Anda di halaman 1dari 3

BAGAIMANA & MENGAPA 

GEJALA SOSIAL TERJADI ?


Globalisasi & Modenasasi : Punca Gejala Sosial
Punca – puncautama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan
modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada
arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi
ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (city
culture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya
teknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk
melakukan agenda globalisasi.
Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dan
trendy,  yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh
dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti
mewarnakan rambut, memakai anting-anting atautattoo bahkan sampai kepada hal-hal
yang sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang boleh
menjurus kepada masalah – masalah gejala sosial yang lebih serius. Mungkin sesetengah
orang menganggap ini merupakan satu fenomena yang biasa namun di negara yang masih
berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) seperti Brunei Darussalam, ia
merupakan satu perkara yang keterlaluan dan perlu dielakkan.
Globalisasi bergerak seiringan dengan modenasasi. Dalam dunia serba moden ini,
masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan; oleh sebab itu, mereka menjadi
semakin individualistik dan materialistik. Bandingkan denganmasyarakat tradisional,
masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif dan tidak lagi menganggap
saudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan, bahkan adat tradisional seperti
memuncang-muncang juga sudah ditinggalkan. Bukan saja ini berpaling daripada budaya
kita sebagai orang Melayu tetapi juga daripada tuntutan agama Islam.Ukhuwah atau
persaudaraan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan
dapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim.
Firman Allah SWT :
” Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki danperempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supayakamu saling berkenalan.
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orangyang paling takwa di antaramu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi MahaMendalam Pengetahuan-Nya.” Surah Al Hujuraat :
Ayat 13
Semua orang mukmin adalah bersaudara, dan oleh yang demikian, ishlah (atau
perhubungan baik) perlukan diwujudkan. Sekiranya terjadi ketidaksefahaman antara dua
kelompok orang Islam, maka al-Quran telah memberikan contoh penyebab yang
menyebabkan keretakan hubungan, sekaligus melarang setiap Muslim dari
melakukannya.
Bentuk - Bentuk Manifestasi Globalisasi & ModenasasiYang Membawa Kepada
Gejala Sosial Dalam Masyarakat

Media Massa
Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai
alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumatyg
cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin
canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak
semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi
masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di
sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan
ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.

Internet
Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan
gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah
bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang
sehat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke
arah pemikiran negatif.

Institusi Kekeluargaan Yang Goyah
Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa
seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa
bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi
satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa
terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat
anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari
alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga
yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja
untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

Cara Berpakaian
Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan.Cara berpakaian
mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekali gusbertentangan dengan cara pemakaian
yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita.Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing
yang dianggap moden dan maju.Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno,
dan berfikiransempit.
Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan
peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas. Walaupun Brunei
Darussalam sebuah negara MIB, kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalah
dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang telah ditetapkan.

http://www.youporn.com/watch/328279/victoria-valentino-only-mommy-can-suck-dick/?
from=related3&al=2&from_id=336285&pos=5
http://www.youporn.com/watch/310564/emma-starr-fucks-her-friends-husband/?
from=related3&al=11&from_id=322771&pos=5

http://www.youporn.com/watch/274896/diamond-foxxx-your-wife-is-cheating/?
from=related3&al=2&from_id=310564&pos=11

Anda mungkin juga menyukai