Anda di halaman 1dari 30

Join Multiply to get updates from Mohamad Shuhmy

• Home
• Notes
• Blog
• Photos
• Video
• Music
• Calendar
• Reviews
• Links

Dec 29, '07 7:15 PM


KEPIMPINAN for everyone

PEMIMPIN dan LEADERSHIP


Di sini kita sama-sama berkongsi pandangan bagaimana untuk menjadi
pemimpin, tidak kira lah peringkat mana pun kita mempimpin, kita tetap
seorang pemimpin. Bak sabda Rasulullah, "Setiap kamu adalah pemimpin shuhmy
dan bertanggungjawab ke atas pimpinannya" • View Groups (23)
Tips Pertama: • Photos of
Mohamad
Jiwa pemimpin mesti kuat. Boleh ke kita nak jiwa kuat? Sebagai manusia,
kita tetap ada emosi, kita tetap ada waktu semangat kita lemah. Kita mahu Shuhmy
mengadu nasib, mengadu masalah. Pemimpin mesti jiwa kuat. Sebab • Personal Message
orang akan mengadu nasib kepadanya. Tapi bagaimana pemimpin sendiri • RSS Feed [?]
mahu mengadu nasib? Pemimpin yang kuat akan mengadu nasib kepada • Report Abuse
Yang Maha Kuat. Jiwa pemimpin mesti kental. Nak jiwa yang kenal kena
lalui banyak dugaan hidup. Ada sedih, ada sakit, barulah jiwa kental.
Walau bagaimanapun, Islam ada cara melatih jiwa menjadi bersedia untuk
kuat. Nanti kita bagi Tips untuk jiwa kental dan kuat dalam ruangan2 akan
datang pula... ia perlukan satu perbincangan yang khusus.
Rasulullah pemimpin agung berjiwa kuat. Sahabat akan rasa selamat
bersama baginda. Meluahkan masalah terasa sudah selesai masalah itu
walaupun masih terkurung dengan masalah. Bahkan melihat wajahnya
saja sudah terurai satu masalah dalam jiwa. Kadang-kadang bertemu dan
berbincang dengan pemimpin berjiwa kental baru dapat idea untuk
selesaikan masalah.
TIPS KEDUA:
Jiwa Mesti Berani Berani ialah maksudnya bersedia menghadapi risiko.
Dalam Islam, kita berani bukan berani untuk mendapatkan risiko, tapi
berani untuk berada di sekeliling risiko. Tidak siapa nak menaggung risiko,
tapi sering berlaku, suatu kejayaan berada dalam celah-celah risiko.
Kadang-kala risiko itu besar dan kadang kala risiko itu kecil. Beza antara
orang yang boleh menjadi pemimpin besar dengan orang yang hanya
boleh memimpin kelompok kecil ialah tahap keberanian untuk berdepan
dengan risiko yang ada.

Keberanian mesti di tanam dalam diri. Keberanian mesti dilatih. hanya


orang yang berani boleh jadi pemimpin sejati. tanpa keberanian,
bagaimana orang mahu berlindung di bawah panji panji pimpinan kita?

Berani menghadapi dosa?

Dalam kehidupan ini. Kita akan bertemu dengan ramai orang. Ada orang
yang memang penakut. Dia memang tidak buat dosa, tetapi bukan kerana
dia tidak mahu buat dosa, tapi jiwa dia memang penakut. Orang ini nilai
taqwanya adalah sederhana. Ada orang yang berani. Orang ini memang
keberanian yang tinggi. Tapi dia amat takut dengan dosa. Dia memang
berani untuk mencuba perkara-perkara baru, tapi dia tetap takut dengan
dosa. Orang ini memang benar-benar hatinya bertaqwa. Kerana dia
berjaya mengawal keberaniannya dalam aspek dosa.

Berani biar bertempat. Bukan berani tanpa ilmu dan berani tanpa akhlak.
Pantang seorang pendekar menunjukkan keberanian semata-mata untuk
dipuji. Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis. "Bukanlah
seorang yang benar-benar berani dengan menunjukkan kekuatan. Tetapi
orang yang benar-benar berani ialah berjaya mengawal diri sewaktu
kemarahan!"

Anda ada pendapat yang mahu diutarakan. Jangan takut untuk bersuara
jika tiada risiko yang anda tanggung. Ada persoalan nak dilontarkan dalam
seminar-seminar, jangan takut untuk berdiri dan bertanya. Ada pendapat
yang anda rasa menarik untuk dikongsi, jangan takut untuk berdiri di
hadapan bersuara. Jika untuk berada di khalayak pun anda gagal, jangan
haraplah untuk berani menentang musuh.

Beranikan diri untuk melihat anda mendapat suntikan. Beranikan dengan


jarum-jarum dengan menderma darah. Kecuali jika ada risiko-risiko yang
anda rasa tidak berbaloi dengan keberanian anda. Contohnya jika anda
bekerja dengan kerajaan dan anda menyara keluarga, jangan nak berlagak
berani dengan menentang dasar-dasar kerajaan yang meranapkan periuk
nasi untuk keluarga anda. Anda masih ada banyak cara untuk
menunjukkan keberanian. Dan masih banyak cara untuk menyatakan tidak
bersetuju anda itu selain daripada kemarahan yang meluap-luap.

Rasulullah ialah orang yang berani berjuang. Mendepani libasan pedang-


pedang serta panahan musuh yang tajan. Berani berjuang bertarung
nyawa memimpin angkatan perang orang-orang Islam. Berani mengangkat
pedang dan tombak untuk memerangi musuh di medan perang fizikal.

Kita? Kita tanam keberanian kita untuk melawan nafsu. Kalahnya seorang
pejuang bukan kerana ditikam dengan pedang, tetapi kerana ditikam oleh
nafsunya sendiri.
TIPS KETIGA: MENGUASAI EGOISME
Pemimpin yang berwibawa ada egonya. EGOISME bukan bermaksud ego,
angkuh, atau sombong. Egoisme bermaksud memiliki efikasi diri yang
tinggi. Nak tahu anda punyai ego yang kuat ata tidak? Anda terasa kurang
enak bila dikritik. Itu satu. Keduanya, anda bila berbicara, kalau boleh nak
tonjolkan anda ada suatu kehebatan. Itu tandanya anda ada ego. Namun
ego mesti dikawal jika mahu menjadi pemimpin yang baik.

EGOISME membuahkan keberanian dan kekuatan. Tanpa ego, anda tidak


berani berdepan dengan musuh yang hebat-hebat. Anda tidak berani
mengepalai sesuatu organisasi dengan baik. Anda mungkin akan tewas
dengan anak-anak buah anda dalam organisasi anda. Rasa berkeyakinan
dengan kemampuan diri untuk melaksanakan kerja itu satu ego. Rasa
hemah dalam diri, rasa diri berkebolehan itu ego. Ia membantu kerja-kerja
anda untuk memimpin orang lain. Orang lain memerlukan anda. Tidak
semua orang ada keyakinan diri yang kuat.

Tapi awaslah dengan rasa-rasa tersebut. Syaitan sentiasa


mempergunakan rasa-rasa itu untuk menjadikan anda lupa kepada
PEMBERI ANUGERAH kepada anda. EGOISME menjadikan anda hanya
mahu mempamerkan kehebatan anda bila bercakap. Hal ini menyebabkan
orang lain boring dengan anda. Malah mungkin ada yang meluat...
terutama rakan-rakan anda. Kawallah ia dengan sikap merendah diri.
Tidak jatuh kepimpinan anda bila merendah diri sesama manusia.
Rasulullah sangat tinggi egoismenya bila berdepan dengan musuh, tetapi
sangat merendah diri dengan semua orang.

Ingatlah merendah diri sesama insan, merendah hati dengan ALlah.. Allah
akan naikkan anda pada mata orang. Egoisme hanya bertujuan untuk
meningkatkan daya kepimpinan anda. Di hadapan Allah, rasakan anda
sangat hina diri dan sentiasa bergantung kepada-Nya. Bila hati merendah
dengan Allah. ALlah akan angkat pandangan manusia kepada kita. Itu
sudah menjadi sunnatullah dalam kehidupan.
TIPS YANG KEEMPAT: BERTANGGUNGJAWAB.
Kalau diikutkan, dalam Islam, kepimpinan adalah tanggungjawab. Maka
tidak kiralah anda berada di peringkat mana, anda bertanggungjawab
terhadap apa yang anda pimpinan. Serendah-rendah tahap pemimpin pula
hanya mampu memimpin diri sendiri. Perlu ingat, tak mampu pimpin diri,
jangan harap nak pimpin orang lain. Arah tangan itu, arah kaki itu. Biar
akal yang mengarahkan, bukan nafsu. Kalau nafsu yang memimpin
maksudnya kita semua tak layak jadi pemimpin.

Awal-awal Rasulullah menyatakan, "Setiap orang daripada kamu adalah


pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap
apa yang dipimpinnya."

Sikap bertanggungjawab merupakan sikap utama bagi pemimpin. Dalam


cerita SpiderMan, ada ungkapan: "Great power comes with great
responsibilities!!" Tak gitu? Birmbaum, seorang sarjana pengurusan
pernah menyatakan bahawa sikap bertanggungjawab tanpa kuasa akan
menjejaskan tindakan, manakala orang yang punyai kuasa yang tidak
bertanggungjawab adalah sia-sia!"

Justeru, bagi mereka yang ingin menjadi pemimpin yang baik laksana
Umar bin al-Khattab, perlu ada sikap bertanggungjawab. Jangan ada sikap
lepas tangan terutama ketika dilanda masalah.

Ada orang, bila berlaku sesuatu yang baik, segera diutarakan bahawa dia
bertanggung jawab. Tapi bila berlaku sesuatu yang buruk, cepat-cepat dia
cuci tangan dan menunjukkan tangannya yang tidak pernah sentuh isu itu.
Dia tak bertanggungjawab. Itu bukan pemimpin yang sebenar. Isu
bertanggungjawab tidak timbul kalau berlaku sesuatu kejayaan, kerana
semua orang nak mengaku kejayaan miliknya, usahanya. Tapi isu timbul
bila berlaku kesilapan. Ramai yang cuba lari dari tanggungjawab.

Anda nak jadi pemimpin? Bertanggungjawablah selagi ia di bawah


pimpinan anda. Sebab itu, bagi pemimpin yang baik, dia sentiasa
mengawasi orang bawahannya agar orang bawahannya tidak melakukan
kesilapan. Bagi yang dipimpin, sekalipun anda dikerah tenaga dan usaha
yang tinggi untuk melakukan sesuatu, janganlah kutuk boss anda kerana
yang bertanggungjawab bukan anda tapi boss anda.

Suami bertanggungjawab pada isteri. Kalau boleh ambil tahu perkara-


perkara yang patut. Isteri bertanggungjawab pada suami. Jangan
dedahkan aib suami. Bertanggungjawablah... nescaya anda akan menjadi
pemimpin yang hebat!

TIPS KELIMA: MESTI BOLEH CONTROL ORANG, BUKAN


KONGKONG ORANG

Asas utama pemimpin yang bagus ialah boleh dan mampu control orang.
Mampu satukan ahli-ahli dalam organisasi untuk bersama-sama mencapai
objektif organisasi. Bak kata mat saleh Donald Trumph.. kalau tak boleh
control ahli, tandanya kurang leadership!

Bagaimana nak control orang? Itu cerita lain pula.. kena baca tips2 yang
diberikan secara berkaitan antara satu sama lain baru dapat tahu
bagaimana nak control orang.

Dalam organisasi, kalau semakin banyak orang yang pintar dan hebat,
semakin banyak lah songeh yang kena hadapi dan semakin tinggi tahap
konflik boleh berlaku. Dalam organisasi besar, part2 bawahan akan
berlaku konflik berupa hubungan sosial dan emosi saja, tapi part2 atas
organisasi berlaku konflik idea, dan konflik ego. Konflik2 inilah yang mesti
di kawal oleh pemimpin.

Bukan senang mengawal konflik. Pemimpin yang gagal akan gagal dengan
konflik dalam organisasi. Bahkan salah satu cara menjatuhkan sesebuah
organisasi bukanlah dengan membuat persaingan tetapi dengan mencipta
konflik dari dalaman...

mahu tak mahu pemimpin mesti boleh kawal anggota organisasi dengan
baik dan berkesan. Cara mengawalnya ialah banyak cara. Undang-undang
dan kod2 atau peraturan hanyalah salah satu untuk mengawal orang-
orang bawahan. Undang2 tanpa penguatkuasaan akan gagal.
Penguatkuasaan tanpa penyeliaan pun tak menjadi.

Dalam islam kawalan boleh dilakukan dengan cara audit semasa. Atau
dengan kaedah-kaedah seperti muhasabah atau namanya audit jugalah.
Muhasabah ertinya check kembali segala apa yang berlaku, carilah
kesilapan-kesilapan dan kekurangan.

Apa yang penting kena amalkan ketelusan dan segala apa masalah jangan
takut untuk berbicara secara slow talk. Jangan cakap-cakap belakang
kerana ia boleh menimbulkan sistem umpatan (grapewine communication,
kata org kelate) yang tidak elok pada agama dan tidak juga elok pada
organisasi.

Selain itu, dalam Islam, untuk mengawal konflik Islam amalkan prinsip
kasih sayang sebagai shared value.. yang ni lah orng cakap senang cakap
daripada amal ni.. susah nak berkasih sayang sesama insan ni kalau kita
rasa kita lebih dari orang... setiap orang ada egonya, kalau dikritik jatuhlah
egonya.. untuk itu kena didik organisasi biar bermatlamatkan akhirat..
didikan ini penting.. supaya setiap apa yang lahir adalah berupa warna2
warni keikhlasan... dari itu lahir kasih sayang..

..sahabatHijjaz..
sayele:
Firman Allah SWT (yang bermaksud) :

“..Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis


amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu
menghukum dengan adil..” (Surah An-Nisa’, ayat 58)

kita ni siapa?

KURSUS
PEMBANGUNAN KENDIRI DAN KERJA BERPASUKAN

FUNGSI KEPIMPINAN
PENGURUSAN
Pengenalan
Objektif
Strategi
Pengorganisasian
Penstafan
Komunikasi
Fungsi Kepimpinan
Perancangan
Latihan

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN


Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk,
dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapajan
sesuatu objektif tertentu. Yang membezakan kepimpinan dengan
fungsi pengurusan amnya ialah tugas-tugas mendorong, memujuk
dan mempengaruhi yang bercorak peribadi. Umpamanya, di dalaxn
tugas-tugas inerancang atau membaca laporan, mereka tidak
melibatkan interaksi peribadi. Kepimpinan pula terdiri daripada
interaksi-interaksi kelakuan dengan rakan-rakan sekerja, pekerja-
pekerja b awahan, ketua, para pelanggan dan pihak-pihak lain.
Boleh dikatakan bahawa di mana wujudnya seorang pengurus yang
berkesan di dalam suatu sistem pengurusan yang cekap, di situ
juga akan terdapat seorang pemimpin yang berkesan.
DEFINISI KEPIMPINAN
Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses
mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas
mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah
pencapaian gal organisasi. Sebaik-baiknya, manusia patut
digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan
untuk bekerja. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu
kumpulan dan belakang; sebaliknya mereka meletakkan din di
hadapan knitpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-
ahli kumpulan itu untuk mencapai go1 organisasi. Misalnya,
seorang pemimpin sebuah pancaragam (orkestra) yang bertugas
untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang diselaraskan dan irama
lagu yang betul, melami usaha-usaha bersatu abli-abli inuzik di
dalam orkestranya itu.
Terdapat tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan. Pertama,
kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada
pekenja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para
pengikut. Ahli-ahli kumpulan rnembantu mentakrifkan status
pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melalni
kesanggupan mereka untuk menenima pengagihan kuasa yang
tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan.
Kedua, para pemimpin rnempunyai autoriti untuk memberi arahan
berkenaan dengan setengab danipada kegiatan-kegiatan anggota
kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak boich mengarab
aktiviti-aktiviti pemimpin mereka. Ketiga, selain daripada berkuasa
untuk mernbeni arahan tentang apa yang penlu dilakukan,
pemimpin boich juga mempengaruhi melalui arahan yang
dilaksanakan oleb pekerja-pekerjanya. Misalnya, seorang pengurus
mungkin dapat mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas,
tetapi yang mungkin menentukan sampai ada tugas itu benar-benar
dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak
yang berkenaan.
KELAKUAN DAN GAYA KEPIMPINAN
Penerangan awal tentang gaya kepimpinan membahagikan gaya
tersebut berasaskan kepada bagaimana pemimpin menggunakan
autoritinya. Tiga gaya asas dapat dikenal pastid? Pemimpin yang
autokratik merupakan sebrang yang dogmatik dan positif,
memerlukan stafnya untuk menurut perintah yang diarahkannya,
dan memimpin mengikut kebolehannya untuk meinberi atau
rnenarik balik ganjaran keija serta hukuman Pemimpin yang
demokratik pula menggalakkan penglibatan dan penyertaan dan
staf mereka tentang tindakan dan pembuatan keputusanya Gaya
kepimpinan yang ketiga bercorak laissez-faire yang melibatkan
pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan meinberi
staf penuh kebebasan untuk mengendalikan kenja inereka.
Pemimpin sedeinikian biasanya membeni kebebasan pekenja untuk
menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara
mencapainya. Ia juga melihat peranannya sebagai memberi
panduan kepada terlaksananya operasi-operasi stafnya dengan
memberi makiumat berhubung dengan persekitaran luaran
kumpulan pekeijanya.
Kebanyakan daripada kajian tentang gaya kepimpinan mengikut
sistem pengurusan kiasik menunjukkan anggapan bahawa pekerja
pada dasamya diihat oleh pemimpin sebagai salah satu faktor
pengeluaran. Dengan mi, gaya pengurusan untuk mencapai output
biasanya berat sebelab sama ada mereka menekankan daya
pengeluaran atatipun mereka menekankan kepuasan atau hal-
ehwal
pe kerja semata-mata. Pakar-pakar penyelidik di Pusat Penyelidikan
Universiti Michigan, Amerika Syarikat, telah membentuk suatu
model kelakuan kepimpinan berasaskan dua dimensi Mereka
menggunakan konsep berorientasikan pengeluaran (kerja) dan
berorientasikan pekerja untuk menerangkan model tersebuL
Pemimprn yang berorientasikan kerja mementingkan kerja yang
dilaikukan, manakala pemimpin yang berorientasikan pekerja lebih
mengutamakan penubuhan kerja dan terjalinnya perhubungan
penbadi di kalangan pekerja.
KONSEP-KONSEP DI DALAM MODEL KEPIMPINAN DUA
Dengan meneliti fungsi yang dilakukan oleh para pemimpin di dalam
kumpulan mereka, didapati bahawa untuk sesuatu kumpulan itu
beroperasi dengan berkesan, suatu pihak mesti mengendalikan dua
fungsi utama, iaitu fungsi yang bersabit dengan penyelesaian
masalah (berorientasikan tugas) dan fungsi penyelenggaraan
kumpulan (fungsi-fungsi sosial).
Di antara usaha yang cuba menyclidik mana satu di antara gaya-
gaya kepimpinan tersebut menghasilkan prestasi kumpulan yang
paling berkesan, termasuklah kajian-kajian yang dilakukan di
Universiti Ohio. Di sini, para penyclidik mengkaji keberkesanan
kelakuan kepimpinan dua dimensi, iaitu mengikut struktur kerja dan
mengutamakan hal ehwal pekerja.
Dalam dimensi yang pertama, kelakuan pemimpin menekankan
kegiatan penyusunan kerja, penjadualan penubuhan matlamat.
pengelolaan dan segala hal struktur kerja. Para pernimpin lebih
mengutamakan prestasi dan pengeluaran daripada hal-hal kerja
yang lain dan bergiat mencapai peringkat-peringkat output yang
tinggi. Mengikut dimensi kedua pula, para pemimpin menunjukkan
kelakuan sosial dengan menitikberat dan menghormati idea-idea
perasaan dan hal-ehwal pekerja dengan cara niendengar masalah
peribadi pekerja dan membantu menyelesaikannya.
Salah satu teknik terkenal yang menerangkan gaya-gaya
kepimpinan secara dramatik ialah petak kepengurusan yang dicipta
oleh Robert Blake dan Jane Mouton. petak ini digunakan di merata
dunia sebagai suatu teknik melatih pengurusan dan mengenal pasti
berbagai-bagai kombinasi gaya kepimpinan. Teknik inii berasaskan
kepada penyelidikan penyelidikan awal yang menunjukkan betapa
pentingnya seorang pengurus menitikberatkan kedua-dua aspek,
iaitu mementingkan pengeluaran dan mementingkan pekerja.
Mementingkan pengeluaran (di paksi mendatar) terdiri daripada
sikap penyclia terhadap berbagai-bagai perkara, seperti mutu
keputusan polisi yang diambil, prosedur kerja, mutu perkhidmatan
staf, kecekapan kerja, daya kreativiti penyclidikan dan jumlah
output. Mementingkan pekerja (di paksi inenegak) juga diberi
pengertian yang luas. mi merangkumi perkara seperti darjah
komitmen peribadi yang ditanamkan ke arah pencapaian sesuatu
go1, mengekalkan kehormatan din para pekenja, pembenian
tanggungjawab b erdasarkan kep erc ayaan dan bukan kesetiaan
belaka, pemberian keadaan kerja yang baik dan menjaga agar
perhubungan peribadi memuaskan.
Blake dan Mouton mengenal pasti empat gaya asas yang
keterlaluan (tiap-tiap satu dinyatakan mengikut suatu kontinum
berdasarkan skala dan 1 hingga 9). Mengikutgaya 1,1, (juga disebut
pengurusan laissez-faire) pengurus-pengurus kurang
menitikberatkan hal-hal pekerja ataupun pengeluaran dan
memegang peranan yang minimum sebagai pemimpin dan
pengurus. Yang paling bententangan dengan mi terletaknyagaya9,
9, (pengurusanberpasukan atau yang demokratik) yang
menunjukkan melalui kegiatan pengurus, terdapat peningkat
dedikasi yang tertinggi terhadap kedua-duanya, iaitu pekerja dan
pengeluaran. Blake dan Mouton menegaskan bahawa gaya mi
merupakan kelakuan kepimpinan yang paling berkesan yang dapat
mempertingkatkan prestasi, merendahkan ketidakhadiran dan
pusing ganti pekerja, serta memupuk kepuasan yang tmggi.
Suatu lagi ialah gaya pengurusan 1, 9, disebut juga pengurusan
country club, di mana pengurus-pengurus tidak ataupun paling
kurang mementingkan pengeluaran, tetapi amat mementingkan
pekerja sahaja. Apa yang diwujudkan ialah persekitaran di mana
semua pekerja merasa gembira dan senang hati tanpa apa-apa
komitmen terhadap pengeluaran usaha bersatu untuk mencapai
matlamat organisasi. mi berbanding pula dengan gaya 9, 1,
(kadangkala disebut penguins autokratik) yang hanya
menitikberatkan penubuhan operasi cekap tanpa inengambil kira
hal-eliwal pekerja.
Dengan menggunakan keempat-empat titik yang keterlaluan mi,
setiap teknik atan gaya kepengurusan boich ditempatkan di dalam
petak ini. Dengan jelasnya, pengurus mengikut gaya 5, 5 secara
sederhana mementingkan kedua-duanya, iaitu pengeluaran dan
kepuasan staf. Pengurus-pengurus ini rnencapai tahap moral dan
pengeluaran yang mencukupi dan memuaskan tetapi pada tahap
yang tidak begitu tinggi, di mana penubuhan gol dan jangkaan tidak
begitu tinggi. Meskipun petak kepengurusan ini merupakan hal yang
berfaedah untuk mengenal pasti dan mengelaskan gaya
kepengurusan, tetapi penggunaannya adalab terhad. ini disebabkan
petak ini tidak dapat rnemberi sebab mengapa seseorang pengurus
itu terletak di sesuatu bahagian tertentu di petak tersebut. Perlu
diselidiki faktor-faktor seperti corak peribadi pemimpin tersebut atan
pengikut-pengikutnya, kebolehan dan latihan pengurus dan lain-lain
faktor situasi di sebaliknya, yang tuna mempengaruhi tingkah laku
kedua-dua peniimpin dan pengikut itu.
EMPAT SISTEM PENGURUSAN
Dengan menggabungkan juga kelas-kelas asas tentang gaya
kepimpinan yang berorientasikan tugas dan pekerja, Rensis Liken
hersama rakan-rakannya di Universiti Michigan telab membentuk
suatu model keberkesanan pengurusan yang mempunyai empat
peringkat:
Pengurusan bercorak sistem 1, mengikut Likert, dikatakan berkuasa
melalui eksploitasi, iaitu pengurus-pengurusnya membuat sendiri
semna keputusan tentang hal-hal kerja dan mengarahkan stafnya
untuk menurut perintah. Ugutan atau hukuman diberi jika pekeria
gagal untuk memenuhi matlamat dan standard yang dibentuknya
dengan tegas. Pengunis kurang menaruh kepercayaan terhadap
para pekerja di bawah arahannya dan pekerja pula merasa takut
dan terasing daripada pengurus.
Pengurusan gaya sistem 2 masih juga mengeluarkan arahan-
arahan, tetapi pekerja diberi kebebasan untuk memberi komen
tentang perintah-perintah tersebut. Mereka juga diberi fleksibiliti
untuk mengambil beberapa tindakan tertentu, m engikut kawalan
polisi yang ketat dan prosedur-prosedur yang digariskan.
Pengurusan sistem 3 pula menubuhkan gol-gol dan arahan-arahan
am setelah berunding dan berbincang terdahulu dengan para
pekerja bawahan. Pihak staf juga boleh mengambil keputusan
sendiri tentang cara mengendalikan tugas-tugas mereka, oleh
sebab hanya keputusan am dan yang menyeluruh sahaja diambil
oleh para pengurus di peringkat- peringkat pengurusan atasan.
Lebih banyak ganjaran digunakan daripada hukuman untuk
mendorong staf, dan pekerja diberi kebebasan untuk
membincangkan hal-hal kerja dengan pengurus-pengurus mereka
yang lebih menaruh kepercayaan tentang kebolehan mereka untuk
melakukan tugas masing-masing.
Likert melihat pengurusan sistem 4 sebagai yang paling melibatkan
penyertaan semua ahli dalam kumpulan pekerja di dalam
perbentukan matlamat dan penilajan tentang matlamat, iaitu,
penglibatan di da~am pengambilan keputusan di semua peringkat,
dan pengendalian operasi mereka sendiri dan di dalam kumpulan
masing-masing. Pengurus-pengurus sistem ini menanam keyakinan
dan kepercayaan yang penub kepada staf mereka dalam segala
hal, serta sering mendapat dan menggunakan idea-idea dan
pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh mereka. Para pengurus
juga selalu memberi ganjaran ekonomi sebagai dorongan kerja,
berasaskan kepada penyertaan berkumpulan.
Pada amnya, Likert mendapati bahawa pengurus-pengurus yang
menggunakan pendekatan sistem 4 di dalam kendalian operasi
mereka terdiri daripada mereka yang paling berjaya sebagai
pemimpin. Bagi organisasi dan firma yang mengamalkan
pengurusan sistem 4,juga didapati paling berkesan di dalam
penubuhan dan pencapaian gol-gol mereka, di samping menjadi
lebih produktif. Kejayaan ini disebabkan pada dasarnya oleb darjah
penglibatan pekerja di dalam pengurusan dan sokongan yang diberi
kepada pekerja berkekalan.
KEPIMPINAN SEBAGAI SUATU KONTINUM
Melalui R. Tannenbaum dan W.H. Schmidt mengikut konsep
kontinum kepimpinan, mereka merakamkan bahawa kepimnpinan
melibatkan pelbagai jenis gaya, yang berkisar di antara gaya yang
tertumpu kepada ketua sehinggalah kepada yang amat tertumpu
kepada pekerja. Maka tidaklah semestinya wujud di antara yang
bercorak autokratik, demokratik dan laissez-faire sahaja.
Tannenbaum dan Schmidt rnenegaskan bahawa pengurus-
pengurus perlu menimbangkan beberapa perkara yang praktik
sebelum memutuskan bagaimana mereka akan melaksanakan
tugas-tugas pengurusan mereka.
Mereka mencadangkan bahawa elemen-elemen terpenting yang
mempengaruhi gaya kepimpinan pengurus di sepanjang kontinum
ini adalah seperti yang berikut.
1. Kuasa-kuasa yang menentukan personaliti pengurus. Ini
termasuklah sistem nilai dan latar belakang serta pengalaman.
Misalnya, seorang pengurus yang mempercayai bahawa keperluan-
keperluan organisasilah yang perlu diutamakan daripada keperluan-
keperluan individu (pekerja), mungkin Iebih gemar memberi arahan
dan kurang rnenggalakkan penglibatan pekerja dalam penentuan
kegiatan-kegiatan pekerja sendiri
2. Sifat pekerja yang dipertanggungjawabkan kepada penguins. Ia
juga inempengaruhi kelakuan pengurus. Mengikut Tannenbaum
1. Pengurus membuat keputusan dan
mengumumkannya
2. Pengurus ‘menjual’ keputusannya
3. Pengurus menyampaikan masalah dan
menggalakkan komen-komen
4. Pengurus membiarkan kumpulan membuat
keputusan sendiri
5. Pengurus meletakkan had-had dan meminta pekerja
membuat keputusan
Pengurus selaku pemimpin, boleh memberi kebebasan dan
penglibatan yang lebih kepada staf di bawah arahannya apabila
terdapat para pekerja tersebut mempanyai sifat berikut:
a) Mahukan tanggungjawab membuat keputusan;
b) Inginkan kebebasan bertindak dan berdikari;
c) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi
untuk mengendalikan dan menyelesaikan masalah dengan
cekap;
d) Menanamkan komitmen dan menghayati matlamat
organisasi.
Tanpa sifat-sifat tersebut, para pengurus akan lebih mengamalkan
gaya yang bermirip kepada corak autoritarian. Namun demikian,
mereka boleh mengubahsuaikan gaya mereka apabila para pekerja
mereka dapat memperoleh keyakinan diri setelah biasa bekerja
bersama mereka.
Gaya kepimpinan yang dipilih oleh pengurus perlu juga mengambil
kira kuasa-kuasa yang wujud di dalam situasi. Ini termasuk nilai dan
tradisi organisasi, kecekapan bekerjasama sebagai satu unit,
keadaan tugas-tugas kerja kumpulan, sama ada pengendalian
sesuatu masalah dapat didelegasikan atau tidak .Seperti juga
manusia, organisasi rnempunyai nilai tertentu yang lama-kelamaan
diterapkan ke dalam amalan bekerja. Kebanyakan pengurus baru
cepat mempercayai bahawa terdapat beberapa tingkah laku yang
diterima dan ada yang lain pula yang tidak diterima di dalam
organisasi. Setengah-setengah organisasi, misalnya mempunyai
struktur dan rangkaian komunikasi yang lebib formal dan sukar
diubah-ubah, dengan adanya pembahagian dan perbezaan tugas
yang jelas. Dalam keadaan demikian, gaya kepimpinan tentu sekali
lagi berorientasikan tugas dan berasaskan pemberian arahan,
danipada bergantung kepada penglibatan pekeija.
MODEL KEPIMPINAN
Mengikut Vroom dan Vetton, terdapatlima bentuk perbezaan di
dalam corak kepimpinan demokratik. Gaya atau bentuk kepimpinan
yang tertentu bergantung kepada keadaan tertentu. Gaya
kepimpinan mi adalah seperti berikut.
1. Pemimpin sendiri yang membuat keputusan dengan
menggunakan maklumat yang ada pada waktu
tersebut.
2. Pemimpin mendapatkan maklumat yang diperlukan
dan staf di bawah arahannya, kemudian membuat
keputusan sendiri. Peranan staf hanya setakat
pemberian maklumat yang diperlukan sahaja dan
mereka tidak terlibat di dalam persoalan
menyelesaikan masalah.
3. Pemimpin menyampaikan masalah kepada mana-
mana staf bawahannya yang relevan, secara
individu, untuk mengambil sesuatu keputusan.
4. Sesuatu masalah disampaikan oleh pemimpin
kepada staf bawahannya, untuk mendapatkan idea-
idea dan cadangan-cadangan. Keputusan
kemudiannya diambil tidak semestinya hasil
daripada pengaruh staf.
5. Pemimpin membincangkan sesuatu masalah
bersaina staf bawahan untuk mencapai persetujuan
tentang penyelesaian masalab tersebut. Pemimpin
tidak cuba mempengaruhi apa juga keputusan yang
perlu diambil, rnalah sanggup inenermia dan
melaksanakan keputusan yang mendapat sokongan
sekalian ahli kumpulan.
PENDEKATAN KONTINGENSI TERHADAP KEPIMPINAN
PENDEKATAN LALUAN MATLAMAT
Salah seorang tokoh yang turut menyumbangkan kepada teon
kepiinpinan dan sudut situasi ialah Profesor Robert House. Beliau
menyatakan bahawa fungsi utama seorang pemimpin ialah
inembentuk matlamat penting bagi para pengikut atau para
pekerjanya serta menggariskan laluan-laluan ke arah pencapaian
matlainat tersebut. Dengan inii teorinya dinamakan teori laluan
matlamat.
Secara lojik, teori ini adalah mudah difahami dan diamalkan. Dalam
situasi-situasi di mana struktur kenja adalah kompleksdan
mengelirukan, tugas pernimpin ialah membentuk kerja-kerja agar
para pekeija dapat mengikuti suatu laluan yang jelas. Sebaliknya
pula, jika tugas-tugas pekerja memang sudah jelas (umpamanya, di
barisan pemasangan) seorang pemimpin autokratik dan yang
herorientasikan tugas yang cuba menambahkan lagi struktur kerja,
tentu sekali tidak akan menerima sambutan yang baik dan para
pekerja bawahannya. Seorang pemimpin yang autokratik dan
berorientasikan tugas biasanya disambut baik sebaliknya di dalam
situasi-situasi di mana terdapatnya ketegangan individu, tekanan
dan ketidakpuasan di kalangan pekerja.
Jika kerja berkenaan dilakukan berulang-ulang dan berstruktur,
laluan-laluan ke arah pencapaian matlamat adalah jelas. ini
bermakna bahawa jika pemimpin cuba menambahkan lagi struktur
kerja, ini tidak akan menambahkan lagi kepuasan atau
mempertingkatkan lagi prestasi kerja. Namun, jika tugas itu
tidakjelas, pemimpin memanglah perlu bertindak dan
menyelesaikan mana mana kekeliruan yang timbul. Dengan ini,
pemimpin-pemimpin yang berkesan menggunakan dua dimensi
kepimpinan sama ada untuk menjelaskan laluan ataupun
memudahkannya untuk dijalankan.
KEPIMPINAN YANG BERKESAN
Ketiga-tiga komponen kepimpinan (sifat-sifat, gaya dan kelakuan
serta kepimpinan mengikut situasi) memberi implikasi yang penting
di dalam pengambilan dan latihan ke arah mewujudkan pemimpin-
pemimpin yang berkaliber. Umpamanya, pemimpinpemimpin
berkesan yang diketahui biasanya mempunyai sifatsifat
kebijaksanaan dan keyakinan diri. Maka calon-calon bolehlah diuji
untuk mencari sifat-sifat tersebut serta sifat-sifat lain yang dikaitkan
dengan prestasi kerja. Apa yang diketahui tentang gaya-gaya
kepimpinanjuga menunjukkan bahawa latihan-latihan boleh
diadakan dengan jayanya untuk menjadikan pemimpin lebih
bertimbang rasa dan beroriensekali, gaya pemimpin mestilali
bersesuaian dengan tugas yang terlibat serta bersesuaian juga
dengan staf bawahannya. Pernah dinyatakan oleh Fiedler bahawa
biasanya lebih mudah untuk menyusun semula sesuatu tugas
(kerja) daripada melatih semula pemimpin atau mengambil
pemimpin baru.
Berdasarkan keterangan yang dibincangkan di dalam bab ini, garis-
garis panduan berikut boleh digunakan untuk menjadi pemimpin
yang berkesan.
1. Mengetahui dan melatih diri anda. Kebanyakan
pemimpin terdiri daripada mereka yang
berpengaruh, pintar, agresif, herinisiatif dan
mempunyai keyakinan diri dan kebolehan menyelia.
Maka, bagi bakal-bakal pemimpin dan juga
pemimpin kini, Latihan latihan dalam membuat
keputusan, penilaian diri dan peningkatan keyakinan
diri adalah berfaedah.
2. Mengetahui dan mengawal gaya anda. Gaya yang
terbaik sekali bergantung kepada banyak faktor
(selain daripada berorientasikan tugas dan
berperikemanusiaan). Maka perlu bagi mereka
menganalisis dan memahami gaya tersendiri untuk
mengekalkan suatu keadaan fleksibel supaya dapat
dipadankan kepada situasi berkenaan.
3. Mempercayai perkara-perkara terbaik tentang
orang lain. Bakal-bakal pemimpin harus mengikuti
andaian-andaian Teori Y, McGregor. Dengan
mempercayai bahawa manusia adalah pandai,
kreatif, sanggup bekerja, bertanggungjawab dan
ingin menyelesai kan masalah, dapat meningkatkan
lagi pertumbuhan sifat pemimpin yang berkesan.
4. Memenuhi keperluan-keperluan staf ini merupakan
secara mudah kenyataan pemikiran Maslow dan
McGregor. Tetapi di dalam amalannya, beraneka
masalah dihadapi.
5. Umpamanya, bagaimanakah dia mendorong
pekerja yang keperluan mereka tidak dapat dipenuhi
melalui kerja mereka? Bagaimanakah dia dapat
meyakinkan staf supaya mempersetujui matlamat
organisasi? McGregor telah mencadangkan suatu
teknik seperti penyertaan staf dan sesi-sesi dialog
yang membincangkan perkara-perkara seperti
matlamat-matlamat organisasi.
6. Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Kajian-kajian
Fiedler mencadangkan bahawa bagi tugas-tugas
kreatif. dan yang berbentuk keusahawan (seperti
mencipta keluaran baru atau membuka syarikat
baru) adalah lebih wajar bagi anda untuk
menubuhkan matlamat yang menyeluruh untuk
dijadikan panduan oleh staf, dan kemudiannya
ber~antung kepada budi bicara mereka untuk
menjalankan kerja. Bagi kerja yang dilakukan secara
berulang-ulang pula, pemimpin biasanya
menguatkuasakan suatu set peraturan yang
terancang dan rapi, untuk melaksanakan kerja.
7. Bertindak sebagai pemimpin. Dalam semua hal,
anda perlu bertindak sebagaimana yang dijangka
dan diingini oleh pengikut atau staf, agar mendapat
sanjungan yang setimpal dengan taraf pemimpin.

KEPIMPINAN
Pendahuluan
Penerimaan Islam secara meluas di Nusantara pada abad ke 13 masihi
telah mengubah banyak nilai dalam masyarakat tempatan, termasuk yang
berkait dengan "kepimpinan". Bermula daripada waktu itu Islam telah
mengambil peranan kepimpinan yang meluas dan merangkumi hampir
semua kegiatan hidup termasuk keagamaan, Ibadat, keilmuan, sosial,
politik dan sebagainya.
Asas utama kepada kepimpinan yang meluas ini 1alah sifat Islam sendiri
yang menyeluruh. Misalnya, akidah atau pegangan hidup yang dibawa
oleh Islam bukan sekadar menyentuh soal ketuhanan dan alam metafizika
sahaja, tetapi juga merangkumi alam dan manusia. Dalam konsep yang
luas ini, syirik iaitu pelanggaran terhadap prinsip tauhid yang menjadi asas
aqidah berkenaan, bukan sahaja boleh berlaku disebabkan oleh
penyembahan berhala atau memuja kuasa-kuasa ghaib semata-mata
tetapi juga meliputi pemujaan terhadap sesama manusia dan kuasa-kuasa
material dalam kehidupan biasa.
Berasaskan akidah ini Islam menegaskan bahawa alam dan manusia
bukan suatu mistri, tetapi boleh difahami. Manusia adalah hamba Tuhan
yang diberi peranan sebagai khalifah dibumi ini. Sedangkan alam dicipta
untuk faedah dan kepentingan manusia.
Dalam hubungannya dengan hidup dan kebudayaan, akidah merupakan
asas pemikiran bagi sistem keilmuan dan kemasyarakatan, termasuk
sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.
Bagi melaksanakan kepimipinan tersebut, dari segi akidah dan
kepercayaan, Islam mengubah pandangan orang Melayu daripada
mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti di zaman Hindu
kepada mempercayai tuhan yang Maha Esa. Disamping itu mereka
dibimbing mempercayai Nabi-Nabi, Rasul, Malaikat, Kitab-Kitab Suci, Hari
Kiamat dan Qadha dan Qadar. Kemudian diikuti oleh kepimpinan kearah
menunaikan amal Ibadat seperti yang terkandung dalam rukun Islam yang
lima dan yang selain daripada itu.
Di bidang adat dan istiadat pula, bagi mengubah tradisi animisme dan
Hinduisme, agama Islam telah memimpin orang-orang Melayu kearah
mengenali dan mengamalkan adat istiadat Islam sebagai ganti. Adat
istiadat itu dilakukan sejak daripada individu itu lahir ke dunia hinggalah ke
hari kematiannya.
Dalam aspek keilmuan, Islam telah memimpin masyarakat Melayu kearah
menenali pengetahuan yang bercorak falsafah.4 Dengan itu Islam telah
memperkenalkan pemikiran yang bercorak rasional dan intelektual dalam
masyarakat Melayu. Tamadun Islam telah mengubah penekanan daripada
unsur-unsur estetika dalam kebudayaan Melayu seperti yang biasa berlaku
pada zaman Hindu kepada pemikiran yang bercorak akliah.5 Dengan itu
Islam mengubah tasawwur orang Melayu daripada yang bercorak metologi
fantasi kepada pemikiran yang bercorak intelektual yang berdasarkan
falsafah Islam dan mistik yang rasional dan ilmiah. Dengan itu Islam
menekankan kedua-kedua aspek jasmani dan rohani untuk
membangunkan masyarakat Melayu.
Dari segi sosial pula Islam menekankan unsur-unsur persamaan, keadilan
dan sebagainya. Dengan itu Islam telah membawa satu perubahan yang
radikal sebagai ganti kepada sistem Kasta Hindu yang membahagikan
penduduk alam Melayu kepada beberapa susun lapis seperti di India.
Islam juga menghapuskan semangat kedaerahan dan membentuk
perpaduan dikalangan penduduk alam Melayu melaui konsep ummah atau
masyarakat Islam.
Dari segi politik pula, Islam telah membawa banyak perubahan. Misalnya,
sistem feudalisme Hindu digantikan dengan sistem feudalisme yang
diperkenalkan pada zaman kerajaan Abbasiah. Islam telah memberi corak
keislaman dalam sistem kesultanan Melayu. Misalnya konsep Diraja telah
diubah sifatnya daripada penjelmaan dewa kepada seorang pemerintah
atau pemimpin rakyat sahaja. Sultan dalam pengertian Islam seharusnya
menjalankan pemerintahan dengan adil dan bertimbang rasa kepada
rakyat serta bertindak mengikut perintah Allah, membuat kebaikan dan
mencegah kejahatan.
Dalam bidang kesenian Islam telah mempengaruhi semua bidang
kesenian Melayu, baik dalam seni lagu, seni tari, seni ukir, seni bina, seni
hiasan, maupun seni drama. Begitulah juga dalam hal kesusasteraan.
Kepimpinan Yang Menyeluruh
Kepimpinan biasa dihuraikan sebagai peranan sosial yang dimainkan oleh
pemimpin dan diterima secara sepontan oleh pihak yang dipimpin
berasaskan proses interaksi antara kedua belah pihak.9 Dalam konteks
kertas kerja ini Islam dilihat sebagai suatu institusi kepimpinan yang
memainkan peranannya berasaskan penerimaan masyarakat umum
secara sepontan melaui proses interaksi yang tertentu.
Ternyata daripada apa yang dihuraikan di atas bahawa Islam, sejak mula
kedatangannya lagi ke Nusantara telah memainkan peranan kepimpinan
yang meluas, bukan sekadar sebagai agama dalam konsepnya yang
sempit tetapi juga sebagai cara hidup dalam konsepnya yang luas dan
menyeluruh.
Berdasarkan kepimpinan yang luas dan menyeluruh seperti itulah Islam
berjaya menubuhkan masyarakat dan negara Islam di rantau ini. Di
Malaysia, masyarakat dan negara Islam seperti itu mula ditubuhkan di
Melaka pada awal abad ke Lima belas.10 Kemudian ia berkembang ke
merata tempat diseluruh semenanjung, begitu juga ke Sabah dan
Sarawak.
Bagaimanapun, tempoh kepimpinan Islam yang menyeluruh ini tidak kekal
lama. Bermula daripada kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis
pada tahun 1511 M. Kepimpinan Islam di rantau ini mula tersingkir, bukan
sahaja dalam aspek politik dan pemerintahan, tetapi juga dalam aspek-
aspek yang lain termasuk pendidikan dan tamadun.
Terutama di bawah penjajahan Inggeris, Islam tidak lagi memainkan
peranan pemimpin di Malaysia kecuali dalam hal-hal Ibadat ritual dan
pendidikan agama dalam konsepnya yang sempit.
Malah, apabila Malaysia mencapai kemerdekaan dengan merdekanya
Tanah Melayu pada tahun 1957, kepimpinan Islam di rantau ini gagal
dibangkitkan kembali. Sebelum pemergian mereka, penjajah telah selesai
menyiapkan pelapis dari kalangan penduduk Malaysia sendiri yang bakal
mengambil alih kepimpinan berasaskan Sekularisme/Libralisme barat.
Dengan itu kepimpinan Islam kekal di takok lama iaitu berfungsi hanya
dalam aspek Ibadat ritual dan keagamaan dalam konsepnya yang sempit
sahaja. Malah ia begitu terpingir dan tidak termasuk dalam "arus perdana".
Penerimaan masyarkat Islam di Malaysia terhadap sekularisme barat telah
meletakkan Islam sebagai satu "agama" pada suatu pihak disamping
urusan kenegaraan di pihak yang satu lagi. Dualisme ini telah
mempengaruhi corak umum kehidupan bermasyarakat dan bernegara dan
menyukarkan kepimpinan Islam yang sebenarnya untuk berfungsi
sepertimana sepatutnya.
Fenomena ini bukan sahaja lahir akibat daripada pengaruh barat, tetapi
diperkukuhkan lagi oleh masyarakat Islam sendiri, termasuk mereka yang
komited dengan pengajaran Islam. Bagi menghadapi kekuasaan
penjajahan di negara ini para pemimpin Islam sendiri telah membina
benteng pemisah antara Islam dan kehidupan harian dalam negara
dengan alasan bahawa apa yang diamalkan di bawah kuasa penjajahan itu
bertentangan dengan ajaran Islam dan perlu dijauhi.
Usaha Kebangkitan Semula Kepimpinan Islam
Dengan lain perkataan, secara umumnya, sejak kekuasaan penjajah
sampai sesudah merdeka, Islam di Malaysia telah diletakkan oleh para
penganutnya pada kedudukan difensif. Kedudukan yang negatif ini telah
menjadikan kepimpinan Islam seolah-olah kehilangan fungsi dan tidak
berdaya lagi untuk kembali berperanan terutama kerana masyarakat telah
jauh lebih maju daripada cita-cita kepimpinan Islam sendiri yang ada.
Malah, apabila umat Islam sedar dan berhasrat untuk mengembalikan
kepimpinan Islam ke tampuknya yang asal mereka berpecah kepada
berbagai aliran pemikiran yang menjadi asas kepada corak kepimpinan
yang mahu dipulihkan itu. Secara umumnya aliran-aliran tersebut biasa
dikenali sebagai aliran tradisional, aliran moden dan aliran reformasi.
Aliran tradisional bersikap konservatif dan mempertahankan yang lama.
Bagi aliran ini sejarah adalah sumber aspirasi dan perlu dipertahankan.
Kerana itu mereka bersikap negatif terhadap pembaharuan dan
perubahan. Pada pandangan mereka ini kepimpinan Islam perlu berkait
rapat dengan tradisi dan tidak boleh menyerap nilai-nilai baru yang
dikatakan banyak dipengaruhi oleh Barat.
Aliran moden banyak dipengaruhi oleh kebudayaan dan pemikiran Barat
moden. Antara nilai yang menjadi asas kepada kepimpinan corak ini ialah
penolakan terhadap soal-soal emosi, kekudusan dan tindakan yang tidak
rasional.
Sementara aliran reformasi pula menekankan perkembalian kepada ajaran
Islam yang murni bagi membersihkan kepimpinan Islam daripada
pemalsuan dan penyelewengan. Dari segi ini ia mempunyai banyak
persamaan dengan aliran tradisional. Bagaimanapun, aliran ini berkait erat
dengan ijtihad baru. Dalam konteks ini ia berbeza daripada aliran
tradisional.
Sehingga abad ke 19 kepimpinan Islam di Malaysia lebih bercorak tradisi.
Aliran ini terus memainkan peranannya sehingga ke abad 20 melalui para
ulama yang gigih menyambung tradisi sebelumnya. la berasaskan kepada
pemikiran tradisional yang disebarkan di pusat-pusat pengajian agama
(pondok) yang berserakan di seluruh Malaysia.16 Kepimpinan corak ini
menekankan nilai-nilai tradisi yang tersimpul dalam konsep fardhu ain, iaitu
pembinaan peribadi muslim berasaskan akidah, fiqh, akhlak dan tasawuf.
Dalam melalui proses perkembangan seterusnya aliran kepimpinan
tradisional ini pernah mengalami pembaharuan. la terutama sekali
dihasilkan oleh gerakan-gerakan dakwah, seperti Gerakan Jamaah Tabligh
dan Pertubuhan al-Arqam. 8erbeza dengan kepimpinan tradisional
konservatif sebelumnya, gerakan tradisional baru ini memberi tumpuan
yang agak serius kepada soal-soal pembinaan masyarakat Islam. Mereka
memberi tumpuan yang banyak kepada soal-soal pendidikan, sosial,
ekonomi dan malah politik.
Corak kepimpinan modermis pula lahir pada akhir abad ke Sembilan belas
apabila pertubuhan-pertubuhan Islam lahir di Tanah Melayu. Secara
umumnya kepimpinan corak ini merupakan reaksi terhadap proses
modernisasi yang dilaksanakan oleh penjajah barat di Tanah Melayu pada
waktu itu.
Kepimpinan corak ini lahir dalam bentuk pertubuhan-pertubuhan seperti
pertubuhan-pertubuhan sosial dan pertubuhan-pertubuhan politik. Antara
pertubuhan-pertubuhan sosial yang berpengaruh ialah gerakan sosial
moden yang didokong atau dilindungi oleh kerajaan Inggeris. Selain
daripada itu ialah pertubuhan bahasa dan sastera, persatuan guru dan
persatuan pelajar.
Dalam politik, kepimpinan bercorak modernis ini berkait rapat dengan
faham kebangsaan atau nasionalisme.19 Di Malaysia, nasionalisme dapat
dibahagikan kepada dua iaitu konservatif dan radikal.
Di antara organisasi politik awal yang bercorak nasionalisme konservatif
ialah pertubuhan Melayu Bersatu (UMNO) 1946. Sifat konservatif UMNO
bukan hanya sekadar mempertahankan tradisi kebangsaan Melayu, tetapi
juga mempertahankan tradisi kerjasama dengan pihak penjajah. Kerana
corak kepimpinan yang konservatif inilah penjajah Inggeris bersetuju
mengadakan perbincangan dengan UMNO yang kemudiannya
menghasilkan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1948.20 Berasaskan corak kepimpinan seperti itulah juga UMNO menang
mutlak dalam pilihanraya umum 1955.
Sementara yang bercorak nasionalisme radikal pula ialah seperti Kesatuan
Melayu Muda (KMM) (1937).21 Kerana coraknya yang radikal ini ia telah
dihapuskan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1941 dengan menangkap
para pemimpinnya. Nasib yang sama dialami oleh pertubuhan- pertubuhan
radikal yang lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Melayu (PKMM) (1945),
Angkatan Pemuda Insaf (API) (1946) dan Parti Rakyat Malaya (PRM)
(1955).
Kepimpinan bercorak reformasi atau Islah pula tumbuh dan berkembang
melalui tokoh-tokoh agama yang menerima perkembangan baru dalam
pemikiran Islam. Antara mereka ialah Syekh Muhamad Tahir Jalaluddin
(1869-1956), Syed Syekh al-Hadi, Tok Khurasan (1875-1944), Haji Wan
Musa bin Abdul Samad (1895-1957) dan ramai lagi.22 Kepimpinan
bercorak ini dikembangkan melalui penulisan, seperti Majalah al-Imam23
(1906-1908), al-Ikhwan (1926), Saudara (1928) dan Pengurusan (1918-
sekarang).24 la juga dikembangkan melalui madrasah-madrasah atau
sekolah-sekolah agama yang mengajar ilmu-ilmu agama dan menawarkan
juga ilmu-ilmu semasa.
Kepimpinan bercorak ini kemudiannya berkembang melalui parti- parti
politik Islam yang ditubuhkan. Paling awal ialah Hizbul Muslimin (HAMIM)
yang ditubuhkan pada 1948 oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Bagaimanapun
parti ini dibubarkan apabila tokoh-tokoh utamanya ditangkap di bawah
perintah darurat 1948.
Pada tahun 1951 sayap agama dalam UMNO menubuhkan Persatuan
Ulama Malaya yang kemudiannya berubah menjadi Persatuan Islam se
Tanah Melayu (PAS) yang benar-benar terpisah daripada UMNO.27
Antara tokoh-tokoh utama yang pernah memimpin parti ini ialah Dr
Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Zulkifli Muhammad dan Dato' Muhammad
Asri Haji Muda. Bagaimanapun, berbanding dengan UMNO parti ini kurang
berjaya dalam perjuangan politiknya.
Selain politik, kepimpinan bercorak reformasi ini juga terbentuk dalam
gerakan dakwah dan pertubuhan-pertubuhan pelajar. Antaranya ialah
gerakan al-Imam yang ditubuhkan pada 1928.28 Persatuan Mahasiswa
Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang ditubuhkan pada 1956, Persatuan
Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) (1965), Pertubuhan
al-Rahmaniyah (1963) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1971).
Penutup
Nyatalah daripada huraian di atas bahawa kepimpinan Islam di Malaysia
telah mengalami sejarah perkembangan yang tersendiri. Perkembangan ini
tentu sekali didorong oleh berbagai-bagai faktor samada yang bersifat
tempatan atau antara bangsa.
Apa yang penting disebut disini ialah kepimpinan yang berbagai corak ini di
Malaysia sekarang secara umumnya bertelingkah antara satu sama lain.
Adalah suatu kenyataan yang tepat apabila dikatakan bahawa krisis yang
dihadapi oleh umat Islam di Malaysia sekarang bukan berpunca daripada
penerimaan atau penolakan terhadap Islam sebagai dasar hidup, tetapi
lebih kepada krisis kepimpinan.
Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam yang insaf di Malaysia
sekarang untuk mencari jalan kearah persefahaman diantara corak-corak
kepimpinan yang ada ini.

MILIKI KUALITI DIRI

Bergerak menuju ke alam kerjaya bukanlah sesenang ‘menelan liur


yang sudah ada di kerongkong’, tetapi setiap pekerja perlu
mempersiapkan diri secukupnya untuk mengelakkan sebarang
pengaruh negatif mempengaruhi cara bertindak para pekerja.
Memang tidak dinafikan, sebagai seorang pekerja sudah tentunya
nilai kebebasan adalah satu-satunya nilai yang paling dikehendaki.
Namun para pekerja perlu ingat bahawa kebebasan bukanlah bererti
mendapat peluang untuk berbuat apa sahaja.

Sebaliknya kebebasan itu adalah suatu tahap yang sepatutnya


digunakan oleh para pekerja untuk merangka dan menyusun
pertimbangan-pertimbangan dan tindakan, terutamanya pekerjaan
yang sepatutnya dilakukan dalam usia yang masih muda.
Kebebasan itu sudah semestinya bukan bermaksud pekerja boleh
‘melepak’. Kebebasan itu sebenarnya adalah masa yang
diperuntukkan kepada pekerja berfikir secara rasional dan bertindak
dengan matang untuk memperolehi kecemerlangan awal yang
mungkin mengatasi pencapaian orang yang sudah lama bekerja.

Adalah satu kerugian besar jika para pekerja tidak dapat membina
diri, yakni syahsiah dan jasmani yang sempurna pada masa awal
kerjaya ini. Sebagai bantuan kepada para pekerja dalam meneroka
jalan ke arah mencapai kejayaan dalam hidup, maka setiap para
pekerja perlu memiliki nilai kualiti diri. Mental dan jasmani iaitu,
kualiti ilmu, kualiti susila, kualiti fikir, kualiti kerja dan kualiti
kepimpinan.

A: Kualiti Ilmu

Setiap pekerja perlu memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan


luas. Para pekerja mestilah sentiasa cuba untuk menambahkan
pengetahuan dan pengalaman tentang apa sahaja perkara sebagai
persediaan kerjaya. Pekerja perlulah menanamkan cita-cita menjadi
pemimpin yang berguna dan cemerlang. Untuk mencapai
kecemerlangan dan kejayaan ini sudah tentulah penilaian-penilaian
yang bersifat pemilikan kualiti ilmu menjadi pertimbangan yang
besar.

Gabungan ilmu pengetahuan-pengalaman akan menjadikan pekerja


sebagai satu kelompok masyarakat yang memiliki kualiti kemahiran
yang tinggi. Dengan pemilikan kemahiran yang tinggi inilah pekerja
akan merasakan dirinya amat berguna kepada masyarakat dan
negara. Cara memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas,
diantaranya:
• Pertama, para pekerja perlu meyakini dengan berada di tempat
kerja, dan jangan ponteng atau ? tuang kerja? sesuka hati.
• Kedua, sentiasa mepertingkatkan kemahiran kerja
• Ketiga, menanamkan sikap kritis dan aktif dalam suasana kerja.
• Keempat, menghidupkan sikap bersaing untuk mencapai
kecemerlangan dalam kerjaya.
Setiap apa yang dilihat, yang didengar, yang dibaca, yang ditonton
dan seumpamanya, dipertimbangkan secara kritis dan rasional
seterusnya menerima yang baik dan membuang yang buruk. Sentiasa
berkerja membina kemahiran dan kecekapan. Dengan memiliki
semua ini pekerja akan meletakkan dirinya sebagai insan berkualiti
ilmu yang terbaik.

B: Kualiti Susila

Setiap pekerja perlu memiliki akhlak yang sempurna, budi yang


mulia dan sikap yang toleran. Para pekerja perlu melatih diri dan
berusaha membentuk diri yang dinamis dalam erti sentiasa
melakukan perkara-perkara yang baik dan cuba mengelakkan dari
berbuat sesuatu yang bersalahan dengan hukum agama, bertentangan
dengan peraturan dan undang-undang negara, serta tidak bersesuaian
dengan adat dan etika hidup, khususnya di negara kita.

Para pekerja mestilah meletakkan diri sebagai insan yang mampu


meneruskan cita-cita dan kehendak keluarga dan masyarakat. Sikap
seperti sayangkan diri sendiri, menghormati ibu bapa dan keluarga,
menyayangi masyarakat dan cintakan negara serta menyanjung
kemuliaan agama perlulah ditanam dan disuburkan berterusan.
Dengan memiliki kualiti susila - berbudi bahasa dan berakhlak mulia
- sajalah kedudukan pekerja di sudut pandangan masyarakat akan
lebih terhormat. Bukannya susah untuk pekerja memiliki kualiti
susila yang tinggi dan mulia.

• Pertama, sentiasa cuba memperbaiki diri untuk berada di satu


tahap keinsanan yang terbaik iaitu sabar, yakin, bertakwa dan
patuh kepada ajaran agama.
• Kedua, sentiasa membuat pertimbangan di antara perangai dan
kelakuan yang buruk dengan yang baik.
• Ketiga, meletakkan masa depan itu adalah lebih penting daripada
keseronokan hari ini.

C: Kualiti Fikir

Setiap pekerja perlu menyuburkan kemampuan berfikir pada setiap


masa. Dengan memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang
luas, kualiti susila yang terpelihara, sudah tentunya para pekerja
dapat menghidupkan suasana berfikir secara rasional, matang dan
berpandangan jauh.

Sesuatu kerja yang hendak dilakukan dibuat pertimbangan. Setiap


perbuatan yang hendak dikerjakan dipertimbangkan kesan baik dan
buruknya.

Sebelum memulakan langkah untuk bergerak, difikirkan cara-cara


terbaik untuknya dan difikirkan apakah manfaat yang diperolehi
daripadanya.

Dengan kata lain, kualiti fikir ialah satu proses di mana para pekerja
membiasakan diri dengan mengesan kelemahan dan kebaikan,
kelebihan dan keburukan, keuntungan dan kerugian.

Caranya amat mudah, sebelum bertindak maka fikirkanlah? Apakah


yang akan aku perolehi daripadanya?

d: Kualiti Kerja

Setiap pekerja perlu aktif, dinamik dan progresif. Sikap berusaha dan
bekerja keras dalam memperolehi kejayaan adalah amat penting.
Para pekerja perlulah meletakkan dirinya sebagai suatu kelompok
masyarakat yang memiliki daya saing yang tinggi, daya tahan yang
tinggi, serta kekuatan mental dan fizikal yang lebih baik berbanding
orang yang telah meningkat usia.

Untuk itu para pekerja mestilah mempercayai diri sendiri dengan


meyakini bahawa berbuat kerja yang lebih bermanfaat itu adalah
lebih banyak untungnya daripada melepaskan tenaga ke dinding-
dinding pasar raya atau ke butang-butang mesin permainan video.

Adalah lebih baik belajar berniaga dan membantu ahli keluarga.


Suatu kerja yang dilakukan dengan minat, keinginan dan cita-cita
akan membawa keuntungan bermanafaat.

e: Kualiti kePimpinan
Setiap pekerja perlu meletakkan dirinya sebagai manusia. Manusia
dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Dengan
ertinya sebagai Pemimpin dan Pengurus yang bertanggungjawab
mentadbir, mengendali dan memajukan bumi Allah ini dengan
sebaiknya.

Untuk itu, para pekerja perlu melatih diri menjadi pemimpin seawal
berada di dalam dunia. Di tempat kerja para pekerja boleh
melatihkan diri menjadi pemimpin dengan menawarkan diri menjadi
ketua pada setiap aktiviti yang diadakan.

Dengan latihan menjadi pemimpin inilah para pekerja akan dapat


membina keyakinan dan ketelusan diri sebagai persiapan menyahut
cabaran masa depan.

Untuk itu, para pekerja perlu sedar bahawa dunia pekerja itu
bukanlah satu pentas untuk bebas seperti seekor katak yang baru
keluar dari tempurungnya. Tetapi satu era untuk pekerja membina
diri dan kualiti diri agar dapat membina semangat waja yang sejati
dengan gemilang dan terhormat.

Sila rujuk artikel ini bersama:


http://shuhmy.multiply.com/journal/item/256/KEPIMPINAN_ISLAM

SOALAN TUGASAN SECARA BERKUMPULAN :


• Huraikan tiga peringkat tahap pengurusan dalam sesebuah
organisasi dan tunjukkan perbezaan yang terdapat di antara
tahap-tahap pengurusan tersebut?
• Pengurusan bukanlah tanggungjawab seseorang Pengurus
Besar atau Pengarah semata-mata tetapi juga
tanggungjawab pentadbir bahagian. Dalam konteks ini,
huraikan empat fungsi pengurusan yang perlu
dilaksanakan.
• Terangkan maksud organisasi? Pada pandangan anda
apakah kebaikan Carta Organisasi di sesebuah Jabatan?
• Gaya Kepimpinan adalah merujuk kepada cara seseorang
pemimpin mempengaruhi pekerjanya. Huraikan tiga bentuk
gaya kepimpinan yang biasa digunakan?
• Kuasa sering dikaitkan dengan pemimpin. Huraikan 5 jenis
kuasa yang perlu ada pada seorang pemimpin bagi
memimpin kakitangan bawahannya?
• Henry Mintzberg dalam bukunya, The Manager’s job,
menjelaskan peranan Pengurus dibahagikan kepada tiga
bahagian. Huraikan ketiga-tiga peranan itu?

Khalifah Umar bin Abdul Aziz


Khalifah Umar bin Abdul Aziz dilantik sebagai Khalifah
menggantikan Sulaiman bin Abdul Malik dalam
keadaan yang beliau sendiri tidak suka akan
pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan
supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan
sembahyang.
Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke
masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau
bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau
mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat
kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau berkata:
"Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk
memegang tugas ini tanpa meminta pandangan
daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga
permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan
bersama dengan umat Islam. Sekarang aku
membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku
dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda”.
Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: “Kami telah
memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga
reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah
kami dengan kebaikan dan keberkatan”.
Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya
bertakwa, jangan terlalu mencintai kekayaan dunia
dan mendorong mereka supaya lebih mencintai
akhirat. Kemudian beliau berkata pula kepada mereka:
"Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat
kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak
taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh
sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah
kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di
dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat
kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku".
Setelah itu beliau turun dari mimbar.
Dalam satu peristiwa Khalifah Umar bin Abdul Aziz,
sewaktu sedang bekerja di rumahnya dia didatangi
puteranya untuk membincangkan sesuatu hal yang
berhubung dengan urusan keluarga. Khalifah Umar
lantas memadamkan lampu yang terletak di meja
yang menerangi bilik kerjanya itu.
Puteranya hairan melihat sikap ayahnya itu lalu
bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?". Jawab
Umar: “Lampu yang digunakan adalah untuk bekerja
dan ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan
itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan,
sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan
dengan ayahanda adalah perkara keluarga."
Lantas baginda meminta pembantunya membawa
lampu dari bilik dalam. "Sekarang lampu yang baru
kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita,
minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri."
Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang
pemimpin berkaliber yang berjiwa besar.
Satu lagi peristiwa lain pula, Khalifah Umar pulang ke
rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya.
Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-
tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan
beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17,
kemudian anak beliau berkata: "Apakah yang kamu
ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?"
Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin
menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa
terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik berkata: "Kamu
ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu
mengembalikan barang-barang yang diambil secara
zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul
Mukminin?"
Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah
berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan
yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman,
nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan
sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan
Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang
yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya."
Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang
dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup
sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?"
Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu
beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau
berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan
seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh
membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah
itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang
ramai dengan berkata: "Sesiapa yang barang-barang
mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan."
Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang
diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"

Pemimpin Yang Adil


Artist: Hijjaz
Album: Damai

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki


Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah


Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya


Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah


Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini


Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya


Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati


Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini

Ya Allah, kurniakan kami pemimpin yang melaksanakan


seluruh perintahMu. Pemimpin yang menegakkan syariatMu.
Pemimpin yang mengamal Sunnah RasulMu. Pemimpin yang
amanah dalam tanggungjawab yang diberikan oleh rakyatnya.
Pemimpin yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai
rujukan utama.
Ya Allah. Bantulah kami dalam perjuangan ini. Permudahkan
urusan kami.
Amin..

Tags: ptk
Prev: CARA MENGAWAL STRESS
Next: PENGURUSAN PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM
reply share

Sponsored Links

Baby Bottle Hi-Def Video -


Organizers OPEN Upgrade to Multiply
FOR RESELLERS Premium

Email: * Your photos & videos


info@functionale.biz for as large as possible for
orders & queries. all your friends and
REASONABLE family * Your video in
RESELLER'S PRICE! HD (up to 1080p) *
OTHER ORGANIZERS Automated backup and
ARE AVAILABLE. permanent storage *
Ad-free browsing..
Chronological

4 Comments
reply
shuhmy wrote on Dec 29, '07
reply
shuhmy wrote on Dec 29, '07

reply
mat4nira wrote on Dec 29, '07
Best nie....pakcik kasi le tips utk team work nie....tq

reply
shuhmy wrote on Mar 5, '10
ETIKA KEPIMPINAN

TANGGUNGJAWAB
" Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, setia
dengan penuh minat, disiplin dan dedikasi.
" Sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan
tidak mementingkan diri sendiri.
" Sentiasa berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan
organisasi.
" Membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat
keputusan dan tegas dalam melaksanakannya.

SIKAP
" Sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan
berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
" Sentiasa bersikap positif dan bertanggungjawab.
" Mempunyai fikiran yang terbuka dan sedia menerima teguran
dari semua pihak untuk faedah organisasi dan negara.
" Mengambil berat tentang masalah yang dihadapi rakan sejawat,
baik pihak atasan mahupun rakan sejawat dibawahnya.

PERAWAKAN DAN PERIBADI


" Mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekeri dan perawakan
yang baik.
" Sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi masalah dan
cabaran.
" Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan.
" Menjaga hubungan baik bagi setiap golongan masyrakat.
audio reply video reply
Add a Comment
Top of Form
U2FsdGVkX1-p1E reply 1

reply

1484:U2FsdGVkX
F
o Add a comment to this blog entry, for everyone
r
: Send shuhmy a personal message

S
u
b
j Re: KEPIMPINA
e
c
t
:

Quote original message

Submit Preview & Spell Check

submitted

Bottom of Form

© 2010 Multiply · English · About · Blog · Terms · Privacy · Corporate · Advertise · Translate · API · Contact · Help

Anda mungkin juga menyukai