Anda di halaman 1dari 6

NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN 780214-02-

5714

Pengenalan

Perkembangaan teknologi ICT pada masa kini telah menyumbang terhadap suatu revolusi
maklumat terutamanya peranan internet sebagai sumber mendapatkan maklumat dan
mempertingkatkan ilmu untuk menjadikan individu bermaklumat.

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah
lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60an lagi.
Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini.
Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan
pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan
pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70
an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang
pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah
menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya
persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang
berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini
( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk
mewuujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan
pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor atau MSC). Pelaksanaan
Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang
akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997).
Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi,
akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

sumber ilustrasi dari CBN

HBEF2303 1
NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN 780214-02-
5714

Sejarah Internet

Sejarah internet bermula ketika beroperasinya jaringan ARPAnet (US Defense Advanced Research
Projects Agency) pada tahun 1969. Jaringan ARPAnet pertama tersebut hanya menghubungkan
empat host komputer dan besar bandwitdh-nya hanya 50kbps.

Untuk lebih jelas, berikut ini dihuraikan secara ringkas melalui kronologi sejarah (“timeline”)
perkembangan internet sejak bermulanya internet:

Tahun Keterangan Sejarah


1960an Pakar computer menemui cara untuk membina sistem rangkaian.
1967 – 1970 Lawrence G. roberts dari machusetts of Technology (MIT)
membentangkan rencana pembangunan ARPANET.
1968 Proposal ARPANET dibuat untuk memulai projek tersebut
1970 Host ARPANET mulai menggunakan NPC (Network Control Protocol)
1971-1988 Roy Tomlinson dari BNN menciptakan progam E-mail
1975 steve walker membuat mailling list
1979 Tom Truscott dan Jim Ellis memperkenalkan USENET
1985 Syimbolic.com tercatat sebagai domain pertama
1984 Sistem Domain Name Server (DNS) diperkenalkan
1986 National Science Foundation (NSF) Backbone dibentuk
1988 Internet Relay chat (IRC) diciptakan oleh Jarkko Oikrane
Robert Morris, Jr. melepaskan “worm” ke internet
1990 CERN (European Particle Physics Laboratory di Switzerland)
memperkenalkan World Wide Web (www)
1991 NSF memperkenalkan undang-undang siber
1994 Digital video dan audio mula diperkenalkan melalui internet
1996 Internet World Expo
2003 doc type xhtml, W3C, CSS, RSS, ATOM, blogs
2006  WEB 2.0 World Expo

Integrasi internet dalam pendidikan

HBEF2303 2
NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN 780214-02-
5714

Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di
peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu
sama lain ( Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh
dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada
160 buah negara (Zoraini, 1995).

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan
penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:

1. Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti
pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan
dengan berkesan.
2. Komputer dan internet juga tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan
sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya
dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan
ikutan utama.
3. Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di
samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.
4. Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam
menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan
mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap
ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:

 E – mail (Mel Eletronik)


 Laman Web (WWW)
 Internet Relay Chat (IRC)
 Telnet
 Kumpulan Diskusi dan Berita
File Transfer Protocal (FTP)

Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para
guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang
kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara
HBEF2303 3
NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN 780214-02-
5714

maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber
maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Penggunaan Internet dalam Pendidikan

Melihat kepada sifat internet yang dapat menggunakan pelbagai media dalam aplikasinya, maka
maklumat di Internet lebih bersifat terbuka dan luas. Internet adalah bahan yang sesuai untuk
membantu para pendidik mempelbagaikan bahan pengajaran dalam bentuk media yang menarik.

Terdapat beberapa cara penggunaan internet yang digunakan oleh para pendidik bagi membantu
dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu:

1. Penyampaian maklumat

(a) Projek

Terdapat beberapa projek yang telah dan boleh dijalankan oleh para guru berasaskan
kepada Internet. Projek ialah aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan yang
banyak dilakukan diluar kelas. Ianya perlu disiapkan dalam tempoh masa tertentu.
Sesuatu projek boleh merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari.
Antara beberapa tapak web yang mempunyai cadangan tersebut ialah:

Academy One - http://www.nptn.org.cyber.serv/AOneP/academyone/project-index.html

Global School Net Foundation - http://www.gsn.org/

IECC Projects - http://www.stolaf.edu/network/lecc/

(b) Rancangan Pelajaran (Lesson Plans)

HBEF2303 4
NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN 780214-02-
5714

Terdapat beratus-ratus rancangan pengajaran yang telah disediakan oleh para guru dari
seluruh pelusuk dunia yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Selain dari
matematik, rancangan pelajaran tersebut meliputi pelbagai mata pelajaran yang lain.
Antara tapak-tapak web yang boleh kita lawati untuk mendapatkan rancangan
pengajaran ialah:

Matematik: (http://forum.swarthmore.edu/arithmetic/arith.units.html )

English : http://www.teachnet.com/lesson.htmlhttp://www.mmserve.com/educ

The Lesson Plan Page: (http://www.coe.missouri.edu/~kyle/edu.html )

HBEF2303 5
NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN 780214-02-
5714

HBEF2303 6

Anda mungkin juga menyukai