MINGGU 1
TUTORIAL:
BAGAIMANAKAH KONSEP INTEGRASI
BERBEZA DARIPADA KONSEP ASIMILASI
DALAM KONTEKS MEMUPUK PERPADUAN
NASIONAL?
INTEGRASI
Satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan
& ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua kelompok etnik
dlm negara. Identiti, hak & budaya hidup sesuatu
kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.
Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu
proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dlm
kalangan kumpulan yg terpisah dari segi kebudayaan,
sosial & lokasi dlm sesebuah unit politik.
UNSUR-UNSUR INTEGRASI:
Integrasi wilayah – mengurangkan jurang perbezaan
pembangunan ekonomi & sosial antara wilayah
Integrasi ekonomi – mengurangkan jurang perbezaan
ekonomi antara kumpulan etnik
Integrasi kebudayaan – pembentukan satu kebudayaan
kebangsaan.
Integrasi sosial – usaha menyatupadukan rakyat melalui
program sosial (sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dll)
Integrasi pendidikan – mewujudkan sistem pendidikan yg
bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani,
emosi, jasmani & sosial
Integrasi politik – kerjasama & pembahagian kuasa politik
KONSEP ASIMILASI
Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di antara
kelompok / individu dari berlainan kebudayaan supaya
menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti
yg sama. Konsep ini berhubungan dengan penyerapan
sehala individu / kelompok ke dalam kelompok lain.
Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok
berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dlm
kesatuan sosial serta budaya yg sama.
Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya
penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti
Formula: A + B + C = A
A mewakili golongan dominan, B & C mewakili kumpulan
etnik minoriti.
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yg erat
antara ahli kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi suatu
tempoh yg lama.
Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor
penting:
1.Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan
identiti mereka.
2.Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan
lain.
3.Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik.
Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan
minoriti, tingkat perbezaan di antara golongan minoriti
dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.
Umumnya - kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya
lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan
minoriti yg bilangan anggotanya besar. Minoriti yg
mempunyai kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza
daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan.
Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami proses
asimilasi yg menyebabkan nama, bahasa, cara hidup
(kecuali agama) disatukan dgn amalan & cara hidup org
Thai.
DI MALAYSIA –
- Proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina
Kelantan, Baba & Nyonya. Namun asimilasi bagi etnik
Cina Kelantan serta Baba & Nyonya berlaku dlm
konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan
atau agama.
JELASKAN KEPENTINGAN MEMAHAMI
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
DALAM KONTEKS MASYARAKAT MAJMUK
MALAYSIA.
1. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yg
pernah menghadapi konflik etnik.
2. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur
sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang
darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik
serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial.
3. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah
dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara.
4. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber
ketegangan sosial dlm sesebuah masyarakat.
5. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu
prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta
gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan
tingkah laku ahli masyarakat.
6. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan
pengindustrian di sesebuah negara (kesan perindustrian
dan perubahan sosial).
7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan
perancangan sosial sesebuah negara.
JELASKAN FAKTOR-FAKTOR PEMBINAAN DAN
ACUAN JATI DIRI RAKYAT DI MALAYSIA.
1. Keazaman Politik
2. Khalayak Kritikal
3. Kekukuhan Ekonomi
4. Agama Islam
5. Wawasan yang dikongsi
6. Penggunaan Sains dan teknologi
7. Menerima Perbezaan antara agama
WASSALAM