Anda di halaman 1dari 75

JANGAN

SEKALIPUN LUPA!

HARUN YAHYA
KANDUNGAN

1- Pengenalan
2- Jangan Sekalipun Lupa Yang Allah Adalah Tuhan
3- Jangan Sekalipun Lupa Hanya Al-Quran Adalah Panduan
4- Jangan Sekalipun Lupa Bahawa Setiap Ketika Yang Dihadapi Adalah Takdir
5- Jangan Sekalipun Lupa Akan Kewujudan Syaitan Yang Membawa Kesesatan
6- Jangan Sekalipun Lupa Bahawa Dunia Adalah Sementara Dan Tempat Ujian
7- Jangan Sekalipun Lupa Bahawa Kematian Pasti Datang Pada Anda Bila-Bila Masa
8- Jangan Sekalipun Lupa Hari Kebangkitan Dan Perhitungan Adalah Pasti Terjadi
9- Jangan Sekalipun Lupa Bahawa Tempat Orang Kafir Adalah Neraka, Yang Hukumannya
Kekal
10- Jangan Sekalipun Lupa Yang Hanya Orang Beriman Yang Akan Memasuki Syurga, Tempat
Ganjaran
11- Jangan Sekalipun Lupa Untuk Berdoa Kepada Allah
12- Jangan Sekalipun Lupa Untuk Ikhlas Dan Jujur Kepada Allah
13- Jangan Sekalipun Lupa Untuk Menyesali Dan Meminta Ampun Atas Kesalahan
14- Peringatan Hanya Menguntungkan Kepada Orang Yang Takutkan Allah
15- Jangan Sekalipun Lupa Yang Allah Menciptakan Semua Benda Hidup
16- Jangan Sekalipun Lupa
1- PENGENALAN

Cuba pertimbangkan berapa kali sehari anda memaksa diri anda untuk mengingati sesuatu? Sejak
daripada bangun dari tidur, terdapat banyak isu yang anda penuhkan dalam minda anda. Anda akan
mencatatkan nota atau meletakkan peringatan di mana-mana supaya tidak terlupa tentangnya. Untuk itu,
mengingati bahawa ianya akan terlupa, sudahpun merisaukan anda. Andaikata anda sebenarnya sudah terlupa
akan sesuatu yang lebih besar daripada perkara lain dalam hidup anda?

Tujuan kami menulis buku ini adalah untuk mengingatkan anda tentang isu dalam kehidupan anda yang
sangat penting. Jangan sesekali lupakan itu. Mengingati perkara yang akan diingatkan dalam buku ini akan
memberikan anda nilai yang tidak terukur lebih daripada terlupa apa yang anda hendak ingati sepanjang hari,
tidak kira bagaimana bernilaipun isu itu kelihatan.

Tujuan buku ini adalah untuk mengingatkan anda tujuan kewujudan anda di dunia ini. Kami merasakan
adanya keperluan ini kerana manusia adalah pelupa. Asyik dengan rutin harian, kecuali sekiranya dia inginkan
yang lain, dia akan dengan mudah teralih daripada isu sebenar yang mana dia sebenarnya perlu memberi
perhatian. Dia akan dengan mudah akan melupakan Allah berada di sekelilingnya, yang Allah melihat setiap
perlakuannya, mendengarnya dan suatu hari nanti akan memberi laporan akan segala tindakannya kepada
Allah. Dia mungkin terlupa tentang kepastian tentang mati, kubur, syurga dan neraka, yang tiada apa yang
akan berlaku selain daripada atas kehendak Allah, dan terdapat sebab di atas setiap sesuatu.

Manusia terdorong kepada kealpaan. Dalam kealpaan, mereka akan terlupa untuk mengingati tujuan
kehidupan, dan oleh itu, mula gagal untuk mengawal dirinya secara betul dan mula melakukan kesalahan. Bagi
orang yang ikhlas, kealpaan begitu tidak berlaku lebih daripada sesaat; sampai masa dia menyedari
kesalahannya, dia akan segera meminta ampun, kembali kepada Allah dan terus menghayati batas-batas yang
telah ditetapkan ke atasnya. Penganut berdoa kepada Allah dalam cara berikut:

...Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau kami tersalah! (Surah
al-Baqara: 286)

Jenis yang kealpaan ini bermaksud, kealpaan biasa yang kita alami dalam kehidupan seharian kita.
Manusia ini, secara semulajadinya adalah pelupa dan cenderung untuk melakukan kesalahan.
Walaubagaimanapun, jenis kealpaan yang diterangkan dalam buku ini adalan jenis yang menyumbang kepada
kekakuan semangat, tidak prihatin dan tidak memberi perhatian, walaupun fakulti minda seseorang
membenarkan mereka untuk menyambung rutin seharian. Jadi, apa yang manusia abaikan lalu ia terlupa
perkara penting ini?

Tidak dinafikan bahawa perkara paling kritikal terhadap manusia ialah kecenderungan untuk melupakan
kewujudan Penciptanya dan tanggungjawab terhadapNya. Realiti tentang keabadian hidup yang akan
dihabiskan sama ada di dalam Syurga ataupun Neraka. Kewujudan api neraka dan keabadian nikmat syurga
adalah pasti seperti mana anda sedang membaca muka surat ini. Walaubagaimanapun, selain daripada
pengetahuan tentang kebenaran ini, mereka yang membenarkan diri mereka menjadi lupa, telah menjadi
seorang yang tidak prihatin, dan dengan salahnya telah menganggap malah dengan sengaja melupakan
perkara-perkara tersebut akan membantu mereka mengelakkan perkara kebenaran.

Namun, bolehkah manusia mengelakkan tanggungjawabnya daripada melupakan perkara itu? Pastinya
tidak! Manusia bertanggungjawab kepada Allah, Penciptanya. Lambat laun mereka akan merasa mati dan akan
dipanggil untuk dihisab dengan kehadiranNya, bersendirian. Akbibat daripada hisab tadi, manusia akan sama
ada ditempatkan di syurga ataupun neraka selama-lamanya. Quran menyatakan “Kami tidak mencipta syurga
dan bumi dan segala-galanya diantaranya sebagai permainan.” (Surah Al-Anbiya’:16). Tiada makhluk atau
manusia yang diciptakan tanpa tujuan. Manusia tidak dibiarkan sebagai dirinya sendiri tetapi diciptakan untuk
“menyembah Allah” (Surah Adh-Dhariyat: 56). Walaubagaimanapun, jika dia menjadi alpa dengan rutin
harian dan gagal untuk melaksanakan tugasnya mengikut kebijaksanaan, jadi dia akan lupa tentang kebenaran.
Hanya bagi mereka yang berfikir secara mendalam setiap perkara dan ciptaan sekeliling mereka yang akan
mendapat kesimpulan penting ini.

Bertafakur tentang ciptaan dirinya sendiri akan membuatakan mereka sedar akan bantuan Allah
padanya. Ini akan seterusnya menjadikan dia sedar akan keperluan untuk melakukan usaha yang serius untuk
menunjukkan ketaatan terhadap Penciptanya. Pada mulanya, dia tiada kemudian bermula hidup sebagai satu
sel yang tidak nampak oleh mata kasar. Sel ini membahagi menjadi berbillion kali ganda dan seterusnya
membesar menjadi manusia dan dilengkapi dengan organ. Apa yang lebih penting, ciptaan itu memerlukan
kehidupan, jiwa meskipun ia tidak menjadi apapun. Setitis mani berkembang menjadi ketulan, kemudian
menjadi hidupan, dan dapat menikmati fakulti pemikiran dan bercakap. Hanya Tuhan yang menciptakan
manusia daripada tiada. Bagaimanapun, ada manusia yang terlupa akan ciptaan mereka dan membuat alasan
yang tidak berguna dan berani menafikan Allah.

Dan dia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata:
Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh? Katakanlah: Ia akan
dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang
segala makhluk. (Surah Ya Sin: 78-79)

Jika anda terlalu takut untuk menjadi tidak bersyukur, anda perlu berhenti daripada dipengaruhi oleh
pemikiran seharian. Ini kerana, hanya orang yang bersungguh-sungguh saja sentiasa memenuhi fikirannya
tentang Tuhannya. Begitu juga jika dia sedar tentang tanggungjawab terhadap Tuhan, jika dia ingat bahawa
dunia ini adalah tempat yang sementara dan nanti dia akan dihisab akan apa yang dilakukan di atas dunia.

Ironinya, tiada isu yang dibincangkan di dalam buku ini apabila anda selalu kata, “lebih baik saya tidak
lupakan.”. Tidak, anda mesti tidak melupakan sepatah pun daripadanya. Hanya dengan mengingatinya anda
akan menyembah Allah dan mendapat rahmatNya. Yang lebih penting, jangan lupakan ia adalah satu-satunya
jalan untuk menyelamatkan diri daripada api neraka, di dunia dan akhirat.

Allah menunjukkan dua jalan yang Dia menguji anda. Anda berhak membuat pilihan, tapi ingat yang
salah satu jalan ini membawa kepada hukuman yang abadi manakala yang satu lagi akan membawa kepada
puncak kebahagian yang abadi.

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. Maka tidakkah sebaiknya (dengan harta itu)
ia menempuh jalan yang mendaki lagi sukar? Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar
itu? (iaitu) melepaskan budak dari perbudakan. Atau memberi makan pada hari kelaparan. (kepada)
Anak yatim yang ada hubungan kerabat. Atau orang miskin yang sangat fakir. Dan dia termasuk
orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih
sayang. Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan. Dan
orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri. Mereka berada di
dalam neraka yang ditutup rapat. (Surah al-Balad: 10-20)

2- JANGAN SEKEKALI LUPA HANYA ALLAH


ADALAH TUHAN

….Mereka telah melupakan Allah, jadi Dia akan melupakan mereka… (Surah at-Tawba:67)

Ini adalah justifikasi biasa: Jika kita melihat istana yang diperbuat daripada pasir sepanjang pantai, kita
pasti seseorang telah membinanya. Hanya orang yang bodoh saja yang menyatakan ianya berlaku secara tidak
sengaja akibat daripada angin dan ombak. Kesemua yang wujud di alam semesta ini ada bukti rekabentuk.
Lebih-lebih lagi, rekabentuk itu ternyata dengan perincian setiap benda yang tercipta tiada tandingan daripada
kesempurnaan, kehebatan dan kerumitan lebih daripada istana pasir itu. Oleh itu, kita berkonfrontasi dengan
fakta yang sudah jelas: alam semesta adalah diciptakan oleh Pencpita Yang Maha Hebat. Pencipta itu adalah
Allah, Tuhan Sekelian Alam.

Kewujudan aturan yang tanpa cacat di alam semesta ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan. Dunia
yang kita tinggal ini telah diciptakan untuk kita tinggal. Kadar kuasa graviti, jarak antara bumi dan matahari,
kadar oksigen dalam atmosfera, beratus macam haiwan seni yang seimbang, tentu tidak terjadi secara spontan
atau tidak sengaja. Terdapat, tanpa ragu-ragu, penciptaan Allah, yang mengawal segala sesuatu, daripada
mikroorgansima seni kepada sebesar planet-planet di dalam sistem solar. Adalah Allah yang menciptakan alam
semesta dengan kebijaksanaan dan kekuasaan dan merekbentuk secara spesifik dunia ini sebagai tempat
tinggal kita:

Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan
menundukkan matahari dan bulan, masing-maisng berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang
(berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, kepunyaanNyalah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu
seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari. (Surah Fatir: 13)

Menukar perhatian kita dari angkasa, marilah kita mempertimbangkan tentang badan kita. Badan
manusia adalah satu struktur dengan keajaiban yang begitu banyak. Otak manusia yang sempurna dan
berfungsi adalah lebih daripada perbandingan komputer, produk paling maju di zaman teknologi. Tambahan
pula, setiap organ menjalankan funsgi yang khusus secara sempurna, dan bekerja secara harmoni dengan setiap
organ lain.

Sebagai contoh ketika kita menyedut udara, mulut seseorang, hidung, trakea, paru-paru, hati dan setiap
saluran darah, mesti berfungsi secara serrentak. Tiada berhenti sekejap atau menjadi penat. Mereka semua
patuh dan tunduk kepada Penciptanya dan mematuhi dengan taat apa yang diarahkan kepadanya. Air udara,
ditapis dan dihangatkan apabila melalui hidung, kemudiannya dibawa ke paru-paru melalui trakea. Oksigen
kemudianya diguna oleh jantung dan saluran darah,oleh setiap sel di dalam badan kita. Organ yang terlibat
dalam proses ini berkemahiran menjalankan banyak proses tanpa keliru, kesalahan atau kelewatan dalam
keadaan apapun. Jika terdapat kecacatan dalam harmoni ini, sama ada tiada pernafasan ataupun tiada
kehidupan.

Begitu juga dengan proses pengelihatan. Mata adalah ciptaan paling jelas. Pada mata manusia dan
binatang adalah contoh istimewa satu rekabentuk yang sangat sempurna. Organ yang menarik ini menyediakan
kualiti pengelihatan, yang masih tidak dapat ditandingi oleh teknologi abad ke dua puluh satu. Tetapi, jangan
sekalipun lupa yang mata hanya berfungsi dengan komponen sempurnanya. Sebagai contoh, jika komponen-
komponen mata seperti kornea, konjuktiva, iris, pupil, lensa, retina, koroid, otot dan saluran lakarikmal tidak
rosak, tetapi tertinggal satu kelopak mata, mata tersebut akan rosak dan tidak dapat melihat. Dalam pada masa
yang sama, kegagalan pengeluaran air mata akan menyebabkan mata kering dan seterusnya akan menyebabkan
kebutaan. Fakta tersebut menghasilkan persoalan tentang kehidupan: siapakah yang mencipta mata dan
kebolehannya daripada tiada?

Tentu sekali, ianya bukan kepunyaan mata itu sendiri yang menentukan untuk terjadi sendiri. Kerana
ianya tentu sekali secara tidak logik menganggap yang kehidupan tidak sedar akan konsep ‘penglihatan’ boleh
menentukan sendiri keperluan dan ciptaan mata pada badannya sendiri. Ini menjadikan kes, realitinya adalah
dengan kebijksanaan yang hebat, yang menciptakan kehidupan dengan fakulti pengelihatan, pendengaran dan
sebagainya. Ada sebilangan manusia yang tidak dapat menilai Allah dengan penilaian yang sebenarnya
mendakwa yang sel yang tidak sedar diri memerlukan pengelihatandan pendnegaran, fakuilti yang
memerlukan kesedaran, dengan kemahuan dan kemahiran tersendiri. Walaubagaimanapun, adalah jelas
buktinya yang ia tidak mungkin berlaku. Quran menjelaskan oleh siapa yang memberi pengelihatan, seperti
berikut:

Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran,
pengelihatan dan hati,” (tetapi) amat sedikit kamu bersyukur! (Surah al-Mulk: 23)

Seperti yang dilihat dalam petikan di atas, Allah yang mencipta semua sistem yang berfungsi dalam
kesempurnaan dan harmoni antara satu sama lain. Tanpa mengira butiran yang terdapat dalam badan kita dan
organisma-organisma bagaimana kekuasaan dan kehebatan Allah, yang menyingkap kebenaran kepada kita
yang Dia meliputi segala sesuatu dengan pengetahuanNya. Namun begitu, manusia lebih mudah engkar
daripada realiti ini. Bagaimanapun, Allah menyuruh manusia untuk melihat ke sekeliling untuk menyaksikan
kehebatanNya.
Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku
padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan
sesungguhnya Allah, ilmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu. (Surah at-Talaq: 12)

Jangan lupa bertapa dekatnya Allah dan Dia boleh melakukan apa sahaja. Apa sahaja yang terlintas di
fikiran manusia ketika ini, sesuatu yang dialami semasa kecil ataupun rancangan pada masa dua tahun yang
akan datang semuanya tersimpan di dalam pengetahuan Allah. Kehebatannya terhadap mekhlukNya tidak
terbatas. Allah menyatakannya di dalam Quran sebagaimana berikut:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikan oleh
hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya. (Surah Qaf: 16)

Allah mengetahui perkara tersembunyi, termasuk segala rahsia dan perkara yang tidak terfikir oleh
manusia. Allah, Dia Maha Mengetahui tentang manusia dari semua sudut, sentiasa bersama kita tidak kira di
mana kita berada atau apa yang sedang kita lakukan.

Kamu tidak berada di dalam satu keadaan dan tidak membaca satu ayat dari Al-Quran dan
kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu
melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun
langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat)
dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz). (Surah Yunus: 61)

Begitupun, manusia tetap menganggap yang Allah itu jauh. Ini berdasarkan rasional manusia sendiri
bahawa Allah berada jauh di planet lain dan hanya sekali sekala campur tangan dalam urusan duniawi atau
tidak langsung menghiraunya terus. Mereka fikir bahawa Allah mneciptakan alam dan lalu tidak
menghiraukannya tanpa sebarang kawalan (tentu sekali Allah tidak begitu) Bagaimanapun ini adalah
pemikiran yang nyata salah. Allah berada di mana-mana dan kehadirannya menyeliputi segalanya. Dia berada
di setiap tempat, dari timur ke barat dan dari selatan ke utara.

Kepunyaan Allah –lah apa yang di langit dan apa yang di bumi, dan adalah dalam (pengetahuan)
Allah Maha Meliputi segala sesuatu. (Surah an-Nisa': 126)

Kemana sahaja kita pergi, Allah berada di situ, walaupun di tempat paling jauh di atas muka bumi ini.
Dia berada dekat dengan kita pada saat ini. Dia lebih dekat daripada urat tekak. Dia metadbir tubuh badan kita,
bilik kita, bandar yang kita diami, seluruh alam semesta dan dunia yang kita tidak mampu melihatnya; malah
pengetahuan segala perkara dahulu dan akan datang. Sesetengah orang akan mengabaikan fakta ini, boleh
menyembunyikan pemikiran dan kesalahan yang mereka lakukan terhadap orang lain. Tetapi mereka lupa
bahawa mereka tidak boleh menyembunyikannya daripada Allah. Realitinya, Allah bersama mereka walaupun
mereka sedang merancangnya.

Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang ilmu
mereka tidak dapat meliputi ilmuNya. (Surah Ta Ha : 110)
Kita tidak tahu apa yang akan kita lakukan dalam masa terdekat ini tetapi Allah Maha Mengetahuinya.
Oleh itu, kita telah pasrah dan memberikan diri kita pada Allah sama ada kita sedar atau tidak. Sama ada kita
membongkar apa yang terpendam di dalam diri kita atau kita merahsiakannya, Allah tetap mengetahuinya.
Tidak ada satu perkataan pun yang kita bisikkan dirahsiakan daripada Alllah. Tiada rahsia untuk Allah. Dia
mengatahui rahsia kita dan segala fikiran yang kita sembunyikan.

Jangan sekalipun lupa yang setiap perkara di atas muka bumi ini memerlukan Allah. Sebaliknya Dia
Yang Maha Tinggi daripada segalanya dan jauh dari sebarang kelemahan. Allah tidak memerlukan apa-apa
pun. Dia di atas segala kelemahan manusia seperti tidur, lapar, dahaga dan letih. Semua orang pasti akan mati,
tetapi Allah sentiasa hidup dan kekal abadi.

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup Kekal lagi terus
menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit
dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa
yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu
Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak
merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah al-Baqara: 255)

Jangan sesekali lupa yang segala berlaku di bawah pengetahuan Allah. Seperti yang dinyatakan di dalam
Quran, "Tiada daun yang jatuh tanpa Dia mengetahuinya"(Surat al-An'am: 59). Segala yang berlaku
adalah kehendak Allah dan menurut perintahnya. Seperti juga segala urusan daripada lamgit ke bumi.
Kebanyakan orang lebih mengandaikan yang konsep segala urusan ini tertakluk kepada fenomena semulajadi
seperti kejadian hidup dan mati. Sebenarnya segala yang berlaku kerana Allah memerintahkan sebegitu. Begitu
juga apa yang berlaku dan sistem yang berfungsi kerana Allah menghendakinya begitu.

Penemuan teknologi, pentadbiran di dunia, undang-undang sosial dan eknomi, seni, perniagaan,
pencapaian tahunan, bayi yang membuka matanya dan setiap saat yang manusia lakukan di dunia adalah di
bawah kawalan Allah. Tiada keputusan, penting atau tidak signifikan, boleh terjadi tanpa izin Allah. Begitu
juga halnya fungsi di dalam sel badan kita, fungsi setiap organ dan pelbagai perkara yang rumit dan terjadi di
dalam badan kita berada di bawah urusan Allah. Fakta ini dijelaskan dalam Quran:

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang
melatapun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesunggunya Tuhanku di atas jalan yang
lurus. (Surah Hud: 56)

Semua manusia adalah dibawah kuasa Allah. Allah yang Maha Mengetahui meliputi segala perkara.
Dialah yang memberi pengetahuan kepada kita, daripada bayi kecil hingga seorang saintis. Dia yang
mengetahui perkara zahir dan batin. Dia yang menentukan segala bilangan di langit dan bumi termasuk
bintang, pokok, binatang, manusia dan bilangan hujan yang jatuh ke bumi.
Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha
Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan
menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. (Surah Maryam: 93-94)

Setiap perkara yang berlaku di atas muka bumi ini di bawah pengawasan Allah. Dia yang mengetahui
segala aspek kehidupan, yang rahsia dan yang terbuka. PengetahuanNya bukan setakat tentang kita tetapi juga
tentang langit dan bumi dan benda di antaranya. Allah adalah Pemilik alam buana. Untuk itu, janganlah lupa
yang tiada apapun, walau ianya kecil atau besar, tersembunyi daripada pengetahuan Allah, segala pemikiran
dan perbuatan kita, kesemuanya di dalam kawalan Allah. Ini kerana Allah mengetahui segala yang kita alami
sepanjang hidup, dan Dia menyimpan catatan secara lengkap. Allah tidak pernah lupa apa-apa pun.

Jangan sesekali lupa bahawa Allaah yang memberikanmu segalanya. Pandanglah di sekeliling kita;
Setiap benda yang kita lihat, disediakan dengan rapi untuk memenuhi keperluan kita dan juga sebagai servis
untuk kita. Sekarang, padanglah ke langit dan cuba mengenal pasti semua benda yang kita lihat di sekeliling.
Ini ialah caranya untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik bahawa Allah-lah yang memberi kita pelbagai
perkara sama ada kita boleh lihat atau tidak, dan hanya pada Allah sahajalah kita harus bersyukur. Allah yang
mencipta badan manusia yang masih banyak menyimpan misteri walaupun sudah terdapat teknologi canggih
dan menjadikan fungsi badan kekal baik dan hamoni. Allah juga yang menjadikan ternakan untuk berkhidmat
kepada manusia; Yang menyediakan daging, susu, pakaian, kulit dan menjadikan ianya sesuai untuk
ditunggang dan membawa barang; Yang menjadikan siang sesuai untuk aktiviti dan malam untuk berehat;
Yang menjadikan matahari di atas orbitnya untuk menyesuaikannya dengan kehidupan; Yang mencipta air laut
dalam bentuk yang paling sempurna yang membolehkan manusia memperolehi makanan dan belayar di
atasnya. Seperti yang dinyatakan:

Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata. Dan Dia
telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatan dan
berbagai-bgaai manafaat dan sebahagiannya kamu makan. Dan kamu memperoleh pemandangan yang
indah padanya, ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kami melepaskanya ke
tempat pengembalaan. Dan ia memikul beban-bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup
sampai kepadanya, melainkan dengan kesukaran-kesukaran (yang memayahkan) diri. Sesungguhnya
Tuhanmu benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan (Dia telah menciptakan) kuda, bagal,
dan keldai, agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. Dan Allah menciptakannya
apa yang kamu tidak mengetahuinya. Dan hak bagi Allah (menerangkan) jalan yang lurus, dan di
antara jalan-jalan ada yang bengkok. Dan jikalau Dia mengkehendaki, tentulah Dia memimpin kamu
semunya (kepada jalan yang benar). Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,
sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagian (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang ada pada
(tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakanmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air
hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buhahan. Sesunguhnya pada
yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kamu yang memikirkan. Dan Dia
menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan binatang-binatang itu
ditundukkan (untukmu) dengan perintahNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada
tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kamu yang memahami (nya). Dan Dia menundukkan pula apa
yang Dia ciptakan untuk kami di bumi ini dengan berlainan macamnya. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasan Allah) bagi kamu yang mengambil pelajaran. Dan
Dialah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging
yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan dan yang kamu pakai; dan kamu
melihat bahtera belayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurniaNya, dan supaya
kamu bersyukur. Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya ia tidak goyang bersama
kamu (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk. Dan (Dia
ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat
petunjuk. Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan
(apa-apa)? Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? Dan jika kamu menghitung-hitung
nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah an-Nahl: 4-18)

Setiap nikmat yang tidak terhingga dalam hidup kita wujud dengan izin Allah, dia menetapkan
segalanya. Allah mengingatkan kita tentang realiti ini dengan contoh yang sangat jelas:

Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta) ditambahkan
kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Luqman: 27)

Jangan sekalipun lupa bahawa Allah yang memberikan kita segala benda dan segala yang kita miliki dan
Dia lah Pemilik yang sebenarnya kepada semua benda tersebut. Ini ialah kerana kerajaan langit dan bumi dan
segala yang berada di antara keduanya milik Allah. Dia membahagikan apa yang Dia mahu kepada sesiapa
yang Dia inginkan. Apabila Dia menamatkan riwayat hidup seseorang, hanya Allah Pewaris yang sebenar.
Pemilik sebenar segala rumah, kereta, dan aset-aset ialah Allah.

Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya; dan Dia Maha
Kuasa atas segala sesuatu. (Surah al-Ma'ida: 120)

Apabila kematian datang menjemput, kita akan meninggalkan segala yang kita miliki. Harta, pangkat,
wang dan segala yang kita nikmati di dunia ini tidak akan dibawa bersama kita ke kubur. Badan yang hanya
dibaluti oleh kain kapan akan dikuburkan di dalam lahad. Hanya jiwa kita akan kembali kepada Allah.
Kesemua pangkat dan harta tidak akan memberi sebarang makna lagi. Ianya hanya sebagai dugaan hidup
kepada kita. Kita bukanlah pemilik sebenar kerana semua benda adalah milik Allah yang dipinjamkan. Jika
Allah mengambilnya semula, kita tidak mampu menghalangnya.

Ingatlah, tiada apa yang akan berlaku kepada kita, kecuali apa yang telah ditetapkan Allah ke atas kita.
Allah mempunyai pengetahuan ke atas semua perkara yang berlaku. Kesemuanya sudah ditentukan oleh Allah
sejak azali lagi. Setiap apa yang berlaku adalah berdasarkan takdir seseorang. Seseorang yang bangkit pada
waktu pagi memulakan hari barunya tidak pernah tahu apa yang menunggunya pada hari tersebut. Walaupun
dia mungkin merancang dengan teliti rancangan pada hari itu, ia tidak pernah berlaku seperti apa yang
dirancangkan. Tambahan pula, dia mungkin akan berhadapan dengan situasi yang tidak disangkakan.
Dikelilingi dengan pelbagai kebarangkalian yang tidak pasti, seseorang hanya boleh merasa lega dengan
menyedari bahawa setiap perkara yang dihadapinya telah ditakdirkan oleh Allah khas untuknya, percaya
kepada Allah, dan akur pada takdir-Nya. Allah mengetahui tentang rancangan yang kita belum merancang dan
segalanya berlaku dibawah kuasa-Nya. Berdasarkan cara yang sama, perkara-perkara yang kita rancang juga
adalah dibawah kuasanya.

Sesungguhnya, tiada tempat atau saat diatas muka bumi ini yang tidak bergantung kepada Allaah. Tiada
satu pun yang bebas daripada kuasa Allah.

Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh
Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus
bertawakkal." (Surah at-Tawba: 51)

Ingatlah bahawa setiap apa yang berlaku, berlaku dengan izin Allah dan pastinya berlaku dengan sesuatu
sebab. Ingatlah bahawa manusia tiada jalan lain selain daripada memohon perlindungan kepada Allah; dan dia
tidak mempunyai sebarang pelindung atau penolong selain daripada Allah:

Tidakah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada
bagimu selain Allah seorang pelindung mahupun seorang penolong. (Surah al-Baqara: 107)

Dialah Allah yang menolong kita untuk menyelesaikan sebarang masalah pada setiap hari atau apabila
kita hendak menyelesaikan sesuatu tugas. Selain memudahkan tugas untuk kita, Allah jugalah yang
merekacipta tugas itu dan membolehkan kita menyelesaikannya. Sebaliknya, seseorang yang lupa kehebatan
Allah menganggap rakan sekerja, keluarga atau gurunya yang boleh menolongnya.

Pastinya, golongan ini mungkin boleh menyediakan bantuan melalui pengetahuan dan pengalaman
mereka. Namun, kita perlu ingat bahawa mereka hanyalah kaedah semata. Ini kerana, di dunia ini, Allah telah
menciptakan satu sistem, sebab dan akibat. Sebagai contoh, untuk menanam pokok epal, petani perlu menanam
benih, menyiram dan membajai tanah itu. Ini semua adalah faktor-faktor dimana Allah menyebabkan sesuatu
berlaku. Hanya dengan memenuhi semua syarat-syarat ini, petani tersebut boleh mengharapkan tuaian yang
banyak. Sambil melaksanakan tugas kita perlu menyedari bahawa kita boleh mencapai keputusan yang
diinginkan hanya dengan izin Allah, dan kita juga perlu menunjukkan sikap syukur yang ikhlas dengan apa
yang Dia takdirkan.

Ingatlah, hanya Allah yang melindungi kita daripada sebarang bahaya, penyakit, perasaan sedih, dan
kesusahan. Jika tidak, ia hanya boleh menjadi suatu perkara yang dalam sekelip mata bencana boleh
menyerang kita. Kita mungkin akan berfikir bahawa doktor atau ubat yang diambil yang menyembuhkan kita.
Semestinya, ini ialah kaedah dimana Allah menyembuhkan kita. Tiada sebab mengapa kita tidak perlu
mengambil peluang daripada kaedah-kaedah ini, tetapi dalam masa yang sama, kita perlu beringat bahawa
akhirnya Allah sahaja yang menyembuhkan kita. Sekiranya Allah tidak mengizinkan, maka doktor yang paling
hebat sekalipun atau ubat yang paling mahal, atau hospital yang paling bagus tidak mampu menolong kita.
Jangan sekalipun lupa bahawa Allah yang meletakkan penyakit kepada sesiapa yang Dia mahu tanpa sebarang
sebab sebagaimana dia menyembuhkan penyakit seseorang tanpa sebarang sebab. Al-Qur'an merekodkan kata-
kata Nabi Ibrahim:

...dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku. (Surah ash-Shu'ara': 80)

Lupa bahawa Allah yang menguasai segalanya, dan dengan demikian, meminta pertolongan daripada
sesuatu yang tidak boleh memberi pertolongan sama ada pada dirinya sendiri atau kepada orang lain,
keputusannya hanyalah kegagalan, di dunia ini dan selepasnya:

Dan berhala-berhala yang kamu seru selain Allah tidaklah sanggup menolongmu, bahkan tidak
dapat menolong dirinya sendiri. (Surah al-A'raf: 197)

Ingatlah bahawa kita perlu merasa takut pada Allah dan mahukan keredhaan Allah sahaja. Tiada sesiapa
yang kita mungkin hormat atau menganggap mereka penting dan berkuasa sebenarnya mempunyai kuasa yang
hakiki. Oleh yang demikian, ketakutan atau kecintaan terhadap seseorang yang diiringi dengan perasaan takut,
kagum dan cinta yang sepatutnya ditujukan kepada Allah adalah salah satu bentuk syirik, iaitu suatu dosa yang
besar:

Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain


Allah;mereka mencintai Allah,Adapun orang-orang yang beriman sagat cinta kepada Allah. Dan jika
seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada Hari
Kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semunaya dan bahawa Allah amat ebrat siksaanNya
(nescaya mereka menyesal) (Surah al-Baqara: 165)

Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam) juga memberi amaran kepada manusia tentang amalan
syirik ini:
“Barang siapa yang berjumpa Allah tanpa menyekutukan-Nya, akan masuk syurga; dan sesiapa yang
berjumpa Allah sambil menyekutukan-Nya akan masuk neraka” [Muslim]

Ini ialah konsep yang penting untuk difahami. Sekiranya hidup seseorang berlandaskan konsep ini, dia
akan sedar bahawa tiada apa-apa pun yang patut ditakuti, disembah atau diperlukan selain daripada Allah.
Dengan demikian, seseorang itu akan mencapai kebebasan yang hakiki, dan kejayaan, mendapat perlindungan
daripada yang Maha Mencipta, yang Maha Berkuasa. Individu tersebut mengharapkan kebaikan daripada
Allah yang Maha menyempurnakan segala keperluan makhluk-Nya, menurunkan keselamatan kepada hamba-
Nya, menolong mereka yang lemah dan miskin, membalas dengan sepenuhnya untuk setiap usaha yang
dilakukan seseorang:

Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan
keredhaanNya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang
runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka jahanam? Dan Allah
tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Surah at-Tawba: 109)
Salah satu kesalahan yang besar kebanyakan manusia lakukan ialah mereka meletakkan kehidupan
mereka sepenuhnya untuk mengembirakan manusia lain. Walau bagaimanapun setiap saat yang digunakan dan
setiap perbuatan yang dilakukan untuk mengembirakan orang lain, sambil melupakan keredhaan Allaah,
akhirnya akan membawa kepada penderitaan. Mereka yang faham, Allah telah memberikan contoh di dalam
al-Quran:

Allah membuat perumpamaan (iaitu) seorang lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang
berserikat yang dalam perselisihan dan seorang budak yang menjadi milik penuh dari seorang lelaki
(saja)? Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (Surah az-Zumar: 29)

Allah menganugerahkan kepada hamba-Nya yang hidup berlandaskan hukum-Nya suatu kehidupan
yang baik di dunia dan akhirat. Walaubagaimanapun, mereka yang jauh daripada perkara-perkara yang
diredhai-Nya, mereka yang mengharapkan pertolongan daripada hamba-hamba Allah yang lemah, sama
sepertinya, akan akhirnya menderita. Perkara ini diterangkan dalam satu ayat:

Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah
yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri. (Surah Yunus: 44)

Tambahan pula, mereka yang menyekutukan Allah akan ditinggalkan dan dibiarkan di dalam keaiban
dan kemiskinan.

Janganlah kamu adakan tuhan yang lain di samping Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan
tidak ditinggalkan (Allah) (Surah al-Isra': 22)

Mereka yang cuai dan tidak menyedari kewujudan Allah dalam dunia ini menjalani hidup yang sukar.
Hati mereka tidak mungkin menemui kedamaian dan kegembiraan dalam dunia ini. Malah, kesengsaraan ini
seolah-olah balasan kerana mereka mengaitkan kewujudan sistem yang sempurna ini kepada suatu kebetulan.
Sebagai balasan kepada rasa tidak bersyukur, api yang panas membara menunggu mereka di akhirat.

Jangan sekalipun lupa bahawa takwa kepada Allah ialah rukun yang asas dalam Islam. Allah hanya
mengurniakan kepandaian untuk menilai benar dan batil kepada mereka yang bertakwa kepada Allah.
Anugerah ini sememangnya nikmat yang besar dikurniakan kepada manusia:

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan
memberikan kepadamu furqaan (petunjuk) dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan
mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. (Surah al-Anfal: 29)

Al-Qur'an juga ada menyebut tentang golongan manusia yang tidak bersyukur kepada Allah dengan
yang sepatutnya ditunjukkan kepada-Nya dan juga mereka yang tidak takut kepada-Nya walaupun mengetahui
akan kewujudan-Nya:
Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakahnyang
kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengyluarkan yang hidup dari
yang mati dan yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala
urusan? Maka mereka akan menjawab, Allah!. Maka katakanlah: mengapa kami tidak bertakwa
(kepadaNya)? Maka (Zat yang demikian) itulah Allah Tuhan kamu yang sebenarnya, maka tidak ada
sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari
kebenaran)? (Surah Yunus: 31-32)

Orang yang disebut didalam ayat di atas sedar akan kewujudan Allah malah, meyakininya. Tetapi, dia
tidak berasa takut kepada Allah. Mukmin yang sebenar, mempunyai perasaan takut dan hormat kepada
Penciptanya. Perasaan takut pada Hari Pembalasan membuatkan mereka sensitif terhadap perintah-perintah-
Nya. Akibatnya, sama ada seseorang itu mematuhi segala perintah Allah dan menjadi hamba-Nya yang taat
atau mengingkarinya, ia tidak akan mengubah realiti yang dia akan bergegas kepada Hari yang dia akan
kembali kepada Tuhannya.

Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhamu, maka
pasti kamu akan menemuiNya. (Surah al-Inshiqaq: 6)

Jangan sekalipun lupa bahawa tiada kuasa selain Allah yang Maha Berkuasa, Yang mempunyai segala
kuasa. Mereka yang tidak sedar akan fakta ini akan meyembah selain daripada Allah dan selain itu mereka
juga takutkan sembahan itu sebagaimana mereka takutkan Allah. Walau bagaimanapun tiada seseorang pun
atau sesuatu masyarakat yang mempunyai kuasa selain daripada Allah. Semua bergantung kepada Allah.
Segala yang di langit dan di bumi berada di bawah kuasa Allah secara sukarela atau tidak sukarela. Daripada
satu sel kepada berjuta-juta galaksi, daripada manusia kepada haiwan, daripada gunung kepada angin,
semuanya dibawah kuasa Allah. Oleh sebab itu, jangan sekalipun lupa untuk bersyukur kepada Allah
sebagaimana yang telah dinasihatkan di dalam ayat dibawah:

...Supaya kamu duduk di atas punggungmu kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila
kamu duduk di atasnya; dan supaya kamu mengucapkan; Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan
semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. (Surah az-Zukhruf: 13)

Sekiranya bukan daripada kehendak Allaah, tiada sesiapa pun boleh membuat atau mengucapkan
sesuatu. Sebab itulah setiap perkataan yang kita dengar atau setiap peristiwa yang kita saksikan adalah
daripada Allah, Yang Maha Pelindung dan satu-satunya wali kita. Sekiranya kita seorang yang beriman, maka
segala kebaikan dan kecantikan yang mutlak adalah tersembunyi bahkan di belakang perkara yang sebaliknya
nampak buruk pada kita. Allah mengetahuinya walaupun kita tidak mengetahui. Tidak kira apa yang kita
hadapi di dalam hidup ini, jangan sesekali lupa untuk mengatur tingkah laku kita dengan fakta ini di dalam
minda.

Ingatlah, Allah Maha Pengampun dan peluang keampuanan sentiasa terbuka. Tidak kira apa kesalahan
yang kita lakukan, jika kita kembali kepada Allah dengan ikhlas, rasa kesal dan azam yang kuat untuk tidak
mengulanginya lagi, maka kita akan sentiasa mendapati Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.
Allah menyatakan bahawa Dia mengampuni segala dosa dan kesalahan asalkan hamba-Nya meninggalkan
dosa dan kesalahan itu:

“Katakanlah: hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya
Dia-lah Yang maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah az-Zumar: 53)

Dalam dunia ini, peluang untuk bertaubat dan harapan untuk diampunkan untuk kesalahan dan dosa
yang dilakukan sentiasa terbuka. Dalam agama Allah, seseorang itu tidak perlu untuk menanggung beban
untuk kesalahannya yang lampau. Mengharapkan keampunan daripada Allah, dan kembali kepada-Nya dengan
ikhlas, akan meringankan beban seseorang. Pada saat itu, dia akan bertanggungjawab atas perbuatan dan
fikirannya bermula pada saat itu. Dalam masa yang sama, ingatlah bahawa Allah hanya menerima taubat yang
ikhlas dan bukannya taubat seseorang yang berada diambang kematian. Malah Fir'aun yang kejam dan
bongkak disebut didalam al-Quran, mengambil keputusan untuk beriman apabila dia hampir lemas. Allah
menyatakan di dalam al-Quran tentang taubat ketika saat kematian:

Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan
kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian meraka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah
yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, Dan tidaklah taubat
itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal
kepada seseorang di anatar mereka, (barulah) ia mengatakan: Sesunguhnya saya bertaubat sekarang:
Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi
orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih. (Surah an-Nisa': 17-18)

Ingatlah bahawa Allah Maha Penyabar. Dia memberi peluang kepada seseorang walaupun selepas
mereka melakukan kesalahan. Walau bagaimanapun, sekiranya pesalah itu tidak dihukum serta-merta dia tidak
sepatutnya membiarkan ia menipu dirinya. Ini ialah kerana Allah memberi peluang kepadanya. Sekiranya dia
sedar akan kesalahannya dan bertaubat, dia akan mendapati Allah Maha Pengampun. Sebaliknya, sekiranya dia
tetap dengan kesalahannya dan berkeras, dia pasti akan merasai akibat buruk daripada perbuatan-
perbuatannya:

Jikalau Allah menghukum manusia kerana kezalimannya, niscaya tidak akan ditinggalkanNya di
muka bumi sesuatupun dari makhluk ang melata, tetapi Allah menagguhkan mereka sampai kepada
waktu yang ditentukan. Maka apabila telah tiba waktu (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka
dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukannya. (Surah an-Nahl: 61)

Jangan sesekali lupa yang kita tidak boleh menjadi selain daripada hamba kepada Allah; kerana Allah
menciptakan manusia untuk beribadat kepada-Nya:

Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. (Surah
adh-Dhariyat: 56)
Patuh kepada Allah yang memberi kita segala yang kita miliki, yang menciptakan kita dan
menganugerahkan kehidupan yang mana Dia akan menamatkan riwayat hidup kita apabila dikehendaki-Nya,
adalah seperti berpegang dengan cengkaman yang paling teguh yang tidak akan longgar:

Dan barangsiapa yang menyerahkan sirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat
kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh kepada tali yang paling kukuh. Dan hanya
Allah-lah kesudahan segala urusan. (Surah Luqman: 22)

Jadi, jangan sekalipun lupa "ALLAH, ADALAH TUHAN KITA"...

(Yang memiliki sifat-sifat yang)demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan (yang
berhak disembah) selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara
segala sesuatu. Dia tidak dapat dicapai oleh pengelihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala
pengelihatan itu dan Dia Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (Surah al-An'am: 102-103)

3- JANGAN SEKALIPUN LUPA BAHAWA PETUNJUK


SEBENAR HANYALAH AL-QUR'AN.

Alif Lam Ra. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu engeluarkan
manusia dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka (iaitu) menuju
jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (Surah Ibrahim: 1)

Allah menurunkan al-Qur'an kepada manusia untuk kita berfikir, supaya kita tahu yang hanya Allah,
tuhan yang satu, untuk belajar bagaimana untuk beribadat kepada-Nya dan untuk fokus. Al-Qur'an, petunjuk
kita yang satu, memberikan kita pelbagai penjelasan untuk segala yang kita perlukan, menunjukkan kita jalan
untuk mendapat keredhaan Allah dan memberi khabar gembira tentang kesudahan yang besar bagi mereka
yang berserah kepada-Nya sebagai hamba:

...Dan Kami turunkan kepada Al Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan
petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. (Surah an-Nahl: 89)

Al-Qur'an ialah Buku yang mengandungi kebenaran yang diturunkan Allah kepada hamba-Nya. Ia
mengandungi amaran, penawar dan rahmat kepada orang yang beriman. Orang yang beriman yang memahami
realiti yang penting ini akan berfikir secara mendalam setiap ayat al-Qur'an dan menghabiskan semua masa
dalam hidupnya dengan mematuhinya (al-Quran). Jawapan untuk setiap soalan yang dicarinya terkandung di
dalam al-Quran.
Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah kitab (Al-Quran) kepada mereka yang
Kami telah menjelaskan atas dasar pengetahuan Kami; menjadi pentunjuk dan rahmat bagi orang-
orang yang beriman. (Surah al-A'raf: 52)

Kerana al-Quran menerangkan segala perkara yang berkaitan dengan menjadi hamba Allah, manusia
bertanggungjawab untuk hidup dengan Al-Quran, menjauhi larangnya dan mematuhi perintahnya. Pada Hari
Perhitungan, manusia akan disoal berdasarkan Buku ini sendiri. Oleh itu, jangan sesekali lupa bahawa
bagaimana kita membawa diri, fikiran, keputusan, secara singkat, seluruh kehidupan kita, sepatutnya berkait
rapat hanya dengan al-Qur'an dan bukannya apa yang majoriti manusia mahukan. Hidup dengan al-Qur'an
ialah cara yang unik untuk menyelamatkan diri daripada api neraka.

Tambahan pula, ia penting untuk membaca dan memahami al-Quran untuk hidup dengan agama yang
diturunkan di dalamnya, walaupun masyarakat di sekeliling kita mungkin jauh daripada mematuhinya (al-
Quran). Majoriti manusia mungkin tidak pernah membaca al-Quran. Sebaliknya, di kalangan mereka yang
mengetahui al-Quran, mereka mungkin di kalangan yang menghafal ayat-ayat di dalam bahasa arab sahaja
tanpa memikirkan maknanya. Mereka mungkin menganggap al-Quran sebagai azimat (Sesungguhnya Allah
adalah sangat jauh daripada gambaran palsu yang diberikan kepada Allah) dan oleh yang sedemikian
meletakkannya di atas rak yang paling tinggi. Tetapi sekiranya kita mahu menyelamatkan diri daripada neraka,
kita perlu mematuhi segala perintah Allaah dan bukannya perintah masyarakat. Kita perlu membaca amaran-
amaran yang diturunkan oleh Allah dan mengetahui dengan mendalam perintah-perintah-Nya. Tujuan al-
Qur'an diturunkan dijelaskan dengan jelas didalam ayat-ayat dibawah:

(Al-Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi
peringatan dengannya, dan supaya mereka menegtahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha
Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran. (Surah Ibrahim: 52)

Ini adalah Kitab yang Kamu turunkan kepada mu penuh dengan berkat supaya mereka
memperhatikan ayat-ayatnya dan spaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
(Surah Sâd: 29)

Sebagaimana yang dilihat didalam ayat Qur'an diatas, Allah memberitahu kita yang hanya mereka yang
mempunyai ilmu sahaja iaitu mereka yang mempunyai iman sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Qur'an,
akan memberi perhatian. Dan ingatlah bahawa al-Qur'an telah dipermudahkan kepada kita sebagai renungan
dan nasihat:

Maka patutkan aku mencari hakim selain Allah,padahal Dia-lah yang telah menurunkan kitab
(Al-Quran) kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada
mereka, mereka mengetahui bahawa Al-Quran itu diturunkan dari Tuahnmu dengan sebenarnya.
Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. (Surah al-An'am: 114)

Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran yang merupakan ayat-ayat yang nyata, dan
bahawasanya Allah memberikan petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. (Surah al-Hajj: 16)
Selain daripada apa yang dinyatakan di dalam ayat-ayat ini, ada perkara lain yang penting untuk kita
ingat: Al-Qur'an ialah panduan kepada orang-orang beriman sebaliknya ia boleh menyesatkan orang-orang
yang tidak beriman. Mereka yang tidak percaya yang mereka akan dihimpunkan di hadapan Allah pada Hari
Pembalasan dan al-Qura'an adalah buku yang benar yang diturunkan oleh Allah, telah gagal memahami tujuan
suci ayat-ayat al-Qur'an. Mereka masih pekak dan buta dengan ayat-ayat itu. Keadaan ini dijelaskan di dalam
al-Qur'an seperti berikut:

Dan apabila kamu membaca Al-Quran niscaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang
tidak beriman kepada kehidupan akhirat, suatu dinding yang tertutup. Dan kami adakan tutupan di
atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Dan apabila
kamu menyebut Tuhanmu saja dalam Al-Quran, niscaya mereka berpaling ke belakang kerana
bencinya. (Surah al-Isra': 45-46)

Tanpa sebarang keraguan, sikap orang yang tidak beriman ini adalah berpunca daripada sikap mereka
yang tidak ikhlas dan kecenderungan mereka untuk mengikut perasaan dan nafsu. Sebagai contoh kurangnya
pemahaman di kalangan orang-orang yang tidak beriman adalah seperti berikut:

Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka (Saqar) itu melainkan dari malaikat; dan tidaklah kami
jadikan bilangan mereka itu melainkan untuk cubaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang
diberi Al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang yang beriman bertambah imannya dan supaya orang
yang diberi Al-Kitab dan orang mukmin itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam
hatinya ada penyakit dan orang kafir (mengatakan): Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan
ini sebagai satu perumpamaan? Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang dikehendakiNya
dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan tidak ada yang mengetahui antara
Tuhamu melainkan Dia Sendiri. Dan saqar itu tiada lain hanya peringatan manusia. (Surah al-
Muddaththir: 31)

Orang-orang beriman sebaliknya mempunyai fikiran yang berbeza. Apabila mereka mendengar ayat-
ayat Allah, mereka patuh dengan keindahan mesej itu dan dengan demikian medapat keselamatan di dunia dan
di akhirat. Sikap orang yang beriman terhadap ayat-ayat Allah dijelaskan di dalam al-Quran seperti berikut:

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Quran yang serupa (mutu ayat-
ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya,
kemudian menjadi tenang kulit daa hati mereka di waktu mengingati Allah, itulah petunjuk Allah,
dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehandakiNya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah,
maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya. (Surah az-Zumar: 23)

Ingatlah, sekiranya kita benar-benar takutkan Allaah, hati kita akan lembut apabila mendengar ayat-
ayat-Nya. Ini kerana Allah telah menyatakan kepada kita bahawa orang yang beriman dengan iman yang
sebenar akan mendapat kemudahan untuk memahami al-Qur'an sebagai Buku yang benar. Hanya orang yang
tidak beriman mempunyai keraguan tentang kesahihannya:
Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahawasanya Al-Quran itulah yang hak
dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah
adalah Pemberi Petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus. Dan sentiasalah orang-
orang kafir itu berada dalam keragu-raguan terhadap Al-Quran, hingga datang kepada mereka saat
(kematiannya) dengan tiba-tiba atau datang kepada mereka azab hari kiamat. (Surah al-Hajj: 54-55)

Ingatlah, kita akan dihakimi berpandukan al-Qur'an pada Hari Pembalasan. Allah menyatakan kebenaran
ini didalam ayat tersebut:

Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu.
Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar
adalah satu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta
pertanggungjawaban. (Surah az-Zukhruf: 43-44)

Masyarakat yang jauh daripada al-Qur'an, dan mereka yang hampir mengabaikannya, sepatutnya tidak
boleh memperdayakan kita. Ini kerana, sebagaimana manusia menganggap jangka hayat seseorang ialah antara
60- 70 tahun sebagai jaminan, mereka cenderung menunggu usia tua sebagai masa yang sesuai untuk
mengikuti ajaran al-Qur'an. Mereka dengan salahnya menyimpulkan bahawa hidup berlandaskan agama akan
menggugat kegembiraan masa muda mereka. Dengan alasan yang tidak tulus ini, bagaimanapun, mereka
menyiapkan diri mereka untuk kesudahan yang pahit.

Satu-satunya panduan yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk menjadi hamba kepada Allah
ialah al-Qur'an. Kita perlu menstrukturkan hidup kita berlandaskan perintah-perintahnya. Ini kerana, pada Hari
Kiamat, muslim dan bukan muslim adalah sama dan mereka akan diadili berdasarkan kepada kepatuhan
mereka terhadap al-Qur'an. Jangan sesekali lupa bahawa kita hanya boleh berharap untuk mendapatkan syurga
dan bebas daripada hukuman yang kekal dengan syarat yang kita benar-benar ikhlas melaksanakan perintah-
perintah didalam al-Qur'an.

4- JANGAN SEKALIPUN LUPA BAHAWA SETIAP DETIK


YANG KITA ALAMI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA
TAKDIR KITA

Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran. (Surah al-Qamar: 49)

Sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat diatas, setiap perkara ditentukan oleh Allah Yang Maha
Berkuasa. Bagi Allah yang hanya perlu memerintah “kun (jadilah)” dan terjadilah ia, tidak hanya menentukan
nasib manusia tetapi semua benda. Mereka yang benar-benar yakin dengan kebenaran yang mutlak ini tanpa
sebarang syarat tunduk pada takdir yang Allah tentukan kepada mereka dengan hikmah yang tidak terbatas.
Ingatlah sama ada secara sukarela atau tidak, semuanya berada dibawah kuasa Allah dan tunduk kepada-Nya.
Namun, manusia mempunyai banyak pemahaman yang salah berkaitan nasib. Pemahaman ini,
terutamanya timbul daripada pelbagai pandangan sesat yang disuarakan tanpa memberi banyak pandangan/
fikiran terhadap perkara itu. Tambahan pula, mereka mengabaikan bahawa ini ialah sesuatu yang tidak disukai
Allah. Mereka tidak menghindari daripada menggunakan slogan-slogan, lirik, puisi yang mengandungi maksud
tersirat kepada penolakan takdir. Bukti kepada pemahaman yang salah ini seperti “mengatasi takdir” atau
“menukar takdir”. Mereka yang percaya kepada konsep ini menganggap harapan dan aspirasi mereka sebagai
takdir dan dalam kegagalan mereka memahami bahawa itu adalah sekadar harapan, mereka mengganggap
bahawa takdirnya telah gagal dilaksanakan sebagaimana yang ditentukan dan malah takdir itu telah ditukar.
Pandangan yang tidak berasas itu adalah biasa di kalangan mereka yang gagal memahami takdir.

Takdir adalah ciptaan Allah dan pengetahuan yang tidak terbatas dari semua kejadian, baik masa lalu
atau masa hadapan. Allah menciptakan masa dan ruang daripada sifar, mengawalnya dan Dia tidak terikat oleh
masa dan ruang. Detik demi detik, setiap perkara halus yang berlaku, sudah atau akan berlaku, telah ditentukan
di sisi Allah.

Jangan sesekali lupa bahawa Allaah menciptakan masa dan Dia tidak terikat dengannya. Oleh itu, Dia
tidak hanya melihat apa yang berlaku dan menunggu untuk mengetahui akibat-akibatnya.

Pada pandangan-Nya, permulaan dan penghabisan sesuatu peristiwa, dan kedudukan masing-masing
pada garis masa, sudah diketahui. Semuanya ditentukan dan terkandung di dalam takdir. Oleh itu, manusia
tidak mempunyai kuasa untuk merubahnya. Sebaliknya, takdirlah penentu terhadap manusia. Setiap saat
dalam hidupnya terikat didalamnya. Bahkan seseorang tidak boleh melangkah keluar daripada takdirnya
apalagi mengubahnya. Hal ini adalah sama dengan situasi seorang pelakon yang berada di luar video kaset
dengan karaktor yang berbeza untuk memotong atau menambah adegan di dalam filem itu yang mana dia
adalah pelakonnya. Situasi ini sememangnya tidak logik dan mustahil untuk difikirkan.

Jelas, ungkapan-ungkapan seperti “mengatasi takdir” atau “mengubah takdir” hanyalah cakap-cakap
kosong sahaja. Ingatlah, seseorang yang mengatakan bahawa dia telah mengubah takdir sebenarnya
mengatakan sesuatu dia sudah ditakdirkan untuk menyatakannya.

Sebagai contoh, seorang pesakit tidak mempunyai sedikit harapan pun untuk sembuh. Namun, apabila
dia sembuh secara tidak diduga tidak bermaksud yang dia telah mengatasi takdir, atau tidak pula ia telah
diubah oleh para doktor. Ia hanya menunjukkan bahawa waktu yang ditentukan untuknya mati belum tiba.
Seperti perkara lain, ini juga ditentukan oleh Allah dan ia adalah sebahagian daripada takdir:

...Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seseorang yang berumur panjang dan tidak pula
dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (Luh Mahfuz). Sesungguhnya yang
demikian itu bagi Allah adalah mudah. (Surah Fatir: 11)

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang
telah ditentukan waktunya... (Surah Al 'Imran: 145)
Terikat dengan waktu dan ruang, ia sangat sukar untuk kita memahami sepenuhnya takdir kerana Allah
menciptakan kita dan takdir kita dan Dia tidak terikat dengan apa-apa. Apa sahaja yang berlaku kepada kita,
percayalah bahawa Allah tidak terikat dengan masa atau ruang.

Terdapat suatu lagi faktor yang kita perlu ingat: Semua perkara yang ditentukan oleh Allah adalah
memberi untuk kebaikan agama dan orang-orang yang beriman. Oleh itu, seseorang yang beriman selalu
menunjukkan kesediaan untuk menghadapi perkara-perkara yang dilaluinya. Melupakan atau mengabaikan
kenyataan bahawa semua situasi dalah hidup kita ditentukan oleh Allah ialah suatu yang sangat bahaya
seseorang boleh lakukan pada dirinya. Ia boleh membawa tekanan. Walau bagaimanapun, sama ada seseorang
menerima kenyataan ini atau tidak, ia tidak akan mengubah perkara yang telah ditakdirkan kepadanya; semua
perkara adalah ditentukan oleh takdir:

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan
telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang
demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Surah al-Hadid: 22)

Daripada ayat di atas jelas bahawa setiap perkara yang berlaku kepada seseorang telah ditentukan oleh
Allah. Sama ada seseorang percaya atau tidak kenyataan ini, ia tidak akan merubah kenyataan ini. Semua
perkara yang berlaku diatas muka bumi ini termasuklah kelahiran dan kematian seseorang berlaku dengan
kehendak Allah pada masa yang telah ditentukan-Nya, tidak sedetik pun awal atau lambat.

Dialah Yang menciptakan kami dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan
ada lagi satu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisiNya (yang Dia sendirilah
mengetahuinya)... (Surah al-An'am: 2)

Oleh kerana tiada perkara yang berlaku diatas muka bumi ini atau di dalam diri seseorang tanpa
kehendak Allah, maka kita perlu meletakkan kepercayaan kita kepada Allah. Di samping itu juga, inilah yang
kecenderungan manusia:

Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh
Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus
bertawakkal." (Surah at-Tawba: 51)

Sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat ini Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami
akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan
hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Surah al-Anbiyaa: 35) Allah menguji orang-orang yang
beriman dengan beberapa cara. Oleh itu, selain daripada perkara yang baik, perkara yang buruk juga berlaku
kepada orang-orang beriman. Walau bagaimanapun, ingatlah, semua perkara yang diciptakan oleh Allah
adalah yang terbaik:
...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah al-Baqara: 216)

Mereka yang beriman kepada Allah dan mengikuti jalan-Nya akan sentiasa berasa selamat dan tenteram
dengan mengikuti takdir. Tiada apa yang menakutkan atau memberi tekanan kepada mereka yang percaya
kepada takdir. Allah akan memberikan kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat kepada hamba-Nya yang
beriman dan akan menempatkan mereka dibawah lindungan-Nya selagi mereka patuh kepada Allah. Walau
bagaimanapun, Allah tidak selalu menunjukkan kebaikan sesuatu perkara yang berlaku di atas muka bumi ini.
Tetapi sesuatu yang dilihat seperti buruk sebenarnya akan membawa mereka mencapai ganjaran yang lebih
baik di akhirat. Contohnya, orang yang beriman tidak berasa sedih dengan kesakitan yang dialaminya, malah
dia melihat penyakit itu sebagai peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah. Perkara yang paling penting
untuk diingati ialah, Allah merancang segala perkara untuk melindungi hamba-Nya yang sebenar supaya
mereka boleh mendapat ganjaran syurga.

Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan Al-Kitab (Al-Quran) dan Dia
melindungi oang-orang yang soleh. (Surah al-A'raf: 196)

Mereka yang tidak pernah lupa bahawa terdapat hikmah dalam apa juga perkara yang berlaku keatasnya,
akan merasai betapa dekatnya Allah didalam setiap langkah yang diambilnya. Kemana saja mereka berada atau
apa saja yang dilakukannya, mereka tidak pernah lupa bahawa Allah mengetahuinya dengan baik sekali.

Oleh itu, jangan sesekali lupa bahawa semua perkara lampau atau akan datang, dengan semua
perinciannya, direkodkan pada pandangan Allah, yang tiada perkara yang berlaku keatas manusia kecuali
dengan kehendak Allah. Allah Maha Mengetahui tentang perbuatan kita, dimana saja kita berada atau apa saja
yang kita lakukan dan kita semua terikat dengan takdir yang telah ditentukan kepada kita.

5- JANGAN SEKALIPUN LUPA TENTANG KEWUJUDAN


SYAITAN YANG SENTIASA BERUSAHA UNTUK
MEMESONGKAN KITA.

Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah
syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu
menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar
di antara kamu. Maka adakah kamu tidak memikirkan? (Surah Ya Sin: 60-62)

Ingatlah bahawa kita mempunyai musuh yang bertujuan untuk membawa kita jauh daripada Allah,
agama-Nya dan al-Qur'an. Dia tidak pernah berputus asa daripada rancanganya walaupun sedetik; sentiasa
mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya. Dia boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat
melihatnya. Dan dia mencuba pelbagai cara untuk memerangkap kita. Salah satu daripada sifatnya ialah
secara bersembunyi. Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang. Taktik yang digunakan
juga bergantung kepada masa, tempat dan situasi. Musuh kita yang dimaksudkan ialah syaitan, makhluk yang
dihalau daripada pandangan Allah.

Berlawanan daripada apa yang majoriti manusia fikir, syaitan bukanlah makhluk khayalan. Sebahagian
daripada ujian d iatas muka bumi ini, seeorang itu perlu berjaga-jaga daripada syaitan. Ini kerana, selepas
menderhaka kepada Allah, syaitan bersumpah untuk menyesatkan hamba-hamba Allah. Kedegilan syaitan ini
dinyatakan didalam al-Qur'an sabagai berikut:

Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhnya lalu Kami
katakan kepada para malaikat; "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka merekapun bersujud kecuali
iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu
untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih
daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." Allah berfirman:
"Turunlah kamu dari syurga itu: kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya,
maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina." Iblis menjawab: "Berilah saya
tangguh sampai waktu mereka dibangkitkan." Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk
mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya
benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan
mendatangi mereka dari muka depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan
Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)." Allah berfirman: "Keluarlah
kamu dari syurga itu sebagai terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka
mengikut kamu, benar-benar Aku mengisi neraka jahanam dengan kamu semuanya." (Surah al-A'raf:
11-18)

Sebagaimana yang dijelas dalam ayat diatas, syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Dia akan terus
menyesatkan kita dengan cara membangkitkan nafsu kita. Walau bagaimanapun, perkara yang penting yang
perlu kita faham disini, sebagaimana yang dinyatakan pada ayat diatas, matlamat utama syaitan ialah untuk
mempengaruhi kita dan umat manusia yang lain mengikutnya. Syaitan yang terkutuk tidak akan berputus asa
sehingga kita memasuki neraka. Oleh itu, ingatlah, kita semua perlu berhati-hati dengan syaitan dan tidak
mengikut godaannya.

Perkara penting untuk diingati: Syaitan tidak mempunyai kuasa bebas tanpa Allah. Dia diciptakan oleh
Allah dan dia berada dibawah kuasa Allah sepenuhnya. Dia juga ialah hamba Allah dan hanya boleh
melakukan sesuatu dengan keizinan daripada Allah. Dia ditugaskan untuk membezakan manusia yang benar-
benar beriman daripada mereka yang tidak beriman. Dia hanya boleh bertindak dengan izin Allah. Apabila
masa yang diberikan kepadanya tamat, dia akan dihumban ke dalam neraka bersama mereka yang
disesatkanya.

(Allah berfirman): "Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis
kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya." (Surah Sâd: 85)
Oleh itu, ingatlah bahawa syaitan sebenarnya tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang beriman.
Sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat berikutnya, dia hanya mempunyai kuasa ke atas mereka yang
tidak beriman dengan ikhlas dan sebenarnya.

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku
akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan
menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka."
(Surah al-Hijr: 39-40)

Syaitan tidak boleh menyesatkan manusia yang beriman kepada Allah. Memang benar, orang-orang
yang beriman juga cenderung melakukan kesalahan, tetapi, mereka tidak pernah putus asa daripada
mengharapkan rahmat daripada Allah, dan secepat mungkin meminta perlindungan kepada Allah dan bertaubat
dengan seikhlasnya. Kita diberitahu di dalam al-Qur'an tentang mereka yang boleh disesatkan oleh syaitan:

Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan
bertawakkal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang
mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.
(Surah an-Nahl: 99-100)

Ingatlah, syaitan hendak kita menjadi angkuh, sombong dan derhaka kepada Allah seperti dirinya. Dia
mengarahkan kita berbuat jahat, melakukan sesuatu yang dimurkai Allah dan berkata sesuatu tentang Allah
tanpa ilmu. Dia cuba menghalang kita daripada memahami kebesaran dan kekuasaan Allah yang sebenarnya.
Allah menerangkan tentang bahaya ini didalam al-Qur'an seperti berikut:

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan
janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh
yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu bebruat jahat dan keji, dan
mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Surah al-Baqara: 168-169)

Usaha utamanya ialah untuk menakutkan manusia dengan kemiskinan, iaitu matlamat yang boleh
dicapai sekiranya dia boleh membuatkan manusia lupa tentang hari kiamat. Tidak sedar bahawa semuanya di
bawah kawalan Allah, dan tiada siapa yang boleh menghalang sebarang kebaikan yang Allah kehendaki,
orang-orang ini hidup tanpa sebarang perasaan bertanggungjawab dan mereka melakukan segala kesalahan
kepada Allah.

Syaitan menjanjikan (menakut–nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu


berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurnia.
Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqara: 268)

Taktik utama syaitan ialah melalui tipu daya. Allah menerangkan tentang tipu daya ini “... dari
kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikan (kejahatan) ke dalam dada
manusia.” (Surah an-Nas: 4-5) Sebagaimana diterangkan oleh ayat ini, syaitan mendekati manusia secara
senyap-senyap, melalaikan manusia dengan perkara remeh dan tidak penting dan menampakkan kesalahan
yang dilakukan seolah-olah baik kepada mereka:

Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika
datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitanpun
menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah al-An'am: 43)

Lebih penting lagi, mereka yang mempunyai hati yang keras dan berasa dirinya berada di dalam
kebenaran, walaupun sebenarnya mereka telah terpesong, membawa diri mereka jauh daripada Al-Qur'an.
Dengan membelakangi Allah, mereke lebih rapat dengan syaitan, mengikuti caranya, dan menjadi semakin
biadab. Allah mengingatkan manusia:

Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat
Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu dia
diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda) maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. (Surah al-
A'raf: 175)

Ingatlah bahawa syaitan akan menggunakan cara yang berbeza untuk manusia yang berbeza dan dia
akan mensasarkan kelemahan kita untuk menyesatkan kita.

Sepanjang zaman, syaitan mendekati seseorang dengan taktik yang berbeza. Dia memastikan mereka
yang telah jauh daripada agama supaya lebih jauh daripada agama dengan membuatkan mereka terpesona
dengan kehidupan dunia. Dia membuatkan mereka lupa tentang akhirat dan oleh itu, dia berjaya menjauhkan
mereka daripada agama sepanjang masa.

Dalam masa yang sama, dia tidak mengabaikan orang-orang beriman. Untuk menghalang orang-orang
beriman daripada beribadat kepada Allah dengan ikhlas, dia berusaha supaya mereka berhenti daripada
melakukan perbuatan yang disukai Allah. Dia berusaha mengurangkan kualiti (ibadah itu). Dengan
menyembunyikan kebenaran tentang kejahatan mereka, dia memperdayakan mukmin dengan menundukkan
mereka kepada sifat angkuh, pentingkan diri sendiri, lupa, cuai, bongkak dan panas baran.

Untuk melalaikan mereka, syaitan mendorong mereka membuat pelan jangka panjang di mana ia akan
membuatkan minda mereka sibuk. Dia berusaha untuk menghalang minda mereka daripada mengingati Allah.
Untuk tujuan ini, dia membuatkan manusia sibuk dengan masalah harian, atau memberikan pelbagai alasan
kepada mereae atas kecuaian mereka mengingati Allah.

Mukmin yang patuh kepada Allah, yang mengingati-Nya siang dan malam, yang sentiasa sedar bahawa
semua yang berlaku adalah di bawah kawalan-Nya, dan yang kembali kepada Allah dengan ikhlas, adalah
kurang terdedah dengan pengaruh syaitan. Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad
(sollalahualaihiwassalam), “Apabila sekumpulan manusia berkumpul untuk mengingati Allaah, rahmat (Allah)
menyelubungi mereka, dan ketenangan akan turun kepada mereka”. Sedar akan hal ini, syaitan berusaha untuk
membuatkan manusia lalai daripada mengingati Allah. Sesungguhnya, dia mempunyai pengaruh tertentu ke
atas mereka yang tidak takutkan Allah:

Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itu
golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi.
(Surah al-Mujadala: 19)

Jangan sesekali lupa bahawa syaitan yang menimbulkan kebencian dan permusuhan antara manusia.
Sejak dahulu lagi, “provokasi syaitan” mendasari semua perang, konflik, pertikaian dan penipuan. Provokasi
syaitan terhadap manusia telah dinyatakan didalam ayat berikut:

Tidakkah kamu lihat, bahawasanya Kami telah mengirim syaitan-syaitan itu kepada orang-orang
kafir untuk menghasut mereka berbuat maksiat dengan bersungguh-sungguh? (Surah Maryam: 83)

Orang-orang yang tidak beriman adalah manusia yang telah mengambil syaitan sebagai kawan mereka
dan mereka mengikut caranya. Dengan cara pemikiran seperti itu, kepatuhan kepada syaitan dan kebencian dan
permusuhan yang mereka ada di antara manusia tidak akan dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, syaitan
juga berusaha untuk membangkitkan kebencian di kalangan orang yang beriman. Dalam melakukannya, dia
cuba untuk melemahkan niat orang-orang yang beriman dan menghalang mereka daripada mematuhi Allah.
Allah telah memberi amaran kepada hamba-Nya daripada bahaya ini dan menunjukkan mereka cara untuk
mengatasinya:

Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang


lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesunguhnya
syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. (Surah al-Isra': 53)

Jangan sesekali lupa bahawa setiap detik, syaitan akan cuba dengan senyap-senyap untuk
memperdayakan kita. Bertentangan dengan persepsi umum, syaitan bukanlah makhluk yang sekejap ada,
sekejap tiada, tetapi dia mengikuti kita kebmana sahaja kita pergi atau apa sahaja yang kita lakukan. Dia begitu
tekun berusaha selama mana dia hidup.

Seseorang yang lupa tentang kewujudan syaitan cenderung untuk terpedaya dengan godaannya. Oleh
itu, dia akan mudah tertipu dengan mempercayai bahawa godaan itu adalah fikirannya sendiri. Dia mungkin
akan gagal untuk memahami bahawa suara hatinya itu adalah bisikan syaitan. Walau bagaimanapun, orang
yang benar-benar beriman telah diberikan kebijaksanaan dan pandangan untuk membezakan bisikan syaitan
dengan suara hati mereka. Allah telah memberitahu mereka bagaimana untuk melindungi diri mereka daripada
bisikan dan hasutan syaitan.

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka
ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat
kesalahan-kesalahannya. (Surat al-A'raf: 200-201)
Jangan sesekali lupa yang syaitan akan berusaha untuk membuatkan kita lupa kebenaran yang kita perlu
sentiasa ingat. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, salah satu cara yang efektif yang selalu digunakan
syaitan untuk menyesatkan manusia ialah dengan membuatkan mereka “lupa”.Strategi utama syaitan ialah
untuk membuatkan manusia lupa tentang tanggungjawab mereka kepada Allah. Dia berusaha untuk menyekat
manusia daripada melakukan amalan baik dengan membuatkan kita lupa bahawa Allah yang menguasai kita
daripada segala sudut dan kita adalah subjek terhadap takdir-Nya dan kita akan mati dan perlu
bertanggungjawab terhadap semua perbuatan kita di hadapan Allah nanti.

Syaitan tidak mahu manusia bersyukur kepada Allah. Oleh sebab itu, dia berusaha untuk membuatkan
mereka lupa bahawa semua benda di sekeliling kita ialah nikmat daripada Allah. Dengan membuatkan kita
terpesona dengan kehidupan dunia dan lupa tentang kehidupan akhirat, dia berusaha untuk memperdaya
manusia. Dia bekerja keras untuk melupakan manusia bahawa terdapat hikmah terhadap semua yang berlaku
terutamanya sesuatu yang tidak diduga. Realiti takdir dan meletakkan kepercayaan kita sepenuhnya kepada
Allah adalah faktor-faktor utama yang dia mahu manusia lupa.

Di dalam al-Qur'an, Allah menarik perhatian kita beberapa kali kepada kenyataan bahawa dengan
bisikan syaitan yang berulang-ulang kali, dia mampu untuk mempengaruhi fikiran manusia dan dengan
demikian membuat mereka lupa:

Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah
mereka sehingga mereka membicarakan perbicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu
lupa (akan larangan ini) maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah
teringat (akan larangan itu) (Surah al-An'am: 68)

“.... Dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu
mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali. (Surah al-Kahf: 63)

... Dan syaitan menjadikan dia lupa menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya. Kerana itu
tetaplah dia (Yusuf) dalam penjara beberapa tahun lamanya. (Surah Yusuf: 42)

Sebalik semua perbuatan syaitan, jangan sesekali lupa bahawa dia ialah makhluk yang berada
sepenuhnya di bawah kuasa Allah dan dia tidak mempunyai kuasa mutlak terhadap hamba-hamba Allah.

Walau bagaimanapun, syaitan diciptakan oleh Allah. Oleh itu, secara sukarela atau tidak, dia perlu
tunduk kepada Allah. Dia hanya mampu bertindak dengan keizinan daripada Allah. Sekiranya Allah tidak
mengkehendakinya, dia tidak mampu melakukan sebarang perkara. Tidak kira apa yang syaitan lakukan, dia
hanya mampu menyesatkan orang yang tidak beriman. Sebaliknya, usaha mereka terhadap orang-orang yang
beriman hanya akan menguatkan lagi iman mereka:

... Agar Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, sebagai cubaan bagi orang-orang
yang di dalam hatinya ada penyakit dan yang kasar hatinya. Dan sesungguhnya orang-orang yang
zalim itu benar-benar dalam permusuhan yang sangat. Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu,
meyakini bahawasanya Al-Quran itulah yang hak dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan tunduk hati
mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang yang beriman kepada
jalan yang lurus. (Surah al-Hajj: 53-54)

Allah telah menyatakan kepada kita bahawa syaitan sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kuasa. Hanya
orang-orang yang tidak beriman yang boleh diperdayakannya. Kenyataan ini dijelaskan di dalam al-Quran:

Dan Sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu
mreka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman. Dan tidak adalah kekuasaan iblis
terhadap mereka, melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada
adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara
segala sesuatu. (Surah Saba': 20-21)

Sebaliknya, orang-orang beriman tidak mengendahkan godaan syaitan tetapi dengan cepat memohon
perlindungan Allah sebagaimana yang diarahkan di dalam al-Qur'an:

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada
Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Fussilat: 36)

Mereka sedar bahawa kegagalan untuk berlindung kepada Allah, yang mana mereka dapat menghalang
perbuatan syaitan, boleh membuatkan mereka lemah terhadap godaan-godaannya. Ini ialah cara syaitan
menjadi sahabat kepada pengikut-pengikutnya dan membawa mereka jauh daripada Allah dan menginngati-
Nya.

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami
adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu
menyertainya. (Surah az-Zukhruf: 36)

Daripada kenyataan di atas, ia jelas bahawa tiada alasan untuk manusia yang beriman untuk
mempedulikan godaan syaitan. Tanpa sebarang keraguan, mereka perlu berhati-hati dengannya. Tetapi dalam
masa yang sama, Allah juga memberi khabar gembira terhadap satu perkara yang penting:

Sesungguhnya hamba-hambaKu, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah
Tuhanmu sebagai penjaga. (Surah al-Isra': 65)

Jangan sesekali lupa bahawa syaitan sangat licik; dia akan meninggalkan pengikut-pengikutnya pada
Hari Kiamat. Pada saat-saat terakhir kehidupan kita di muka bumi ini, syaitan akan membiarkan pengikut-
pengikutnya sambil memberitahu mereka bahawa dia telah memperdayakan mereka. Perkara ini dinyatakan di
dalam al-Qur'an seperti berikut:
Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah
menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku
melanggarnya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru
kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi
cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat
menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan
Allah) sejak dahulu." Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih. (Surah
Ibrahim: 22)

Pengikut-pengikut syaitan yang licik ini akan menyedari kesalahan mereka pada Hari Kiamat. Mereka
akan berasa keperitan kerana tidak bertanggungjawab terhadap Allah sepanjang kehidupan mereka dan tidak
mengikut jalan-Nya. Walau bagaimanapun ia sudah terlambat untuk menebus segala kesalahan mereka:

Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang zalim menggigit dua tangannya, seraya berata: Aduhai
kiranya dulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku
(dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-
Quran ketika Al-Quran itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong
manusia. (Surah al-Furqan: 27-29)

Jangan sekalipun lupa yang tempat kembali orang-orang yang tidak beriman di dunia adalah neraka.

Sehingga apabila orang-orang yang berpaling itu datang kepada Kami (di hari kiamat) dia
berkata, "aduhai, semoga (jarak) antaraku dan kamu seperti jarak antara masyrik dan maghrib,"
maka syaitan itu adalah sejahat-jahat teman (yang menyertai manusia) (Surah az-Zukhruf: 38)

Pada hari itu, manusia akan akhirnya sedar bahawa syaitan ialah musuh mereka yang nyata. Walau
bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan diatas, ia sudah terlambat dan kesedaran mereka tentang perkara
itu tidak akan menyelamatkan mereka daripada hukuman neraka yang kekal. Syaitan dan pengikut-
pengikutnya akan pasti dipanggil untuk bertanggung jawab atas segala perbuatan yang mereka lakukan:

Demi Tuhanmu, sesungguhnya akan Kami bangkitkan mereka bersama syaitan, kemudian akan
Kami datangkan mereka ke sekeliling jahanam dengan berlutut. (Surah Maryam: 68)

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu),kerana


sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongan nya supaya mereka menjadi penghuni
neraka yang menyala-nyala. (Surah Fatir: 6)

Seterusnya, jangan sesekali lupa bahawa kita mempunyai musuh yang mahu kita menderita kesakitan,
kesusahan, dan juga merasai hukuman api neraka yang abadi. Dia memerhatikan kita setiap masa, termasuklah
sekarang, sedang kita membaca buku ini. Ingatlah, sekiranya kita beriman kepada Allah dengan sebenarnya,
maka kita perlu memohon perlindungan Allah daripada bisikan dan godaan yang jahat.
6- JANGAN SEKALIPUN LUPA, DUNIA INI ADALAH
TEMPAT SEMENTARA DAN SUATU UJIAN.

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan gurau senda dan main-main. Dan sesungguhnya
akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. (Surah al-'Ankabut: 64)

Ingatlah semua benda di atas muka bumi ini diciptakan dengan satu tujuan. Ia adalah satu fakta yang
sangat pasti bahawa semua benda yang kita lihat di sekeliling kita adalah untuk tujuan yang khusus. Manusia
juga diciptakan untuk satu tujuaan:

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih
baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Surah al-Mulk: 2)

Sebagaimana yang diterangkan di dalam ayat diatas, Allah meletakkan manusia di atas muka bumi ini
sementara untuk menguji mereka. Dia menguji kita dengan apa yang kita hadapi di dunia ini; Dia menciptakan
kehidupan ini untuk membezakan orang-orang yang beriman daripada orang-orang yang tidak beriman,
dimana mereka akan dibersihkan daripada dosa dan layak untuk memasuki syurga. Dengan kata lain, dunia ini
hanya medan ujian dimana kita boleh mendapatkan keredaan Allah.

Allah telah membuat batas-batas yang jelas kepada kita dan juga perbuatan yang disukai-Nya dan
dimurkai-Nya. Demikian juga, perilaku seseorang di dunia ini turut menentukan ganjaran atau hukuman di
akhirat. Oleh itu, setiap detik yang yang berlalu membawa kita sama ada ke syurga atau ke neraka. Dengan
demikian, jangan sesekali lupa yang kita sedang diuji, malah pada saat ini dan keputusan untuk ujian ini akan
menentukan kehidupan diakhirat kelak. Juga, jangan sesekali lupa keputusan ini adalah sangat hampir. Allah
mengingatkan kita tentang perkara ini di dalam beberapa ayat dan dia memberi amaran kepada hamba-hamba-
Nya tentang hari tersebut:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri
memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat) dan bertakwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Hashr: 18)

Allah mengingatkan manusia supaya tidak rakus dengan kehidupan yang sementara ini dan terpesona
dan keseronokan didalamnya. Ini kerana, harta, kecantikan, ataupun darjat yang manusia miliki di dunia ini
tidak akan menolong mereka pada hari kiamat kelak. Dia akan meninggalkan segala-gala yang mereka ada
termasuk jasadnya. Jasadnya akan raput dimakan bumi; badan yang dibanggakan tidak mampu untuk melawan
kerosakan akibat perjalanan masa. Bersendirian, dia akan dibawa kehadapan Allah untuk menerima rekod
perbuatannya.

Walau bagaimanapun, walaupun kenyataan ini jelas, taksub dengan rutin harian, majoriti manusia lupa
hakikat kematian dan akhirat; mereka menganggap kehidupan mereka adalah terhad di atas dunia ini sahaja.
Sikap ini diterangkan di dalam al-Qur'an sebagai berikut:
Dan mereka berkata, "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan
kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa,: dan mereka sekali-kali tidak
mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja. (Surah al-
Jathiyya: 24)

Walau bagaimanapun, mereka mengabaikan satu fakta yang penting; kehidupan dunia ini adalah sangat
singkat. Bayangkan seorang lelaki yang berumur tiga puluhan, jika dia memikirkan kehidupannya, ia pasti
terasa sekilas lalu. Jika dia ditanya apa yang difikirkan tentang 30 tahun itu, dia hanya berkata bahawa segala
yang berlalu adalah sangat pantas. Jika dia diminta memberitahu tentang kisahnya, kenangan itu boleh
diceritakan dalam masa beberapa jam sahaja. Lelaki ini mungkin mempunyai 30 tahun lagi untuk hidup dan ia
akan berlalu dengan pantas sebagaimana hari-hari sebelumnya. Dalam banyak yang terjadi, Allah menarik
perhatian kita kepada kehidupan yang singkat ini dan memberitahu kita bahawa manusia akan menerima
kenyataan ini ada hari Akhirat:

Dan (ingatlah) akan hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan mereka (mereka merasa di
hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) hanya sesaat saja di siang hari (di waktu
itu) mereka saling berkenalan. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan
mereka dengan Allah dan mereka tidak mendapat petunjuk. (Surah Yunus: 45)

Dan pada hari terjadinya kiamat, bersumpahlah orang-orang yang berdosa: mereka tidak
berdiam (dalam kubur) melainkan sesaat (saja). Seperti demikianlah mreka selalu dipalingkan (dari
kebenaran) (Surah ar-Rum: 55)

Untuk mengelakkan manusia daripada terlalu terikat dengan dunia, Allah telah meletakkan pelbagai
kecacatan dan elemen yang tidak diingini dalam kehidupan dunia ini dan dengan itu menekankan sifat-sifat
sementara dunia ini. Ini adalah salah satu subjek dimana manusia perlu berfikir; semua perkara yang kita
sayangi atau hargai dalam hidup ini akan menjadi tua, orang yang kita sayangi akan pergi, satu demi satu,
malah orang yang paling cantik di sekeliling kita akan menjadi tua, atau sakit atau menjadi lemah. Saat-saat
yang kita nikmati, atau masa yang kita nanti-nantikan, sebelum ini, semuanya telah menjadi sebahagian
daripada masa lampau. Ini termasuklah masa-masa yang sukar yang kita hadapi sebelum ini dan ia akan
berdasarkan juga kepada pengalaman pada masa hadapan, dan sepanjang kehidupan kita, yang mana ia adalah
sangat singkat, sekelip mata sahaja. Kita akan sentiasa diuji, ujian yang akan berterusan sehinggalah ajal
menemui kita. Selepas itu, setiap manusia yang pernah hidup dimuka bumi ini akan dibayar untuk apa yang
pernah dia lakukan dan maka kehidupan yang berkekalan akan bermula.

Walau bagaimanapun, manusia tidak pernah teringin sesuatu yang cantik atau indah menjadi pudar.
Namun, dalam kehidupan yang singkat ini, keingininan itu tidak dapat dipenuhi. Jadi, bagaimana kita hendak
mencapainya? Syurga ialah satu-satunya tempat dimana semua ini akan menjadi nyata. Ingatlah, hidup ini
tidak sempurna untuk memenuhi segala keinginan kita. Sekiranya kita merindukan nikmat yang abadi,
ingatlah, bahawa kita tidak perlu mengejar kehidupan dunia ini, tetapi perlu mencari kehidupan akhirat dengan
mempersiakan diri kita untuk mengahadapinya.
Orang-orang yang tidak beriman yang jahil akan perkara-perkara ini, walau bagaimanapun cuba untuk
mengehadkah segala keinginan terhadap kehidupan dunia yang sementara ini sahaja. Semua keinginan itu
adalah berdasarkan pemahaman yang salah iaitu, kematian akan membawa titik noktah kepada kehidupan
dunia ini. Oleh sebab itu, di dunia ini, mereka berusaha untuk mencapai segala kenikmatan dan kegembiraan.
Takutkan mati kerana ia akan menyekat keinginan-keinginan mereka, mereka berusaha gigih untuk
mendapatkan hasil yang terbaik di dunia ini. Walau bagaimanapun, usaha mereka adalah kosong; dunia ini
sememangnya tidak sempurna. Tempat tinggal yang sebenar untuk manusia ialah di akhirat, tempat yang
menawarkan segala yang terbaik dan kenikmatan yang tiada cacatnya yang boleh dinikmati oleh manusia;
walau bagaimanapun, semua nikmat ini disimpan hanya untuk mereka yang benar-benar beriman kepada
Allah. Nikmat-nikmat yang dirasai oleh orang yang tidak beriman hanya terhad untuk di dunia sahaja. Cara
bagaimana mereka akan dibiarkan di dalam neraka telah dinyatakan didalam al-Qur'an sebagai berikut:

Dan (ingatlah) hari (ketika) orang-orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka
dikatakan): "Kamu telah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawi (saja) dan
kamu telah bersenang-senang dengannya; maka pada hari ini kamu dibalasi dengan azab yang
menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan kerana kamu
telah fasik." (Surah al-Ahqaf: 20)

Sebab itu jugalah, Rasulullaah (sollalahualaihiwassalam) menarik perhatian kita tentang kepentingan
menghisab diri sendiri dan perbuatan kita:

“Orang yang bijaksana ialah orang yang menghisab dirinya sendiri (dan menahan diri daripada
melakukan perbuatan-perbuatan jahat) dan melakukan amalan-amalan yang mulia untuk kebaikan selepas
mati; dan orang-orang yang bodoh ialah seseorang yang menyerahkan dirinya kepada godaan-godaan dan
keinginan dan berusaha menjauhi daripada Allah untuk memenuhi hawa nafsunya. (Tirmidhi)

Sebagaimana yang dinyatakan disini, tiada apa yang lebih penting daripada perbuatan-perbuatan yang
dilakukan untuk mengelakkan diri daripada hukuman api neraka. Dalam situasi tertentu, seorang pelajar akan
belajar dengan tekun untuk lulus, seorang peniaga yang ingin mengumpul kekayaan yang banyak, dan walau
bagaimanapun, terdapat juga mereka yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk mendapatkan prestij.
Tetapi, tidak ada jaminan mereka ini akan hidup lama untuk mencapai segala cita-cita mereka. Sebagai contoh,
pelajar itu mungkin tidak hidup lama untuk melihat hari graduasinya. Walau bagaimanapun, satu perkara yang
pasti, dia akan kembali kepada Tuhannya dan akan diberi buku amalan tetang segala perbuatannya pada Hari
Kiamat kelak:

Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan
Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan
orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami. Mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang
selalu mereka kerjakan. (Surah Yunus: 7-8)

Penyakit, kemalangan atau usia tua, di mana kita perlu mengambil pengajaran adalah bukti bahawa
dunia ini bukanlah tempat untuk kita berasa terikat:
Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik)memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau
dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran.
(Surah at-Tawba: 126)

Sebagi bukti daripada ayat ini, "...Kamu menghendaki harta benda duniawi sedangkan Allah
mengkehendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah al-
Anfal: 67), Allah berulang kali mengingatkan kita bahawa dunia ini tidak sempurna supaya hamba-hamba
Allah boleh mendapat tempat yang lebih sempurna di akhirat.

Jangan sesekali mengabaikan peringatan ini dan ingatlah kita perlu mecari keredhaan Allah untuk
melayakkan diri mendapat kebahagiaan yang kekal abadi. Allah telah menerangkan di dalam al-Qur'an bahawa
barang sesiapa yang terikat dengan kehidupan yang singkat ini akan kehilangan kehidupan yang abadi di
akhirat kelak:

Barangsiapa yang mengkehendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu
baginya dan barangsiapa yang yang mengkehendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya
sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat. (Surah ash-
Shura: 20)

Dalam ayat-ayat ini, Allah menyuruh manusia untuk cintakan akhirat kerana ia adalah lebih baik dan
berkekalan “...Dan kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan kekal.” (Surah Taha: 131)

Sementara itu, ingatlah bahawa Allah akan berikan kepada orang yang benar-benar beriman, yang
inginkan kehidupan akhirat, kehidupan yang baik di dunia ini juga. Orang-orang mukmin adalah mereka yang
mencapai nikmat terbaik daripada Allah, di dunia dan di akhirat.

Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat.
Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang
besar. (Surah Yunus: 64)

7- JANGAN SEKALIPUN LUPA, MAUT AKAN DATANG PADA


BILA-BILA MASA SAHAJA.

Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian
itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang
ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Surat al-Jumu'a:
8)

Semua perkara yang kita lihat di sekeliling kita, kawan-kawan kita, saudara-mara, dan semua benda
hidup di dunia ini akan pasti suatu hari nanti mati, sebagaimana berjuta-juta manusia yang hidup sebelum kita.
Fakta ini dinyatakan di dalam ayat al-Qur'an yang berbunyi, “Setiap manusia akan merasai mati...” (surah
al-Anbiya': 35). Melupai kepastian ini menandakan kurangnya kesedaran. Manusia tidak dapat lari daripada
maut dan pastinya akan mati kerana sebab-sebab tertentu pada satu masa dan tempat yang tidak diketahuinya.

Ingatlah, kecantikan, glamor, status, harta benda atau usia muda tidak dapat menghalang kematian
seseorang. Walaupun ramai manusia sedar akan realiti ini, mereka cuba mengelak daripada memikirkan hal
kematian dan cuba melupakan perkara ini. Tetapi, hanyalah penipuan terhadap diri sendiri. Oleh sebab itulah,
Rasulullaah (sollalahualaihiwassalam) juga mengingatkan orang-orang beriman supaya “selalu ingatkan mati”
(Tirmidhi). Samada kita memikirkan perkara yang tidak dapat dielakkan ini atau tidak, maut pastinya datang
kepada kita:

Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya.
(Surah Qaf: 19)

Baris-baris ini mesti mengingatkan kita betapa dekatnya kematian itu. Namun, cuba fikirkan perkara ini
dengan lebih mendalam; siapa tahu, mungkin maut datang menemui kita sebelum kita sempat untuk
menghabiskan buku ini. Oleh itu, ingatlah, kematian adalah sangat dekat dengan kita sebagaimana ia dekat
dengan semua orang.

Bertentangan dengan persepi umum, maut bukanlah peringkat terakhir kepada turutan peristiwa. Apabila
tibanya masa, Allah akan menghantar malaikat kepada mereka yang telah ditakdirkan mati pada masa
berkenaan dan mengambil roh orang itu secara tiba-tiba, pada masa yang tidak dijangka. Ia mungkin terjadi
tepat pada saat ini, sebelum kita sempat bangun daripada kerusi kita, malaikat maut akan muncul di hadapan
kita secara tiba-tiba. Kita mungkin dikelilingi oleh kawan-kawan atau ahli keluarga, tetapi mereka tidak dapat
merubah kemungkinan ini; mereka tidak boleh dengan apa cara sekali pun menghalang kita daripada maut.
Oleh itu, jangan sesekali lupa, setiap roh akan diambil oleh Malaikat Maut yang diutuskan oleh Allah untuk
melakukan tugas itu dan akan kembali kepada Allah.

Namun, idea yang kita akan mati bila-bila masa sahaja mungkin sukar untuk difahami. Memikirkan
perkara-perkara yang masih perlu dicapai membuatkan kita terasa terlalu awal untuk kita meninggal dunia.
Kenyataan sebenarnya ialah, hanya Allah yang menentukan masa kematian. Tidak seminit bertambah atau
berkurang seseorang itu boleh hidup selain daripada masa yang telah ditetapkan kepadanya. Maut menemui
roh seseorang pada masa terbaik yang telah ditentukan dalam takdirnya:

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu
kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Munafiqun: 11)

Pernahkah kita terfikir apa yang dialami oleh badan kita semasa mati?

Tidak kira sama ada kita cantik atau kaya, badan kita yang kaku akan terbaring di dalam bilik atau di
bilik mayat. Dibaluti dengan kain kafan, badan kita akan diletakkan di dalam keranda yang sempit. Kereta
jenazah akan membawa badan kita ke tanah perkuburan di mana mayat kita akan ditempatkan di dalam liang
lahad. Tanah akan menutupi kita. Badan kita, yang tinggal tulang dan daging akan mula reput dan menjadi
busuk. Akhirnya, tiada apa yang tinggal kecuali tulang-tulang. Jangan sesekali lupa bahawa kita akan menemui
hari itu, akhirnya badan kita akan keseorangan di bawah tanah.

Mayat yang kaku adalah objek yang kita perlu mengambil pelajaran. Mayat sukar untuk dibiarkan
walaupun untuk beberapa minit. Pernahkah kita terfikir kenapa tubuh manusia yang mampu mempertahankan
kekuatannya untuk jangka hayat seumur hidup menjadi sangat lemah selepas meninggal? Ini adalah sesuatu
yang perlu kita fikir-fikirkan kerana mengingati tubuh kita yang akan reput – dan tubuh-tubuh orang yang kita
sayangi – akan membantu kita untuk tidak lupa kepada hari akhirat dan tidak terikat dengan dunia ini.

Walau bagaimanapun, majoriti manusia terlalu taksub dengan aktiviti-aktiviti harian yang kurang
penting dan melupakan hari yang tidak dapat dielakkan ini. Namun, ini ialah kesilapan yang pasti; kegagalan
mereka untuk mempersiapkan diri untuk hari akhirat akhirnya akan membawa mereka kepada hukaman yang
selama-lamanya. Oleh itu, sentiasa beringat bahawa maut pasti menemui kita pada suatu hari nanti, maka kita
perlulah berusaha dengan gigih untuk melakukan amal kebaikan supaya mendapat keredhaan Allah. Tuhan
kita, Yang Maha Berkuasa dan Maha Adil, memberikan kita masa yang cukup kepada setiap orang untuk
untuk mengambil langkah-langkah berjaga terhadap amaran-Nya. Jangka masa ini, walau bagaimanapun hanya
terbatas kepada kehidupan didunia sahaja. Oleh itu, seseorang hanya boleh bertaubat dengan ikhlas untuk
segala kesalahannya di dalam dunia ini sahaja. Sebaik sahaja maut datang, tidak akan ada lagi peluang untuk
memperbaiki kesalahannya. Sebaliknya, dia akan berasa menyesal untuk selama-lamanya:

Dan mereka berteriak di dalam neraka itu, “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami
akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan,” Dan apakah Kami
tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir,
dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak
ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongan. (Surah Fatir: 37)

Jangan lupa yang kematian bukanlah titik noktah; seperti sesetengah pendapat. Kematian bukan
bermakna semuanya sudah sampai ke penghujung. Bukan juga tidur yang lena selama-lamanya seperti yang
dianggap. Kematian adalah permulaan ke arah realiti dan keabadian hidup; kehidupan ini adalah bergantung
kepada cara seseorang membawa diri masing-masing ketika di dunia dan ia sama sekali tidak akan berubah
selepas maut datang kepadanya. Kematian ialah pintu kepada kegembiraan dan keselamatan, jika seseorang itu
menggunakan masanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Untuk mereka yang berpaling daripada Allah,
walau bagaimanapun, ia menjadi permulaan kepada azab yang berkekalan.

Di dunia ini, Allah meletakkan pelbagai kejadian untuk manusia alami supaya ia menjadi peringatan
kepada maut dan hari kiamat. Mereka yang cenderung untuk mengambil peringatan, ia akan membuatkan
mereka merenung dengan lebih serius tentang kehidupan mereka dan akan mempertimbangkan semula
pandangan mereka tentang kehidupan ini. Walau bagaimanapun, mereka yang mengabaikan peringatan ini,
berada dalam kerugian yang besar. Jangan sesekali lupa bahawa mereka yang telah meninggal dunia tidak
pernah menjangkakan kematian mereka, sama seperti kita yang masih hidup sekarang, dan maut mungkin akan
datang kepada kita pada sesuatu masa yang tidak dijangkakan, seperti semasa kita makan malam atau membuat
rancangan untuk hari minggu.
Jadi, jangan sesekali lupa untuk bekerja untuk kehidupan kita di akhirat, sebelum ajal menemui kita
dimana pada masa itu kita sudah tiada peluang untuk melakukan amalan baik.

Di dalam Quran, Allah menyatakan bahawa maut bukanlah sesuatu yang boleh ditunda-tunda dan Dia
menceritakan penyesalan yang mendalam yang dialami oleh mereka yang telah ditakdirkan meninggal dunia:

Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang
kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak
menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan
aku termasuk orang-orang yang saleh?” Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian)
seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Munafiqun: 10-11)

8- JANGAN SEKALIPUN LUPA HARI KEBANGKITAN DAN


PERHITUNGAN ADALAH PASTI TERJADI

Dan sesungguhnya hari Kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahawasanya
Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur. (Surah al-Hajj: 7)

Sekarang, berhenti seketika dan lihat jam tangan kita. Setiap minit berlalu, kita sedang menuju ke arah
saat terakhir. Saat yang mana kita akan kembali kepada Tuhan dan buku amalan kita. Masa yang sudah
ditetapkan itu pasti datang. Saat itu bukanlah boleh dijangka, dimana ketika roh akan dicabut oleh malaikat
maut. Selepas itu, kita akan tiba di Hari Kebangkitan. Segala perkara dunia akan menjadi tidak signifikan dan
kita akan melihat dengan jelas yang apa yang paling penting adalah ketakwaan dan redha Allah.

Jadi, kita masih mempunyai waktu, jangan lupa untuk membuat persedian untuk hari kebangkitan,
apabila segala di dunia akan hilang dan manusia akan dibangkitkan dari kubur masing- masing untuk
menerima buku catatan amalan daripada Tuhan mereka.

Pada hari itu, setiap perbuatan yang dilakukan semasa hidup akan jelas. Sesiapa yang membuat kebaikan
akan diberi ganjaran penuh, manakala barang siapa yang berbuat keburukan akan berharap yang mereka
dijauhkan daripada perbuatan salah mereka. Seorang diri di hadapan Allah, manusia akan dihakimi dengan adil
dan tidak sedikit pun dizalimi.

Masa terus semakin hampir dengan Hari Pembalasan. Mereka yang tidak mengendahkan amaran-
amaran Allah tetapi hanya mengikut keinginan dan hawa nafsu berada dalam kerugian yang besar. Perkara ini
dinyatakan didalam al-Qur'an sebagai berikut:
Telah dekat kepada manusia hari menghisab amalan mereka, sedang mereka berada dalam
kelalaian lagi berpaling (daripadanya). Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al-Quran pun yang
baru (diturunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-
main. (Surah al-Anbiya': 1-2)

Jangan sesekali lupa bahawa Hari Perhitungan ini bergegas datang kepada kita, dan pada hari itu Allah
akan memberitahu kita segala amalan kita, samada yang kita ingat atau lupa.

Pada hari itu, segala amalan seseorang yang disimpan di dalam rekod Allah akan dipersembahkan
kepadanya. Segala fikiran, perbuatan, termasuklah perkara yang sudah dilupainya akan menjadi terang.
Sesungguhnya, al-Qur'an memberitahu kita bahawa semua perkara yang dilakukan seseorang direkodkan
termasuklah butir-butir yang kecil:

Dan segala sesuatu yang telah mereka perbuat tercatat dalam buku-buku catatan. Dan segala
(urusan) yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis. (Surah al-Qamar: 52-53)

Manusia sentiasa lupa, tetapi Allah tidak pernah lupa atau tersilap. Oleh itu, orang yang bersalah tidak
boleh menjauhkan dirinya daripada kesalahannya. Dia mungkin lupa satu perkataan yang tidak disukai Allah
yang diucapkannya 10 tahun lepas atau idea kotor yang melintasi fikirannya. Tetapi Allah yang Maha
Berkuasa akan mengingatkan dia akan kata-katanya dan fikiran-fikirannya pada Hari Perhintungan:

Katakanlah: “Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu
melahirkannya, pasti Allah mengetahui,” Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa
yang ada di bumi. Dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Pada hari ketika tiap-tiap diri
mendapati segala kebajikan dihadapkan (di mukanya) begitu (juga) kejahatan yang telah
dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah
memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)Nya. Dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-
hambaNya. (Surah Al 'Imran: 29-30)

Pada hari itu, Allah akan membangkitkan mereka semua dan Dia akan memberitahu mereka tentang
amalan-amalan mereka.

Allah mengumpulkan (mencatat) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan
Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. (Surah al-Mujadala: 6)

Jangan sesekali lupa bahawa Allah Yang Maha Melihat segala-galanya, tidak pernah lupa dan tidak
pernah tersilap, akan menunjukkan kita semua amalan dan fikiran kita pada hari itu.

Lupa bahawa seseorang itu akan dikehendaki bertanggungjawab di atas kelakuannya, setiap perbuatan
yang dilakukan dalam kejahilan ini sudah tentu akan membawa kekecewaan dan penyesalan yang tidak dapat
dibendung. Tiada apa lagi yang dia lupa di dalam hidup ini yang boleh membawa kepada hukuman yang
pedih. Oleh itu, jangan sesekali lupa perkara ini, sesuatu yang boleh merosakkan kehidupan kita di akhirat,
kerana itu adalah dosa yang besar yang dilakukan terhadap Allah.

...Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana
mereka melupakan hari perhitungan. (Surah Sâd: 26)

Al-Qur'an mengandungi penerangan yang jelas tentang Hari Kiamat supaya manusia sedar tentangnya.
Hari Kiamat ialah hari ketika semua benda akan menjadi tidak penting. Sebagaimana Allah memberitahu kita, ,
"...maka waktu itu adalah waktu (datangnya ) hari yang sulit, bagi orang-orang kafir lagi tidak
mudah." (Surat al-Muddaththir: 9-10)

Apabila sangkakala ditiup, dunia kebendaan akan berakhir dan Hari Kiamat akan bermula. Walaupun
gempa bumi yang kecil memaksa manusia keluar daripada rumah masing-masing dalam ketakutan, manusia
pada hari itu akan menyaksikan gegaran yang menakutkan yang akan menggoncangkan gunung-gunung yang
utuh. Ayat ke-6 dalam surah al-Qamar menerangkan hari itu sebagai
...Hari ketika seorang penyeru (malaikat) menyeru kepada sesuatu yang tidak menyenangkan
(hari pembalasan).

...Apabila lautan dipanaskan. (Surah at-Takwir: 6)

...Dan apabila bulan telah hilang cahayanya, dan matahari dan bulan dikumpulkan, (Surah al-
Qiyama: 8-9)

...Dan dibukalah langit, maka terdapatlah beberapa pintu, (Surah an-Naba': 19),

...Dan apabila gunung-gunung telah dihancurkan menjadi debu(Surah al-Mursalat: 10),

...Dan apabila gunung-gunung seperti bulu yang dihamburkan(Surah al-Qari'a: 5),

… Tidak ada sedikitpun kamu lihat pada tempat yang rendah dan yang tinggi-tinggi (Surah Ta
Ha: 107).

Apabila sangkakala ditiup pada kali kedua, manusia akan dibangkitkan dan dikumpulkan untuk
bertanggungjawab terhadap amalan-amalan mereka.

Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang
dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri
menunggu (keputusan masing-masing). Dan terang benderanglah bumi (padang mahsyar) dengan
cahaya (keadilan) Tuhannya; dan diberikanlah buku (perhitungan perbuatan masing-masing) dan
didatangkanlah para nabi dan saksi-saksi dan diberi keputusan di antara mereka dengan adil, sedang
mereka tidak dirugikan. (Surah az-Zumar: 68-69)
Sambil menundukkan pandangan-pandangan mereka dari kuburan seakan-akan mereka
belalang yang berterbangan, mereka datang dengan cepat kepada penyeru itu. Orang-orang kafir
berkata, “Ini adalah hari yang berat,” (Surah al-Qamar: 7-8).

Bahkan bahawa Kami sekali-kali tidak akan menetapkan bagi kamu waktu (memenuhi)
perjanjian (Surah al-Kahf: 48)

Pada hari itu manusia berkata, “Kemana tempat lari?” Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat
berlindung. Hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali. (Surah al-Qiyama: 10-12)

Apabila Hari Kiamat tiba, mereka yang percaya bahawa mereka tidak akan dibangkitkan semula dan
kematian hanyalah tidur yang berkekalan, akan sedar bahawa amaran-amaran Allah adalah benar:

(Orang-orang kafir) berkata: “Apakah sesungguhnya kamu benar-benar dikembalikan kepada


kehidupan yang semula? Apakah (akan dibangkitkan juga) apabila kami telah menjadi tulang belulang
yang hancur lumat?” (Surah an-Nazi'at: 10-11)

Pada Hari Pembalasan, orang-orang yang beriman dan tidak beriman dapat dikenalpasti dengan jelas.
Kegembiraan orang-orang yang beriman akan terpancar jelas pada wajahnya, manakala wajah-wajah mereka
yang tidak beriman akan sedih.

Wajah-wajah (orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat.
Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram, mereka yakin bahawa akan ditimpakan
kepadanya malapetaka yang amat dasyat. (Surah al-Qiyama: 22-25)

Pada hari itu, mereka yang sedar bahawa mereka akan bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya,
dan oleh itu menjual kehidupan dunia untuk kehidupan akhirat akan menerima buku amalan mereka daripada
tangan kanan. Mereka dengan hati yang jelas melakukan perbuatan-perbuatan baik untuk mendapatkan
keredhan Allah akan berkata dengan gembiranya “Ini ialah Buku saya!”. Sebagai balasan terhadap pengabdian
mereka, mereka akan mencapai kebahagian yang abadi.

Dia yang menerima buku amalannya daripada kiri, walau bagaimanapun, akan berasa menyesal dan
sedih yang berterusan kerana tidak mengendahkan Hari Perhitungan, dan akan berkata “Adapun orang yang
diberikannya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: “Wahai alangkah baiknya kiranya tidak
diberikan kepada kitabku (ini), Dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku,” (surah al-
Haqqa: 25-26) Sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat-ayat itu, hidupnya akan menjadi gelap dan sempit,
wajahnya akan suram dan diselubungi debu, tertutup dalam kegelapan. Allah akan mengumpulkan mereka
pada Hari Perhitungan, dengan wajah yang rata, buta, pekak dan bisu (Surah al-Isra': 97). Ucapan mereka
yang dibangkitkan buta kerana tidak mengingati Allaah adalah seperti berikut:
Berkatalah ia: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta,
padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah telah datang
kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamupun
dilupakan." (Surah Ta Ha: 125-126)

Untuk mengelakkan diri kita daripada berada di dalam situasi itu pada Hari Perhintungan, ingatlah,
bahawa kita perlu mendapatkan keredhaan Allah sepanjang hidup kita.

Ia adalah suatu hari apabila setiap orang, kecuali mereka yang disayangi Allah, akan ketakutan. Orang
yang bersalah akan menyalahkan sesama mereka dan berasa kesedihan yang tidak terbendung. Pada hari tu,
hanya mereka yang ikhlas mengikuti perintah Allah tidak berasa takut. Semakin seseorang itu tidak
mempedulikan Hari Kiamat dan bersedia menghadapinya semasa di dunia, semakin takut dia berasa pada hari
itu. Allah mengingatkan kita betapa dahsyatnya hari itu seperti berikut:

Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah
suatu kejadian yang sangat besar (dasyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu,
lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan
segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka
tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat keras. (Surah al-Hajj: 1-2)

Ingatlah bahawa tiada siapa yang akan risaukan tentang sahabatnya pada hari tersebut. Tiada siapa di
sekeliling untuk menolong. Pada Hari Kebangkitan, semua orang akan cuba menebus sesuatu termasuklah
saudara terdekatnya semata-mata untuk menyelamatkan dirinya. Namun, tiada apa yang akan diterima
daripadanya:

Sedang mereka saling melihat. Orang kafir ingin kalau sekiranya dia dapat menebus (dirinya)
dari azab hari itu dengan anak-anaknya. Dan isterinya dan saudaranya. Dan kaum familnya yang
melindunginya (di dunia). Dan orang-orang di atas bumi seluruhnya, kemudian (mengharapakan)
tebusan itu dapat menyelamatkannya. Sekali-kali tidak dapat. Sesungguhnya neraka itu adalah api
yang bergelojak. (Surat al-Ma'arij: 11-15)

Secara ringkas, tiada jalan lain atau tiada tempat untuk melarikan diri. Hari itu akan menjadi hari
seseorang akan mengingati segala amaran yang diberikan kepadanya semasa di dunia. Namun, ia tidak akan
menolongnya sedikit pun:

Sesungguhnya dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan kaumnya (yang sama-sama kafir).
Sesungguhnya dia yakin bahawa dia sekali-kali tidak akan kembali (kepada Tuhannya). (Bukan
demikian), yang benar, sesungguhnya Tuhannya selalu melihatnya. (Surah al-Inshiqaq: 13-15)

Pada Hari Kiamat, neraca keadilan akan ditimbang dan tiada jiwa yang akan dianiaya walau sedikit pun.
Bahkan, jika amalan itu tidak lebih daripada berat sebutir biji sawi tetap akan ditimbang. (surah al-
Anbiyaa':47) Mereka yang mempunyai timbangan kebaikan yang lebih berat akan mencapai kehidupan yang
gembira, tetapi mereka yang mempunyai timbangan yang ringan, tempat tinggalnya ialah api neraka. (surah
a;-Qari'ah: 6-11) Allah menarik perhatian kita tentang perkara ini seperti berikut:

Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya
diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan
seberat zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan
kejahatan seberat zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (Surah az-Zilzal: 6-8)

Ingatlah, Hari itu status, pangkat, harta benda dan anak-anak yang seseorang miliki ketika di dunia tidak
akan berguna lagi. Pada hari itu, satu-satunya kreteria yang digunakan untuk membezakan manusia ialah
melalui amalan mereka. Setiap manusia akan disoal sama ada dia taat kepada Penciptanya atau tidak. Pada hari
itu, apabila semua perkara tersembunyi akan muncul, dan manusia tidak akan mampu menebus kesalahannya:

Pada hari dinampakkan segala rahsia. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu suatu
kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong. (Surah at-Tariq: 9-10)

Perbuatan jahat, kesalahan dan fikiran yang mendustakan akan dibawa kehadapan mereka satu persatu
untuk semua melihatnya. Dalam keadaan hina dan terhina, mereka yang melakukan kesalahan yang terbesar
iaitu menyangkal Allah yang menciptakan dan memberikan mereka hidup, akan menunggu pengadilan
mereka:

Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. Ini adalah hari,
yang mereka tidak dapat berbicara (pada hari itu), dan tidak diizinkan kepada mereka minta uzur
sehingga mereka (dapat) minta uzur. Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang
mendustakan. Ini adalah hari keputusan; (pada hari ini) Kami mengumpulkan kamu dan orang-orang
yang terdahulu. Jika kamu mempunyai tipu daya, maka lakukanlah tipu dayamu itu terhadapKu.
Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. (Surah al-Mursalat: 34-
40)

Orang-orang beriman, walau bagaimanapun akan mempunya hisab yang mudah. Mereka akan
terselamat daripada ketakutan pada hari itu. Dijauhkan daripada hukuman api neraka, mereka akan mendapat
nikmat syurga.

Orang yang tidak beriman juga perlu mengakui hal ini untuk memastikan dia akan bertemu dengan Hari
itu. Ia tidak bermakna untuk berkata “Saya tidak akan bertemu hari itu kerana saya tidak percaya ia mungkin
berlaku.” Walaupun dia tidak percaya sekalipun, dia perlu memberikannya kebarangkalian 50-50 peratus
berlaku. Apabila dia mempertimbangkan betapa dahsyatnya Hari Kiamat dan azab api neraka, dia perlu berasa
takut dan berusaha untuk melarikan diri darinya, walaupun kebarangkalian akan kewujudannya hanya satu
peratus.

Tambahan pula, setiap jam yang berlalu membawa kita lebih dekat dengan maut, penghujung kepada
kehidupan dunia dan hari itu kita akan disoal. Ini ialah penghujung yang tidak dapat dielakkan oleh sesiapa.
Ingatlah, hari yang apabila pendusta akan menyesal “berharap bahawa mereka adalah muslim.” (Surah al-
Hijr: 2) Berkenaan orang-orang ini, Allah berfirman:

Maka rasailah olehmu (sika ini) disebabkan kamu melupakan akan pertemuan harimu ini (Hari
Kiamat); sesungguhnya Kami telah melupakan kamu (pula) dan rasakanlah siksa yang kekal,
disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan. (Surah as-Sajda: 14)

9- JANGAN SEKALIPUN LUPA BAHAWA TEMPAT TINGGAL


ORANG YANG TIDAK BERIMAN IALAH NERAKA, TEMPAT
HUKUMAN YANG ABADI.

...Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama.
(Surat as-Sajda: 13)

Neraka ialah tempat hukuman yang abadi kepada mereka yang mengingkari Allah, menghabiskan
kehidupan mereka tanpa memikirkan Hari Kemudian. Kebenarannya ialah, dunia ini, yang mana mereka yang
tidak percaya kepada Hari Kiamat terlalu taksub, akan lenyap tetapi neraka akan wujud selama-lamanya. Para
“ahli neraka” akan tinggal didalamnya buat selama-lamanya. Sebagai hukuman, mereka tidak akan dapat lari
daripadanya. Hukuman ini tidak sama dengan hukuman-hukuman lain:

Maka pada hari itu tiada seorangpun yang menyiksa seperti siksaNya. (Surah al-Fajr: 25)

Tahukah kamu apa (neraka) Saqar itu? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan.
(Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia. (Surah al-Muddaththir: 27-29)

Sesetengah manusia berpegang kepada kepercayaan yang tidak berasas iaitu mereka akan masuk syurga
selepas memasuki neraka untuk suatu jangka masa. Walau bagaimanapun, realiti yang mengerikan tentang
neraka ialah, azab di dalam neraka tidak akan berhenti dan tiada cara untuk keluar darinya. Al-Qur'an
menjelaskan bahawa ia suatu kesalahan yang serius untuk berpegang kepada kepercayaan itu:

Dan mereka berkata;”Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama
beberap hari sahaja.” Katakanlah:”Sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak
akan memungkiri janjiNya ataukah kamu hanya menyatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu
ketahui?” (Bukan demikian) yang benar, barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya,
mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. Dan orang-orang yang beriman serta
beramal soleh, mereka itu perhuni syurga, mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Baqara: 80-82)

Sesungguhnya neraka jahanam itu (padanya) ada tempat pengintai. Lagi menjadi tempat kembali
bagi orang-orang yang melampaui batas, mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya. (Surah
an-Naba' : 21-23)
Sekiranya tidak dikehendaki Allah, ia adalah mustahil untuk meninggalkan neraka. Apabila pesalah
memasuki neraka, pintunya akan tertutup untuk selama-lamanya dan api akan menyelubunginya dari setiap
sudut:

Dan orang-orang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri. Mereka berada
dalam neraka yang ditutup rapat. (Surah al-Balad: 19-20)

Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam) juga bersabda bahawa tiada kematian bagi penghuni
neraka:

Allah akan memasukkan penghuni syurga ke dalam syurga dan penghuni neraka ke dalam neraka.
Selepas itu, pembuat pengumuman akan berdiri di antara mereka dan berkata: “Wahai penghuni syurga, tiada
kematian buatmu, wahai penghuni neraka, tiada kematian buatmu. Engkau akan hidup kekal di dalamnya.”
[Muslim]

Ingatlah, setiap individu yang menghabiskan masa yang terhad yang dianugerahkan kepadanya dengan
cuai ketika di dunia akan mendapat neraka, di mana api akan menyelubunginya untuk selama-lamanya.

Ia sukar untuk memahami betapa pedihnya azab di dalam pintu yang tertutup rapat. Daripada ayat-ayat
al-Qur'an, kita faham bahawa neraka ialah tertutup, riuh, suram dan tempat yang berasap. Neraka ialah
destinasi terakhir, tempat azab di mana kepanasan menyelubungi setiap sel penghuni-penghuni dan di mana
makanan dan minuman adalah menjijikan. Setiap saat di dalam neraka dipenuhi oleh keperitan yang tidak
terduga. Penghuni-penghuni neraka akan melihat gambaran yang paling menakutkan dan mengerikan; mereka
akan mendengar suara yang mengerikan dan menyedihkan, suara yang kuat, jeritan dan tangisan. Mereka akan
menghidu bau yang sangat busuk, rasa yang sangat teruk dan tajam. Tubuh mereka akan kehangusan daripada
kepala ke kaki.

Wajah penghuni-penghuni neraka akan dibaluti dengan api; air yang mendidih akan dicurahkan ke atas
kepala mereka. Dan, mereka akan dicop pada sisi dan di belakang mereka. Tanpa rehat dan keringanan
daripada hukuman, kesengsaraan akan berpanjangan buat selama-lamanya.

Api yang panas akan menyelubungi penghuni-penghuni neraka. Penerangan-penerangan di dalam al-
Qur'an, memberi gambaran jelas betapa dahsyatnya azab yang dihadapai oleh ahli-ahli neraka; pakaian
daripada api akan dibuat untuk mereka (surah al-Hajj: 19), dan mereka akan memakai baju daripada tar
(surah Ibrahim: 50). Setiap kali kulit mereka hangus terbakar, tubuh mereka akan digantikan dengan kulit
yang baru (surah an-Nisa': 56) supaya mereka akan sentiasa merasai sakit yang tidak henti-henti daripada api.
Mereka akan dirantai dan disebat. Tangan diikat di leher, mereka akan dicampakkan ke dalam lubang neraka
(surah al-Furqan: 13). Mereka akan berbaring di atas katil daripada api neraka yang dialas dengan linen
daripada api.

Mereka akan menjerit dan merayu untuk dilepaskan, tetapi tidak akan berjaya; tiada sesiapa di sekeliling
yang akan menjawab. Mereka akan meminta untuk diringankan hukaman, walaupun untuk sehari, tetapi
permintaan mereka akan dijawab dengan penghinaan dan hukuman yang lebih menyeksakan.

Bunyi gemuruh daripada api adalah sangat kuat dan boleh didengar daripada jauh. Penghuni-penghuni
neraka akan dicampakkan ke dalam amukan api (surah al-ma'aarij: 15) yang menyala dengan hebatnya
(surah al-Layl: 14) dan dibakar ketika mereka menjerit dan menangis.

Ingatlah bagaimana sakitnya apabila kita terbakar walaupun hanya di hujung jari. Jadi, jangan sesekali
lupa untuk mengelakkan diri daripada kelakuan buruk yang boleh membawa kita memasuki tempat dimana
hukuman daripada api yang sangat dahsyat.

Di dalam tempat tinggal yang kekal ini, manusia tentu sekali akan berasa lapar dan dahaga. Tetapi,
sebagai balasan terhadap rasa tidak bersyukur dan perbuatan jahat mereka, mereka akan dibalas dengan buah-
buahan yang pahit dan berduri (Surah al-Ghaashiyah: 6) dan pohon Zaqqum. Mereka tidak akan merasa
sebarang minuman kecuali air yang mendidih dan nanah yang mendidih. Mereka akan muntah (surah al-
Muzzammil: 13), tidak dapat menelan makanan dan minuman (surah an-Naba': 24-25) yang tidak memberi
khasiat mahupun melegakan mereka (surah al-Ghaashiyah: 7)

Segala usaha mereka untuk melepaskan diri daripada neraka terbukti sia-sia; apabila mereka masuk ke
dalamnya, di mana tiada jalan keluar. Melalui hukuman yang tidak terbendung, mereka akan menjerit untuk
kemusnahan diri mereka sendiri. Walau bagaimanapun, di dalam neraka, seseorang itu tidak akan mati atau
hidup. Kematian akan mengelilingi mereka daripada semua sudut, tetapi mereka tidak akan mati (Surah
Ibrahim: 17) Ahli neraka hanya menderita kerana apa yang telah mereka lakukan. Tiada rahmat terhadap
mereka atau keredaan daripada kesakitan mereka.

Api neraka tidak akan membunuh, tetapi akan menyebabkan kesakitan yang hebat. Menyedari
penderitaan adalah untuk selama-lamanya, penghuni neraka akan sedar bertapa buntu, tiada harapan dan
lemahnya mereka. Sementara itu, wajah-wajah orang yang sombong dan bongkak yang mereka sanjungi ketika
di dunia juga akan berada di dalam api. Dan muka ialah salah satu bahagian badan yang merasai kesakitan
yang sangat perit kerana disitulah tempat semua saraf-saraf bertemu:

Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata; “Alangkah
baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat pula kepada Rasul.” (Surah al-Ahzab: 66)

Muka mereka dibakar apai neraka, dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat. (Surah
al-Muminun: 104)

Sekiranya kita tidak mahu wajah kita ditutupi dengan api, maka jangan sesekali lupa tujuan kewujudan
kita di dunia ini, dan kita pasti akan bertemu dengan Hari Kiamat, kecuali jika kita mendapat keredhaan Allah.

Selain daripada seksaan fizikal, penghuni-penghuni neraka juga akan mengalami penderitaan rohani;
mereka akan berasa rendah diri, terhina dan malu. Mereka akn diselubungi perasaan menyesal, tidak berdaya
dan putus asa. Mereka yang sombong dan terlalu angkuh untuk menyembah Allah ketika di dunia akan
memasuki neraka yang hina. Terhina, malu, mereka tidak mampu mengangkat wajah mereka:

(Ingatlah) pada hari mereka diseret ke neraka atas muka mereka. (dikatakan kepada mereka);
“Rasakanlah sentuhan api neraka.” (Surah al-Qamar: 48)

Peganglah dia kemudian seretlah dia k tengah-tengah neraka. Kemudian tuangkanlah di atas
kepalanya siksaan (dari) air yang amat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa
lagi mulia. Sesungguhnya ini adlaah azab yang dahulu selalu kamu meragu-ragukan. (Surah ad-
Dukhan: 47-50)

Pada hari mereka didorong ke neraka Jahanam dengan sekuat-kuatnya. (Surah at-Tur: 13)

Allah berfirman didalam ayat lain, “KepadaNyalah aku bertawakkal dan kepadaNyalah aku
kembali...” (surah: Ash-Shura: 10)

"Maka mereka (semabahan-semabahan itu) dijungkirkan ke dalam neraka bersama-sama orang-


orang yang sesat." (Surah ash-Shu'ara': 94)

Pada hari itu, setiap orang daripada mereka akan mengakui perbuatan jahat mereka. Sebagaimana al-
Qur'an memberitahu kita, kata-kata mereka ialah:

“Dan mereka berkata: Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya
tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala." (Surah al-Mulk : 10),

"Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka
berkata:Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta
menjadi orang-orang yang beriman,” (Surah al-An'am: 27),

...Alangkah baiknya andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul,” (Surah al-
Ahzab: 66).

Pada hari itu, mereka akan mencela sesama mereka.Mereka akan meminta air dan makanan daripada
ahli-ahli syurga, tetapi mereka akan dihalang:

...Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi
yang mendidih yang menghanguskan muka... (Surah al-Kahf: 29)

Mereka akan menjerit, "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal
yang soleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan!" (Surah Fatir: 37) ) Tetapi semua usaha adalah
sia-sia. Tiada pertolongan buat mereka dan nasib mereka yang pahit tidak akan diubah.
Oleh itu, selalulah mengingati ayat ini, “Patuhilah seruan Tuhanmu sebelum datang dari Allah
suatu hari yang tidak dapat ditolak kedatangannya. Kamu tidak memperoleh tempat berlindung pada
hari itu dan tidak (pula) dapat mengingkari (dosa-dosamu)” (surah -Ash-Shura: 47)

Ingatlah, Allah yang menghakimi manusia secara adil, telah mengutuskan Rasul sebagai memberi
amaran kepada semua umat manusia, termasuklah kita, dan telah menganugerahkan setiap manusia masa yang
cukup untuk bersiap sedia. Oleh itu, di akhirat, tiada siapa yang akan membantu mereka yang maksudkan di
dalam al-Qur'an sebagai 'pesalah' (surah Fatir: 37). Kebenaran yang mutlak ialah tiada siapa yang diberi
balasan kecuali apa yang dilakukan ketika didunia:

Kemudian dikatakan kepada orang-orang yang zalim (musyrik) itu; “Rasakanlah olehmu siksaan
yang kekal, kamu tidak diberi balasan melainkan dengan apa yang telah kamu kerjakan." (Surah
Yunus: 52)

Inilah neraka jahannam yang Allah sentiasa ingatkan hamba-hambanya dengan pelbagai cara. Tiada
siapapun di atas muka bumi ini boleh mendakwa bahawa dia tidak pernah diberi amaran tentang azab neraka
yang kekal. Allah menceritakan penyesalan yang pahit yang dirasa oleh mereka pada hari itu:

...Dan pada hari itu diperlihatkan neraka jahanam; dan pada hari itu ingatlah manusia akan
tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya. Dia menyatakan,”Alangkah baiknya kiranya aku
dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini,” (Surah al-Fajr: 23-24)

Ingatlah, pada hari itu walaupun kita mengambil amaran, peringatan yang kita terima ketika di dunia,
tidak akan membantu kita langsung dan ia adalah mustahil untuk keluar daripada api nereka, tidak selepas
setahun, seribu tahun, sejuta tahun dan tidak untuk selama-lamanya.

10- JANGAN SEKALIPUN LUPA, HANYA ORANG YANG


BENAR-BENAR BERIMAN AKAN MEMASUKI SYURGA,
TEMPAT BEROLEH GANJARAN

Dan didekatkan syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari
mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu (iaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada
Allah) lagi memelihara (semua peraturanNya). (Iaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha
Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah
syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. "(Surah Qaf: 31-34)

Mereka yang layak untuk kembali ke tempat asal mereka berdiri di hadapan Allah, sebagaimana yang
telah dinyatakan didalam al-Qur'an, akan menerima buku amalan mereka yang mengandungi segala catatan
semasa mereka hidup di muka bumi dengan tangan kanan. Mereka tidak akan berasa susah dengan
perhintungan amalan mereka. Bermula saat itu, mereka akan hidup dengan penuh kenikmatan. Orang- orang
yang beriman diberi khabar gembira dengan keadaan yang menyenangkan di dalam banyak ayat al-Qur'an:

Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia akan diperiksa dengan
pemeriksaan yang mudah, dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan
gembira. (Surah al-Inshiqaq: 7-9)

Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia
berkata,”Ambillah bacalah kitabku (ini).” Sesungguhnya aku yakin, bahawa sesungguhnya aku akan
menemui hisab terhadap diriku. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai dalam syurga
yang tinggi. (Surah al-Haqqa: 19-22)

Mukmin yang berjaya mendapatkan kehidupan ini akan disambut oleh malaikat-malaikat dengan
ucapan, "Kesejahteraan (dilimpahkan) ke atasmu. Berbahagialah kamu. Maka masukilah syurga ini,
sedang kamu kekal di dalamnya,” (Surah az-Zumar: 73) Selepas itu, mereka akan dibawa ke syurga
beriringan dan masuk ke dalamnya dengan tenteram dan selamat:

Mereka itu orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran
mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya. Mereka kekal di
dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman (Surah al-Furqan: 75-76)

Ingatlah kita boleh mendapatkan jemputan yang sama dan masuk ke dalam tempat yang penuh dengan
kedamaian dan kegembiraan hanya jika kita mempunyai iman yang teguh dengan Hari Kiamat, bertakwa
kepada Allah, takutkan Hari Kiamat dan melakukan amalan-amalan baik. Allah berfirman di dalam al-Qur'an
bahawa ahli-ahli syurga akan berkata seperti berikut:

Sesunguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang
yang bermasam muka penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan
memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. (Surah al-Insan: 10-11)

Pemandangan tasik, sungai dan pohon-pohon hijau yang memukau adalah gambaran syurga yang
manusia bayangkan. Namun, syurga tidak terhad pada kualiti-kualiti ini sahaja. Syurga ialah kediaman yang
abadi buat orang-orang beriman dan keindahannya adalah kecantikan dan nikmat yang paling agung, jauh
daripada apa yang kita dapat gambarkan atau harapkan. Kita menggambarkan syurga berdasarkan apa yang
kita tahu di dunia ini, tetapi sebarang gambaran yang kita tahu tentang syurga berdasarkan apa yang kita tahu
di dunia ini pasti tidak cukup; Kita hanya mampu mendapatkan klu-klu yang digunakan untuk membayangkan
secara umum. Kita hanya mampu memahami keadaan sebenar syurga setelah kita memasukinya.
Sesungguhnya, satu ayat al-Qur'an yang menarik perhatian kita tentang perkara ini adalah:

Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam
nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka
kerjakan. (Surah as-Sajda: 17)
Apa sahaja yang kita suka ketika didunia ada di dalam syurga, dalam keadaan terbaik dan paling
sempurna. Syurga ialah tempat yang mempunyai nikmat yang terkira, termasuklah apa sahaja yang manusia
inginkan dan berasa senang dengan sesuatu. Di dalam al-Qur'an, Allah menceritakan syurga seperti berikut:

Dan apabila kamu melihat di sana (Syurga), niscaya kamu akan melihat berbagai macam
kenikmatan dan kerajaan yang besar. (Surah al-Insan: 20)

Dalam salah satu hadith Rasulullah (sollalahualaihiwassalam) memberi gambaran syurga seperti berikut:

“Apabila penghuni syurga memasuki syurga, pembuat pengumuman akan mengumumkan: (engkau telah
dijanjikan Allah bahawa) engkau akan hidup di dalamnya dan engkau tidak akan mati; engkau akan hidup sihat
di dalamnya dan tidak akan jatuh sakit; engkau akan sentiasa muda dan tidak akan menjadi tua; engkau akan
sentiasa dalam kedamaian dan tidak akan berasa sengsara” [Muslim]

Mukmin di dalam syurga akan dihidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman. (surah al-Mursalat:
43) Allah akan menyediakan mereka dengan pelbagai jenis buah-buahan dan daging, (surah at-Tur: 22) dan
daging puyuh yang mereka inginkan (Surah al-Waqi'ah: 21). Tambahan pula, nikmat ini tidak akan
kehabisan (Surah Sad: 54) Al-Qur'an menjelaskan bahawa taman-taman yang kehijauan (Surah ar-Rahman:
64) mempunyai sungai-sungai yang mengalir di bawahnya dan makanan serta bayany-bayang pohonan yang
menyejukkan akan berada di situ selamanya (Surah ar-Ra'd: 35). Pohon-pohon yang mempunyai dahan yang
penuh dengan buah-buahan yang masak ranum bergantungan, siap sedia untuk dipetik (Surah al-Insan: 14
dan Surah al-Waqi'ah: 28-29). Air yang memancut dan mata air diantara sifat-sifat semulajadi yang
dikaitkan dengan syurga di dalam al-Qur'an (surah ar-Rahman: 66).

Di dalamnya, terdapat juga sungai-sungai yang akan sentiasa bersih dan suci, sungai-sungai daripada
susu yang rasanya tidak akan berubah, dan sungai-sungai daripada madu yang keasliannya tidak dicemari,
menyegarkan kepada semua yang meminumnya (Surah Muhammad: 15). Sesetengah nikmat di dalam syurga
akan menyerupai nikmat di syurga dan sesetengah lagi ialah sesuatu yang tidak diketahui sifat-sifatnya (Surah
Ar;Rahman: 48). Nikmat yang tidak terhitung dan keindahannya tidak dapat dibayangkan menanti orang-
orang yang beriman di syurga sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah ash-Shura, ayat 22.

Orang-orang beriman akan tinggal di kediaman yang indah di syurga (Surah at-Tawbah: 72) dan akan
berbaring di sofa daripada sutera broket (surah al-Waqi'ah: 15-16) Nikmat-nikmat lain yang dijanjikan
kepada mukmin adalah seperti berikut:

Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksana
kaca. (Surah al-Insan: 15)

Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan
(pakaian) sutera. (Surah al-Insan: 12)
Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada
mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan membeirkan kepada mereka minuman yang bersih.
(Surah al-Insan: 21)

Sudah tentu, berada bersama orang-orang tersayang adalah salah satu nikmat di dunia. Orang-orang
yang beriman berasa sangat gembira menghabiskan masa bersama saudara mara mereka yang benar-benar
mengabdikan diri kepada Allah. Oleh itu, memikirkan akan bersama-sama mereka lagi di dalam syurga adalah
satu sumber motivasi yang kuat kepada mukmin yang cenderung dengan sentimen ini. Walau bagaimanapun,
perhubungan ini tidak hanya terhad pada beberapa tahun sahaja, sebagaimana di dunia, tetapi perhubungan ini
akan kekal abadi.

(Iaitu) Syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang
soleh dari bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke
tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan); ”Salamun alaikum bima sobartum.
Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (Surah ar-Ra'd: 23-24)

Di dalam syurga, orang-orang mukmin juga akan bersama-sama pasangan mereka yang mereka
kehendaki. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Qur'an, “...di dalamnya mereka akan mempunyai
pasangan yang sempurna keasliannya...” (surah an-Nisa” 57) Suci daripada segala ketidaksempurnaan,
isteri di syurga diciptakan berbeza:

Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung. (Surah al-


Waqi'a: 35).

Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka).
Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh, bertelakan di atas dipan-dipan.
(Surah Ya Sin: 55-56)

Allah, yang menganugerahkan pelbagai nikmat kepada hamba-hambaNya di dalam syurga, menciptakan
setiap perkara itu untuk memberikan kesenangan. Allah akan membalas hamba-hambaNya dengan memberi
segala perkara yang mereka inginkan. Ayat di bawah menyatakan dengan lebih jelas bahawa tiada had untuk
nikmat-nikmat ini di dalam syurga:

Mereka di dalamnya memperolehi apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada
tambahannya. (Surah Qaf: 35)

Untuk memastikan manusia rindukan dan mengharapkan syurga dan juga berusaha mencari keredhan
Allah, Allah telah memciptakan dunia dengan serba kekurangan. Dunia ini diciptakanNya dengan nikmat-
nikmat yang terhad dan semua benda akhirnya akan mati. Kekurangan dunia ini tidak terhad kepada mati
sahaja, malah sebagai ujian kepada mereka yang tidak beriman. Mereka menikmati keindahan dunia sekejap
sahaja dan cepat bosan dengannya walaupun perkara itu dianggap suatu yang terbaik. Walau bagaimanapun
syurga ialah tempat dimana seseorang tidak akan pernah berasa letih dan jemu dengan kenikmatannya. Tiada
rasa letih atau jemu yang dirasai oleh orang-orang yang beriman sama ada di syurga ataupun di dunia (Surah
Fatir: 35)

Tetapi, jangan sesekali lupa nikmat yang lebih besar, lebih bermakna daripada syurga ialah keredhaan
Allah. Untuk orang-orang mukmin, tiada keuntungan material yang boleh membuatkannya lebih gembira
daripada mendapat keredhan Allah. Sebagai mana yang dinyatakan didalam al-Quran,

"...Dan keredhaan Allah adalah lebih besar...". (Surah at-Tawba: 72)

Apa yang membuatkan keindahan di syurga begitu tinggi adalah kerana mereka diberikan nikmat itu
sebagai tanda keredhaan Allah. Allah redha dengan amalan-amalan mereka dan menganggapnya layak untuk
memasuki syurga, diampuni dosa-dosanya, dan menempatkan mereka di kediaman yang paling indah, dimana
mereka boleh menikmati kebahagian hidup untuk selama-lamanya. Khabar gembira tentang syurga dinyatakan
didalam al-Qur'an sebagai berikut:

Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas (redha) lagi
diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.
(Surah al-Fajr: 27-30)

Ini ialah janji Allah kepada sesiapa yang diredhaiNya. Jangan sesekali lupa, hanya mereka yang tahu
bahawa dunia ini ialah ujian, berhati-hati dengan amaran-amaran daripada Allah, mengikut suara hati mereka
dan berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah, yang akan mendapatkan kesudahan yang baik ini.

11- JANGAN SEKALIPUN LUPA UNTK BERDOA KEPADA


ALLAH

Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah
tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka
bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepdaNya dengan rasa takut (tidak akan
diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-
orang yang berbuat baik. (Surah al-A'raf: 55-56)

Jangan sesekali lupa bahawa Allah ialah Tuhan sekalian alam termasuklah diri kita dan hanya Dia Wali
dan Penolong kita. Oleh itu, ingatlah apabila kita hendakkan sesuatu, mintalah daripada Allah.

Doa ialah salah satu daripada ibadah yang paling penting untuk membawa kita dekat dengan Allah.
Sesuai dengan sifatnya, semua manusia perlu berasa untuk melakukan ibadah ini. Walaupun ia sangat penting
dan seseuatu yang diperlukan dalam kehidupan mukmin, orang yang tidak beriman hanya melakukannya pada
masa-masa susah. Pada masa itu, ia mungkin tidak akan diterima oleh Allah kerana apa yang disenangi Allah
ialah untuk meminta pertolongan Allah baik pada masa senang ataupun susah, ini bermakna, pada setiap detik
dalam kehidupan kita. Ini kerana, seseorang yang berdoa kepada Allah ialah orang yang mengakui
kelemahannya di sisi Allah dan ketidakupayaanya dalam mencapai sesuatu kecuali dengan izin Allah.

Doa perlu diikuti dengan penyerahan diri kepada Allah. Seseorang yang berdoa meletakkan segala
keputusan, sama ada senang atau susah kepada Pencipta dan Pentadbir alam. Memahami bahawa segala
penyelesaian kepada sesuatu masalah atau mencegah daripada sesuatu perkara yang tidak diingini terletak pada
Allah Yang Maha Berkuasa. Dia ialah sumber ketenangan dan keyakinan kepada orang-orang mukmin.
Dengan berdoa kepada Allah dan menjadikanNya sebagai Wali kita, ia menanam perasaan aman dalam diri
seseorang mukmin.

Walau bagaimanapun, kita perlu menjelaskan salah faham yang timbul: Berdoa hanya kepada Allah
tidak bermaksud yang kita hanya duduk bersahaja, menunggu tanpa melakukan apa-apa. Seseorang perlu
berasa yakin bahawa Allah yang berkuasa menentukan segala perkara. Dalam masa yang sama, dia perlu
berusaha untuk menggunakan segala cara yang Allah sediakan untuk mencapai penyelesaian.

Seseorang yang ikhlas berdoa kepada Allah perlu melakukan “doa dengan tindakan”, sesuai dengan
hukum yang ditetapkan oleh Allah. Apa yang dimaksudkan dengan “doa dengan tindakan” ialah dengan
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang diinginkan. Sebagai contoh, memanfaatkan
segala bentuk perubatan merupakan “doa dengan tindakan” kepada orang yang sakit untuk sembuh daripada
penyakitnya. Berdoa kepada Allah untuk sembuh merupakan doa secara lisan. Oleh itu, doa dengan tindakan
ialah asas kepada ibadah yang seseorang perlu sertakan bersama doa lisan itu.

Semasa berdoa, jangan sesekali lupa untuk berdoa dengan ikhlas dan kembali kepada Allah dengan
perasaan rendah diri di dalam hati kita. Allah sangat dekat dengan kita, lebih dekat daripada urat saraf kita. Dia
mengetahui dan mendengar segalanya. Doa ialah cara paling senang untuk kita berhubung dengan Allah. Tiada
satu fikiran yang terlintas di minda dapat kita sembunyikan daripada pengetahuan-Nya.

Meskipun demikian, ramai yang tidak sedar bahawa Allah mengetahui doa dan keinginan setiap orang.
Mereka fikir bahawa Allah hanya mendengar sesetengah daripada doa-doa itu sahaja dan jika Dia
mendengarnya, Dia tidak memakbulkannya. (Sesungguhnya Allah adalah jauh daripada apa yang mereka
sangkakan terhadap-Nya) Pendapat mereka adalah salah. Allah mengetahui segala fikiran kita, setiap perkataan
yang akan diucapkan, dan Dia menjawab semuanya. Allah menarik perhatian kita kepada perkara ini didalam
al-Quran dengan ayat berikut:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya
Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqara: 186)

Oleh itu, ingatlah, sekiranya kita mahukan sesuatu, kita perlu berdoa hanya kepada Allah. Berhubung
dengan Allah adalah senang.
Manusia adalah gopoh secara semulajadi, malah sifat ini ditekankan didalam ayat: "Manusia telah
dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (azab)Ku.
Maka janganlah kamu minta kepadaKu mendatangkannya dengan segera." (Surah al-Anbiya': 37) Sifat
tergesa-gesa ini kadang-kadang terserlah semasa kita berdoa. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini,
manusia selalu mengharapkan jawapan yang segera kepada doa-doanya.

Walau bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita
dimaklumkan tentang hal ini di dalam al-Qur'an "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat
baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah
Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqara: 216)

Sebab itulah, apabila seseorang meminta sesuatu daripada Penciptanya, walau apapun hasilnya, kita
perlu senang dengan apa pun keputusan Allah kerana segala keputusan terletak pada Allah sahaja. Tidak
semua yang kita inginkan baik untuk kita. Oleh itu, Allah menjawab doa kita, tidak dengan cara yang kita
harapkan, tetapi dengan cara yang paling adil bagiNya. Ia barangkali untuk kita menjadi lebih bijaksana, Allah
mempersiapkan diri kita, sehingga sampai waktu untuk kita melakukannya. Mungkin juga, Allah akan
menggantikan permintaan kita dengan sesuatu yang lebih baik, tetapi ia juga adalah ujian kepada kesabaran
dan keimanan kita.

Nasihat Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam) kepada orang-orang beriman tentang cara berdoa
kepada Allah adalah contoh terbaik kepada mukmin:

Apabila diantara kamu berniat untuk melakukan sesuatu, hendaklah dia berdoa: "Ya Allah, aku
memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan
kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau
Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui
dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui
bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku
sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da
seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada
agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku
daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku
dengannya". (Muslim)

Sesungguhnya Allah mahukan kita sentiasa bersabar dalam berdoa:

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan Sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Surah al-Baqara: 45)

Jangan sesekali lupa bahawa bersabar dalam berdoa akan menyucikan seseorang mukmin, dan
menambahkan kekuatan hati dan karakternya. Sebagai jawapan kepada doanya, seorang mukmin akan
mencapai tahap rohani yang lagi tinggi, dan ini lebih berharga daripada perkara lain yang dia minta.
Walau bagaimanapun, mereka yang tidak menganggap Allah sebagaimana yang layak untuk-Nya,
mempunyai keraguan di dalam hati dan dengan salah menganggap doanya tidak termakbul. Seorang mukmin
walau bagaimanapun berasa yakin bahawa Allah mendengar doanya dan memakbulkannya dengan cara
tertentu. Dia sedar sepenuhnya bahawa tiada satu perkara pun diluar kuasa-Nya dan semua benda yang berlaku
mengikut nasib yang telah ditakdirkan. Oleh itu, dia tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa doanya akan
dimakbulkan. Jangan sesekali lupa berdoa kepada Allah tanpa sebarang keraguan dalam mendapatkan bantuan
Allah, yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan. Tanpa mengira keadaan, yakinlah pada Allah kerana Allah
mahu hamba-Nya berada dekat dengan-Nya. Ia mudah untuk Allah, yang menciptakan kita daripada setitis
cecair dan menciptakan alam semesta daripada tidak wujud langsung, apatah lagi untuk menjawab doa kita.
Maka, apa yang kita semua perlu lakukan ialah untuk berdoa kepada Allah dengan yakin dan sabar.

Doa ialah hubungan istimewa antara manusia dengan Allah. Seseorang itu berkongsi segala masalah dan
keinginannya dengan Allah; dia memohon kepada-Nya. Allah yang mendengar semua doa tidak pernah
membiarkannya tidak terjawab. Inilah sebabnya al-Qur'an tidak mengkhususkan hanya satu cara beribadah. Di
dalam al-Qur'an, Allah berfirman kepada manusia “.... ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan
di waktu berbaring...” (Surah an-Nisa': 103), yang bermaksud, seseorang boleh mengingati Allah dan
berdoa kepada-Nya pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan tanpa melakukan sebarang perbuatan
tertentu atau berada di dalam majlis tertentu. Ini kerana, apa yang penting bukanlah keadaan luaran, tetapi
keikhlasan seseorang.

Di samping itu, tempat-tempat tertentu tidak perlu dikhususkan untuk berdoa. Ingatlah bahawa kita
boleh berdoa pusat membeli-belah, di jalan raya, di dalam kereta, di sekolah, di pejabat dan di mana-mana
sahaja. Apa yang kita perlu lakukan ialah untuk mengosongkan minda kita daripada sebarang fikiran yang sia-
sia dan merasakan betapa dekatnya Allah dengan kita.

Ingatlah, hidup tanpa doa mempunyai kekurangan pada Pandangan Allah. Sebagaimana yang dinyatakan
di dalam surah al-Furqan, ayat 77 "Tuhanku tidak mengendahkan kamu, melainkan kalau ada
ibadatmu (berdoa) (Tetapi bagaimana kamu beribadat (berdoa) kepadaNya), padahal kamu sungguh
telah mendustakanNya?" Sedar tentang kelemahan seseorang membuatkan dia disayangi Allah. Oleh itu,
manusia perlu kembali kepada Penciptanya, mengakui kelemahan dirinya, dan meminta pertolongan hanya
daripada Allah. Perbuatan-perbuatan lain akan bererti menunjukkan keangkuhan kepada Allah dan membawa
kepada hukuman yang kekal di neraka.

Jangan sesekali lupa bahawa Allah Maha Pengasih. Sesiapa yang melakukan kejahatan dan
selepas itu bertaubat akan mendapati bahawa Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih (Surah an-
Nisa': 110). Maka ingatlah Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun dan berdoalah kepada-Nya dengan
penuh harapan.

Tidak kira betapa besarnya kesalahan yang kita telah lakukan dan betapa menyesal terhadap perbuatan
itu, ia bukanlah alasan untuk kita berputus asa daripada keampunan Allah. Oleh itu, betapa bersalahnya
seseorang akan berasa, dia akan sentiasa mendapati Allah sentiasa mengampuni. Malah, al-Qur'an
memberitahu kita hanya orang-orang yang tidak beriman yang berputus asa daripada rahmat Allah:
...Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari ahmat
Allah, melainkan kaum yag kafir. (Surah Yusuf: 87)

Walau bagaimanapun, jangan sesekali lupa bahawa tiada siapa yang boleh memberi jaminan yang dia
layak untuk memasuki syurga. Tiada siapa yang selamat daripada hukuman Tuhannya. Oleh itu, apabila
seseorang berdoa kepada Allah, dia perlu berharap kepada rahmat Allah, dan juga berasa takut untuk
kehilangan keredhaan Allah.

Seperti mana dia berdoa dengan penuh kesungguhan untuk mendapatkan syurga, jadi dia haruS
bersungguh untuk mengelakkan daripada neraka. Dalam kata lain, kerana takutkan neraka, dia berharap untuk
mendapatkan syurga. Seseorang yang mengetahui kebesaran Allah, akan takut hukuman-Nya dan akan
mengharapkan keredhaan-Nya. Oleh itu, dia akan berpaling kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan
kejujuran. Dengan cara yang sama, seseorang yang menyerahkan diri kepada Allah, menjadikan Allah sebagai
Wali dan Penolongnya, akan menyerahkan segala usaha dan kesusahannya kepada Allah. Sebagaimana kisah
Nabi Ya'qoob yang berkata, "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan
kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya," (Surah Yusuf: 86),
dia akan menyerahkan segala kesengsaraan dan permintaannya kepada Allah dan memohon pertolongan dan
kebaikan daripada Allah sahaja.

Juga, ingatlah berdoa untuk mendapatkan nikmat di dunia sahaja adalah suatu bentuk ketidak ikhlasan.
Objektif sebanar orang-orang beriman ialah syurga. Allah menganugerahkan nikmat dunia ini kepada mereka
yang hanya mahukan dunia. Tetapi, mereka tidak akan mendapat balasan yang baik di akhirat sebagaimana
yang dinyatakan di dalam al-Qur'an:

...Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di
dunia,” dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. Dan di antara mereka ada
orang yang berdoa, “ Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
peliharalah kami dari siksa neraka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang
mereka usahakan, dan Allah sangat cepat perhitunganNya. (Surah al-Baqara: 200-202)

Pada masa susah, mereka yang jahil mengasingkan diri mereka dan kembali kepada Allah dengan
berdoa. Namun, apabila mereka senang, dengan pantas mereka kembali kepada keadaan sebelumnya yang
penuh kelalaian, seolah-lah mereka tidak pernah meminta kepada Allah. Mereka berpaling kepada Allah
sebagai 'jalan terakhir'. Sifat tidak bersyukur ini dinyatakan didalam al-Qur'an:

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk
atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya
yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkannya) bahaya yang
telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu
mereka kerjakan. (Surah Yunus: 12)
Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (belayar) di lautan. Sehingga
apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada
di dalamnya dengan tiupan angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya,
dan mereka yakin bahawa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah,
dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya semata-mata. (Mereka berkata): Sesungguhnya jika
Engkau menyelamtkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang
bersyukur.” Maka tatkala Allah menyelamatakan mereka, tiba-tiba mereka membuat kezaliman di
muka bumi tanpa (alasan) yang benar. Hai manusia, sesungguhnya (bencana) kezalimanamu akan
menimpa dirimu sendiri: (hasil kezalimana) itu hanyalah kenikmatan hidup duniawi, kemudian kepada
Kamilah kembalimu, lalu Kami khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Surah Yunus:
22-23)

Sebenarnya, tidak ada satu detik pun yang berlalu di mana manusia tidak memerlukan Allah. Oleh itu,
jangan sesekali lupa untuk berdoa kepada Allah “...dengan rasa rendah diri dan takut, tanpa meninggikan
suara, pada waktu pagi dan petang” (Surah al-A'raf: 55, 205). Ingatlah penghujung kepada mereka yang
tidak berdoa kepada Allah ialah azab yang kekal didalam neraka.

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepadaku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.


Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka
jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir: 60)

12- JANGAN SEKALIPUN LUPA UNTUK BERSIKAP IKHLAS


DAN JUJUR DENGAN ALLAH

...Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya)
apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah al-
Ahzab: 5)

Agama adalah berasaskan perasaan taqwa kepada Allah. Hanya mereka yang bertaqwa kepada Allah
sebagaimana yang sepatutnya akan mendapat ketaatan yang ikhlas. Ini kerana, sebagaimana al-Qur'an
memberitahu kita, keikhlasan ialah sikap mereka yang mempunyai ketaqwaan yang tinggi kepada Allah dan
hanya melakukan perkara-perkara yang disukai-Nya sahaja. Tidak ada apa yang boleh memerosakkan
keikhlasan orang beriman daripada tujuan asal, dia berusaha mengelakkan perbuatan-perbuatan yang dia tidak
mampu menanggung pada Hari Kiamat. Dalam satu ayat al-Qur'an, Allah membawa perhatian kita kepada cara
terbaik ini:

Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan
keredhaanNya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang
runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka jahanam? Dan Allah
tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Surah at-Tawba: 109)
Al-Qu'ran menerangkan seorang mukmin sebagai seorang yang tidak pernah melakukan kesalahan,
tetapi sekiranya seseorang itu melakukannya, dia akan bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah
secepat mungkin. Setiap detik didalam kehidupannya, orang yang bertaqwa akan berusaha untuk berkelakuan
baik dan menunjukkan akhlak yang mulia. Walaupun dia mungkin akan membuat kesalahan dari masa ke
semasa, kadang-kadang kesalahan kecil, kadang-kadang kesalahan besar.

Al-Qur'an memberi contoh banyak kesalahan yang dibuat oleh orang-orang beriman. Namun, apa yang
penting ialah berazam untuk tidak melakukannya lagi dan dengan ikhlas meninggalkan kesalahan itu untuk
selama-lamanya. Walau bagaimanapun, ia mustahil bagi seseorang itu tidak berbuat salah langsung dalam
kehidupannya. Dunia ini ialah tempat ujian dan persiapan. Oleh itu, setiap dosa yang dilakukan akan
menambahkan kesedarannya akan kelemahan diri di hadapan Allah. Allah telah berjanji untuk mengampuni
dosa-dosa mereka yang bertaubat secara ikhlas atas kesalahan mereka dan memperbaikinya.

Islam memberikan kemudahan dan kebebasan, tetapi, oleh kerana kesalahan mengundang pelbagai
reaksi yang tidak diingini daripada masyarakat, majoriti manusia bertindak berlandaskan kriteria yang
ditetapkan oleh masyarakat. Di dalam masyarakat yang jahil, mereka cenderung untuk tidak mengampuni
seseorang yang melakukan kesalahan walaupun orang tersebut telah membaiki kesalahannya. Kesalahan itu
menjadi seperti parut yang kekal yang membawa kesan terhadap reputasinya.

Tradisi masyarakat ini mendorong orang-orang yang jahil menjadi tidak ikhlas. Dia mungkin cuba untuk
menunjukkan kebaikannya di hadapan manusia melalui cara yang penipuan. Pendapat manusia tentang dirinya
sentiasa memenuhi fikirannya. Satu-satunya cara untuk melegakan diri daripada tekanan ini ialah dengan
bersifat ikhlas dan jujur terhadap Allah, kerana hanya Agama Allah yang menghapuskan kebimbangan mereka
tentang persepi orang lain terhadapnya. Hanya agama-Nya yang membawa orang-orang yang beriman jauh
daripada sifat yang dapat merosakkan keikhlasan dan kejujuran mereka.

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri,
mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat
mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang
mereka mengetahui. (Surah Al 'Imran: 135)

Sebagaimana sabda Rasulullaah (sollalahualaihiwassalam) “Ad-Din an-naseehah” (Agama ialah


ikhlas) (Muslim). Seseorang hanya boleh bersifat ikhlas sekiranya dia hanya mengikut kata-kata hati dan
memenuhi mindanya dengan kesedaran bahawa Allah melihat semua perkara yang dilakukannya. Ingatlah,
melakukan sesuatu berdasarkan fikiran dan nafsu akan memesongkan kita daripada kebenaran. Semua
perbuatan bertujuan untuk mengembirakan orang lain akan merosakkan keikhlasan seseorang. Walau
bagaimanapun, menyedari bahawa Allah sentiasa melihat hamba-hamba-Nya pada setiap masa dan
berkelakuan berlandaskan hukum-hukum al-Qur'an akan mengukuhkan lagi keikhlasannya.

Ingatlah, dengan hanya takut kepada Allah akan menjamin kejujuran yang sebenar. Syaitan mengajak
manusia untuk tidak ikhlas dengan cara berbisik kepada mereka tentang kebimbangan palsu akan penghinaan
daripada masyarakat atau dengan penderitaan daripada ketidakadilan dan bahaya. Ini ialah salah faham yang
besar kerana apa yang penting ialah keredhan Allah dan keampunan-Nya. Allah yang menghukum atau
menganugerahkan manusia sama ada di dunia atau di akhirat.

Setiap orang melakukan kesalahan. Oleh itu, apa yang penting ialah memohon keampunan daripada
Allah dengan ikhlas dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Sejauh mana seseorang cuba untuk
memperbaiki kesalahannya menunjukkan keikhlasannya Oleh kerana tiada manusia yang sempurna, yang
paling mulia antara manusia ialah mereka yang paling ikhlas dan jujur terhadap Allah. Allah telah berfirman:

Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik,
maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. (Surah al-Isra': 25)

Setiap kali seorang yang ikhlas membuat kesalahan, dia akan menyedari kelemahan dirinya dan kembali
kepada Allah kerana dia tahu bukannya manusia yang boleh memaafkan dosanya tetapi Allah. Dalam
perkataan lain, apabila membuat kesilapan, orang beriman bertaubat dengan ikhlas dan tidak mempedulikan
pandangan orang lain. Mereka yang cuba untuk mengembirakan orang lain dan memikirkan pandangan mereka
cenderung untuk melakukan dosa lebih kerap kerana usaha mereka untuk menutup dosa-dosa itu. Namun,
kebenarannya ialah walaupun dia dapat menipu manusia, tetapi Allah mengetahui segala-galanya. Ingatlah,
manusia yang tidak jujur dan tidak ikhlas akhirnya akan mengalami kerugian yang besar terhadap dirinya
sendiri.

Allah tidak membebankan seseorang itu lebih daripada apa yang boleh dilakukannya. Tambahan pula,
Dia telah berjanji akan mengampunkan hamba-hamba-Nya yang ikhlas, asalkan dosa yang dilakukan adalah
secara tidak sengaja. Ini ialah khabar gembira yang Allah berikan kepada orang-orang mukmin:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala
(dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.
(Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.
Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau
bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan
kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan
rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah al-
Baqara: 286)

Juga, ingatlah, kepada Allah sahaja seseorang itu perlu menunjukkan keikhlasan yang sebenar.
Seseorang mungkin jahil atau tidak mempunyai ilmu tentang perkara yang harus dilakukannya untuk
mendapatkan keredhaan Allah.Walau bagaimanapun Allah pasti akan memberi petunjuk ke jalan yang lurus
kepada mereka yang benar-benar mahu kembali kepada-Nya. Apa yang penting ialah keikhlasan dalam
mengabdikan diri kepada Allah. Allah telah memberi berita gembira kepada sesiapa yang taat kepada-Nya,
mereka tidak akan mengalami kerugian:
Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat
kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh kepada tali yang paling kukuh. Dan hanya
Allah-lah kesudahan segala urusan. (Surah Luqman: 22)

Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan peringatan-peringatan yang kita perolehi, dan jangan sesekali
lupa bahawa hanya satu cara untuk mencapai keselamatan di dunia dan di akhirat ialah dengan kembali kepada
Allah dengan hati yang ikhlas.

13- JANGAN SEKALIPUN LUPA UNTUK BERTAUBAT DAN


MEMOHON KEAMPUNAN ATAS KESALAHANMU

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan


kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya),
sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah an-
Nahl: 119)

Memahami kepentingan ikhlas kepada Allah akan menjadikan seseorang tidak berhenti daripada
kembali kepada Allah dan bertaubat serta memohon keampunan daripada-Nya, tidak kira apa dosa yang
dilakukannya. Ini ialah contoh tentang rahmat Allah yang tidah terbatas sebagaimana yang dinyatakan didalam
al-Qur'an:

Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiayai dirinya, kemudian dia mohon
ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah an-
Nisa': 110)

Allah memberikan peluang kepada hamba-hamba-Nya untuk membaiki kesalahan mereka. Pada
pandangan Allah, apa yang penting bukannya sebesar mana atau sekecil mana kesalahan itu, tetapi keikhlasan
seseorang. Ini tentunya rahmat yang besar yang dikurniakan kepada orang-orang mukmin:

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri,
mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat
mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang
mereka mengetahui. (Surah Al 'Imran: 135)

Orang-orang yang beriman perlu memahami bahawa tidak kira betapa besarnya kesalahan itu – walau
sebesar mana sekali pun dosa seseorang boleh bayangkan, kembali kepada Allah dengan taubat yang ikhlas
akan meringankan seseorang daripada beban dosa itu. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad
(sollalahualaihiwassalam):

“Jika seseorang sentiasa memohon keampunan (daripada Allah), Allah akan menunjukkannya jalan
keluar untuk setiap kesusahan dan melegakannya daripada segala kegelisahan, dan akan memberikan rezeki
kepadanya daripada sumber yang dia tidak jangkakan” (hadis riwayat Abu Dawud)

Mungkin seseorang tidak pernah beriman sepangjang hayatnya, hingga ke saat itu. Dia juga mungkin
mengikut nafsu dan keinginannya sahaja. Namun, sebagai balasan untuk taubatnya, diikuti dengan keazaman
dan keikhlasan yang jitu untuk tidak melakukan kesalahan yang sama lagi, dia sentiasa boleh mengharapkan
keampunan daripada Allah. Ingatlah untuk menikmati keringanan daripada beban dosa yang dilakukan
terhadap Allah hanya mengambil suatu masa untuk melakukan taubat secara ikhlas dan ini adalah satu-satunya
cara untuk mencapai keselamatan daripada azab neraka. Secara dasarnya, seseorang perlu berjanji kepada
Allah dan ikhlas kepada-Nya:

Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan
kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian meraka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah
yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, Dan tidaklah taubat
itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal
kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: Sesunguhnya saya bertaubat sekarang:
Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi
orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih. (Surah an-Nisa': 17-18)

Tidak kira apakah dosa yang dilakukan, kembalilah kepada Allah dengan taubat yang sebenar. Ingatlah
bahawa maut akan datang pada bila-bila masa sahaja, dan ia akan membawa kepada kesudahan yang mengejut
kepada sebarang peluang untuk bertaubat. Jadi pohonlah keampunan Allah sekarang.

Sesungguhnya, ia adalah sukar kecuali kepada mereka yang merendah diri (surah al-Baqarah:
45); tetapi ingat yang mereka akan memasuki nereka yang terhina (surah al-Ghafir: 60) dan akan diseret
mukanya dahulu kedalam api neraka (Surah al-Qamar: 48). Pada hari itu, mereka akan dihalang daripada
mengadap Tuhannya; Allah tidak akan bercakap atau menyucikan mereka:

Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan
mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada
Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. (Surat al-Furqan: 70-71)

14- PERINGATAN HANYA BERGUNA KEPADA MEREKA


YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH.

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang-
orang yang beriman. (Surah adh-Dhariyat: 55)

Di dalam dunia ini, Allah mengurniakan manusia usia yang panjang untuk mereka mengambil pelajaran
daripada peringatan-peringatan yang diberikan kepada mereka. Pada dasarnya, terdapat banyak perkara yang
terjadi kepada seseorang di dalam kehidupan ini yang perlu dilihat sebagai peringatan. Sebagai contoh,
kematian yang dilaporkan di dalam berita atau mereka yang menyaksikan sendiri kejadian itu perlu
mengambilnya sebagai amaran. Daripada contoh-contoh ini, Allah mengingatkan kita bahawa kita juga akan
menemui ajal pada bila-bila masa sahaja.

Tambahan pula, kelemahan fizikal yang kita tidak dapat halang juga adalah peringatan daripada Allah.
Sebagai mana yang dinyatakan sebelum ini, Allah menciptakan kelemahan-kelemahan ini di dalam manusia
untuk membuatkan mereka faham bahawa ia tidak bernilai untuk mengabdikan diri kita terhadap dunia ini.
Lagipun, kehilangan sesetengah nikmat atau bencana yang menimpa juga adalah peringatan daripada Allah.
Walaupun seseorang itu sangat cantik atau kaya, dengan kehendak Allah, dalam sekelip mata sahaja, dia boleh
kehilangan kecantikan atau kemewahannya.

Ingatlah, contoh-contoh ini hanyalah peringatan daripada Allah kepada hamba-hamba-Nya sebagai
rahmat dan kita perlu memikirnya dan meneruskan perjalanan pada jalan yang lurus sebagaimana yang
dituntut-Nya. Namun, sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Qur'an, peringatan-peringatan bermanfaat
kepada orang-orang mukmin, tetapi hanya akan menyedihkan mereka yang angkuh terhadap Allah:

Oleh sebab itu, berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanafaat. Orang yang takut
(kepada Allah) akan mendapat pelajaran, orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya. (Surah
al-A'la: 9-11)

Sekali lagi, ingatlah bahawa Allah telah menurunkan al-Qur'an kepada umat manusia sebagai petunjuk,
sebagai amaran, dan peringatan, sebagaimana yang dinyatakan didalam al-Qur'an:

Dan sesungguhnya dalam Al-Quran ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan) agar
mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari
kebenaran) (Surah al-Isra': 41)

Terdapat banyak ayat al-Qur'an berkaitan peringatan dan amaran-amaran yang diberikan kepada
manusia. Oleh itu, barang siapa yang mengabaikannya dan berpaling daripada peringatan dan amaran ini,
mereka layak untuk dihukum. Ini telah dijelaskan didalam al-Qur'an:

Untuk menjadi peringatan dan Kami sekali-kali tidak berlaku zalim. (Surat ash-Shu'ara': 209)

Dan sesungguhnya dia (Luth) telah memperingatkan mereka akan azab-azab Kami, maka
mereka mendustakan ancaman-ancaman itu. (Surah al-Qamar: 36)

Ingatlah, semua peringatan yang kita terima adalah daripada Allah. Allah yang memberitahu hamba-
hamba-Nya, melalui rasul-rasul dan kitab-kitab tentang arahan-arahan-Nya dan telah memberitahu mereka
bagaimana untuk mendapatkan keredhan-Nya. Allah teleh menugaskan orang-orang mukmin dengan tugasan
mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada keburukan serta mengingatkan tentang kebenaran. Oleh itu,
setiap peringatan yang kita terima adalah penting. Al-Qur'an menasihatkan manusia untuk mengajak kepada
kebaikan dan menjauhi keburukan dan mengingatkan setiap orang tentang tugas masing-masing. Dalam hal
ini, Rasulullaah (sollalahualaihiwassalam) memberi amaran kepada manusia supaya kita selamat daripada azab
yang kekal:

Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para
nabi, sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama
mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka
perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada
mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki
antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran
tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendakNya. Dan Allah selalu memberi petunjuk
orang yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus. (Surah al-Baqara: 213)

Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan (syariat
Kami) kepadamu ketika terputus (pengiriman) rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan: “Tidak
datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira mahupun seorang pemberi peringatan,”
Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha
Kuasa atas segala sesuatu. (Surah al-Ma'ida: 19)

Al-Qur'an berulang-ulang kali menegaskan kepentingan taat kepada para Rasul. Ini kerana, setelah
seseorang rasul menyampaikan mesej daripada kitab dan agama dengan jelas kepada umatnya, maka tiada lagi
alasan yang mereka boleh berikan kepada Allah:

(Mereka Kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar
supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan adalah
Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah an-Nisa': 165)

Kisah Nabi Nuh mengajak umatnya kepada agama, umatnya sering menolak ajaran itu dan kesengsaraan
yang mereka tanggung akibat perbuatan mereka, semuanya diceritakan didalam al-Qur'an sebagai pengajaran
untuk generasi selepas mereka:

Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya (dengan memerintahkan): “Berilah
kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih.” Nuh berkata: “Hai kaumku,
sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan kepada kamu, (iaitu) sembahlah
olehmu Allah, bertakwalah kepada kepadaNya dan taatlah perintahku. Niscaya Allah akan
mengampuni sebahagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu sampai waktu yang ditetapkan.
Sesungguhnya ketetapan Allah apabila telah datang tidak dapat ditangguhkan , kalau kamu
mengetahui. Nuh berkata: “ Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang.
Maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali
aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari
mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari)
dan menyombongkan diri dengan sangat. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru (kepada iman)
dengan cara terang-terangan. Kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-
terangan dan dengan diam-diam. Maka aku katakan kepada mereka: “Mohonlah ampun kepada
Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.” (Surah Nuh: 1-10)

Mereka berkata: “Hai Nuh, sesungguhnya kamu telah berbantah dengan kami dan kamu telah
memperpanjangkan bantahanmu terhadap kamu, maka datangkanlah kepada kami azab yang kamu
ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.” Nuh menjawab: “Hanyalah
Allah yang akan mendatangkan azab itu kepadamu jika Dia menghendaki, dan kamu sekali-kali tidak
dapat melepaskan diri. Dan tidaklah bermanafaat kepadamu nasihatku jika aku hendak memberi
saihat kepada kamu, Dia adalah Tuahnmu dan kepadaNya lah kamu dikembalikan. Malahan kaum
Nuh itu berkata: “Dia Cuma membuat-buat nasihat itu, maka hanya akulah yang memikul dosaku, dan
akau berlepas diri dari dosa yang kamu perbuat.” Dan diwahyukan kepada Nuh, bahawasanya sekali-
kali tidak akan beriman di antarakaummu, kecuali orang yang telah beriman (saja), kerana itu
janganlah kamu bersedih hati tentang apa yang selalu mereka kerjakan." (Surah Hud: 32-36)

Contoh lain yang dinyatakan didalam al-Qur'an ialah tentang bani Israil yang gagal mengambil
peringatan yang diberikan kepada mereka atau membaiki kesalahan-kesalahan mereka. Oleh sebab itu, hati
mereka menjadi keras dan sifat belas kasihan ditarik daripada hati mereka:

Dan sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (dari) Bani Israil dan telah Kami angkat di
antara mereka 12 orang pemimpin dan Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku berserta kamu,
sesungguhnya jika kamu mendirikan solat dan menunaikan zakat serta beriman kepada rasul-rasulKu
dan kamu bantu mereka dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik sesungguhnya Aku
akan menghapuskan dosa-dosamu. Dan sesungguhnya kamu akan Kumasukkan ke dalam syurga yang
mengalir di dalamnya sungai-sungai. Maka barangsiapa yang kafir di antara kamu sesudah itu,
sesungguhnya ia telah tersesat dari jalan yang lurus. (tetapi) Kerana mereka melanggar janjinya, Kami
kutuk mereka dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merubah perkataan (Allah)
dari tempat-tempatnya dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah
diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka
kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat) maka maafkanlah mereka dan biarkanlah
mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (Surah al-Ma'ida: 12-13)

Di dalam al-Qur'an, Allah menceritakan pelbagai cara yang digunakan oleh para Rasul dan orang yang
benar-benar beriman yang mengikuti mereka untuk mengajak manusia kepada agama Allah. Masa-masa yang
penting dalam sejarah beradaban masyrakat sebelum ini diceritakan didalam al-Qur'an iaitu satu-satunya
petunjuk yang digariskan kepada umat manusia, supaya generasi selepas itu boleh mengambil pengajaran:

Mereka tidak menunggu-nunggu kecuali (kejadian-kejadian) yang sama dengan kejadian-


kejadian (yang menimpa) orang-orang yang telah terdahulu sebelum mereka. Katakanlah: “Maka
tunggulah, sesungguhnya akupun termasuk orang-orang yang menunggu bersama kamu,” (Surah
Yunus: 102)
Ingatlah, semua peringatan ini hanya bermanfaat kepada mereka yang bertaqwa kepada Allah, tetapi
mereka yang tidak bertaqwa tidak akan memikirkannya dan mengambil pengajaran daripadanya. Allah
menjelaskan keadaan mereka yang menolak peringatan-peringatan ini seperti berikut:

Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu
beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka,
dan pengelihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat. (Surah al-Baqara: 6-7)

Berpaling arah daripada amaran-amaran daripada Allah dan lupa tentang perbuatan-perbuatan yang
mereka telah lakukan ialah kesalahan yang besar. Oleh itu, Allah telah mengaburi pemahaman mereka dan
menarik nikmat-nikmat daripada mereka. Ini kerana mereka adalah golongan yang tidak akan diberi petunjuk:

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat dari
Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua
tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka
tidak) memehaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan kendatipun kamu
menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.
(Surah al-Kahf: 57)

Walau bagaimanapun, Allah telah memberi peringatan kepada mereka melalui al-Qur'an, sebagai
peluang supaya mereka memberi perhatian kepada peringatan itu, kerana hukuman yang mereka akan hadapi
adalah di luar daripada gambaran mereka.

Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan
orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada ornag-orang yang zalim
siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik. (Surah al-A'raf: 165)

Allah mewajibkan perintah-perintah di dalam al-Qur'an kepada kita tidak berhasrat untuk menyusahkan
hamba-hamba-Nya, tetapi Dia membuatkan kehidupan mereka senang di dunia ini serta memberi mereka
berita gembira tentang syurga, tempat tinggal yang sangat cantik yang mereka akan masuk suatu masa nanti.
Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang turut berjanji untuk mengampuni dosa-dosa mereka yang
berdoa kepada-Nya. Oleh itu, apa yang penting ke atas seseorang manusia ialah untuk bertaqwa kepada Allah
dan beribadat kepada-Nya sebagaimana yang sepatutnya:

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada Nya sebelum datang azab
kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi). Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah
diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu
tidak menyedarinya, supaya jangan ada orang yang menyatakan, “Amat besar penyesalanku atas
kelalainku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-
orang yang memperolok-olokkan (agama Allah). (Surah az-Zumar: 54-56)
Sama ada seseorang itu berhati-hati dengan amaran-amaran ini dan berkelakuan dengan lebih
bertanggung jawab terhadap Penciptanya atau mengabaikan dan lupa tentang peringatan yang diterimanya,
hakikatnya masih lagi sama iaitu kita semua bergegas menuju saat itu apabila setiap jiwa akan dipanggil untuk
bertanggungjawab terhadap perbuatan-perbuatannya. Allah, tidak pernah melakukan kesalahan atau lupa, akan
mengumpulkan semua manusia untuk perhitungan:

...Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan
yang nyata, lalu diberitakan Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. (Surah at-Tawba: 105)

Oleh itu, jangan sesekali lupa bahawa peringatan yang kita dengar mungkin adalah amaran terakhir
daripada Allah, peluang terakhir kita. Sekiranya kita tidak mahu sengsara dengan azab yang kekal, maka
ingatlah, hanya satu cara yang boleh menyelamatkan kita daripada hukuman, iaitu dengan bertaubat dan
menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya.

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka
lupa kepada diri sendiri. Mereka itulah ornag-orang yang fasik. (Surah al-Hashr: 19)

Kelak kamu akan ingat kepada apa yang kukatakan kepada kamu. Dan aku menyerahkan
urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya. (Surah Ghafir:
44)

Apa yang telah diingatkan kepada kita di dalam buku ini ialah seseorang yang beriman kepada Allah
tidak mempunyai keizinan atau peluang untuk memilih untuk menjadi lalai. Ini kerana, pilihan ini menentukan
sama ada seesorang itu akan hidup kekal di syurga atau di neraka. Oleh sebab itu, seseorang yang takutkan
Allah dan yakin dengan hari Kiamat, akan menghindari apa jua yang boleh memberi risiko kepada kehidupan
mereka diakhirat.

Atas sebab yang sama, dia menerima segala nasihat dan peringatan ynag bermanfaat kepada kehidupan
akhirat. Sombong dan angkuh, sebaliknya, adalah sikap jelas orang-orang yang tidak beriman. Sedar bahawa
setiap peringatan adalah bertujuan untuk menyelamatkan dirinya daripada neraka, orang-orang beriman akan
berfikir dengan rendah diri setiap peringatan itu.

Bayangkan diri kita di sepanjang benteng, sebagaimana yang dinyatakan didalam al-Qur'an, adalah
kreteria sebenar dimana keikhlasan seseorang dalam perbuatannya ditentukan. Benteng ini ialah tempat di
mana satu jiwa – tidak pasti di mana dia akan ditempatkan, walaupuan dia boleh melihat syurga dan neraka –
menunggu untuk mendengar keputusan Allah terhadapnya. Ayat -ayat al-Qur'ab berkaitan perkara ini adalah
seperti berikut:

Dan di antara keduanya (oenghuni syurga dan neraka) ada batas; dan di atas a’aaraf itu ada
orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan
mereka menyeru penduduk syurga; ”Salamualaikum.” Mereka belum lagi memasukinya, sedang
mereka ingin segera (memasukinya). Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni
neraka, mereka berkata,” Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-
orang yang zalim itu.” (Surah al-A'raf: 46-47)

Bayangkan diri kita di atas benteng itu, suatu tempat di antara syurga dan neraka: Bagaimana kita boleh
lupa sesuatu yang boleh membawa kita ke neraka apabila kita berada di tepi benteng itu?

Dengan cara yang sama, adakah kita akan mengabaikan peringatan yang boleh memberi risiko kepada
diri kita untuk mendapatkan syurga, apabila kita sudah hampir dengannya? Atau adakah kita berasa marah
apabila seseorang mengingatkan kita tentangnya? Sebaliknya, kita perlu berasa bersyukur kepada orang itu di
atas peringatan tersebut.

Kreteria yang menentukan keikhlasan juga adalah benar untuk mengukur keadilan yang akan dibentuk
untuk mengukur amalan-amalan manusia pada Hari Kiamat. Pada Hari itu, setiap jiwa akan sangat
memerlukan amalan-amalan baik untuk dirinya walaupun amalan itu seberat satu bijian. Timbangan akan
menjadi begitu sensitif kerana walaupun berat satu bijian di atas satu bekas boleh membezakan kehidupan
akhirat seseorang.

Oleh itu, berpesan-pesan kepada kebaikan dan mencegah keburukan, mengajak manusia ke jalan Allah
dan mengingatkan manusia tentang Hari Kiamat adalah nikmat yang besar kepada manusia yang cenderung
untuk lupa. Sebab kenapa penghuni neraka ditakdirkan berada di dalam neraka telah dinyatakan di dalam al-
Qur'an seperti berikut:

(Iaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan
kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka
sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu
mengingkari ayat-ayat Kami. (Surah al-A'raf: 51)

Manusia cenderung untuk memberi perhatian kepada isu-isu yang mereka akan memperolehi
keuntungan daripadanya. Sebagai contoh, sekiranya seseorang ditawarkan sejumlah wang yang besar untuk
menyiapkan sesuatu tugas sebelum berakhirnya hari tersebut, kita boleh bayangkan betapa tekun dan
bersungguh-sungguh dia akan melakukannya. Demikian juga, dia akan sangat berwaspada dan berhati-hati
sekiranya dia tahu yang hukuman berat akan menimpanya sekiranya dia mengabaikan atau gagal dalam tugas
itu

Kesungguhan orang mukmin dan sifat kewaspadaan mereka daripada kelalaian adalah hasil daripada
keimanan yang teguh terhadap hari Kiamat dan kewujudan syurga dan neraka. Oleh sebab itulah, orang-orang
beriman mematuhi kebenaran sepanjang hidup mereka dan akhirnya ditakdirkan untuk masuk syurga “untuk
apa yang telah mereka lakukan pada masa yang lalu.” (Surah al-Haqqa: 24)

Oleh itu, ingatlah, situasi orang yang dalam ketakutan menunggu keputusan di atas benteng. Jangan
sesekali lupa bahawa masa dan tempat yang dinyatakan didalam al-Qur'an adalah lebih pasti daripada realiti
yang kita alami pada saat ini, dan semua peringatan yang diberikan adalah untuk mengajak kita semua kepada
keselamatan daripada api neraka dan kehidupan yang abadi di dalam syurga.

15- JANGAN SEKALIPUN LUPA, ALLAH YANG


MENCIPTAKAN SEGALA BENDA-BENDA HIDUP.

Kebanyakam manusia menerima segala yang mereka dengar daripada saintis sebagai fakta yang tepat. Ia
tidak terfikir oleh mereka bahawa para saintis juga mungkin mempunyai pelbagai prejudis terhadap falsafah
atau ideologi.

Walau bagaimanapun, ia adalah salah faham umum; sebagai contoh, beberapa saintis evolusi
menegakkan fahaman prejudis dan pandangan falsafah mereka kepada masyarakat seolah-olah di dalam bentuk
sains. Sebagai contoh, walaupun mereka sedar bahawa peristiwa-peristiwa yang berlaku secara rambang tidak
menyebabkan apa-apa pun kecuali ketidak keteraturan dan kebingungan, mereka masih lagi mendakwa
bahawa itu adalah susunan, rencana dan pelan yang mengagumkan, yang boleh dilihat pada alam semesta dan
organisma hidup muncul secara kebetulan.

Sebagai contoh, seorang ahli biologi aties memerhatikan satu struktur molekul protein yang sangat
kompleks. Dia sangat faham bahawa terdapat reka bentuk yang mengagumkan dalam struktur yang kompleks
ini, dan mustahil struktur ini terjadi secara spontan. Namun demikian dia menegaskan bahawa protein, struktur
kehidupan, wujud secara kebetulan di bawah keadaan primitif di dalam dunia jutaan tahun yang lampau. Ini
ialah dakwaan yang tidak berasas. Dia tidak berhenti setakat itu sahaja; dia juga mendakwa tanpa sebarang
keraguan bahawa bukan hanya satu tetapi berjuta-juta molekul protein terbentuk secara kebetulan dan selepas
itu dengan ajaibnya berkumpul bersama untuk membentuk sel hidup yang pertama. Dan, dia mempertahankan
pandangannya dengan begitu keras kepala. Inilah seorang ahli sains evolusi.

Sekiranya saintis yang sama menemui 3 batu bata yang tersusun di atas satu sama lain, semasa berjalan
di sepanjang jalan yang mendatar, dia tidak akan pernah terfikir bahawa batu-bata ini berada bersama secara
kebetulan dan selepas itu, memanjat ke atas satu sama lain secara tersusun dengan kebetulan juga.
Sesungguhnya, sesiapa yang membuat dakwaan tersebut akan dianggap gila. Jadi, bagaimana mungkin
seseorang yang mampu memahami peristiwa biasa dengan rasional dapat menerima teori yang tidak rasional
apabila ia berkaitan kewujudan mereka sendiri?

Ia mustahil untuk mendakwa bahawa teori ini telah digunakan atas nama sains: Apabila terdapat dua
alternatif yang mungkin sama, pendekatan saintifik perlu mempertimbangkan kedua-duanya. Walau
bagaimanapun, tiada satu molekul protein pun, apatah lagi seluruh sel akan wujud dengan kebetulan.

Dalam hal ini, hanya satu kemungkinan tinggal. Kehidupan tidak wujud secara kebetulan, tetapi dibawa
oleh suatu Kebijaksanaan. Dalam perkataan lain, ia telah diciptakan, Semua benda hidup wujud sebagaimana
yang telah diciptakan oleh Allaah, Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Ini bukanlah
sekadar suatu kepercayaan, tetapi ialah satu kesimpulan yang masuk akal yang dikonlusi secara logikal dan
saintifik.
Oleh itu, Ingatlah, Allah ialah Tuhan kita, yang menciptakan alam semesta dan menciptakannya
sehingga kebutir-butir yang paling kecil.

16- JANGAN SEKALIPUN LUPA


JANGAN SEKALIPUN LUPA, HANYA ALLAH TUHAN
YANG SEBENAR...

Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nya lah segala
puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nya lah segala penentuan dan hanya kepada Nya lah kamu
dikembalikan. (Surah al-Qasas:70)

Jangan sesekali lupa bahawa...


• Satu-satunya tujuan hidup kita ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah
• Allah menguasai semuanya dari Timur ke Barat
• Allah mempunyai kuasa yang mutlak terhadap semua perkara dan Dia mengarahkan semua urusan
mereka.
• Allah berkuasa terhadap semua manusia, termasuk ibu-bapa kita, rakan sekelas dan rakan sepejabat,
• Allah ialah Pelindung dan Pembela manusia yang sebenar,
• Allah sentiasa menang akhirnya,
• Hanya Allah yang boleh melepaskan kita daripada sebarang kesusahan yang kita alami,
• Allah mengetahui segala perkara yang tersembunyi, butir-butir terperinci mengenainya dan aspek yang
kita tidak tahu mengenainya.
• Allah mengetahui secara terperinci tentang perbuatan-perbuatan yang seseorang lakukan sepanjang
kehidupannya.
• Allah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang dikehendaki-Nya
• Allah mengetahui butir-butir yang halus berkaitan segala perkara yang dimanfaatkan oleh hamba-
hamba-Nya yang bertaqwa.
• Allah melindungi mereka yang meminta perlindungan daripada Allah dan memberikan mereka
kelegaan.
• Allah mahu memudahkan kita
• Semua perkara yang berlaku ke atas diri kita berlaku atas kawalan Allah
• Allah yang menganugerahkan kita segala nikmat
• Allah adalah Pemilik segala harta benda (Kapal layar, rumah, kereta, perabot, pakaian, barang kemas
dan sebagainya) dan Dia lah Pemilik sebenar semua wang yang ada.
• Allah lah yang memberi rezeki kepada semua benda hidup
• Allah meluaskan nikmat kepada sesiapa yang dikehendakiNya
• Kita mesti melakukan sesuatu hanya untuk mendapat keredhaan Allah
• Allah yang mengajar semua perkara yang kita tahu
• Allah lah yang memberi petunjuk ke arah kebenaran dan mengkehendaki kita menjadi orang beriman
• Allah adalah tinggi di atas segala kesalahan terutamanya kepada manusia dan Dia tidak memerlukan
apa-apa pun daripada makhluknya.
• Setiap benda hidup di atas muka bumi ini memerlukan Allah
• Allah sangat teliti
• Allah mengetahui segala-galanya sama ada kita menyimpankannya di dalam diri kita sahaja atau
memberitahu orang lain
• Allah pasti menolong mereka yang menolong agama Allah
• Allah melihat kita tidak kira apa yang sedang kita lakukan atau di mana sahaja kita berada
• Allah adalah adil dan tidak melakukan sebarang kezaliman terhadap seseorang walaupun sekecil zarah
• Allah tidak pernah menyebabkan kesengsaraan kepada manusia dalam apa cara sekali pun
• Allah adalah Pencipta langit dan bumi dan apabila dia memutuskan sesuatu, Dia hanya perlu berkata
'kun!' (jadilah), maka terjadilah.
• Allah mengetahui semua perkara dan ia adalah di sebalik pengetahuan kita
• Tiada siapa yang boleh merubah apa yang Allah kehendaki kepadanya dan tiada siapa yang mampu
menghalang sesuatu daripada berlaku, sama ada baik atau buruk sekiranya Allah mengkehendakinya.
• Melihat dan memikirkan tentang tanda-tanda kebesaran Allah akan menunjukkah kita ke dalam diri
kita dan diluar diri kita.
• Semua benda di bumi dan di langit memuji dan mengagungkan Allah.
• Hanya Allah yang layak untuk dimuliakan.
• Allah tidak pernah lupa apa-apa pun
• Allah sentiasa hidup, Dia tidah pernah tidur atau memerlukan tidur
• Allah menyembuhkan hati orang yang percaya dengan pertolongan-Nya.
• Allah menolong orang-orang beriman pada setiap masa
• Allah mengampuni dan menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya.
• Allah tidak menghukum orang yang membuat dosa serta merta, tetapi dia memberikan masa supaya
mereka akan bertaubat dan memohon keampunan-Nya.
• Allah Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya
• Allah menginginkan hamba-hamba-Nya yang taat untuk memasuki syurga
• Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang bersabar
• Allah lah yang memberikan kita nyawa dan memberi kesihatan kepada kita.
• Allah yang menyembuhkan kita apabila kita sakit
• Allah mengingatkan kita setiap masa untuk menolong kita mendapatkan iman yang sejati dan
mengingatkan kita dengan pelbagai cara.
• Allah telah memberikan kita kecintaan kepada iman dan kebencian kepada kekufuran, kesesatan dan
ketidak taatan kepada Allah.
• Allah akan membawa ke hadapan orang-orang yang dikasihi-Nya dan mereka yang menyintai Allah
untuk menggantikan mereka yang melupakan agama
• Allah menghapuskan perbuatan buruk daripada orang yang benar-benar beriman
• Allah memberikan kebolehan untuk membezakan antara yang benar dan yang salah kepada mereka
yang bertaqwa kepada Allah.
• Allah adalah dekat dengan kita daripada sesiapa pun atau apa-apa pun.
• Kita perlu berdoa kepada Allah supaya dia menjaga kita dan menjadi Wali kita sehingga berkekalan.
KEWUJUDAN SYAITAN...

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu) kerana
sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni
neraka yang menyala-nyala. (Surah Fatir: 6)

Jangan sesekali lupa bahawa...

• Syaitan ialah musuh kita yang terbesar


• Syaitan menunggu dengan sabar untuk memperdayakan manusia pada setiap masa
• Syaitan akan cuba untuk menghalang kita daripada bersyukur kepada Allah dengan membuatkan kita
lupa nikmat-nikmat yang diberikan-Nya.
• Syaitan mahu kita lupa bahawa terdapat kebaikan di dalam semua keadaan, dengan itu cuba
menghalang kita daripada meletakkan kepercayaan kita kepada Allah.
• Syaitan akan cuba membuatkan kita cuai, malas, marah, tidak fokus, pentingkan diri sendiri dan lupa.
• Syaitan mahu menghalang kita daripada melakukan ibadah dan berkelakuan baik sebagaimana yang
dikehendaki Allah
• Syaitan tidak boleh mempengaruhi orang yang benar-benar beriman.
• Memohon perlindungan daripada Allah apabila mendengar bisikan syaitan akan membawa
ketenangan.
• Membuatkan kita lupa adalah senjata terbesar syaitan
• Syaitan mahu menghalang kita daripada sentiasa mengingati Allah
• Kesombongan dan menidakkan kebenaran adalah sifat-sifat syaitan
• Syaitan akan cuba memenuhi diri kita dengan harapan-harapan palsu
• Syaitan tidak pernah mahu kita melakukan perbuatan yang disenangi Allah dan mendapat syurga.
• Tujuan utama syaitan ialah untuk membuatkan kita mendapat azab yang kekal sebagaimana dia akan
mendapatkannya.
• Syaitan tidak mempunyai kuasa ke atas manusia tetapi dia hanya menghasut mereka.

UNTUK MENGINGATI ALLAH...

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-
banyaknya. (Surat al-Ahzab: 41)

Jangan sesekali lupa...

• Untuk sentiasa menyibukkan fikiran kita dengan mengingati Allah (zikrullah)


• Untuk mengingati Allah semasa kita berdiri, duduk atau berbaring
• Bahawa tiada apa selain daripada mengingati Allah dapat menghilangkan kesedihan kita, kesukaran
sesuatu tugas dan memberi kita ketenangan di hati
• Bahawa tiada apa pun (contoh: perniagaan atau kerja pejabat) yang sepatutnya mengganggu kita
daripada mengingati Allah.
• Bahawa mengingati Allah adalah yang terbaik.

MAUT AKAN DATANG KEPADA KITA PADA


BILA-BILA MASA SAHAJA....

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan
kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu akan
dikembalikan. (Surah al-Anbiya': 35)

Jangan sesekali lupa bahawa...

• Setiap manusia, termasuk diri kita dan keluarga kita akan pasti mati
• Masa kematian kita telah ditentukan oleh Allah
• Kematian seseorang telah ditentukan dan tiada siapa yang boleh melengahkannya apabila ia tiba
• Apabila kita mati, kita akan kembali kepada Allah
• Jasad kita tidak akan bernilai lagi apabila kita meninggal
• Apabila ditanam didalam kubur, jasad kita akan mengalami proses pereputan
• Taubat yang dibuat ketika seseorang diambang maut tidak akan diterima
• Segala bentuk kelemahan yang kita ada di atas muka bumi ini adalah untuk mengingatkan kita tentang
kematian
• Memikirkan tentang kematian akan menyucikan kita daripada segala cita-cita dan harapan palsu
• Kita perlu berdoa kepada Allah untuk menjadikan kita muslim semasa kita meninggal.

DUNIA YANG KITA HIDUP SEKARANG AKAN


HILANG SUATU HARI NANTI

Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman
serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-
hartamu. (Surah Muhammad: 36)

Jangan sesekali lupa bahawa...

• Mungkin ia terasa seperti lama, tetapi kehidupan dunia ini hanyalah seketika
• Apa yang dilihat sebagai mempersonakan di dunia ini hanyalah ujian
• Allah mengurniakan setiap orang hidup yang panjang supaya mereka ingin bertaubat mempunyai masa
untuk berbuat demikian
• Allah menciptakan kehidupan dan kematian supaya Dia boleh menguji kita, untuk melihat amalan
siapakah yang terbaik.
• Kehidupan dunia ini hanyalah sementara
• Nikmat di dunia ini hanyalah sekadar imitasi daripada nikmat yang sebenar di syurga dan nikmat-
nikmat ini diciptakan untuk mengingatkan kita tentang syurga.
• Dengan keizinan Allah, seluruh dunia ini akan hancur pada Hari Kiamat
• Kehidupan dunia hanyalah sekadar permainan dan hiburan dan perlindugan sebenar ialah di akhirat
• Nikmat-nikmat dunia yang kita miliki tidak sepatutnya membuatkan kita membesar diri
• Orang yang benar-benar beriman tidak akan menjual akhirat hanya untuk kehidupan dunia.

HARI KIAMAT ADALAH SEMAKIN HAMPIR...

Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan


tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah.” Dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari
berbangkit itu sudah dekat waktunya. (Surat al-Ahzab: 63)

Jangan sesekali lupa bahawa...

• Kita menghampiri Hari Kiamat dengan cepatnya


• Pada hari itu, akan terjadi bencana alam yang tidak pernah terjadi sebelumnya
• Hari Kiamat akan datang secara tiba-tiba sebelum kita sempat menyedarinya.
• Hari tersebut tiada tempat untuk kita melarikan diri
• Pada hari tersebut, setiap manusia akan ditanya tentang amalan mereka di hadapan Allah dan akan
disoal tentang nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya.
• Setiap jiwa yang pernah hidup di atas muka bumi akan berdiri di hadapan Allah
• Gunung-ganang akan tersebar seperti debu
• Pada hari itu, langit akan terbelah dan menjadi merah seperti hampas minyak
• Bintang-bintang akan hancur
• Gunung-ganang akan hancur dan akan menjadi seperti gumpulan kapas.
• Allah akan membiarkan mereka seperti tanah yang mendatar dan tandus
• Langit akan menjadi seperti tembaga cair
• Setiap ibu yang menyusu akan melupakan bayinya yang sedang menyusu
• Kita akan menghadap Allah bersendirian sebagaimana semasa kita dilahirkan
• Semua benda di langit dan di bumi akan berada dalam ketakutan kecuali mereka yang disayangi oleh
Allah
• Orang yang melakukan kejahatan akan dikenali berdasarkan tanda mereka dan diseret dengan rambut
hadapan dan kakinya.
• Tiada manusia yang akan bercakap kecuali dengan keizinan Allah
• Celakalah orang-orang yang tidak beriman
• Mereka yang berdusta tentang Allah akan memiliki wajah yang hitam.
• Percakapan manusia adalah perlahan di hadapan Allah dan tidak ada apa yang didengar kecuali bisikan
• Tiada kenalan – termasuklah ibu bapa, adik-beradik – akan bertanyakan tentang kenalannya
• Orang yang bersalah akan menuduh satu sama lain
• Setiap manusia akan mendapati kebaikan dan kejahatan yang dilakukan dan dia akan berharap terdapat
jurang yang jauh yang memisahkan perbuatan baik dan buruk mereka.
• Beberapa wajah pada hari itu akan berseri-seri
• Segala penyesalan pada hari itu adalah sudah terlambat
• Tiada jalan lain pada hari itu
• Pada hari itu, tiada kesedihan dan rasa takut pada orang yang benar-benar beriman

HANYA ORANG YANG BENAR-BENAR BERIMAN


AKAN MENDAPAT SYURGA...

...Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, mereka itu penghuni syurga; mereka kekal
di dalamnya. (Surah al-Baqara: 82)

Jangan sesekali lupa bahawa...

• Allah menciptakan syurga istimewa untuk orang yang beriman


• Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang menjual diri mereka dan harta mereka (ketika
didunia) untuk mendapatkan syurga
• Orang-orang mukmin akan berada di dalam syurga buat selama-lamanya
• Malaikat akan menemui orang yang beriman di dalam syurga dengan cara yang baik
• Mereka akan berada dalam aman dan keselamatan yang menyeluruh
• Di dalam syurga, terdapat isteri-isteri yang mempunyai kesucian yang sempurna
• Penghuni syurga akan melihat kenikmatan dan kota yang besar di mana sahaja mereka berpaling
• Mereka akan berbaring di atas sofa yang disaluti dengan sutera broked
• Terdapat buah-buahan yang masak ranum bergantungan yang senang dicapai oleh tangan
• Di sana tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk
• Terdapat gelas-gelas minuman yang mengelilingi mereka
• Ahli-ahli syurga akan mendapat apa sahaja yang mereka mahukan dan apa sahaja yang dapat
mengembirakan mata mereka.
• Allah akan mengurniakan cahaya dan kegembiraan kepada penghuni syurga
• Di syurga, tiada perasaan takut untuk melakukan dosa
• Setiap dendam akan dibuang daripada hati ahli-ahli syurga
• Penghuni syurga akan bersyukur kepada Allah di dalam syurga
• Dengan rahmat Allah orang-orang yang beriman mendapat syurga
• Di dalam syurga, tiada manusia yang akan menjadi tua
• Tiada siapa yang berasa takut dan tiada siapa yang akan berasa sedih
• Di antara semua nikmat-nikmat syurga, yang paling utama ialah nikmat keredhaan daripada Allah.
KEWUJUDAN NERAKA...

...Dan kalau Kami menghendaki niscaya Kami berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk (bagi)nya
akan tetapi telah tetaplah perkataan (ketetapan) daripadaKu; sesungguhnya akan Aku penuhi neraka
jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama (Surat as-Sajda: 13)

Jangan sesekali lupa

• Allah mengharamkan syurga kepada mereka yang mensyirikkan Allah dan tempat tinggal yang abadi
buat mereka ialah neraka.
• Api di dalam neraka akan kekal selama-lamanya.
• Penghuni neraka akan mempunyai pakaian daripada api yang dipotong khas untuk mereka
• Penghuni neraka akan memakai pakaian daripada tar.
• Muka mereka akan dibaluti dengan api
• Air yang mendidih akan dicurahkan ke atas kepala mereka
• Sisi dan belakang mereka akan di cop
• Pintu-pintu syurga tidak akan dibuka kepada mereka
• Penghuni neraka adalah seburuk-buruk makhluk
• Azab di dalam neraka adalah untuk selama-lamanya
• Rantai dan belenggu serta api yang membara akan bersedia untuk ahli-ahli neraka
• Tiada apa untuk diminum di dalam neraka kecuali air yang mendidih dan nanah yang mendidih.
• Penghuni neraka tiada makanan kecuali daun-daun pahit yang berduri yang tidak akan
mengenyangkan atau menyihatkan mereka
• Pohon az-Zaqqum ialah makanan yang buruk dan mendidihkan perut kita seperti gangsa yang cair
• Penghuni neraka akan diikat dengan rantai yang panjangnya ialah 70 hasta
• Mereka akan dipukul dengan senjata pemukul yang diperbuat daripada besi
• Terdapat suatu api di dalam neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia dan batu
• Api di dalam neraka akan mendidih dan menyemarak
• Terdapat suara mengeluh daripada mereka yang melakukan kejahatan di dalam nereka.
• Neraka ialah destinasi mereka yang suka membazir
• Apabila penghuni neraka dicampakkan ke dalam ruang yang sangat sempit di dalamnya dan mereka
juga dirantai dan dibelenggu, mereka akan menjerit untuk kebinasaan mereka
• Mereka tidak akan hidup mahupun mati
• Maut akan datang kepada ahli-ahli neraka daripa semua arah, tetapi mereka tidak akan mati
• Terdapat satu aras di neraka di mana dinding-dindingnya daripada asap yang berkepul-kepul yang
akan menyelubungi mereka
• Neraka adalah suatu tempat yang sangat gelap dan dipenuhi dengan asap
• Nereka adalah tempat yang tidak memberikan sebarang kelegaan atau ketenangan
• Sebuah tembok yang mempunyai sebuah pintu di dalamnya akan dibina di antara penghuni neraka dan
penghuni syurga
• Hukuman tidak akan dikurangkan kepada ahli-ahli neraka
• Penghuni neraka mahu keluar daripada neraka tetapi mereka tidak berdaya melakukannya
• Terdapat di atas mereka sebuah kubah yang diliputi api
• Setiap kali kulit mereka terbakar, mereka akan digantikan dengan kulit baru
• Mata mereka akan tertunduk, digelapkan disebakan rasa terhina
• Semua orang akan mengakui dosa-dosa mereka
• Penghuni nereka akan berkata: “Kalaulah aku mendengar dan menggunakan akalku”
• Mereka akan berkata: “Kalaulah kami dapat dihantar pulang ke dunia, kami akan menjadi di kalangan
orang yang beriman,”
• Mereka akan berkata: “Kalaulah kami taat kepada Allah dan Rasulullah!”
• Mereka akan mengaku bahawa mereka “tidak mempunyai sekutu lain atau perantara”
• Mereka akan menjerit minta diselamatkan daripada api neraka
• Mereka akan memanggil-manggil penghuni syurga “berikan kami sedikit air atau sedikit rezeki yang
Allah kurniakan kepadamu”
• Mereka akan mngutuk satu sama lain dan berdoa untuk kesengsaraan mereka
• Mereka akan menderita dalam kekesalan dan perasaan putus asa yang tidak akan berkesudahan
• Allah tidak akan bercakap dengan mereka

UNTUK HIDUP DENGAN NILAI-NILAI AL-QUR'AN


SETIAP MASA...

Alif Lam Ra. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan
manusia dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) menuju
jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (Surah Ibrahim: 1)

Jangan sesekali lupa...

• Untuk mengikuti kata hati nurani setiap detik dalam kehidupan kita
• Untuk berlaku adil pada setiap peluang yang ada walaupun ia berlawanan dengan diri kita, atau
ibubapa kita atau saudara masa
• Untuk menjadi penyayang dan mengasihani
• Untuk menjauhkan diri daripada sifat sombong
• Untuk menjaga amanah
• Apabila kita disapa dengan salam, kita membalas salam itu dengan perkataan yang sama atau lebih
baik
• Untuk mengawal kemarahan
• Untuk mengelakkan daripada berbahas tentang isu-isu yang kita tidak mempunyai ilmu yang cukup
• Untuk mengelakkan daripada sifat meninggi diri
• Satu-satunya kriteria yang menentukan seseorang lebih baik dihadapan Allah ialah melalui taqwa
• Nafsu yang jahat selalu mengarahkan kita melakukan kejahatan dan perbuatan keji
• Untuk selalu berazam melakukan kebaikan
• Untuk bertaqwa kepada Allah sahaja
• Untuk bertaqwa kepada Allah sebanyak yang mampu
• Untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kejahatan
• Tiada beban yang akan ditanggung oleh orang lain
• Allah tidak suka mereka yang sombong
• Untuk menjaga solat kita
• Untuk tidak menghina orang lain
• Untuk tidak mengumpat sesama mereka
• Untuk taat kepada Allah
• Untuk bersabar kerana Allah
• Kewujudan dua malaikat yang berada disebelah kanan dan kiri kita
• Untuk mengelakkan diri daripada perasaan curiga
• Untuk berfikir berlandaskan al-Qur'an
• Orang-orang yang beriman tidak sepatutnya berputus asa
• Tiada apa yang sepatutnya memberi tekanan kepada orang yang beriman
• Tidak riak dengan nikmat-nikmat yang kita ada
• Terdapat seseorang yang lebih mengetahui daripada kita
• Tiada paksaan dalam agama, dan tugas sesorang mukmin ialah untuk mengingatkan manusia
• Perpaduan di antara orang-orang islam adalah sangat penting
• Tidak bergaduh sesama muslim
• Sentiasa menjaga solat dan ibadat-ibadat lain, dalam apa keadaan sekali pun
• Untuk kembali kepada Allah dalam setiap perbuatan yang kita lakukan
• Tuhan kita adalah Allah dan kita melakukan setiap perbuatan hanya untuk mendapatkan keredhaan-
Nya dan ganjaran kita terletak hanya pada Allah.

Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau,


tidak ada yang kami ketahui selain daripada
apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami;
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana. "
(Surah al-Baqara: 32)