Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : 5 Kenanga

Tarikh : 13 Januari 2010

Masa : 9.00 – 10.00 pagi

Bil. Pelajar : 30 Orang

Tajuk : Membuat karangan dan bacaan

Kemahiran : Kemahiran menulis dan membaca

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Cadangan aktiviti / nota


Pembelajaran

1. Kemahiran Murid dapat  Membuat karangan


membaca dan menghasilkan mengenai bahan yang
menulis karangan dengan diberikan
menggunakan  Membaca
KBKK sendiri dan karangan
bantuan bahan dari
guru . Selain itu ,
murid juga dapat
memperbaiki
kemahiran
membaca mereka .
Langkah 1 :

- Pelajar dibahagikan kepada enam (6) kumpulan yang sama bilangan ahlinya .
Kemudian , setiap kumpulan diberikan beberapa bahan seperti keratan surat
khabar dan juga gambar yang memaparkan situasi yang sama .

Langkah 2 :

- Setiap kumpulan diminta meneliti gambar dan keratan akhbar tersebut dan
berbincang bersama ahli kumpulan yang lain mengenai situasi yang telah
diterima oleh kumpulan masing-masing .

Langkah 3 :

- Kemudian , dalam masa 15 minit ,mereka diminta untuk mengemukakan


seberapa banyak idea yang boleh mereka dapati berpandukan gambar
tersebut . Setiap pelajar perlu memberikan kerjasama kepada kumpulan
masing-masing .

Langkah 4 :

- Selepas itu , setiap kumpulan diminta untuk menyediakan satu karangan


lengkap yang mengandungi pendahuluan, sekurang-kurangnya empat isi ,dan
penutup berdasarkan isi-isi yang telah mereka kemukakan . Setiap seorang
daripada ahli lumpulan itu perlu mengulas isi-isi mereka dengan semaksima
mungkin .

Langkah 5 :

- Setelah karangan tersebut siap , setiap kumpulan perlu membacakan


karangan mereka dengan jelas dihadapan kelas . Apabila telah selesai
pembacaan , guru mengutip karangan-karangan tersebut untuk dinilai .

Penutup :

- Sebelum meninggalkan kelas , guru menguji semula kefahaman murid


dengan bertanyakan kepada murid apakah tajuk-tajuk karangan yang telah
disediakan oleh semua kumpulan dan isi-isi karangan-karangan tersebut
pertanyaan adalah secara rawak .

Anda mungkin juga menyukai