Anda di halaman 1dari 5

SEK. MEN. KEB.

METHODIST (ACS) KLANG


JAL JALAN RAYA BARAT,
PETI SURAT 17, 41000 KLANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: 03-33718814 Faks: 03-33732941
E-mail : acsklang@tm.net.my/klangacs@tm.net.my

SMK METHODIST (ACS) KLANG

KERTAS CADANGAN
PROGRAM PERKEMBANGAN SAHSIAH KALI PERTAMA (1/2011)

TARIKH : 18 FEBRUARI 2011

HARI : JUMAAT

MASA : 7.30 ~ 9.55 a.m. (Pelajar Moral Sesi Pagi)

5.00 ~ 6.45 p.m. (Pelajar Moral Sesi Petang)

TEMPAT : SMK METHODIST (ACS)

ANJURAN BERSAMA:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


&
PANITIA PENDIDIKAN MORAL

Disediakan : Pn. Lam Bee Sem Tel : 019-3312935


SMK METHODIST (ACS) KLANG

PROGRAM PERKEMBANGAN SAHSIAH KALI PERTAMA (1/2011)

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN MORAL

18 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)

1.0 Pendahuluan

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon peruntukan daripada Yuran Kegiatan Moral
bagi membiayai perbelanjaan Program Perkembangan Sahsiah Kali Pertama (1/2011) SMK
Methodist (ACS) Klang.

2.0 Matlamat

Perkembangan Sains dan Teknologi yang canggih serta maju pada masa kini jelas
menunjukkan kadar peningkatan masalah disiplin di sekolah. Terdapat banyak faktor yang
menyumbang kepada peningkatan masalah disiplin dan pihak sekolah sentiasa memainkan
peranan penting untuk mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar
Memandangkan pelajar-pelajar ibarat buluh muda yang mudah dibentuk, maka program
tersebut dirangka dengan tujuan untuk membangunkan sahsiah dan disiplin para pelajar.

3.0 Objektif Program

Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan akhlak dan moral dalam kalangan
pelajar di samping memberi kefahaman dan kesedaran kepada pelajar-pelajar supaya:
1.1 berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing.
1.2 mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri
1.3 dapat membimbing diri ke arah yang lebih positif dan rasional
1.4 dapat membezakan antara yang baik dan buruk
1.5 mengeratkan hubungan silaturahim antara para pelajar dan guru-guru.
1.6 mengamalkan nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, saling menghormati
dan lain-lain

4.0 Metodologi

Tarikh/Hari : 18 Februari 2011 (Jumaat)


Masa : 7.30pagi ~ 9.55 pagi (Pelajar Moral Sesi Pagi)
5.00 petang ~ 6.45 petang (Pelajar Moral Sesi Petang)
Tempat : SMK Methodist (ACS) Klang
1) Dewan Kuliah ACS (Pelajar beragama Hindu)
2) Kelas Tingkatan 1 Jujur (Pelajar beragama Kristian)
3) Kelas Tingkatan 2 Jujur (Pelajar beragama Sikh)
4) Makmal Fizik (Pelajar beragama Buddha)
5) Pelajar-pelajar Moral Sesi Pagi (Rujuk Jadual Program Moral)
5.0 Modul Pelaksanaan
Dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia
Pendidikan Moral SMK Methodist (ACS) Klang. Program berbentuk :
5.1) Ceramah
5.2) Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

6.0 Sasaran

751 orang pelajar moral SMK Methodist (ACS) Klang

7.0 Tentatif Program

PROGRAM PELAJAR MORAL SESI PAGI


Masa Perkara
18 Februari 2011 Pelajar Tingkatan 3
Tempat : Kelas Tingkatan 3
7.30 ~ 9.55 a.m. Aktiviti : LDK
(Sesi Pagi) Pelajar Tingkatan 4
Tempat : Kelas Tingkatan 4
Aktiviti : LDK
Pelajar Tingkatan 5
Tempat : Kelas Tingkatan 5
Aktiviti : LDK
Pelajar Tingkatan 6
Tempat : Kelas Tingkatan 6
Aktiviti : LDK

Aktiviti dikendalikan oleh semua guru bukan Islam mengikut


modul yang telah disediakan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling dan Panitia Pendidikan Moral (Rujuk Jadual Program
Moral)
9.55 ~ 10.15 a.m. Kudapan
10.15 ~ 1.10 p.m. Pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.

PROGRAM PELAJAR MORAL SESI PETANG


Masa Perkara
18 Februari 2011 Pelajar Beragama Buddha
5.00 ~ 6.45 p.m. Tempat : Makmal Fizik
(Sesi Petang) Aktiviti : Ceramah dan LDK
Dikendalikan oleh : Pn. Lam Bee Sem

Pelajar Beragama Hindu


Tempat : Dewan Kuliah ACS
Aktiviti : Ceramah dan LDK
Dikendalikan oleh : En. Athimurugan A/L Ramaiah dari Pusat
Tuisyen Sarjana

Masa Perkara

18 Februari 2011

4.20 ~ 5.00 p.m. Kudapan

5.00 ~ 6.45 p.m. Pelajar Beragama Kristian


(Sesi Petang) Tempat : Kelas Tingkatan 1 Jujur
Aktiviti : Ceramah dan LDK
Dikendalikan oleh : Pesatuan Kristian ACS

Pelajar Beragama Sikh


Tempat : Kelas Tingkatan 2 Jujur
Aktiviti : Ceramah dan LDK
Dikendalikan oleh : Pn. Sawinder Kaur A/P Ranjit Singh

8.0 Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Pn. Siti Zaiton Bt. Selamat (Pengetua)


Naib Pengerusi I : Tn. Hj. Shamsudin B. Shaari (PK HEM)
Naib Pengerusi II : Pn. Hedawati Bt. Hasbollah (Pemangku PK Petang)
Penyelaras Sesi Petang / Setiausaha : Pn. Lam Bee Sem (Guru Kaunseling)
Penyelaras Sesi Pagi / Bendahari : En. Adaikalasamy A/L Alahan (Guru Kaunseling)

Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Dokumentasi / Fotografi : 1. Pn. Lam Bee Sem (K)


2. En. Adaikalasamy A/L Alahan

Membuka, mengemas dan mengunci: 1) Pn. Nermala Deve A/P V. Kandiah (K)
Dewan Kuliah ACS (Sesi Petang) 2) Pn. Geetha A/P Arunasalam

Pengurus Pelajar Moral Sesi Pagi : Semua guru sesi pagi bukan beragama Islam
(Rujuk Jadual Program Moral)

Pengurus Pelajar Beragama Buddha Sesi Petang : 1) Pn. Koh Chiew Mei (K)
2) Pn. Lam Bee Sem

Pengurus Pelajar Beragama Hindu Sesi Petang : 1) Pn. Nermala Deve A/P V. Kandiah (K)
2) Pn. Geetha A/P Arunasalam
3) Pn. Alli Malar A/P Murasu
4) Pn. Soosiamaal A/P J. Thomas

Pengurus Pelajar Beragama Kristian Sesi Petang : 1) Pn. Michelle Anne Augsstine (K)
Pengurus Pelajar Beragama Sikh Sesi Pagi : 1) Pn. Sawinder Kaur A/P Ranjit Kaur (K)

9.0 Anggaran Perbelanjaan

Makan minum pelajar moral (751 orang x RM2.00) RM1502.00

___________

JUMLAH RM 1502.00
____________
10.0 Sumber Pendapatan

Sumbangan daripada Yuran Kegiatan Pendidikan Moral RM 1502.00

____________
JUMLAH RM 1502.00
____________

11.0 Penutup

Semoga Program Perkembangan Sahsiah Kali Pertama (1/2010) yang menggabungjalinkan


sumbangan tenaga dari guru-guru, persatuan-persatuan ACS dan pihak luar berupaya
memantapkan lagi akhlak dan moral pelajar supaya menjadi seorang insan yang dihormati
dan disegani kerana memiliki budi pekerti yang tinggi.

Disediakan oleh: Diluluskan oleh,

………………………… ..............................................
(LAM BEE SEM)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Methodist ( ACS) Klang.