U (1) dan BW-U (2). Rajah 3
menunjukkan empat bolt yang telah patah dan berada di bahagian luar dinding dan
mempunyai tandaan BN P. Dua daripada bolt tersebut iaitu yang mempunyai kepala
skru berwarna hitam adalah berpadanan dengan dua bolt dari BW-U. Bolt ini
mempunyai ukuran garispusat lebihkurang 11.8 mm.

2
2. Hasil Kajian

2.1 kajian Mikrostruktur

Dari mikrostruktur optik, bahan bolt patah BW-U (1) adalah keluli karbon yang
mempunyai struktur ferrite dan pearlite (Rajah 4). Untuk melihat samada `case
hardening’ untuk memperkuatkan bolt tersebut dilakukan atau tidak, kajian
mikrostruktur dilakukan dari tepi ke tengah permukaan keratan rentas bolt tersebut.
Rajah 4(a), (b) dan (c) menunjukkan mikrostruktur tersebut. Saiz butiran ferrite dan
taburan bagi pearlite pada kedudukan 1mm, 2.5 mm dan 5 mm dari tepi bolt tersebut
adalah hampir sama.

Untuk bolt dari BN-M (D), mikrostruktur keratan rentas bolt pada kedudukan 1, 4
dan 8 mm dari tepi ditunjukkan dalam Rajah 5(a), (b) dan (c). Saiz butiran ferrite
dan taburan bagi pearlite pada setiap kedudukan tersebut adalah hampir sama.

2.2 Macrofraktografi

Untuk mengkaji punca kepatahan pada bolt tersebut, BW-U(1) dikeluarkan dari `wall
plug’ dan macro-lens kamera digunakan untuk melihat rupabentuk permukaan patah
bolt tersebut. Permukaan patah bolt ini ditunjukkan dalam Rajah 6a dan 6b. Dari
rupabentuk permukaan, didapati bahawa retakan patahan ini bermula dibahagian luar
hujung thread bolt. Bahagian permulaan retakan adalah lebih licin iaitu pada O
manakala bahagian akhir retakan adalah pada bahagian yang kasar iaitu F. Alat
mikroskop electron telah digunakan untuk mengkaji dengan lebih terperinci
rupabentuk permukaan patah tersebut.

3
2.3 Microfraktography

Rajah 7a menunjukkan rupabentuk keseluruhan permukaan patah bolt BW-U(1). Pada


pembesaran yang lebih tinggi (Rajah 7b dan 7c), bahagian permulaan retakan, O
mempunyai rupabentuk `dimple’. Ini menunjukkan bahawa patahan ini adalah patah
liatan (ductile fracture) yang disebabkan oleh lebihan tegasan (overloading) kepada
bolt tersebut. Rajah 7d dan 7e menunjukkan bahawa retakan yang berlaku dengan
tiba-tiba pada bahagian akhir patahan, F disebabkan bolt tidak dapat lagi menampung
bebanan yang tinggi pada bahagian akhir bolt tersebut.

Rajah 8a menunjukkan rupabentuk keseluruhan permukaan patah bolt BW-U(2). Pada


pembesaran yang lebih tinggi (Rajah 8b), bahagian permulaan retakan, O mempunyai
rupabentuk `dimple’. Ini menunjukkan bahawa patahan ini adalah patah liatan
(ductile fracture) yang disebabkan oleh lebihan tegasan (overloading) kepada bolt
tersebut. Rajah 8c menunjukkan bahagian tengah permukaan retakan bolt dan Rajah
8d adalah bahagian akhir patahan.

2.4 Scanning electron Microscopy and EDAX analysis

Rajah 9a dari mikroskopi electron ini menunjukkan dengan jelas keadaan ferrite dan
pearlite bagi bahan bolt BW-U(1). Kehadiran unsur-unsur Fe, Mn, C dalam spektrum
spektroskopi dispersive sinar-X (Rajah 9b) mengesahkan bahawa bahan in adalah
keluli karban.

4
2.5 Pengukuran Mikrokekerasan

Pengukuran mikrokekerasan keratan rentas bermula dari tepi ke tengah dilakukan


terhadap BW-U(1) dan bolt yang bengkok BN-R. Pengukuran dilakukan dengan
menggunakan bebanan 100 g dengan julat masa tekanan, 15 saat. Hasil pengukuran
ditunjukkan dalam Jadual 1. Ukuran garispusat bagi BW-U(1) dan BN-R adalah
masing-masingnya 11.7 mm dan 15.7mm.

Jadual 1: Nilai mikrokekerasan

Kedudukan Nilai Nilai


dari tepi mikrokekerasan mikrokekerasan
(mm) (VHN) untuk (VHN) untuk
BW-U(1) BN-R
1 195.5 153.1
2 189.3 157.6
3 202.0 143.1
4 214.5 157.6
5 223.6 155.0
6 199.3 153.3
7 - 156.7

2.6 Kandungan kimia

Kandungan kimia bagi bolt ditunjukkan dalam Jadual 2. Kandungan unsur-unsur ini
mengesahkan bahawa bahan untuk kedua-dua bolt adalah keluli karban.
Jadual 2: Kandungan kimia bahan bolt.

Unsur-unsur BN-R BW-U(1)


(Wt.%) (Wt.%)
Fe 99.3 99.4
C 0.0876 0.104
Mn 0.407 0.310
Si <0.005 0.0461
P 0.0234 0.0142

5
S 0.0221 <0.005
Cr 0.0257 0.018

2.7 Pengukuran Kekerasan

Untuk menentukan kekuatan bahan bolt, ujian kekerasan Brinell HB30(S) dilakukan
pada permukaan mendatar sebanyak enam kali ulangan. Bebola indektor yang
digunakan bergarispusat 2.5 mm dan bebanan yang digunakan ialah 187.5 dan 1439
N. Hasil pengukuran ditunjukkan dalam Jadual 3. Purata kekerasan bagi bolt BW-
U(1) dan BN-R masing-masingnya ialah 204.5 dan 157.4 HB.

Jadual 3: Ujian kekerasan Brinell

BW-U(1) BN-R (HB)


(HB)
1 205.2 157.7
2 209.2 158.6
3 207.6 163.1
4 200.0 153.8
5 198.0 158.9
6 207.6 152.2
Average 204.5 157.4

3. Keputusan

(i) Kedua-dua bolt ini diperbuat dari bahan jenis keluli karban.
(ii) Saiz butiran ferrite dan taburan bagi pearlite pada setiap kedudukan pada keratan
rentas bolt adalah hampir sama. Menunjukkan tiada kesan rawatan haba case
hardening.
(iii) Nilai mikrokekerasan adalah homogen dari tepi ketengan keratan rentas bolt,
menunjukkan tiada kesan rawatan case hardening.
(iv) Dua bolt yang patah mempunyai ukuran garispusat yang kecil berbanding dengan
tiga bolt yang tidak patah.
(v) Purata kekerasan bagi bolt BW-U dan BN-R masing-masingnya ialah 204.5 dan
157.4 HB. Peratus pengurangan garispusat yang lebih besar dari proses kerja
panas (hot-working) telah memberi kekuatan yang tinggi.
(vi) Bolt-bolt yang tidak patah telah membengkok kesan tarikan dari bebanan
terhadapnya.
(vii) Kehadiran rupabentuk ‘dimple’ menunjukkan bahawa patahan ini adalah patah
liatan (ductile fracture) yang disebabkan oleh lebihan tegasan (overloading)
kepada bolt tersebut.

6
Rajah 1: Tapak motor lift di bahagian bawah
yang masih melekat pada dinding. Tiga bolt
dan nut masih kelihatan.

Rajah 1a: Bolt dan nut di tengah dari Rajah 1

7
Rajah 1b: Bolt dan nut sebelah kiri dari Rajah 1

Rajah 1c: Bolt dan nut sebelah kanan dari Rajah 1

8
Rajah 2a: BW-U (1) dalam dinding yang mengikat
tapak motor di bahagian atas.

Rajah 2b: BW-U (2) dalam dinding yang mengikat


tapak motor di bahagian atas.

9
BW-U (1)

BW-U (2)

Rajah 2c: BW-U (1) dan BW-U (2) dari Rajah 2a


dan Rajah 2b.

Rajah 3: Bolt patah dan nut diluar dinding konkrit.

10
Rajah 4(a): Mikrostruktur BW-U(1) pada
kedudukan 1mm dari tepi

Rajah 4(a): Mikrostruktur BW-U(1) pada


kedudukan 2.5mm dari tepi.

11
Rajah 4(c): Mikrostruktur BW-U(1) pada
kedudukan 5mm dari tepi

Rajah 5(a): Mikrostruktur bolt dari BN-R pada


kedudukan 1mm dari tepi

12
Rajah 5(b): Mikrostruktur bolt dari BN-R pada
kedudukan 4mm dari tepi

Rajah 5(c): Mikrostruktur bolt dari BN-R pada


kedudukan 8mm dari tepi.

13
F

Rajah 6a: Permukaan patah bagi BW-U(1).


Pandangan atas

Rajah 6b: Permukaan patah bagi BW-U(1).


Pandangan sisi.

14
O

Rajah 7a: Permukaan patah, permulaan pada O,


berakhir pada F. Pembesaran 20X.

Rajah 7b: Menunjukkan sifat patah liat pada O.


Pembesaran 600X.

15
Rajah 7c: Menunjukkan sifat patah liat pada O.
Pembesaran 2500X.

Rajah 7d: Menunjukkan sifat patahan mengejut


pada F. Pembesaran 600X.

16
Rajah 7e: Menunjukkan sifat patahan mengejut
pada F. Pembesaran 2500X.

Figure 8a: Permukaan patah BW-U(2),


pembesaran x20

17
Rajah 8b: Fraktografi yang diperbesarkan pada
O. Pembesaran 2,500 X.

Rajah 8c: Dibahagian tengah bolt, pembesaran


600x

18
Rajah 8 d: Dibahagian akhir patahan,
pembesaran 600x

Rajah 9a: Mikrostruktur elektron

19
Rajah 9b: EDAX

20

Anda mungkin juga menyukai