Anda di halaman 1dari 21

HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

PENGENALAN

Budi bahasa dan nilai-nilai murni adalah sesuatu yang amat perlu dalam

kehidupan manusia. Budi bahasa dan nilai-nilai murni ini perlu diperkenalkan

sejak di bangku sekolah lagi. Jika dilihat fenomena pada hari ini, kelunturan budi

bahasa dan nilai-nilai murni begitu ketara sekali. Fenomena ’murid buli murid’

dan ’murid pukul guru’ adalah petunjuk kepada fenomena tersebut. Setiap warga

sekolah perlulah menjadikan budi bahasa dan nilai-nilai murni sebagai budaya

atau ’trade mark’ sekolah mereka. Dalam melaksanakan budi bahasa dan nilai-

nilai murni di sekolah, imej diri yang positif dalam cara berfikir dan bertindak,

melahirkan perasaan dan pertuturan yang menunjukkan kemurnian budi bahasa

dan nilai-nilai murni. Setiap warga sekolah hendaklah berusaha untuk melahirkan

sekolah berwatakkan budi bahasa dan nilai-nilai murni. Budi bahasa dan nilai-

nilai murni yang dijelmakan di sekolah akan memberi manfaat dan faedah

kepada semua pihak. Dalam menentukan kecapaian misi dan visi sesebuah

sekolah, budi bahasa dan nilai-nilai murni seharusnya menjadi asas dan

tunjangnya. Berbagai program dan aktiviti boleh dirancang untuk menjadikan

budi bahasa dan nilai-nilai murni berakar umbi dan menjadi budaya di sekolah.

Kempen-kempen, seminar, kem-kem boleh diberi imej dan pengolahan baru

dalam menjayakan hasrat melahirkan pelajar yang berbudi bahasa dan hidup

berdasarkan nilai-nilai murni yang diterap. Disamping itu juga, sokongan dan

dokongan yang kuat seluruh warga sekolah akan mempercepatkan usaha-usaha

murni yang diidamkan dan dicita-citakan ini.


HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

A) KONSEP DAN PENJELASAN 17 NILAI MURNI

KONSEP

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, budi ditakrifkan sebagai


kebajikan, bahasa sebagai sistem lambang yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.
Menurut Dato Dr Hassan Ahmad berkenaan dengan budi mengatakan
bahawa “Makna perkataan budi ini luas, tidak terhad pada makna yang berkaitan
dengan tingkah laku atau pekerti manusia sahaja, tetapi mencakup seluruh
aspek tindakan, perbuatan dan pemikiran manusia yang melahirkan,
mengaturkan dan menentukan peradaban atau tamadun manusia. Istilah lain
yang boleh kita samakan maknanya dengan perkataan budi adalah adab atau
budaya”.
Menurut Clyde Kluckhohn, nilai adalah suatu standard yang agak
berkekalan dari segi masa, atau dalam pengertian yang luas, suatu standard
yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Beliau juga menaktifkan nilai sebagai
satu `preference', iaitu sesuatu yang lebih disukai, baik mengenai hubungan
sosial, mahupun mengenai matlamat-matlamat serta ikhtiar untuk mencapainya.
Nilai murni pula dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik,
peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama
manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:
"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati
dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni
sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi
tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi
baik dan berakhlak mulia". (Wan Mohd. Zahid, 1988)
Budi bahasa dan nilai-nilai murni boleh disimpulkan sebagai budi pekerti,
tingkahlaku, perangai atau perlakuan yang diamalkan seseorang semasa
berinteraksi dengan orang lain berdasarkan neraca atau nilai baik yang
disepakati bersama. Budi bahasa juga menunjukkan kejernihan fikiran,
ketinggian akhlak dan akal budi seseorang atau sesuatu bangsa. Secara
HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar
dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara
rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir
1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian
Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana
menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-
guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari
segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani. Di Malaysia dewasa ini isu-
isu penerapan nilai murni semakin ketara dan menonjol. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara
komprehensif dimana:
" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran
dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum,
formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan
digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan
penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan."
HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

PENJELASAN NILAI MURNI


Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat
Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan
adalah nilai-nilai sejagat yang dituntu oleh agama, kepercayaan , adat resam dan
kebudayaan. Antara nilai-nilai murni yang universal tersebut adalah seperti
berikut:

a) Baik Hati
Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain
secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk
orang lain. Ini meliputi kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri
dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus
ikhlas.

Kata-Kata Kunci

o Aspek belas kasihan


o Bertimbang rasa
o Murah hati
o Saling faham memahami
o Sedia memaafkan

b) Tanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakantugas serta
kewajipan dengan sempurna terhadap keluarga dan masyarakat. Kewajipan
yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk
melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.
Kesanggupan memikul serta melaksanakan tugas dan kewajipan dengan
sempurna sebagai anggota masyarakat serta bersedia menjaga maruah agama
bangsa dan negara.
Kata-Kata Kunci
• Kesanggupan memikul tugas
• melaksanakan tugas / kewajipan
HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

c) Kejujuran
Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab, bercakap benar dan menepati
janji, cermat dan berhemat dalam membuat keputusan serta bertindak
berasaskan profesionalisme. Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas dan
sanggup menerima teguran serta nasihat.
Kata-Kata Kunci
• Jujur pada diri dan ikhlas
• melaksanakan tugas / kewajipan dengan berhemah

d) Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada


orang lain. Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian:

Kata-Kata Kunci

o Bertanggungjawab
o Berupaya bertindak sendiri
o Jaya diri dan yakin pada diri sendiri.

e) Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada
dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri
dan orang lain serta menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan
tugasan.
Kata-Kata Kunci
- Tidak keterlaluan dalam pemikiran /pertuturan / perlakuan
- Tidak mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

f) Kerajinan
HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

Sanggup berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai


kesempurnaan dalam tugasan yang diberi dan hidupan yang dujalani. Sentiasa
berusaha untuk mempelajari atau menerokai pengetahuan dan kamahiran baru
yang berkaitan untuk memperbaiki taraf hidup serta terus berusaha dengan gigih
bagi memastikan kerja yang dihasilkan adalah memuaskan sehingga ketahap
yang lebih tinggi.
Kata-Kata Kunci
- Berusaha dengan bersungguh-sungguh
- Sentiasa mahukan yang terbaik

g) Kebersihan Fizikal dan Mental


Sentiasa mengamalkan kebersihan rohaniah iaitu hati dalam menjalankan
tugasan harian. Kebersihan lahiriah iaitu fizikal luaran seperti pakaian, bangunan
dan alam sekitar juga dijaga dan dijadikan sebagai satu cara hidup. Selain itu
sentiasa memastikan pemilikan harta dan perjalanan tugasan dalam keadaan
yang bersih dari unsur-unsur yang haram. Dalam membuat keputusan tidak
dipengaruhi oleh hawa nafsu dan emosi malah sentiasa bertindak mengikut
kerasionalan serta relevan agar hasilnya menampakkan keadilan serta telus.
Kata-Kata Kunci
- Mengamalkan kebersihan dari segi rohaniah dan jasmaniah
- Adil dan saksama

h) Patuh Pada Arahan Agama


Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala
suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara.
Kata-Kata Kunci
- Menepati masa
- Menunaikan apa yang telah dijanji

i) Bekerjasama
HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat
individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat
seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan
perpaduan. Mengelakkan konflik atau pertembungan kepentingan berdasarkan
peribadi mengorbankan kepentingan diri yang yang bercanggah dengan
kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.
Kata-Kata Kunci
- Gotong royong
- Toleransi
- Perpaduan

j) Hemah Tinggi
Sentiasa bermanis muka dengan orang lain. Bertimbang rasa dan bertolak ansur
dalam segala hal serta menghormati sesama insan dan sentiasa memulakan
pertanyaan dengan tujuan untuk menolong.
Kata-Kata Kunci
- Gotong royong
- Toleransi
- Perpaduan

k) Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan
kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih, mengenang budi dan
penghargaan. Selain itu, perkhidmatan yang diberi dianggap sebagai ibadah dan
tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat dan tidak membazirkan
perbelanjaan untuk perkara sia-sia.
Kata-Kata Kunci
- Berterima kasih
- Merendah diri / tidak bongkak atau sombong

l) Semangat Bermasyarakat
HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan


keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka
kepada isu-isu sosial dalam masyarakat. Kesediaan melakukan sesuatu dengan
semangat kekitaan untuk kepentingan bersama demi keharmonian hidup
bermasyarakat. ’Muafakat Membawa Berkat” merupakan slogan yang harus
dipegang oleh setiap rakyat malysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Kata-Kata Kunci
- Bermuafakat
- Kejiranan
- Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat

m) Hormat
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Kata-Kata Kunci
-bertolak ansur
-sabar
-mengawal diri
-mengelakkan pertelingkahan / perselisihan

n) Keadilan
Perasaan bertimbang rasa dan adil adalah sebahagian daripada sikap terpuji
tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum.
Kata-Kata Kunci
- Tidak pilih kasih

o) Kebebasan Disisi Undang


Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan
negara melebihi kepentingan diri. Pengalaman berterusan berbudi bahasa dan
nilai-nilai murni membawa kesepaduan dalam masyarakat . Kedamaian dan
HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

perpaduan yang berkekalan dan berterusan dapat menjamin kesejahteraan di


kalangan rakyat Malaysia serta masyarakat global.
Kata-Kata Kunci
- Tolong menolong
- Salin g menghormati

p) Keberanian
Berani menghadapi cabaran serta menganbil risiko dalam mencuba sesuatu
pembaharuan. Selain itu berani menghadapi atau menegakkan kebenaran
sesuatu perkara.
Kata-Kata Kunci
• Berani mencuba
• Berani kerana benar

q) Rasional.
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil
tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
Kata-Kata Kunci
-Boleh berfikir
-mengambil tindakan yang wajar/bertindak wajar.

r) Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir
daripada hati yang ikhlas tanpa sebarang unsur kepentingan diri. Perasaan
curiga/syak wasangka tidak akan mudah wujud dalam setiap individu yang
mempunyai cinta nilai sayang, cinta dan niali-nilai murni yang lain.
Kata-Kata Kunci
-Kepekaan mendalam
-cinta berkekalan

ANALISIS KEKERAPAN NILAI BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 2


A. Jadual Analisis Mengikut Nilai Murni dan Contoh Ayat
BIL TOPIK CONTOH NILAI MURNI CONTOH AYAT
(JILID 1)
1. Kerajinan Kebersihan fizikal dan mental
HBME 1203PENDIDIKAN
Kebersihan fizikal dan mentalMORAL TAHUN
Sekolah SATU 2010
saya bersih.
Berdikari -Petikan m/s 12
Kerjasama Hormat
DUNIA KAMI
Hemah tinggi Saya ada banyak kawan.
Semangat bermasyarakat -Petikan m/s 12
Hormat
Patuh pada arahan agama
2. Kebersihan fizikal dan mental Kesyukuran
Berdikari Kami tidak akan melupakan jasamu
Hemah tinggi -Petikan m/s 21
Kesyukuran Semangat bermasyarakat
KELUARGA
CERIA
Semangat bermasyarakat Seisi keluarga dan kawan-kawan
Hormat menyambutnya bersama-sama.
Keadilan -Petikan m/s 20
Kebebasan disisi undang
Patuh pada arahan agama
3. Kerajinan Kerajinan
Berdikari Jika mereka tidak faham, mereka akan
Kerjasama bertanya kepada guru
KAMI MURID Hemah tinggi -Petikan m/s 36
CEMERLANG Kesyukuran Hemah tinggi
Semangat bermasyarakat Guru sangat suka dengan sikap mereka
Hormat -Petikan m/s 36

4. Kesyukuran
Kami bertuah dapat melihat penyu
DESTINASI Kebersihan fizikal dan mental bertelur
PERLANCONGA Kersyukuran -Petikan m/s 43
N Kebersihan Fizikal dan Mental
Pantainya bersih.
-Petikan m/s 47
5. Keberanian Kesyukuran
Kebersihan fizikal dan mental Sungai ini akan kotor jika tidak
Kerjasama menjaganya.
Kesyukuran -Petikan m/s 57
Semangat bermasyarakat Semangat Bermasyarakat
CINTAI ALAM
SEKITAR
Kasih sayang Sekarang mari kita bersama-sama
membersihkannya.
-Petikan m/s 57

BIL TOPIK CONTOH NILAI MURNI CONTOH AYAT


(JILID 2)
6. Kebersihan fizikal dan mental
Kebersihan fizikal dan mental Kita perlu menjaga kebersihan
Hemah tinggi makanan setiap masa
MAKANAN
Kesyukuran -Petikan m/s 7
UNTUK
KESIHATAN Hemah tinggi
Basuhlah tangan sebelum dan selepas
makan.
-Petikan m/s 7
7. Kerajinan Kerajinan
Kejujuran Sang Merbah sedang bertungku-lumus
Berdikari membuat sarangnya
Hemah tinggi -Petikan m/s 18
HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

m/s ni selitkan jadual dari micsoft excel- Nilai

Jadual Ringkasan Analisis


Analisis Nilai
HBME 1203PENDIDIKANKeterangan Secara
MORAL TAHUN Ringkas
SATU 2010

Peratusan bagi nilai murni bersyukur paling tinggi


Peratus yang terdapat di dalam buku teks Bahasa Melayu
Tahun 2 tersebut.

41.2%
5.9%
Peratusan yang terendah terdapat 4nilai iaitu baik
hati,kejujuran,kesederhanaan dan rasional dengan
hanya 5.9% sahaja masing-masing.

Nilai Nilai tertinggi yang terdapat dalam buku teks Bahasa


Maksimu 7 Melayu Tahun 2 itu ialah bersyukur berbanding nilai-
m nilai murni yang lain.
Nilai Nilai terendah yang terdapat dalam buku teks Bahasa
Minimum 1 Melayu Tahun 2 itu ialah baik hati, kejuuran,
sederhanaan dan rasional.
Min Min mengikut Bilangan Min bilangan secara purata penggunaan nlai-nilai
Nilai Murni murni yang terdapat di buku teks Bahasa Melayu
Jumlah Kekerapan Tahun 2 tersebut.
___________________ • Skor Min paling tinggi 0.41
Bilangan nilai murni Nilai Murni Bersyukur

→› 60 ÷ 17 = 3.53

Min mengikut Bilangan Min secara purata penggunaan nlai-nilai murni yang
Topik terdapat di buku teks Bahasa Melayu Tahun 2
Jumlah Kekerapan tersebut.
___________________ • Skor Min paling tinggi 0.41
Bilangan nilai murni Nilai Murni Bersyukur

→› 62 ÷ 17 = 3.64

Mod Nilai yang paling kerap digunakan di dalam buku teks


7 ini ialah bersyukur.
HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

Carian nilai-nilai murni dari buku teks ini adalah melalui petikan-petikan
yang berbentuk karangan,dialog, pantun dan sajak. Melalui petikan-petikan ini
ada diterapkan 17 nilai-nilai murni tersebut. Kekerapan penggunaan setiap 17
nilai –nilai murni ini adalah jelas dapat dilihat seperti mana yang terpapar pada
carta pie dan jadual analisis yang telah di lampirkan . Analisis 17 nilai-nilai murni
itu telah diterjemahkan dalam bentuk peratusan,kekerapan maksimum dan
minimum, skor min serta mod. Keterangan terperinci analisis nilai-nilai murni
yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 2 tersebut adalah seperti
di bawah.

Penerangan Analisis
HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

A. Carta Pie Peratusan 17 Nilai-nilai Murni

Carta pie di atas menunjukkan pembahagian 17 Nilai-nilai Murni mengikut


peratusan tertentu. Dapatan peratusan setiap nilai tersebut adalah hasil dari
rujukan dan penilaian serta analisis yang di buat ke atas buku teks Bahasa
Melayu Jilid 1 dan 2 Tahun 2. Bagi nilai murni bersyukur adalah yang paling
kerap digunakan iaitu sebanyak 7 kali penggunaan bagi sepuluh topik yang
terdapat dalam buku teks tersebut. Dari sudut peratus pula ialah sebanyak
41.2% penguasaan nilai murni bersyukur in berbanding niali-nilai yang lain
seperti Gambarajah Pie di atas. Peratusan yang paling rendah ialah 5.9% iaitu
bagi nilai baik hati, kejujuran, sederhanaan dan rasional.

B. Nilai Maksimum dan Minimum


HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

Nilai Minimum Nilai Maksimum


BERSYUK
BAIK HATI 1 7
UR

KEJUJURAN 1

RASIONAL 1

SEDERHANAAN 1

Kekerapan penggunaan nilai bersyukur ini juga boleh di lihat dari segi
Nilai Maksimum dan Nilai Minimum. Didapati nilai tertingginya ialah 7 dimana
angka tertinggi bagi Nilai Murni Bersyukur. Hanya dua topik tidak diterapkan nilai
murni bersyukur ini iaitu pada topik ’Kita Pengguna Bijak’ dan’ Kami Anak
Malaysia’. (Rujuk Jadual Kekerapan ms. 12). Terdapat 4 Nilai murni paling
rendah penggunaan dan penerapannya iaitu baik hati, kejujuran, sederhanaan
dan rasional. Kekurangan penggunaan nila-nilai tersebut adalah kerana
kesesuaian penerapannya dengan topik-topik yang di sentuh.

C. Skor Min
Bagi dapatan skor min pula boleh di perolehi kepada 2 bentuk iaitu skor
min mengikut 17 nilai murni dan skor min mengikut Topik . Secara purata
penggunaan nilai murni paling tinggi adalah kesyukuran iaitu dengan skor
minnya 0.41. Skor min paling rendah ialah 0.05 iaitu melibatkan nilai murni baik
hati, , sederhanaan dan rasional.
Dadapatan skor min mengikut sub topik pula memperlihatkan
penggunaan nilai murni paling tinggi iaitu 0.58 dengan kekerapan 10 nilai murni
dalam satu topik. Topik yang terlibat ialah topik yang ke 7 iaitu ’Kisah dan
Teladan’. ( Rujuk lampiran Analisis Skor Min mengikut Topik di m/s 12). Skor
min paling rendah ialah 0.11 dimana hanya 2 penerapan nilai murni dalam satu
topik iaitu topik yang ke 9 dengan tajuk ’Flora dan Fauna’. Penerapan 2 nilai
murni tersebut ialah bersih dan bersyukur. ( Rujuk lampiran Analisis Skor Min
mengikut Topik di m/s 13). Secara keseluruhan penggunaan tiap nilai murni
bagi keseluruhan 10 topik tersebut ialah dengan kekerapan sebanyak 62 kali
HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

dengan skor minnya ialah 3.64. Jumlah ini tidak jauh beza dengan bilangan
keseluruhan nilai murni bagi setiap topik iaitu 60 kali dengan skor min
keseluruhan 3.53.

D. Mod
Mod ialah nilai yang paling tinggi yang dapat dilihat berdasarkan analisis yang
di perolehi. Nilai paling tinggi ialah 7 iaitu nilai murni bagi bersyukur. Taburan
nilai murni ini terdapat dalam semua topik kecuali topik akhir iaitu ’Kami Anak
Malaysia’.

Secara kesimpulannya, kesemua 17 nilai- nilai murni ada terdapat di dalam


buku Teks Tahun 2, namun taburan penerapannya adalah berbeza dari segi
bilangannya. Penerapan nilai-nilai murni ini adalah secara tidak langsung iaitu
ketika p&p berjalan dan menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan
elemen-elemen nilai murni ini kepada murid.

CANDANGAN UNTUK MEMPRAKTIKKAN 17 NILAI TERSEBUT KEPADA


SETIAP MURID DI SEKOLAH
HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

1) Perhimpunan Pagi

Melalui perhimpunan ini yang mengambil masa 5 hingga 10 minit,


guru atau murid sendiri berbincang tentang kepentingan budi bahasa,
akhlak mulia dan nilai-nilai murni samada di rumah mahupun di sekolah.
Dalam perhimpunan pagi ini, guru boleh menyelaraskan banyak perkara
dengan pelajar berkaitan pembinaan akhlak mulia. Pelajar akan berasa
dirinya dihargai dan disayangi apabila guru mengambil berat tentang
mereka. Slot ini boleh diambil pada perhimpunan hari Isnin atau
mengadakannya pada hari Jumaat sebagai Hari Pengurniaan Akhlak.

2) Kempen

Kempen Minggu Budi Bahasa, Sifar Buli, Datang Sekolah Dengan


Hormat Balik Sekolah Dengan Selamat, Sekolah Kita Rumah Kita, Kutip
Sehari Satu Sampah dan lain-lain lagi boleh dibuat untuk membina akhlak
pelajar. Kempen Memberi Salam dan Senyum juga boleh dijalankan
menjurus ke arah itu. Kempen ini perlu disusun dengan baik dan
terancang supaya dapat memberi kesan yang mendalam dalam
pembinaan akhlak mulia yang bertunjangkan budi bahasa dan nilai-nilai
murni. Kempen-kempen ini boleh dijalankan dalam bentuk pidato,
perbahasan, kuiz, berbalas pantun dan penulisan kreatif. Dalam
melaksanakan aktivit-aktiviti ini secara tidak langsung dapat menerapkan
nilai-nilai murni tersebut melalui perbincangan dan perkongsian idea
masing –masing.

3) Program Mentor-mantee
HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

Pelajar yang mempunyai akhlak mulia dan dihormati boleh dipilih


untuk menjadi mentor manakala yang kurang akhlaknya akan menjadi
manteenya. Mereka diberikan tugasan untuk membimbing rakan-rakan
supaya berlaku perubahan positif diri mereka. Semangat tolong-menolong
dan pesan memesan kepada kebaikan dan pemurnian akhlak akan
berlaku dan mantee akan menyayangi mentornya yang bersedia
memberikan bimbingan kepada mereka. Dalam setengah situasi, pelajar
lebih mudah menguasai lebih mudah berubah melalui rakan sebaya
berbanding dengan gurunya. Badan pengawas boleh dilibatkan dalam
program mentor-mantee ini.

4) Program Anak Kita

Ibubapa boleh dilibatkan sepenuhnya dalam merealisasikan hasrat


melahirkan pelajar berakhlak mulia. Ibubapa boleh dilibatkan dalam
perbincangan mengenai anak-anak mereka yang bermasalah. Ibubapa ini
boleh dikumpulkan bersama-sama untuk membantu pihak sekolah
menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh anak-anak mereka.
Mereka yang lebih kenal pelajar-pelajar ini dan sudah tentu boleh
berkongsi tips yang berfaedah untuk membina pelajar berakhlak mulia.
Perkongsian maklumat dan pengalaman antara ibu bapa dan guru akan
memudahkan usaha tersebut. Menurut Rita Sommers dan John
Sommers Flanagan dalam buku mereka Counseling and
Psychotheraphy Theories in Context and Practice, pembinaan sahsiah,
perwatakan, sikap atau keperibadian anak-anak bermula di rumah dan
berterusan pula di sekolah. Ini membuktikan ibu bapa tidak boleh sekali-
kali melepas tangan kepada pihak sekolah semata-mata untuk
membentuk akhlak dan tingkah laku anak-anak mereka. Tindakan awal di
rumah dalam menangani isu ini amat diharapkan.

5) Persekitaran sekolah
HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

Persekitaran sekolah yang kondusif akan mendorong kepada


penyempurnaan akhlak pelajar perlu dititiberatkan. Kata-kata, poster, banner dan
mural yang menekankan kebaikan budi bahasa, nilai murni dan kesan akhlak
yang mulia perlu diperbanyakkan. Untuk menghiasi sekolah dengan perkara di
atas, ibu bapa dan pelajar perlu dilibatkan. Ibubapa dan pelajar boleh menjadi
bapa angkat dan rakan angkat kepada sudut-sudut dan kawasan yang
meletakkan kata-kata, banner, poster dan mural tadi. Mereka boleh dilibatkan
untuk menjaga kebersihan dan keselamatannya. Perasaan milik bersama dan
bertanggungjawab menjaganya adalah antara akhlak yang mulia perlu disemai.
Secara tidak langsung juga pelajar akan terdorong dan mempraktikkan nilai-nilai
yang terkandung pada kata-kata, banner, poster dan mural tersebut.

PENUTUP
HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

Kesemua 17 nilai yang dipilih untuk disisipkan kedalam pendidikan adalah


nilai-nilai yang dapat menjadikan seseorang itu manusia yang dihormati dan
boleh memainkan peranan yang aktif dalam menjamin keharmonian dalam
masyarakatnya serta dapat menyumbang kearah pembangunan masyarakat.
Institusi pendidikan seperti sekolah adalah takungan yang penting untuk
memproses dan melahirkan pelajar berakhlak mulia yang menghayati nilai-nilai
murni dan berbudi bahasa. Tugas guru dalam menerapkan nilai murni tidak
semestinya bergantung 100% kepada kandungan kurikulum yang ditentukan
tetapi perlulan juga berdasarkan inisiatif mereka sendiri. Guru sebagai "role
model" perlulah menunjukkan dan menainkan peranan dalam menerapkan nilai
murni baik dari segi perbuatan, perlakuan maupun tuturkatanya. Guru harus
cekap dalam menyampaikan isi pelajaran disamping menerapkan nilai-nilai murni
dalam penyampaiannya. Begitu juga dalam memilih kaedah dan waktu
hendaklah bersesuaian. Selain guru, kejayaannya juga amat bergantung kepada
kerjasama kakitangan sekolah, pelajar dan ibu bapa. Jika empat unsur penting
ini digembeling secara mantap, kita akan mampu melahirkan generasi baru
pelajar. Usaha-usaha menjadikan budi bahasa, nilai-nilai murni dan akhlak ini
perlu ditumpukan supaya kebaikan yang terhasil darinya bukan mesti disuruh-
suruh tetapi dijadikan tabiat dan tercerna dalam kehidupannya. Kecemerlangan
dan kegemilangan sesuatu bangsa tidak akan tercapai jika bangsanya tidak
memiliki akhlak mulia, berbudi bahasa dan mempunyai nilai-nilai murni yang
boleh menjadi tempat berteduh orang lain. Budi bahasa dan akhlak mulia perlu
diperkayakan supaya ianya terus bersambung dari satu generasi ke generasi
yang lain.

BIBLIOGRAFI
HBME 1203PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010

http://moralskm.blogspot.com/2009/04/nilai-nilai-pendidikan-moral.html

http://www.scribd.com/doc/20530545/Senarai-Nilai-dan-Definisi-Nilai-Pendidikan-
Moral-Mengikut-Bab

http://pendidikanmoral.um.edu.my/uploads/rujukan/pendekatan%20pendidikan
%20moral.pdf

http://www.scribd.com/doc/2319274/NilaiNilai-Moral

http://sites.google.com/site/cikguhaling/moral

Mok song Sang, 1991. Pendidikan di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur.

Azizi Ahmad,2009. HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Open


Universiti Malysia.

Rahmad Sukor Ab. Samad . HBME1203 Pendidikan Moral:Tahun 1. Open Universiti


Malysia.

Abdul Jalil bin Othman, Faizul Mashura bt Ismail 2003. Bahasa Melayu Tahun 2,
Sekolah Kebangsaan, Buku Teks. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.