Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SURIA (3)


17500 TANAH MERAH, KELANTAN

099503317

Ruj. Kami : SK.SS(3)/07/01/001(26)


Tarikh : 09 JANUARI 2011

Pegawai
Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan,
Daerah Tanah Merah,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.

Tuan,

Permohonan Bantuan Membaiki Jalan Rosak Ke Sekolah

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa musim tengkujuh pada tahun ini telah menyebabkan beberapa
batang jalan mengalami kerosakan teruk. Antara jalan tersebut, termasuklah jalan menuju ke Sekolah
Kebangsaan Sri Suria (3). Justeru itu, kami memohon bantuan pihak tuan peruntukan untuk membaiki
jalan tersebut.

3. Buat pengetahuan pihak tuan, jalan yang terlibat sepanjang lebih kurang 1.5 km. Jalan ini amat
penting bagi kami kerana ia merupakan laluan utama untuk ke sekolah ini.

4. Di atas perhatian dan kerjasama pihak tuan, terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

( ALI AKBAR B MAYIM )


YANG DI-PERTUA PIBG
Sekolah Kebangsaan Sri Suria ( 3 )
Tanah Merah, Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai