Anda di halaman 1dari 21

MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

KONSEP DAN
TUNTUTAN AL-
AL-
QURAN

Oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin


(M.B.Ch.B., Alexandria, Egypt)

Untuk Multaqa Institusi Tahfiz


Peringkat Kebangsaan 2009

Pada 3 – 4 Mac 2009

Di Yayasan Pahang

1
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

KONSEP DAN TUNTUTAN AL-QURAN

PENDAHULUAN

Umat hari ini berada di era yang amat mencabar. Era ini dipenuhi
dengan pelbagai ujian antaranya manusia yang berdakwah dari pintu
neraka. Hal ini dinyatakan nabi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
Imam Bukhari dan Muslim daripada Huzaifah bin Yaman yang berkata,
“Aku (Huzaifah) bertanya, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya kami
dahulunya berada dalam jahiliah dan kejahatan maka Allah
mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Apakah selepas ini akan
ada kejahatan?’ Nabi menjawab, ‘Ya’. Aku bertanya lagi, ‘Apakah
selepas kejahatan itu akan datang pula kebaikan?’ Nabi menjawab,
‘Ya, tetapi akan ada bersamanya dakhnun (asap).’ Aku bertanya lagi,
‘Apakah asap itu ya Rasulullah?’ Baginda bersabda, ‘Golongan yang
tidak lagi mengikut landasan sunnahku dan mereka tidak
menggunakan petunjuk yang aku bawa. Kamu akan mengenali dan
mengingkari mereka’. Aku seterusnya bertanya, ‘Apakah selepas
kebaikan ini akan ada pula kejahatan?’ Nabi bersabda, ‘Ya, akan
datang pendakwah-pendakwah di pintu neraka. Sesiapa yang
mengikut mereka akan dicampakkan ke dalamnya.”

As-Syeikh Said Hawa dalam Al-Madkhal Ila Dakwah Al-Ikhwan Al-


Muslimin mengaitkan hadis ini dengan zaman kita sekarang. Beliau
berkata, “Marhalah dakhnun atau ‘asap’ berterusan hingga ke zaman
kita hari ini dan era kita sekarang ialah era lahirnya pendakwah-
pendakwah di pintu neraka.” (Pengenalan Dakwah Ikhwan Muslimin,
Said Hawa; Puataka Salam, ms 67)

Untuk menangkis serangan ini kita perlu melahirkan pendakwah dan


pemimpin ‘dari pintu syurga’, yang mengajak dan membawa manusia
ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat. Untuk tujuan itu kita perlukan
acuan yang betul dan acuan itu tidak lain dan tidak bukan ialah AL-
QURAN disokong oleh as-Sunah.

AL-QURAN WAHYU DIPELIHARA ALLAH

Al-Quran berasal daripada kalimat qaraa yang bermaksud ‘bacaan’.


Mengikut Dr. Subhi Salih, al-Quran merupakan “Kalam Allah berbentuk
mukjizat yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan ditulis di

2
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

atas mashaf melalui riwayat yang mutawatir dan membacanya


merupakan ibadah”. (Al-Quran Dan Terjemahnya, Mujamma Al-Malik
Fahd Li Thiba’at Al-Mushhaf, Madinah, ms 15)

Kesucian al-Quran dipelihara oleh Allah dan jaminan ini telah


disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran yang bermaksud,
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah
yang memeliharanya.” (al-Hijr 15:9)

Al-Quran ditulis secara langsung dari nabi Muhammad dan manuskrip


yang asal ini dijadikan sebagai bahan rujukan untuk membukukan al-
Quran kemudiannya. Secara dasarnya, kesucian isi-isi Al-Quran
terpelihara melalui beberapa cara:

1- Sahabat-sahabat nabi menulis wahyu secara terus menerus


daripada Rasulullah. Di antara penulis wahyu utama di zaman nabi
ialah Zaid bin Thabit, Ubai bin Kaab, Muaz bin Jabal, Muawiyah bin
Abu Sufian dan khalifah-khalifah yang empat. Uthman bin Affan
pernah meriwayatkan, apabila sesuatu ayat diturunkan kepada
nabi, Baginda akan terus memanggil sahabat untuk menulis wahyu
itu dan mengarahkan sahabat yang berkenaan untuk memasukkan
ayat itu di dalam surah-surah tertentu. Ini menunjukkan susunan
setiap ayat di dalam surah ditentukan oleh nabi sejak dari awal
lagi. (Ulum Al-Quran, Ahmad Von Denfer, Islamic Foundation, UK, ms
41)

2- Ramai dari kalangan sahabat nabi menghafaz al-Quran secara


keseluruhannya, di antara mereka ialah Abdullah bin Masud, Salim,
Muaz, Ubai bin Ka’ab, Abu Bakar, Omar, Uthman, Ali, Abu Hurairah,
Abdullah ibn Abbas, Abdullah ibn Amr ibn As, Aishah, Hafsah dan
Ummu Salamah. Yang terkemuka daripada mereka ialah empat
orang seperti yang disabdakan nabi, “Ambillah al-Quran daripada
empat orang ini, iaitu, Abdullah ibn Masud, Salim, Muaz dan Ubai
bin Kaab.” (Bukhari)

3- Hampir kesemua sahabat menghafaz sebahagian daripada al-


Quran dengan tujuan untuk dijadikan wirid harian dan dibaca di
dalam solat. Mereka dirangsang oleh hadis-hadis yang
menggalakkan umat Islam membaca dan menghafaz al-Quran,
sebagai contoh, sabda nabi yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu
ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya.”
(Bukhari)

3
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

4- Sebahagian sahabat memiliki catatan al-Quran peribadi yang


mereka gunakan untuk membaca, menghafaz dan mengulang
kaji. Salah satu contoh yang menarik ialah, ketika Omar masih kafir,
beliau pernah pergi ke rumah adik perempuannya selepas
mendapat tahu adiknya memeluk agama Islam dan di situ beliau
telah memukul adik perempuan serta iparnya. Mengikut riwayat
dari Ibn Hisyam, Omar kemudiannya kembali tenang dan meminta
untuk melihat lembaran al-Quran dari adiknya, selepas menyuruh
beliau bersuci, dia menunjukkan lembaran yang tercatat di atasnya
sebahagian dari surah Taha. Insiden ini menjadi titik tolak kepada
pengislaman Omar al-Khattab. Riwayat ini menunjukkan amalan
mencatat al-Quran untuk kegunaan peribadi telah menjadi lumrah
di kalangan para sahabat di zaman Nabi.

Di zaman khalifah Abu Bakar, catatan al-Quran yang ditulis di


hadapan nabi ditulis semula di atas lembaran khas, atas cadangan
Omar al-Khattab. Sahabat Zaid bin Thabit telah diamanahkan untuk
melakukan tugas yang berat ini. Ketika menulis lembaran Al-Quran ini,
Zaid bin Thabit menggunakan metodologi yang amat teliti. Bagi setiap
catatan, beliau meminta dua orang sahabat yang menghafaz al-
Quran menjadi saksi dan mengesahkan kebenaran catatan beliau,
dan lembaran yang lengkap itu akhirnya disimpan oleh khalifah Abu
Bakar. Selepas kematian khalifah Abu Bakar, lembaran al-Quran ini
telah disimpan oleh khalifah Omar al-Khattab dan selepas
kematiannya ia diserahkan kepada isteri nabi, ummul mukminin
Hafsah. Di zaman khalifah Uthman bin Affan, di atas nasihat sahabat
Huzaifah bin Yaman, lembaran yang berada di tangan ummul
mukminin Hafsah diambil untuk disalin semula dan dibukukan secara
rasmi. Yang terlibat dengan usaha pembukuan al-Quran ini ialah Zaid
bin Thabit, Abdullah bin Zubair, Said bin As dan Abdul Rahman bin
Harith. Lima naskhah Al-Quran berjaya disiapkan dan dihantar ke
Mekah, Syria, Basrah, Kufah dan se naskhah ditinggalkan di Madinah.
Naskhah yang berada di Madinah kemudiannya dibawa oleh pihak
berwajib Turki ke Istanbul sebelum dipindahkan ke Berlin pada Perang
Dunia Pertama. Akhirnya ia dikembalikan ke Istanbul melalui Perjanjian
Versailles selepas tamat perang, dan berada di sana hinggalah ke hari
ini. Sebuah lagi mashaf Uthmani yang kekal tersimpan hingga ke hari
ini berada di Tashkent, Uzbekistan. Perkara ini disebutkan di dalam
Proof of the Preservation of the Quran oleh Sabeel Ahmad
(http://www.iol.ie/~afifi/BICNews/Sabeel/sabeel3.htm) dan Ulum Al-
Quran oleh Ahmad Von Denfer.

4
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

Semua ini membuktikan kesucian al-Quran terpelihara hinggalah ke


hari ini dan pendirian yang sama juga dipegang oleh tokoh-tokoh
Syiah seperti Abu Jaafar Muhammad Ibn Ali Ibn Al-Husain Ibn
Babwayh. Beliau yang juga dikenali sebagai ‘Syeikh Saduq’ berkata:
“Keyakinan kita ialah al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada
nabi Muhammad ialah al-Quran yang berada di tangan manusia
pada hari ini dan tidak lebih dari itu. Surah-surahnya berjumlah 114 dan
sesiapa yang mengatakan yang lain dari ini merupakan seorang
pendusta.” (Shiite Creed (Al-Itiqadat Al-Imamiyyah), Shaikh Saduq,
versi Inggeris, ms 77)

Seorang penulis Barat yang kritikal dengan kitab al-Quran, John Burton,
di dalam bukunya The Collection of the Quran merumuskan: “Teks al-
Quran yang ada pada hari ini adalah di dalam bentuk yang telah
disusun dan diiktiraf oleh Nabi..... Apa yang ada di tangan kita ialah
sebuah mashaf dari (zaman) Muhammad.” (The Collection of the
Quran, Cambridge Univ. Press, Cambridge, ms 239-240)

CIRI-CIRI KHUSUS AL-QURAN

1 Tidak Terdapat Kebengkokan Dalamnya (La ‘Iwaja)


Allah berfirman, “Segala puji tertentu bagi Allah yang
menurunkan kepada hamba-Nya Kitab suci dan tidak
menjadikan padanya kebengkokan (‘iwaja). Bahkan
keadaannya lurus (qayyiman) untuk memberi amaran (kepada
orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya
dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang
yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa
mereka akan beroleh balasan yang baik.” (al-Kahfi 17:1-2)

Tidak ada sebarang kebengkokan bermaksud, “Tidak terdapat


sebarang percanggahan dan penyelewengan dalam al-Quran
dan ia tidak pernah sunyi daripada kebijaksanaan.” “Qayyiman”
pula bermaksud, “Lurus.” (al-Asas fit Tafsir, Said Hawa, Dar as-
Salam, jil. 6, ms 3151)

2 Tidak Terdapat Keraguan Dalamnya (La Raiba Fihi))


Allah berfirman, “Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang
keraguan padanya sebagai petunjuk bagi orang-orang yang
bertaqwa.” (al-Baqarah 2:2)

5
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

“Tidak ada sebarang keraguan” bermaksud, “Tidak ada syak


tentangnya... disebabkan hujah-hujah dan dalil yang terdapat
dalamnya jelas lagi terang.” ((al-Asas fit Tafsir, Said Hawa, Dar
as-Salam, jil. 1, ms 68)

3 Bukan Ciptaan Manusia (Iftira’)


Allah berfirman, “Orang-orang kafir mengatakan, ‘Dia
(Muhammad) yang mengada-adakan al-Quran menurut
rekaannya’. Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Kalau demikian,
datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu,
dan panggillah sesiapa sahaja yang kamu dapat
memanggilnya selain daripada Allah (untuk membantu kamu),
jika betul kamu orang-orang yang benar’.” (Yunus 10:38)

Al-Quran bukan ciptaan manusia malah bukan juga ciptaan


nabi Muhammad. Berhubung dengan ini Hamka berkata,
“(Muhammad) bukanlah dia seorang pengarang, dan bukanlah
dia seorang penyair, dan mereka kenal pula bahawa dia
bukanlah seorang pendusta.” (Tafsir al-Azhar, Hamka, Yayasan
Nurul Islam, Juz X1, ms 230)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman, “Patutkah mereka


(bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran?
Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya
mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.”
(an-Nisak 4:82)

4 Al-Quran Merupakan Kitab Mubarak


Allah berfirman, “Dan ini ialah Kitab (al-Quran) yang Kami
turunkan, yang mengandungi berkat (Mubarakan), lagi
mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab) yang diturunkan
sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada
penduduk ‘Ummul-Qura’ (Mekah) serta orang-orang yang
tinggal di sekelilingnya. Orang-orang yang beriman kepada hari
akhirat, mereka beriman kepada al-Quran, dan mereka
mengerjakan solatnya.” (al-An’am 6:92)

Mubarakan yang terdapat di dalam ayat ini bermaksud,


“Terdapat banyak manfaat dan faedah.” (al-Asas fit Tafsir, Said
Hawa, Dar as-Salam, jil. 3, ms 1709)

6
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

5 Al-Quran Merupakan Kitab Tibyan dan Mufassola


Allah berfirman, “Dan Kami turunkan kepadamu sebuah Kitab
yang menjelaskan setiap perkara (tibyan) dan menjadi petunjuk,
serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan bagi
orang-orang Islam.” (an-Nahl 16:89)

Berhubung dengan tibyan ini, Said Hawa berkata, “Al-Quran


menjelaskan tentang setiap perkara dengan cara menyatakan
sesuatu hukum secara jelas ataupun ia menunjukkan jalan ke
arah penghasilan sesuatu hukum..” ((al-Asas fit Tafsir, Said Hawa,
Dar as-Salam, jil. 6, ms 2985)

Imam Nasafi pula berkata, “Ia berkaitan dengan segala urusan


agama... Sehinggakan sunah, ijmak ulama, perkataan sahabat-
sahabat nabi serta qias, kesemuanya bergantung kepada
penjelasan al-Quran (terlebih dahulu) justeru (al-Quran)
merupakan tibyan (penjelasan) bagi setiap perkara.” (al-Asas fit
Tafsir, Said Hawa, Dar as-Salam, jil. 6, ms 2984)

Al-Quran juga merupakan sebuah kitab yang mufassola. Allah


berfirman, “(Katakanlah wahai Muhammad), ‘Patutkah aku
mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang
menurunkan kepada kamu kitab al-Quran yang jelas nyata
(mufassola)?’ Dan orang-orang yang Kami berikan kitab mereka
mengetahui bahawa al-Quran itu adalah diturunkan dari
Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali
engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-
ragu.” (al-An’am 6:114)

Mufassola bermaksud, “Menjelaskan secara terperinci aspek


berkaitan hak dan batil serta persaksian tentang kebenaran ar-
Rasul serta pendustaan golongan kafir.” (al-Asas fit Tafsir, Said
Hawa, Dar as-Salam, jil. 3, ms 1751

6- Al-Quran Merupakan Syifa dan Rahmat Bagi Mukminin


Allah berfirman, “Dan Kami turunkan daripada al-Quran ayat-
ayat yang menjadi penawar (syifa) dan rahmat bagi orang-
orang yang beriman.” (al-Israk 17:82)

Syifa dan rahmat bermaksud, “(Al-Quran) merupakan penawar


bagi penyakit-penyakit hati seperti syak, kemunafikan,
kegelinciran, penyelewengan, serta kelesuan. (Al-Quran juga

7
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

merupakan rahmat) disebabkan dengan rahmatnya terhasillah


iman serta tertegaklah kebijaksanaan dan dengan itu
tercapailah kebahagiaan.” (al-Asas fit Tafsir, Said Hawa, Dar as-
Salam, jil. 6, ms 3106)

7- Al-Quran Huda Bagi Muttaqin


Allah berfirman, “Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang
keraguan padanya sebagai petunjuk bagi orang-orang yang
bertaqwa.” (al-Baqarah 2:2)

Berhubung dengan Huda Bagi Muttaqin, Hamka berkata, “Kamu


boleh mendapat jalan yang lurus.... asalkan kamu suka
memakai pedoman Kitab ini. Tidak syak lagi ia adalah petunjuk
bagi orang yang suka bertakwa. Apa erti takwa? Kalimat takwa
diambil dari rumpun kata wiqayah ertinya memelihara.
Memelihara hubungan yang baik dengan Tuhan.” (Tafsir al-
Azhar, Hamka, Yayasan Nurul Islam, Juz 1, ms 114)

8- Al-Quran Aqwam
Petunjuk al-Quran merupakan petunjuk yang paling mantap.
Berhubung dengan ini Allah berfirman, “Sesungguhnya al-Quran
ini memberi petunjuk kepada jalan yang aqwam dan memberi
khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang
mengerjakan amal salih bahawa bagi mereka ada pahala yang
besar.” (al-Israk 17:9)

Apakah maksud aqwam? Dalam al-Jamik li Ahkamil Quran,


Imam Qartubi berkata, “Kalimat aqwam bermaksud jalan yang
paling benar, paling adil dan paling tepat”. Justeru mereka
yang membaca, memahami, menghayati serta menjadikan al-
Quran sebagai sumber rujukan, kesejahteraan dan
kecemerlangan sedang menanti mereka kerana kehidupan
mereka disuluhi oleh formula yang “paling benar, paling adil dan
paling tepat.” (al-Jamik li Ahkamil Quran, Dar as-Syaab, jil 5, ms
3841)

8
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

FUNGSI AL-QURAN

1- Mengisytiharkan Agama Yang Betul


“Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untuk kamu dan
telah Aku sempurnakan nikmat-Ku ke atasmu dan telah Aku
redai Islam menjadi agamamu..” (al-Maidah 5:3)

Berhubung dengan hal ini, Imam Ibn Kathir dalam Tafsir Al-Quran
Al-Azim berkata, “Ini merupakan nikmat yang paling agung
yang dikurniakan Allah kepada umat ini. Apabila Allah
menyempurnakan agama ini, umat Islam tidak memerlukan
agama lain selain Islam dan mereka juga tidak memerlukan nabi
lain (selepas nabi Muhammad).”

Dalam surah Ali Imran pula Allah menegaskan, “Sesungguhnya


agama (yang benar dan diredai) Allah ialah Islam.” (Ali Imran
3:19)

2- Memurnikan Aqidah
“Katakanlah: Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa. Allah adalah
Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak
beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang
pun yang setara dengannya.” (Surah Al-Ikhlas ayat 112:1-4)

Dalam surah az-Zumar pula Allah berfirman, “Dan sesungguhnya


telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan kepada nabi-
nabi sebelummu, ‘Jika kamu menyekutukan Allah akan gugurlah
segala amalanmu dan kamu akan termasuk dalam golongan
orang-orang yang rugi’.” (az-Zumar 39:65)

3 Menjelaskan Perbedaan Antara Hak dan Batil


Allah berfirman, “Jangan kamu campuradukkan yang hak
dengan yang batil dan jangan kamu sembunyikan kebenaran
sedangkan kamu mengetahui.” (al-Baqarah 2:42)

Berhubung dengan ini, Imam Qatadah menegaskan,


“Janganlah kamu campuradukkan ajaran Islam dengan ajaran
Yahudi dan Nasrani sedangkan kamu mengetahui bahawa
agama yang diterima Allah hanyalah agama Islam.” Hal ini
dilaporkan Said Hawa dalam al-Asas fit Tafsir (Dar as-Salam, jil 1,
ms 137).

9
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

Malah sebarang ajaran, ideologi dan adat yang tidak selaras


dengan ajaran al-Quran dianggap sebagai batil dan wajib
ditinggalkan. Allah berfirman, “Apabila dikatakan kepada
mereka: ‘Ikutlah apa yang telah diturunkan Allah,’ mereka
menjawab: ‘(Tidak), tetapi kami akan ikut apa yang telah kami
dapati dari perbuatan nenek moyang kami’. Apakah mereka
tetap hendak mengikut walaupun nenek moyang mereka itu
tidak mengetahui suatu apa pun dan tidak mendapat
petunjuk?” (al-Baqarah 2:170)

4 Menjelaskan Matlamat Serta Landasan Hidup.


Allah berfirman, “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan
agar mereka mengabdikan diri kepada-Ku. (az-Zariyat 51:56)

Berhubung dengan ini, Imam Ibn Kathir berkata, “Ayat ini


bermaksud Allah menegaskan bahawa ‘Aku mencipta mereka
agar Aku memerintah mereka melaksanakan pengabdian
terhadap-Ku. Ia bukan disebabkan Aku memerlukan atau
berhajat kepada mereka.” (dinukilkan dalam al-Asas fit Tafsir,
Said Hawa, Dar as-Salam, jil 10, ms 5524)

Kesan daripada pengabdian itu terbukalah peluang untuk


mencapai kebahagian hakiki. Al-Quran menegaskan bahawa
kebahagian yang hakiki tidak terdapat di dunia ini sebaliknya ia
hanya wujud di syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman,
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan
sesungguhnya pada hari Kiamat akan disempurnakan
pahalamu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan
ke dalam syurga maka dia telah beruntung. Kehidupan dunia ini
tidak lain melainkan kesenangan yang memperdayakan
(ghurur).” (Ali-Imran ayat 3:185)

Pengabdian memerlukan landasan dan landasan itu ialah


syariat. Allah berfirman, “Kemudian Kami jadikan kamu berada
di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan agama, maka
ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-
orang yang tidak mengetahui.” (al-Jathiyah ayat 45:18)

10
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

Syariat menetapkan sesuatu ibadah diterima hanya jika


terdapat padanya dua ciri. Allah berfirman, “Bahkan sesiapa
yang menyerahkan dirinya kepada Allah di samping melakukan
kebaikan baginya ganjaran dari sisi Tuhannya, tidak ada
ketakutan ke atasnya dan dia tidak akan berdukacita.” (al-
Baqarah 2:112)

Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, “Allah


hanya menerima amal yang mempunyai dua kriteria,
pertamanya ikhlas dan keduanya muhsin. Muhsin bermaksud
melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh
Rasulullah. Jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus ikhlas tetapi
caranya tidak mengikut (syariat), ia tidak diterima (oleh Allah).”
(Tafsir al-Quran al-Azim, Dar al-Fikr, juz 1, ms 154)

5 Memurnikan Sahsiah dan Akhlak.


Allah berfirman, “Wahai mereka yang beriman, jauhilah dari
kebanyakan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka
itu adalah dosa. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang
lain dan janganlah kamu mengumpat di antara satu sama
lain...” (al-Hujurat 49:12)

Di manakah pembinaan akhlak bermula? Al-Quran menegaskan


bahawa pembinaan akhlak bermula di hati. Dalam surah as-
Syams Allah berfirman, “Sesungguhnya telah berjayalah mereka
yang membersihkan jiwa dan merugilah mereka yang
mengotorkannya.” (as-Syams 91:9-10)

Justeru Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin dalam bab


Latihan Jiwa, Pemurnian Akhlak Dan Pengubatan Penyakit Hati
berkata, “Budi pekerti yang baik adalah setengah daripada
agama. Ia terhasil melalui mujahadah oleh orang-orang yang
bertakwa dan latihan oleh orang-orang yang kuat beribadah.
Akhlak yang elok adalah pintu yang terbuka dari hati yang akan
menghasilkan kenikmatan syurga di sisi Tuhan. Budi pekerti yang
keji adalah hasil dari penyakit hati dan jiwa dan ia merupakan
penyakit yang menghilangkan kebahagiaan hidup yang abadi..
Akhlak ialah suatu keadaan yang menetap dan bermula di
dalam jiwa seseorang. Daripadanya lahirlah perbuatan-
perbuatan dengan mudah dan senang. Jika keadaan itu
melahirkan perbuatan-perbuatan yang terpuji menurut akal dan
agama maka ia dinamakan sebagai akhlak yang mulia.

11
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

Sebaliknya jika keadaan itu melahirkan perbuatan yang jelik ia


dinamakan akhlak yang keji.”

6 Menjelaskan Hukum Hakam Kehidupan


Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu
(wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa
kebenaran supaya engkau menghukum di antara manusia
menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu dan
janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang
khianat.” (an-Nisak 4:105)

Hukum hakam yang tidak berdasarkan wahyu adalah hukum


hakam jahiliah. Allah menegaskan, “Apakah hukum jahiliah
yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik
daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?” (al-
Maidah 5:50)

Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata dalam Tafsir
al-Quran al-Azim, “Allah menempelak mereka yang menolak
hukum hakam Allah kerana (mereka telah menolak hukum
hakam) yang komprehensif kebaikannya, mampu mencegah
segala kekejian serta bersifat adil....... Contoh hukum hakam
yang dilaksanakan tanpa berlandaskan syariat Allah ialah
undang-undang negara yang bernama al-Yasaq yang
dilaksanakan oleh golongan Tartar suatu ketika dahulu. al-Yasaq
ialah undang-undang yang diambil dari ajaran agama Kristian,
Yahudi, Islam dan agama lain, di tambah dengan ketetapan
yang pernah diputuskan oleh Genghiz Khan, pemimpin Tartar.
Sesiapa yang reda dengan perlembagaan ini, dia telah kufur
kepada Allah” (Tafsir al-Quran al-Azim, Dar al-Fikr, juz 2, ms 67)

Selepas mengkaji kenyataan ini, Said Hawa di dalam al-Asas fit


Tafsir melontarkan komennya dengan berkata: “Apa yang
dikatakan oleh Ibn Kathir ini telah berlaku di hampir semua
negara orang Islam pada hari ini kerana perlembagaan dan
undang-undang yang dilaksanakan pada hari ini menyamai
konsep al-Yasaq dahulu”

7 Mendidik Manusia Cara Hidup Bermasyarakat


Allah berfirman, “Wahai manusia, Kami telah menciptakan kamu
dari seorang lelaki dan wanita dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal

12
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

mengenali. Sesungguhnya orang paling mulia di antara kamu


ialah mereka yang paling bertakwa di antara kamu.” (al-Hujurat
ayat 49:13)

Imam an-Nasafi berkta, “Sesungguhnya Tuhanmu menjadikan


kamu berbangsa dan bersuku-sakat agar kamu saling
mengetahui nasab keturunanmu agar dengan itu terpelihara
asal usulnya dan bukannya untuk berbangga-bangga
berdasarkan keturunanmu.” (al-Asas fit Tafsir, Said Hawa, Dar as-
Salam, jil. 9, ms 5417)

Al-Quran juga menjelaskan tentang sikap orang-orang Islam


dengan yang bukan Islam yang tidak memusuhi kita. Allah
berfirman, “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik
dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi
kamu kerana agama, dan tidak mengusir kamu dari kampung
halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang berlaku adil.” (Mumtahanah 60:8)

Berhubung dengan ayat ini Hamka berkata, “Ertinya dengan


tegas bahawa Allah tidak melarang kamu, wahai pemeluk
agama Islam, pengikut Muhammad SAW, berbaik, berbuat baik,
bergaul cara baik dan berlaku adil dan jujur dengan golongan
lain, baik mereka itu yahudi atau Nasrani ataupun musyrik,
selama mereka tidak memerangimu, tidak memusuhimu atau
mengusirmu dari kampung halamanmu.” (Tafsir al-Azhar, Hamka,
Surabaya, juz 28, ms 136)

Ciri-ciri kepimpinan dalam masyarakat juga dinyatakan oleh al-


Quran. Dalam surah al-Baqarah Allah berfirman, “Berkata Allah
(kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu
Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga
dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan
diberikan kepada mereka yang zalim’.” (al-Baqarah 2:124)

Sehubungan dengan ini Imam Qartubi berkata, “Ayat ini (iaitu


al-Baqarah ayat 124) merupakan dalil bagi satu jemaah ulama
Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang
adil, ihsan dan mulia…..Adapun yang fasiq dan zalim mereka
tidak layak menjadi pemimpin.” (al-Jamik li Ahkamil Quran, Dar
as-Syaab, jil 1, ms 494)

13
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

Dalam surah an-Nisak Allah menegaskan, “Sesungguhnya Allah


memerintahkan kamu supaya memberikan amanah kepada
yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila
menetapkan hukum antara manusia kamu menetapkannya
dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran
yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah
Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (an-Nisak 4:58)

Berhubung dengan ayat ini, Abul Ala al-Maududi dalam Tafhimul


Quran merumuskan, “Ayat ini merupakan ancaman daripada
Allah agar orang-orang Islam tidak melakukan kemungkaran
seperti yang dilakukan oleh Bani Israil. Mereka (Bani Israil)
memberikan tugas-tugas penting kepada orang yang tidak
layak. Mereka memberikan tugas-tugas amanah, agama dan
kepimpinan kepada orang yang tidak berkaliber, tidak
berakhlak, tidak beramanah dan tidak menegakkan keadilan.
Akhirnya berlakulah keruntuhan dalam masyarakat..”

8 Merangsang Manusia Mengenali Allah Melalui Penciptaan-Nya


Allah berfirman, “Apakah mereka tidak melihat kepada unta
bagaimana ianya diciptakan. Dan langit bagaimana ia
ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan.
Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.” (al-Ghasyiah 88:17-20)

Justeru, golongan pengkaji dimuliakan Allah dan Dia menggelar


mereka sebagai ulul albab. Dalam surah Ali-Imran Allah
berfirman, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi
dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda
bagi ulul albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah
sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan
mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi
seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidak menciptakan ini
dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami
daripada seksa neraka’.” (Ali Imran 3:190-191)

Ilmu yang diperoleh daripada kajian-kajian ini mampu


melahirkan pengagungan terhadap Allah sekali gus
meningkatkan pengabdian kepadanya. Berhubung dengan ini,
Imam Ibn Kathir berkata, “Sebahagian ulama berpendapat,
sesiapa yang mengamati langit yang luas dengan bintang-
bintang, bulan dan matahari yang beredar di atas paksinya
tanpa henti, kemudian memerhatikan laut yang mengelilingi

14
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

tanah daratan, kemudian memerhatikan bumi serta gunung


ganang yang terpancang di atasnya, kemudian memerhatikan
sungai yang mengalir... di samping pelbagai jenis haiwan serta
tumbuh-tumbuhan, akan memperoleh bukti tentang kewujudan
Tuhan Yang Maha Pencipta lagi Maha Agung dan Maha
Bijaksana.” (Tafsir Al-Quran Al-Azim, Dar al-Fikr, jil 1, ms 58)

SIKAP TERHADAP AL-QURAN

1- Tidak Mencemuh Isi-isinya


Allah berfirman, “Dan ditanya kepada orang-orang yang
bertakwa: ‘Apakah yang diturunkan oleh Tuhanmu?’ Mereka
menjawab: ‘Kebaikan’. Orang-orang yang berbuat kebaikan di
dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan
negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat
ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertakwa.” (an-
Nahl 16:30)

Said Hawa berkata, “Inilah sikap orang-orang bertakwa


terhadap apa yang diturunkan Allah, mereka memujinya.
Justeru mereka layak menerima kebaikan di dunia dan akhirat.”
(al-Asas fit Tafsir, Said Hawa, Dar as-Salam, jil. 6, ms 2930)

2- Beriman Sepenuhnya Bukan Separuh Separuh


Allah berfirman, “Apakah kamu hanya percaya kepada
sebahagian daripada Kitab dan mengingkari sebahagian yang
lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian
dari kalangan kamu melainkan baginya kehinaan hidup di dunia
dan pada hari kiamat akan dimasukkan mereka ke dalam azab
seksa yang amat berat. Dan Allah tidak sekali-kali lalai daripada
apa yang kamu lakukan. (al-Baqarah 2:85)

3- Tidak Menyembunyikan Isi-isinya


Allah berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang
menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab yang telah
diturunkan oleh Allah, dan menjualnya dengan keuntungan
dunia yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka
selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata
kepada mereka pada hari kiamat, dan Dia tidak membersihkan
mereka (daripada dosa), dan mereka pula akan beroleh azab
seksa yang dahsyat." (al-Baqarah 2:174)

15
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

4- Membaca al-Quran (Tilawah)


Allah berfirman, “Bacalah apa yang diwahyukan kepadamu
daripada al-Quran, dan dirikanlah solat." (al-Ankabut 29:45)

5- Mengkaji Isi-isinya (Tadabbur)


Allah berfirman, “Apakah mereka tidak mahu memikirkan isi al-
Quran (tadabbur)? Kalaulah al-Quran itu (datang) bukan dari sisi
Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di
dalamnya.” (an-Nisak 4:82)

Ketika menerangkan maksud ayat ini, Imam Ibn Kathir di dalam


Tafsir Al-Quran Al-Azim berkata, “Allah mengarahkan mereka
agar mengamati isi-isi al-Quran dan melarang mereka dari
berpaling daripadanya. Allah juga mengarah mereka agar
memahami maksud ayat-ayat al-Quran yang begitu halus
lafaznya serta dipenuhi kebijaksanaan.”

6- Berpegang Teguh dan Beramal Dengannya (Tamassuk)


Allah berfirman, “Dan orang-orang yang berpegang teguh
dengan Kitab Allah (tamassuk) serta mendirikan sembahyang,
sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-
orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).” (al-
A’raf 7:170)

Berhubung dengan ayat ini Hamka berkata, “Maka (ada) yang


hanya membaca kitab, tetapi isinya tidak mereka amalkan....
(namun) masih tetap ada mereka yang memegang teguh janji
dan mengamalkannya.” (Tafsir al-Azhar, Hamka, Panji
Masyarakat, juz 1X, ms 178)

7- Membaca Dengan Sebenar Pembacaan (Haqqa Tilawatih)


Allah berfirman, “Mereka yang Kami berikan al-Kitab
kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang
sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengannya. Sesiapa
yang ingkar dengannya, mereka itulah orang-orang yang rugi.”
(al-Baqarah 2:121)

Maksud ‘membaca Al-Quran dengan bacaan yang


sebenarnya’ mengikut sahabat Abdulah ibn Masud ra ialah,
“Menghalalkan apa yang dihalalkan Al-Quran, mengharamkan
apa yang diharamkannya, membacanya seperti mana ia
diturunkan, tidak mengubah kalam Tuhan dari tempatnya dan

16
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

tidak mentakwilkan al-Quran secara yang salah”. (Tafsir al-Quran


al-Azim, Dar al-Fikr, juz 1, ms 163)

8- Menyebarkan Risalah al-Quran


Allah berfirman, “Kami lebih mengetahui apa yang mereka
katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai
Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa
memaksa mereka (supaya beriman). Oleh itu, berilah peringatan
dengan al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu."
(Qaaf 50:45)

Berhubung dengan ayat ini, dalam Tafsir al-Quran al-Azim, Imam


Ibn Kathir berkata, "(Ia bermaksud) hendaklah kamu sebarkan
risalah Tuhanmu. Namun mereka yang akan mengambil
peringatannya ialah mereka yang takut kepada Allah serta
ancaman-Nya." (dalam al-Asas fit Tafsir, jil 9, 5465)

Malah nabi berdakwah kepada golongan jin dengan


membacakan al-Quran kepada mereka. Allah berfirman,
"Katakanlah, 'Telah diwahyukan kepadaku, bahawa
sesungguhnya satu rombongan jin telah mendengar (al-Quran
yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu
kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah
mendengar al-Quran yang susunannya dan kandungannya
sungguh menakjubkan." (al-Jin 72:1)

MELAHIRKAN ULUL ALBAB

Salah satu model atau contoh baik yang Quran tonjolkan ialah
golongan ulul albab. Dalam surah Ali Imran Allah berfirman,
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih
bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab.
(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk
atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang
penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu
tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami daripada seksa neraka’.” (Ali Imran 3:190-191)

Ulul albab ialah golongan yang “memiliki kepintaran serta kefahaman


yang sempurna lagi berintegriti tinggi sehingga mampu memahami

17
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

hakikat sesuatu perkara dengan jelas.” (Tafsir al-Quran al-Azim, Ibn


Kathir, Dar al-Fikr, juz 1, ms 438)

Ulul Albab mementingkan zikir dan fikir. Dalam konteks fikir, mereka
suka mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian
langit dan bumi. Pada hari ini para saintis yang bertakwa kepada Allah
boleh dikategorikan sebagai golongan ulul albab.

Justeru, sains dan al-Quran tidak dapat dipisahkan. Walau


bagaimanapun al-Quran bukannya sebuah buku sains. Ia adalah
wahyu Allah. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk agar manusia
dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil. Walau
bagaimanapun terdapat dalamnya ayat-ayat yang menceritakan
tentang kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang
berkaitan dengannya.

Sains ialah penemuan berdasarkan cerapan dan kajian yang


dilakukan oleh manusia. Secara dasarnya, penemuan yang sahih
tentang alam tidak akan bercanggah dengan al-Quran. Hal ini
disebabkan al-Quran dan alam datang daripada Allah: al-Quran
diturunkan oleh Allah dan alam dicipta oleh Allah. Kedua-duanya
adalah daripada Allah. Justeru, hubungan antara kedua-duanya
adalah suatu hubungan yang harmonis.

MENGUASAI DUA AYAT

Untuk melahirkan ulul albab, kita perlu lahirkan insan yang menguasai
dua ayat. Hakikat ini dinyatakan al-Quran dalam surah Fussilat ayat 53
yang bermaksud, “Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti
(ayat) kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) alam dan pada diri
mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu
benar.”

Ayat ini menekankan tentang kepentingan menguasai DUA AYAT,


pertama, ayat-ayat al-Quran dan, kedua, ayat-ayat Allah yang
tersembunyi di alam semesta. Ayat dalam bahasa Arab mempunyai
dua maksud, seperti yang disebutkan dalam Hans Wehr: A Dictionary
Of Modern Written Arabic. Pertama, ia bermaksud “verses of the
Quran” atau ayat-ayat Quran, dan kedua, ia bermaksud “sign” atau
tanda dan bukti.

18
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

Kajian tentang alam melahirkan insan yang memahami AYAT ALAM


dan apabila ia dikaitkan dengan AYAT AL-QURAN ia mampu
menghasilkan kekaguman terhadap al-Quran serta memantapkan
iman.

Berhubung dengan ayat 53 surah Fussilat, dalam kitab Tafsir al-Quran


al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata, “(Allah) akan tunjukkan bukti-bukti
serta dalil-dalil di alam ini yang menunjukkan bahawa al-Quran ini
adalah benar.” Untuk menerokai dan mengeluarkan bukti serta dalil
daripada alam, sains diperlukan.

Seterusnya, berhubung dengan firman Allah yang bermaksud, “Dan


pada diri mereka sendiri,” Imam Ibn Kathir berkata, “Berkemungkinan
yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah apa yang terdapat dalam tubuh
badan manusia yang menakjubkan, sebagaimana yang dapat dilihat
dalam ilmu tasyrih (anatomi). Kesemua ini akan menampakkan
kebijaksanaan Yang Maha Pencipta.” Untuk mengenali organ serta
memahami sistem yang terdapat dalam tubuh manusia, sains juga
diperlukan.

Konklusi yang dibuat as-Syeikh Said Hawa berhubung ayat ini amat
menarik sekali. Dalam al-Asas fit Tafsir beliau berkata, “Dalam buku
saya bertajuk ‘Ar-Rasul’ saya membuktikan bagaimana Allah
menunaikan janjinya yang terdapat dalam ayat ini. Jika manusia
melihat kepada segenap penjuru alam dan diri mereka sendiri,
mereka akan melihat sesuatu yang membenarkan al-Quran. Apabila
apa yang mereka lihat itu dikaitkan dengan apa yang terdapat
dalam al-Quran, mereka akan meyakini bahawa al-Quran sebenarnya
datang daripada Allah. Saya telah memberikan banyak contoh
berhubung perkara ini dan sesiapa yang membaca kitab tafsir ini (iaitu
al-Asas fit Tafsir) dia akan memahaminya secara yang lebih jelas.”

Dalam Tafsir al-Azhar pula Hamka berkata, “Dalam ayat ini dinyatakan
bahawa al-Quran ini kian lama kian nyata kebenarannya. Bukti
kebenaran itu akan muncul di segenap penjuru bahkan pada diri
mereka (manusia) sendiri. Mungkin beberapa perkara yang
diterangkan Quran tatkala ia mula diturunkan belum difahami tetapi
kelak (ketika zaman berubah) dan otak manusia menjadi (semakin
maju) akan nampaklah kebenaran itu. Sudah 14 abad Quran
diturunkan dan semakin berkembang pengetahuan manusia tentang
alam (semakin) bersinarlah rahsia kebenaran Quran.”

19
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

Justeru, ayat ini merupakan jambatan antara sains dan Quran. Ia


mengisyaratkan bahawa penemuan-penemuan sains masa kini yang
berkaitan dengan alam dan manusia akan menampakkan, tanpa
ragu-ragu lagi, kebenaran al-Quran. Yang penting ialah kajian sains
yang dilakukan mestilah merupakan suatu kajian yang sahih dan ayat
al-Quran yang hendak ditafsirkan mestilah merupakan satu ayat yang
boleh dikaitkan dengannya, selepas merujuk kepada tafsiran yang
muktabar. Justeru, penemuan-penemuan sains masa kini boleh
dimanfaatkan untuk memahami ayat-ayat tertentu dalam al-Quran.
Tidak dapat dinafikan lagi penguasaan dua ayat adalah penting ke
arah kemantapan iman.

PENUTUP

Al-Quran diturunkan bukan hanya untuk dibaca dan hafaz. Abu


Abdullah Rahman as-Sulami berkata, “Kami telah diberitahu oleh
orang-orang yang membacakan al-Quran kepada kami seperti
Uthman bin Affan, Abdullah bin Masud dan lain-lainnya behawa
apabila mereka mempelajari sepuluh ayat al-Quran daripada nabi
mereka tidak akan berpindah ke ayat lain sehingga mereka
mengetahui ilmu dan amalan yang terkandung di dalamnya. Mereka
berkata: Kami telah mempelajari al-Quran, ilmu dan amal secara
serentak.” (Israiliyyat dan Hadith Palsu Dalam Kitab-kitab Tafsir, Dr
Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, Jakim, ms 26)

Oleh sebab itu sahabat Abdullah ibn Omar mengambil masa selama
lapan tahun untuk menghafaz surah al-Baqarah. (Ibid)

Sudah sampai masanya untuk kita melahirkan satu sistem pendidikan


yang menekankan kepentingan penguasaan ilmu-ilmu agama dan
sains secara bersepadu, terutama yang berkaitan dengan tafsiran al-
Quran secara saintifik. Hal ini disebabkan kesepaduan ini dituntut
agama dan ia mampu melonjakkan iman dan melahirkan rasa
bangga umat Islam terhadap agamanya. Tambahan daripada itu ia
juga merupakan modal dakwah yang penting terutamanya dalam
konteks dakwah terhadap mereka yang bukan Islam. Sebagai contoh,
lihatlah apa yang berlaku kepada profesor Tejatat Tejasen.

Beliau ialah seorang pakar dalam bidang anatomi dan pernah


menjadi dekan di Fakulti Perubatan di Universiti Chiang Mai, Thailand.
Dalam Konferensi Perubatan Ke-8 yang diadakan di Riyadh, Saudi

20
MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009

3 – 5 Mac 2009 ❒ Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,


Kuantan

Arabia, beberapa tahun yang lepas, beliau bangun berucap dan


berkata, “Tiga tahun yang lepas saya amat berminat dengan al-
Quran.. Saya meyakini bahawa segala apa yang direkodkan dalam
Quran empat belas ratus tahun dahulu adalah benar kerana ia boleh
dibuktikan secara saintifik. Oleh sebab Muhammad tidak tahu
membaca dan menulis, beliau semestinya merupakan seorang utusan
yang menyampaikan kebenaran daripada Tuhan yang mencipta.
Pencipta itu semestinya Allah, justeru saya rasa sudah sampai
masanya untuk saya berkata ‘Laa ilaaha illAllah, Muhammad Rasool
Allah’,” (Ucapan beliau dapat dilihat dalam rakaman video This is the
Truth oleh Abdul Majid al-Zindani. Transkrip dalam bahasa Inggeris
diterbitkan oleh Abdullah M. Al-Rehaili, This is the Truth, Muslim World
League, Makkah al-Mukarrammah, 1995.)

21

Anda mungkin juga menyukai