Anda di halaman 1dari 7

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka

Politik:

Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang berupaya melaksanakan


sistem demokrasi dengan berkesan.
Demokrasi di negara ini telah berjalan lancar terutamanya semenjak
pilihan raya umum pertama tahun 1955, di mana tiga kumpulan etnik
utama, iaitu Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British
memberikan kemerdekaan

Selepas era 1960an perjalanan politik terus berkembang dinamik.


Kerjasama parti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah
berkembang dengan peningkatan keahliannya, cth penubuhan Barisan
Nasional 1974.
Dasar-dasar kerajaan, melalui formula tolak ansur telah berjaya
mengekalkan keharmonian masyarakat di Malaysia.
Pendidikan
– Sebelum Penyata Razak, ada 4 aliran sistem
pendidikan, iaitu aliran-aliran IMCI.
– Semasa penjajahan dibahagikan kepada 3
peringkat:
• Pendidikan British rendah dan menengah (elit MCI)
• Sekolah Melayu peringkat rendah (dibantu oleh
British, untuk jadi ‘petani yang pandai sikit’.
Terdapat juga sekolah agama/Quran
• Sekolah vernakular Cina dan India.
– Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan
keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi.
• Laporan Razak 1956
• Laporan Rahman Talib 1960.

– Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan


tersebut ialah untuk menyatukan kanak-kanak daripada
berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan
dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu
bahasa Melayu (Wan Hashim, 1983).

– Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam


Perlembagaan 1957.
– Pucuk pimpinan parti Perikatan telah mencapai
kesepakatan pada tahun 1956 dan bersetuju
dengan Akta Pendidikan 1957 di atas prinsip:
• (i) sekolah berbagai aliran dibenarkan dan pengajaran
dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan;
• (ii) oleh kerana Bahasa Melayu adalah merupakan
bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil
wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu
daripada mata pelajaran;
• (iii) pendekatan dalam mata pelajaran sejarah,
geografi dan buku-buku teks yang lain mestilah
berteraskan Malaysia, dan bukan lagi berteraskan
negara Cina dan India (John Lowe 1960
Ekonomi
– Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha
untuk mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan
sosio-politik. Rancangan pembangunan ekonomi
negara dibahagikan kepada empat peringkat;
• Rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka
Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan
Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-
1960)
• Perancangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan
Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan
sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-
1970)
• Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru.
– Sistem ekonomi dualisme ini merujuk kepada dua
orientasi dan tumpuan yang berbeza namun
bergerak seiringan dengan garis etnik:
• Pertama, sistem ekonomi moden yang mendominasi
keseluruhan organisasi pengeluaran (cth getah, bijih
timah).
• Kedua, sistem ekonomi tradisional yang
diidentifikasikan dengan sektor ekonomi pertanian.
Komoditi utamanya ialah padi dan perikanan. Teknik
pengeluarannya, pemasaran, tenaga kerja serta modal
adalah didominasi oleh etnik Melayu. Ia bercirikan
budaya luar bandar (Ness, 1967).
– Isu yang berkaitan dengan ekonomi
memerlukan iltizam yang kuat daripada semua
pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada.
– Keperluan untuk memperbetulkan kedudukan
dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia
menjadi sebagai salah satu asas utama dalam
memupuk kerjasama antara etnik.
– Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi
berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia
dapat menjadi sumber pencetus konflik (cth
peristiwa 13 Mei 1969).

Anda mungkin juga menyukai