Anda di halaman 1dari 2

CONTOH KARANGAN 1

Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk


berbilang kaumnamun hidup rukun damai sejak kemerdekaannya 52 tahun lalu.
Inilah yang menjadiresepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara.
Sebagai rakyat yang prihatin,di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk
mengekalkan keharmonian ini.
Di antara kepentingan memelihara perpaduan kaum ialah untuk
mewujudkan suasana kehidupan bermasyarakat yang aman dan
harmoni. Semangat saling menghormati dan memahami antara satu sama lain
mampu mengelak sebarang perasaan negatif sepertihasad dengki, pentingkan
diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin eratbukan sahaja
menjadi asas kehidupan yang tenteram bahkan juga
memakmurkannegara. Sebagai contoh, setelah melewati setengah abad
negara Malaysia mencapai kemerdekaan, telah banyak perubahan positif
yang berlaku. Malah negara malaysia juga sudah terkenal sebagai sebuah
negara membangun.
Selain itu, kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama
menuju kemajuan. Negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil
peluang meningkatkan tarafhidup. Semua pihak dapat berganding bahu
memikul tugas masing-masing tanpasebarang perasaan syak
wasangka. Hasilnya, negara kita akan membangun dengan stabil
merangkumi segenak aspek kehidupan. Pembangunan pesat negara kita
setanding dengan negara-negara maju di dunia.
Menyedari kepentingan perpaduan kaum maka beberapa langkah yang
efisien perlu dijalankan bagi mengekalkannya. Antara lain, kerajaan
telah mewujudkan Sekolah Wawasan. Konsep sekolah wawasan ini adalah
untuk memelihara perpaduan kaum yangdipupuk sejak awal lagi iaitu dalam
kalangan kanak-kanak. Institusi pendidikan dengancorak perpaduan kaum ini
membantu masyarakat untuk saling mengenali danmenghormati kebudayaan
serta adat resam kaum-kaum yang lain. Hal ini secara tuntasnya menjamin
kestabilan negara dengan adanya hubungan yang erat di antara kaum.
Selain itu, kemakmuran negara yang wujud dengan resepi perpaduan ini
juga adalah hasildaripada matlamat misi dan visi negara. Sebagai contoh,
kerajaan melancarkan DasarEkonomi baru dan Wawasan 2020. Cetusan visi
para pemimpin ini menyemarakkan lagi usaha mengekalkan perpaduan kaum.
Ini jelas dibuktikan dengan konsep keadilan darisegi memperolehi kekayaan.
Semua kaum berpeluang menceburi bidang ekonomimengikut kemahiran dan
usaha masing-masing. Kesannya, kestabilan dari segi ekonomi turut
memperkembangkan kemajuan negara sehingga menjadi contoh
kepada negara jiran iaitu Indonesia.
Kesimpulannya, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara itu amat
bergantung padahubungan baik yang terjalin antara masyarakat. Perumpaan;
‘bersatu teguh, bercerairoboh’ begitu sinonim dengan usaha mengekalkan
perpaduan kaum demi kesejahteraanhidup

Anda mungkin juga menyukai