Anda di halaman 1dari 26

1.

0 PENGENALAN

Pembangunan tidak seimbang dan tidak selaras di antara wilayah, negeri dan
daerah memberi kesan dalam usaha Malaysia mencapai matlamat menjadi negara
maju menjelang 2020. Strategi pembangunan wilayah dilihat mampu mengatasi
masalahketidakseimbangan antara Bandar dan luar Bandar. Oleh itu langkah agresif
telah dilakukan oleh kerajaan untuk membendung masalah tersebut seawal
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975).

Strategi pembangunan wilayah bertujuan untuk merapatkan lagi perhubungan


antara negeri dengan cara mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur
antara wilayah. Strategi ini dilaksanakan berasaskan keupayaan tiap-tiap wilayah
bagi pembangunan pertanian dan perusahaan terutama di negeri yang kurang maju
untuk menjamin supaya pembangunan negara secara keseluruhannya adalah
tumbuh dengan baik dan seimbang.

Melalui peranan Lembaga Kemajuan Wilayah usaha pembasmian kemiskinan


ditumpukan kepada empat strategi pembangunan wilayah iaitu 1) Strategi
Pembangunan Tanah Dan Sumber Asli 2) Strategi Pembangunan In Situ Luar
Bandar 3) Strategi Penyebaran Industri 4) Mengurbanisasikan Kawasan Luar
Bandar Dan Pembentukan Pusat Pertumbuhan Yang Baru.

Empat strategi yang digariskan tersebut merupakan pendekatan yang


dilakukan oleh pihak Kerajaan yang bertujuan untuk menambahkan daya
pengeluaran pertanian negeri kurang maju, memajukan kemudahan infrastruktur,
mendirikan pusat pembangunan baru, menggalakkan pembangunan perusahaan
yang akan membawa kebaikan untuk semua pihak dan yang paling penting adalah
untuk membantu proses pertumbuhan wilayah di Malaysia.

1
2.0 STRATEGI-STRATEGI PEMBANGUNAN WILAYAH YANG DILAKSANAKAN
DALAM MEMBANTU PROSES PERTUMBUHAN WILAYAH DI MALAYSIA

2.1 Strategi Pembangunan Tanah Dan Sumber Asli

Strategi ini merupakan strategi yang utama kerana kerajaan pada masa hadapan
cuba untuk mengarah dan mengalihkan letakan pertumbuhan dalam sektor
pertanian, perkilangan dan perkhidmatan ke wilayah yang kurang maju.
Pembangunan tanah adalah merupakan aspek penting, dalam usaha untuk
menambahkan hasil pengeluaran negara amnya dan menambahkan hasil pertanian
serta meninggikan taraf hidup penduduk luar bandar khasnya. Oleh yang demikian,
adalah mustahak perancangan dan pelaksanaan pembangunan tanah diberikan
perhatian yang sewajarnya.

Kepentingan satu pembangunan tanah yang dirancang dengan teliti mula


disedari oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan pada awal tahun 1955 apabila
perwakilan Bank Antarabangsa membuat kajian tentang ekonomi Malaysia. Satu
daripada cadangan perwakilan itu ialah perlunya satu kajian gunatanah yang
menyeluruh mengenai aspek fizikal, ekonomi, sosial, ekologi dan pentadbiran tanah
sebagai mengatasi satu daripada kelemahan perancangan pembangunan tanah.
(Ishak bin Khasiman. Penilaian Rancangan Pembangunan Kerajaan Negeri Kajian
Kes: Daerah Batu Pahat. http://eprints.ptar.uitm.edu.my)

Pada bulan Ogos 1955 satu jawatankuasa untuk menimbang dan merancang
kawasan-kawasan baru untuk penempatan telah dibentuk. Jawatankuasa ini

2
menyedari pentingnya satu pembangunan tanah yang dirancang kerana kawasan
kediaman orang-orang Melayu yang sedia ada kebanyakannya telah terlalu padat
dan kurang kawasan untuk pembangunan di masa hadapan. Dalam usaha untuk
mengatasi masalah tersebut, satu langkah segera telah diambil di mana
jawatankuasa ini menekankan perlunya sumberjaya tanah dinilai, diurus dan
dibangunkan mengikut sebagaimana yang telah dirancang. (Ishak bin Khasiman.
Penilaian Rancangan Pembangunan Kerajaan Negeri Kajian Kes: Daerah Batu
Pahat. http://eprints.ptar.uitm.edu.my)

Jawatankuasa ini mencadangkan perlunya kemudahan-kemudahan jalan,


sekolah, pusat kesihatan dan lain-lain disediakan di kawasan rancangan baharu.
Berikutan dengan itu, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah
ditubuhkan pada tahun 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development
Ordinance 1956) yang bertujuan untuk melaksanakan pembangunan tanah pada
peringkat persekutuan, dan pada tahun 1959 Lembaga Pembangunan Tanah
Negara telah ditubuhkan di setiap negeri. (Ishak bin Khasiman. Penilaian Rancangan
Pembangunan Kerajaan Negeri Kajian Kes: Daerah Batu Pahat.
http://eprints.ptar.uitm.edu.my)

Di Malaysia umumnya, pembukaan dan pembangunan terhadap tanah


adalah terletak di bawah perlaksanaan dua perbadanan kerajaan, iaitu Agensi
Pembangunan Tanah dan Agensi Pembangunan Wilayah. Badan-badan yang
bertanggungjawab di bawah Agensi Pembangunan Tanah ialah FELDA, FELCRA
(Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan) dan RISDA (Rubber
Industry Smallholders Development Authority). Tugas utama FELDA adalah
membuka dan memajukan tanah bagi tujuan kawasan perladangan dan
menempatkan rakyat yang tidak bertanah atau memiliki tanah yang tersangat kecil
dengan tujuan meningkatkan taraf hidup sosio-ekonomi peneroka.

FELCRA pula mempunyai dua tugas utama iaitu, bagi memulihkan dan
memajukan tanah sama ada melalui langkahnya sendiri dan dengan persetujuan
Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan atau atas permintaan Pihak Berkuasa
Negeri itu dan keduanya untuk memulih dan memajukan mana-mana tanah lain, atas
permintaan tuanpunya tanah, dan mengikut syarat-syarat yang dipersetujui di antara
tuan punya tanah dengan FELCRA. (Latar Belakang. http://www.felcra.com.my)

3
Manakala RISDA pula bertanggungjawab melaksanakan pembaharuan
pertanian yang dihasilkan daripada penyelidikan, bekerjasama dengan agensi-agensi
lain yang bertanggungjawab dalam penyelidikan, pengembangan, pinjaman
pertanian, pemprosesan dan pemasaran getah bagi mempercepatkan proses
permodenan sektor pekebun kecil, melaksanakan penanaman semula dan
penanaman baru dengan klon-klon baru yang boleh mengeluarkan hasil yang tinggi
melalui amalan agronomi yang baik, memastikan bahawa sektor pekebun kecil
adalah dimodenkan dari segala segi bagi membaiki keadaan ekonomi mereka,
mendapatkan dan menyimpan perangkaan-perangkaan yang perlu berhubung
dengan pembangunan sektor pekebun kecil serta mengambil bahagian dalam apa-
apa aktiviti yang ditentukan oleh Menteri yang beranggungjawab dari semasa ke
semasa berhubung dengan pembaikan dan kemajuan sektor pekebun kecil. (Fungsi
RISDA. http://www.risda.gov.my)

Bagi agensi-agensi Pembangunan Wilayah pula, ia ditubuhkan bagi memaju,


menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi, sosial, tempat
tinggal, pertanian, perusahaan dan perladangan dalam kawasan wilayah, serta
mengawal dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan tersebut. Terdapat tujuh agensi
Pembangunan Wilayah yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas tersebut
iaitu DARA, KETENGAH, KEJORA, KESEDAR, KEDA, PERDA dan JENGKA. Di
sini fokus akan diberikan kepada peranan FELDA dalam aspek pembangunan tanah
sebagai pemangkin pertumbuhan wilayah. (Kemajuan Tanah dan Wilayah.
http://www.rurallink.gov.my)

FELDA merupakan sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan


oleh kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar bagi memberi kemudahan
yang lebih selesa kepada penduduk disamping meningkatkan sosio-ekonomi
mereka. Program membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup penduduk
luar Bandar dilakukan melalui kegiatan pembukaan tanah baru untuk dijadikan
kawasan pertanian dan penempatan peneroka.

FELDA telah mengambil alih pengawalan institusi sepenuhnya sejak 1965


apabila ia telah menukarkan dasarnya daripada sebuah badan penasihat dan
pemberi pinjaman kepada sebuah agensi pelaksanaan pembangunan. FELDA
ditubuhkan dengan matlamat untuk membuka tanah untuk tanaman dagangan dan
penempatan baru, menempatkan mereka yang tidak memiliki tanah untuk
meningkatkan taraf hidup mereka, mewujudkan pembangunan secara bersepadu
termasuk menyediakan kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik, sekolah, klinik

4
dan khidmat sokongan untuk membaiki taraf ekonomi peneroka, mengadakan
kegiatan sosial dan kerohanian bagi menggalakkan peneroka dan keluarga mereka
menjadi warganegara yang pandai berdikari, maju, berpengetahuan dan
bertanggungjawab serta turut serta dalam semua bidang dan menyediakan
kemudahan dalam kegiatan pemprosesan, pemasaran, pengangkutan yang lain
yang mampu memberi hasil yang lumayan kepada peneroka. (Penubuhan dan
Matlamat. http://www.felda.net.my)

Secara ringkasnya matlamat perancangan utama seperti yang dilakukan oleh


FELDA ialah untuk mengatasi masalah pengangguran dan guna tenaga tidak penuh
yang berleluasa di kawasan luar bandar; mengatasi masalah pemilikan dan
pemecahan tanah yang tidak ekonomi; meningkatkan pendapatan penduduk luar
bandar; memperbaiki taraf hidup masyarakat luar bandar; dan mewujudkan
masyarakat luar bandar yang bersikap positif terhadap pembangunan, progresif,
berdisiplin dan maju. Secara khusus, tujuan penubuhan Felda ialah untuk
membangunkan kawasan luar Bandar sebagai kawasan pertanian yang berdaya
maju. (Dr. Asan Ali Golam Hassan. Manfaatkan Ladang Felda. Utusan Malaysia. 25
Februari 2006)

Melalui pembukaan tanah baru, golongan miskin dipindahkan ke skim


pembangunan tanah baru. FELDA memberi jaminan mana-mana peneroka yang
tidak memiliki tanah memperoleh tanah melalui skim tanah berkelompok yang
ditawarkan dan kehidupan yang lebih sempurna melalui aktiviti sosio-ekonomi yang
dirancang. Kawasan ini dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan ditadbir
selia oleh Lembaga Kemajuan Wilayah. Langkah ini melibatkan eksploitasi tanah
secara besar-besaran dan satu contoh terbaik skim ini ialah skim pertanian kelapa
sawit dan getah oleh FELDA. Melalui FELDA, telah lahir skim pertanian yang moden
dan cekap yang berjaya mengubah taraf hidup peneroka. Kejayaan pertanian
dicapai melalui kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas. Melalui cara ini
golongan miskin dapat diperkasakan melalui ekonomi dan pemodenan sektor
pertanian akan lebih mudah dilakukan apabila golongan miskin diberi saiz tanah
yang mencukupi. (Nor Aini Hj. Idris. Mobiliti Sosial Di Kalangan Generasi Kedua
Felda. http://pkukmweb.ukm.my)

Melalui matlamat yang dirancang, pada tahun 2007, FELDA telah membuka
317 tanah rancang di seluruh negara dengan jumlah peneroka seramai 112,745.
Negeri Pahang merupakan negeri yang memiliki tanah rancangan FELDA yang

5
terbesar berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak 115 buah tanah rancangan
dengan mempunyai 43,172 peneroka dengan keluasan tanaman 182,246.53 hektar.
Ini diikuti dengan negeri Johor dengan 73 buah tanah rancangan yang mempunyai
27,663 peneroka dengan keluasan 113,958.71 hektar dan diikuti negeri-negeri lain di
seluruh nagara. Negeri Perlis merupakan negeri yang memiliki tanah rancangan
FELDA yang paling sedikit berbanding negeri-negeri lain iaitu hanya memiliki tiga
buah tanah rancangan sahaja. (Low Siong Khim. Sasaran Kerja Felda 2007.
http://eprints.utm.my)

Rancangan pembangunan tanah yang dilakukan oleh FELDA sejak 1956


adalah di antara strategi untuk pembangunan wilayah yang digubal kearah
pembasmian kemiskinan di kalangan petani. Program pembangunan tanah ini
membawa banyak manfaat kepada petani apabila sehingga 1999, lebih 100,000
keluarga telah berjaya ditempatkan di 509 buah tanah rancangan. Setiap peserta
rancangan diberikan tanah seluas 4.1 hektar atau 10 ekar yang ditanam dengan
tanaman komoditi, sementara seluas suku ekar disediakan untuk tapak kediaman.
Kesan langsung daripada strategi pembangunan tanah ialah taraf hidup petani dapat
ditingkatkan melalui aktiviti pertanian (Nor Aini Hj. Idris. Mobiliti Sosial Di Kalangan
Generasi Kedua Felda. http://pkukmweb.ukm.my)

Hasil pelaksanaan strategi ini didapati banyak kawasan tanah baru telah
dimajukan. Sebagai contoh sehingga kini FELCRA telah membuka lebih 225,876
hektar tanah di seluruh negara membabitkan 93,300 peserta. Kegiatan FELDA
dalam pembangunan tanah baru akan juga disokong oleh Lembaga Kemajuan
Wilayah, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri (PKPN) dan Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). (Rancangan Malaysia Kelima Pertanian dan
Pembangunan Luar Bandar. http://www3.pmo.gov.my)

Dalam tempoh RML, Lembaga Kemajuan Wilayah akan memajukan tanah


seluas 41,100 hektar, PKPN 29,000 hektar, dan PKEN 14,000 hektar. Di Sabah dan
Sarawak, kira-kira 9,600 hektar akan dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah
Negeri dan Lembaga Tabung Getah Sabah. Seluas 17,500 hektar lagi akan
dimajukan melalui usahasama Lembaga Kemajuan Wilayah dan sektor swasta.
(Rancangan Malaysia Kelima Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.
http://www3.pmo.gov.my)

Hari ini masyarakat peneroka FELDA di 317 rancangan tanah berjumlah kira-
kira 4.8 juta orang dan mewakili 15.6 peratus daripada keseluruhan penduduk
negara ini. Mereka bukan sahaja telah membaiki kedudukan sosio ekonomi mereka,

6
malah turut merubah landskap geografi negara. (Zuhafizah Ahmad Zaki.
Transformasi Ekonomi Luar Bandar Menerusi FELDA. Bernama. 13 Ogos 2010)

Matlamat utama pelaksanaan strategi pembangunan tanah ialah untuk


meningkatkan pendapatan golongan peneroka selain untuk mengurangkan
penghijrahan masyarakat desa ke Bandar kerana penghijrahan tersebut
menyebabkan guna tenaga di kawasan luar Bandar adalah tidak mencukupi dan
tidak efisien kerana hanya golongan tua sahaja yang menyumbang tenaga untuk
kemajuan luar Bandar. Dengan adanya strategi pembangunan tanah juga taraf
hidup dan sosioekonomi penduduk luar Bandar telah meningkat dan mereka boleh
dikatakan hidup mewah kerana hasil daripada ladang yang diusahakan tersebut.

Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan berlakunya peningkatan


Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri tersebut yang mana hasil utama
adalah pengeluaran produk pertanian oleh FELDA, RISDA, FELCRA. Hal yang
demikian menyebabkan kawasan-kawasan dan pekan berhampiran menerima kesan
daripada kemajuan yang dibawa oleh agensi-agensi pembangunan tanah tersebut
seperti adanya kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas yang lengkap
(Sekolah, hospital dan lain-lain badan kerajaan mahupun bukan kerajaan) serta
aspek-aspek positif lain yang mana fokus utama ialah untuk menggalakkan
pertumbuhan dan pembangunan wilayah di negeri-negeri yang mundur.

Aspek kedua yang dapat dilihat dalam konteks strategi pembangunan tanah
dan sumber asli ialah kemajuan sumber galian perlombongan dan memulakan
kegiatan perindustrian yang mana dari aspek sumber galian, perkembangan yang
paling penting ialah adanya sumber minyak dan gas di dasar laut negeri Sabah,
Sarawak, Pahang dan Terengganu yang dapat memberi sumbangan yang besar
kepada ekonomi negeri tersebut. selain itu sumber galian lain seperti tembaga dan
emas juga ditemui di Terengganu dan Kelantan. (Hasnah Ali. Ekonomi Wilayah Teori
dan Amalan. 1991)

Bagi Sarawak, transformasi berlaku kerana adanya gas asli di luar pantai
Sarawak iaitu Bintulu. Bandar Bintulu membangun dengan pesat kerana adanya
sumber asli tersebut yang mana daripada sebuah kampung nelayan yang dikenali
dengan hasil laut, Bintulu kini muncul sebagai Bandar antarabangsa. Sebuah loji
pemprosesan gas asli iaitu LNG Sdn. Bhd milik Petronas telah dibina di Bintulu dan
ia menjadi penggalak kepada pembangunan sektor-sektor lain sebagaimana projek

7
bandar baharu Samalaju di Bintulu yang mana bandar itu akan dimajukan di bawah
beberapa fasa dengan fasa pertama melibatkan 5,000 unit rumah. (Kerja Projek
Samalaju Bermula Tahun Hadapan. Utusan Malaysia. 11 Mei 2010)

Kerajaan negeri menubuhkan Taman Perindustrian Samalaju bagi


pembangunan industri berat yang merangkumi kilang poli silikon, kilang peleburan
aluminium dan pembangunan Pelabuhan Samalaju. Selain unit kediaman dan pusat
komersial, perbandaran baharu itu akan dilengkapkan dengan kemudahan-
kemudahan awam seperti sekolah, balai polis, klinik dan prasarana rekreasi sebagai
sebahagian daripada pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak
(Score). (Kerja Projek Samalaju Bermula Tahun Hadapan. Utusan Malaysia. 11 Mei
2010)

Strategi pembangunan tanah dan sumber asli menjadi pemangkin kepada


pertumbuhan wilayah kerana apabila sesuatu industri dan sumber ekonomi wujud
maka penempatan baru, peluang pekerjaan, kemudahan infrastruktur dan tarikan
pelabur akan menjadi daya tarikan yang kuat untuk pertumbuhan wilayah negeri-
negeri yang mundur tersebut.

2.2 Strategi Pembangunan In Situ Luar Bandar

Konsep pembangunan pertanian secara bersepadu berasaskan pembangunan "in


situ" telah diperkenalkan pada tahun 1965 dengan pelaksanaan projek Lembaga
Kemajuan Pertanian Muda (MADA - Muda Agricultural Development Authority) diikuti
penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA - Kemubu Agricultural
Development Authority) pada tahun 1967. Sejak tahun itu, konsep pembangunan
seumpama ini telah berkembang dengan penubuhan Projek Pembangunan
Pertanian Bersepadu (IADA) hampir keseluruh negara. (IADA: Kawasan
Pembangunan Pertanian Bersepadu. http://www.moa.gov.my)

Program pembangunan in-situ telah dilaksanakan melalui program


pembangunan pertanian bersepadu (IADP), yang bersifat “kesepaduan” iaitu
mengabungjalinkan tenaga, sumber potensi dan agensi seperti Pihak Berkuasa
Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA), Majuikan Sdn. Bhd. (MAJUIKAN), Maju Ternak

8
Enterprise (MAJUTERNAK), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), MARDEC,
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Kemajuan Wilayah,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia (MARDI) dan banyak lagi agensi yang terlibat dan bekerjasama
bagi memajukan sektor pertanian luar bandar dan seterusnya membasmi kemiskinan
melalui penyelarasan, mengintergrasi, sejajar dengan objektif pembangunan
kawasan pertanian yang sedia ada. (IADA: Kawasan Pembangunan Pertanian
Bersepadu. http://www.moa.gov.my)

Secara ringkasnya strategi pembangunan in situ luar Bandar merupakan


strategi untuk meningkatkan produktiviti pertanian yang sedia ada yang mana
penempatan sedia ada tersebut dibangunkan dengan kemudahan infrasturktur
khasnya di wilayah-wilayah yang mundur. Melaluinya, petempatan dimodenkan dan
perkhidmatan disediakan untuk meningkatkan keluaran serta taraf hidup penduduk
desa.

Salah satu agensi di bawah IADP ialah Lembaga Kemajuan Pertanian


Kemubu yang memperkenalkan konsep Ladang Merdeka iaitu satu konsep
pengurusan ladang secara komersil dan berskala besar yang mana ianya
berkepentingan dalam memerdekakan kumpulan sasar, merekabentuk ladang
dengan saiz yang sesuai, berdaya maju dan membantu meningkatkan pendapatan
peserta melalui hasil padi dan bukan padi, meningkatkan daya produktiviti melalui
pengurusan secara estet, penggunaan tenaga buruh yang efisien, penggunaan
jentera ladang, penggunaan input pertanian secara berkesan dan menjimatkan.
Konsep ini telah dilaksanakan pada 1991 dengan pengurusan awal 5 buah ladang
seluas 211.78 hektar. Sehingga Disember 2005 sebanyak 17 buah ladang telah
ditubuhkan dengan keluasan 749.76 hektar melibatkan 2,609 peserta. (Ladang
Merdeka. http://intranet.kada.gov.my)

Mini estet padi atau Perladangan Berkelompok pula menumpukan kepada


pemuafakatan sekumpulan petani mengusahakan sawah di sesuatu kawasan
bendang dengan bimbingan insentif daripada KADA dan kemudahan kredit input
pertanian daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang dibayar balik setelah
selesai musim penuaian. Sebilangan petani maju akan diberikan bimbingan intensif
di bawah Projek 10tan/hektar bagi meningkatkan pengeluaran padi untuk dicontohi
oleh petani lain. (Komoditi Padi. http://www.kada.gov.my)

9
Antara program pemodenan yang dilakukan oleh KADA ialah pemodenan
sistem pengairan rumah-rumah pam dan peningkatan kecekapan dan keberkesanan
bekalan air dan penekanan kepada penggunaan teknologi moden dan amalan
pertanian baik. Program lain termasuklah pengurusan rumpai, perosak dan penyakit
tanaman secara bersepadu. KADA mensasarkan pada akhir RMK9 kadar
pengeluaran padi dari seluruh kawasan KADA akan ditingkatkan daripada 4.28
tan/hektar kepada 5.30 tan/hektar bagi membolehkan sumbangan KADA kepada
pengeluaran padi negara ditingkatkan 225,000 tan setahun kepada 307,000 tan
setahun. (Ladang Merdeka. http://intranet.kada.gov.my)
Melalui konsep Ladang Merdeka ini juga satu model "on farm development"
iaitu mengubah amalan kerja yang tidak sistematik kepada satu budaya kerja yang
menitikberatkan pengurusan berestet yang jauh lebih maju dan mempunyai daya
pengeluaran yang tinggi diperkenalkan. Program Pembangunan Ladang Merdeka
Padi merupakan progam KADA yang berterusan yang dapat menyelesaikan banyak
masalah. Melalui program seumpamanya dapat menyelesaikan masalah seperti saiz
lot tanah yang tidak ekonomik, masalah pengurusan air, pengurusan penyakit,
pemasaran, kualiti dan sebagainya. (Ladang Merdeka. http://intranet.kada.gov.my)

Penilaian Ladang Merdeka oleh Penyelidik dari Universiti Utara Malaysia


mendapati keuntungan bersih adalah RM2,566.12/tan dan hasil di luar Ladang
Merdeka hanya 80% berbanding hasil dalam ladang merdeka. Konsep ini dilihat
amat ekonomik bagi KADA dan Negara dari aspek peningkatan hasil dan nilai
tambah kepada petani. (Ladang Merdeka. http://intranet.kada.gov.my)

Selain itu, kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu ( IADA ) Kemasin


Semerak yang ditubuhkan pada 1982 dengan Pembiayaan pinjaman kewangan
Bank Pembangunan Asia juga telah dikenalipasti sebagai salah satu jelapang padi,
ia diwujudkan bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan in-situ luar Bandar
secara bersepadu melalui penyediaan infrastukstur kawalan banjir, saliran dan
kemudahan pengairan bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi / produktiviti
ladang. IADA Kemasin Semerak ini meliputi 68,350 hektar kawasan Lembah Sungai
Kemasin di Jajahan Kota Bharu dan Bachok serta Lembah Sungai Semerak di
Jajahan Pasir Puteh. Sehingga kini, dianggarkan 4,000 orang petani yang bergiat
aktif mengusahakan sawah padi di dalam kawasan IADA Kemasin Semerak. (IADA
Kemasin Semerak. http://www.moa.gov.my)

10
Mulai Rancangan Malaysia Ke Tujuh (1996-2000) dan dengan matlamat
mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber yang terhad, skop pelaksanaan
IADA telah difokuskan kepada pembangunan kawasan jelapang padi negara. IADA-
IADA bukan jelapang padi, kecuali IADA Samarahan dan Kalaka Saribas di Sarawak,
telah ditutup dan hanya IADA-IADA Barat laut selangor, Seberang Perak, Kerian Sg.
Manik, Kemasin Semerak, Pulau Pinang dan KETARA yang melibatkan kawasan
jelapang padi diteruskan pelaksanaannya.

Strategi pembangunan in situ juga dilaksanakan melalui program saliran dan


tali air serta pemulihan tanah dan penanaman semula. Projek saliran dan tali air
bertujuan membaiki kawasan yang menghadapi masalah kemasukan air laut, banjir
dan sentiasa ditakungi air agar dapat meningkatkan daya pengeluaran di kawasan
tersebut. Contohnya seluas 169,100 hektar tanah pertanian akan disediakan dengan
kemudahan perparitan iaitu 88,000 hektar dimajukan di kawasan-kawasan IADP dan
81,100 hektar di luar kawasan IADP. (Rancangan Malaysia Kelima Pertanian dan
Pembangunan Luar Bandar. http://www3.pmo.gov.my)

Kemudahan perparitan ini akan dapat memulihkan kawasan seluas 11,100


hektar untuk ditanam dengan kelapa sawit dan getah, 49,900 hektar untuk koko dan
kelapa, dan 8,100 hektar untuk tanaman campuran. Selaras dengan pengeluaran
padi masa hadapan yang akan ditumpukan di kawasan jelapang padi, program
pengairan akan ditumpukan di kawasan-kawasan tersebut. (Rancangan Malaysia
Kelima Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar. http://www3.pmo.gov.my)

Selain itu, program pemulihan dan penanaman semula dilaksanakan oleh


RISDA dan lain-lain agensi yang mana RISDA akan menumpukan usaha-usaha
penanaman semula secara mini estet dengan memberi penekanan kepada
penanaman kelapa sawit. RISDA akan menanam semula kira-kira 160,000 hektar
kawasan-kawasan getah yang tidak produktif dengan kelapa sawit, getah yang
berhasil tinggi dan tanaman-tanaman lain. Program ini dijangka memberi faedah
kepada kira-kira 70,000 keluarga. (Rancangan Malaysia Kelima. Pertanian dan
Pembangunan Luar Bandar. http://www3.pmo.gov.my)

Usaha-usaha pemulihan tanah akan terus ditumpukan kepada penyatuan dan


pemulihan tanah terutamanya tanah terbiar. FELCRA akan memulih kawasan seluas
kira-kira 110,000 hektar tanah terbiar dengan tanaman kelapa sawit, getah dan koko.
Kira-kira 62 peratus daripada matlamat keluasan tanah yang akan dipulih adalah di

11
Kedah, Kelantan,Perak, dan Terengganu. Dalam melaksanakan program
penyatuannya, FELCRA akan menerapkan konsep pembandaran luar bandar yang
melibatkan penyusunan semula kampung-kampung. Di bawah konsep ini, sekurang-
kurangnya 500 keluarga akan ditempatkan di satu kawasan bagi mengwujudkan
pusat-pusat pertumbuhan luar bandar yang baru. (Rancangan Malaysia Kelima.
Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar. http://www3.pmo.gov.my)

Kementerian Pertanian akan meneruskan usaha-usahanya untuk


memulihkan kawasan sawah terbiar. Dalam tempoh RML, matlamat keluasan sawah
terbiar yang akan dipulihkan adalah seluas 51,000 hektar yang merupakan 31.7
peratus daripada 161,000 hektar tanah sawah yang terbiar. Bantuan yang akan
disediakan termasuklah untuk penyediaan tanah, infrastruktur dan input pertanian.
Usaha-usaha akan ditumpukan di negeri-negeri Kelantan, Perak, dan Terengganu.
(Rancangan Malaysia Kelima. Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.
http://www3.pmo.gov.my)

Kesan strategi pembangunan in situ luar Bandar yang dilihat dari Projek
Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) ialah berlakunya peningkatan hasil padi
yang secara tidak langsung meningkatkan nilai hartanah, pembinaan dan pembaikan
infrastruktur, pengwujudan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,
peningkatan pendapatan peserta, peningkatan taraf hidup penduduk setempat dan
juga peningkatan keluasan bertanam dari ladang sekitar. (Ladang Merdeka.
http://intranet.kada.gov)

2.3 Strategi Penyebaran Industri

Strategi penyebaran industri ialah satu pendekatan yang mana sektor-sektor swasta
didorong untuk menempatkan semula kilang-kilang tambahan di negeri-negeri yang
kurang maju. Oleh kerana semakin sukar untuk mendapatkan tenaga buruh, adalah
perlu bagi industri-industri ditempatkan lebih hampir kepada punca-punca tenaga
kerja di kawasan-kawasan luar Bandar. (Dasar Pembangunan Baru. Pembangunan
Wilayah. http://www.ipislam.edu.my)

12
Dalam melaksanakan konsep penyebaran industri, Kerajaan akan
menggalakkan proses taburan industri dengan menyediakan kawasan-kawasan
perindustrian yang dilengkapi dengan kemudahan fizikal dan kemudahan-
kemudahan lain dengan secukupnya seperti pendidikan, kesihatan dan perumahan
di kawasan tertentu di negeri-negeri kurang maju untuk menjadikan kawasan luar
bandar lebih menarik kepada pelabur-pelabur swasta. Pelaburan dalam bidang
kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan sosial akan dirancang bagi memajukan
kawasan-kawasan tersebut untuk menjadikan pusat pertumbuhan baru yang dapat
menyumbangkan kepada pembangunan wilayah. (Dasar Pembangunan Baru.
Pembangunan Wilayah. http://www.ipislam.edu.my)

Bagi negeri Terengganu sebelum penemuan petroleum dan gas asli,


penduduk di koridor Kemaman-Dungun, Terengganu tinggal di petempatan
tradisional. Kebanyakan mereka menjalankan aktiviti ekonomi seperti bertani,
menangkap ikan dan berniaga secara kecil-kecilan. Pada tahun 1980-an,
petempatan di pesisiran pantai itu mengalami perubahan yang pesat berikutan
petroleum di luar pantai Terengganu mula dikeluarkan secara komersil mulai 1982.
Pengeluaran sumber alam baru itu telah menjadi teras pertumbuhan ekonomi
kawasan itu dengan diikuti perkembangan bandar dan pembandaran yang berlaku
dengan pesat. (Katiman Rostam. Transformasi Ekonomi dan Perbandaran Di Koridor
Kemaman-Dungun, Terengganu: Keterlibatan Isi Rumah Melayu.
http://pkukmweb.ukm.my)

Pusat-pusat yang mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat adalah


tempat-tempat yang baru dimajukan dan kawasan desa di sekitar bandar-bandar
kecil itu dengan aktiviti pembuatan. Kemasukan penduduk beramai-ramai telah
memesatkan pertumbuhan pusat-pusat tersebut. Kawasan yang terletak
berhampiran laluan Lebuhraya Persekutuan Kuantan-Kuala Terengganu pula telah
menjadi pilihan pemaju hartanah. Kawasan di pinggir bandar dengan keadaan fizikal
yang baik juga telah dibangunkan kilang, rumah dan kedai.

Strategi perdana pembangunan kawasan yang mundur pada umumnya


adalah berdasarkan teori kutub pertumbuhan yang dikemukakan F. Perroux dan
kemudian dikembangkan oleh R.J. Boudeville melalui ideanya tentang pusat
pertumbuhan. Menurut teori kutub/pusat pertumbuhan, setelah pusat-pusat yang
dikenalpasti itu disuntikkan pelaburan modal sebagai pemangkin bagi pembangunan
industri pembuatan yang berdaya saing, kawasan di sekitarnya akan beroleh
manfaat melalui pautan ke hadapan dan ke belakang aktiviti pembuatan tadi.

13
Akhirnya, keseluruhan wilayah akan maju justeru suntikan modal itu. (Katiman
Rostam. Transformasi Ekonomi dan Perbandaran Di Koridor Kemaman-Dungun,
Terengganu: Keterlibatan Isi Rumah Melayu. http://pkukmweb.ukm.my)

Salah satu wilayah di Malaysia yang menerap idea dan strategi pusat
pertumbuhan itu ialah Koridor Kemaman-Dungun. Koridor tersebut adalah pusat
pertumbuhan baru bagi pantai timur dengan tumpuan aktivitinya di Kemaman. Ini
bukan sahaja kerana kemudahan asasnya yang lebih baik, tetapi juga bekalan
sumber alam yang banyak, maju dengan aktiviti pembuatan dan perkhidmatan
moden. Daerah Kemaman mempunyai kemudahan perhubungan telekomunikasi
yang moden, bekalan air dan elektrik, pelabuhan air dalam yang baik, iaitu
Pelabuhan Petrokimia Cair di Kerteh dan Pelabuhan Kemaman serta kehampirannya
dengan lapangan terbang Kuantan, selain Lapangan Terbang Kerteh. (Katiman
Rostam. Transformasi Ekonomi dan Perbandaran Di Koridor Kemaman-Dungun,
Terengganu: Keterlibatan Isi Rumah Melayu. http://pkukmweb.ukm.my)

Sepanjang tempoh 1996-2000, sebanyak 79 projek perindustrian telah


diluluskan oleh kerajaan Terengganu dengan melibatkan modal kira-kira RM13.2
bilion. Daripada jumlah tersebut, lebih 60 peratus bertumpu di koridor Kemaman-
Dungun. Kebanyakan modal adalah Pelaburan Langsung Asing dalam sektor
petrokimia, elektrik dan elektronik. Kesemuanya memberi kesan yang besar ke atas
pembangunan kawasan tersebut. Hal ini juga dapat dibuktikan melalui pencapaian
KDNK daerah Kemaman (RM3.916 bilion) sebanyak lebih tiga kali ganda KDNK
daripada daerah Dungun (RM1.034 bilion). Perkembangan itu menunjukkan
kelebihan daya saing daerah Kemaman dalam konteks pembangunan koridor pantai
timur. Perkembangan industri asas sumber yang pesat telah membantu
pembangunan daerah tersebut. (Katiman Rostam. Transformasi Ekonomi dan
Perbandaran Di Koridor Kemaman-Dungun, Terengganu: Keterlibatan Isi Rumah
Melayu. http://pkukmweb.ukm.my)

Pada permulaannya, aktiviti industri berkembang di Chukai. Kebanyakan


industri tersebut adalah industri ringan dan bersaiz sederhana, termasuk kilang
elektrik dan elektronik, selain perabut, papan dan veneer, kabel dan keluli dan telah
menarik pelaburan asing, selain pelabur tempatan. Di kawasan perindustrian yang
baru, khususnya di Telok Kalong, lebih banyak industri yang besar seperti industri
besi keluli, titanium dioksida, serbuk batu kapur, asid sulfrik dan tawas, kejuruteraan,
memproses amang tembaga, anthdrida dan fabrikasi logam berkembang dengan
pesat. Industri yang berasaskan bahan kimia, petroleum dan gas, seperti loji

14
penapisan minyak, loji memproses gas, etilena dan polietilena selain terminal
petroleum dan gas bertumpu di sekitar Kerteh. (Katiman Rostam. Transformasi
Ekonomi dan Perbandaran Di Koridor Kemaman-Dungun, Terengganu: Keterlibatan
Isi Rumah Melayu. http://pkukmweb.ukm.my)

Dalam hal demikian, pembangunan industri yang berasaskan petroleum dan


gas di sekitar Paka dan Kerteh telah mendorong pertambahan penduduknya.
Kawasan desa yang sebelumnya kurang mendapat perhatian telah dimajukan
dengan kawasan perumahan dan perniagaan baru yang moden tidak jauh dari pusat
pertumbuhan ekonomi. Hasilnya, pembandaran desa telah berlaku dengan pesat.
Berikutan bandar-bandar baru dibina berhampiran dengan kawasan perindustrian,
penduduk tidak lagi bertumpu di kawasan bandar lama, tetapi juga di kawasan
perumahan yang baru.

Di sekitar Kemaman dan Kertih, misalnya, penduduk yang mendiami


kawasan tepubina adalah lebih banyak berbanding dengan penduduk di kawasan
bandar lama. Dengan kata lain, proses pembangunan wilayah telah banyak
mengubah landskap fizikal dan budaya di kawasan yang berkenaan akibat
pembinaan kemudahan asas, jalan raya, komunikasi yang moden serta
perkhidmatan yang lain. (Katiman Rostam. Transformasi Ekonomi dan Perbandaran
Di Koridor Kemaman-Dungun, Terengganu: Keterlibatan Isi Rumah Melayu.
http://pkukmweb.ukm.my)

Pemodenan ekonomi di Koridor Kemaman-Dungun telah mengubah peranan


dan fungsi bandar di situ. Peranan dan fungsi tradisional bandar-bandar di koridor
tersebut sebagai pusat pengumpul dan pemasaran hasil pertanian, termasuk ikan,
telah merosot secara perlahan-lahan. Kini, pelbagai fungsi moden telah ditawarkan.
Peranan bandar-bandar itu telah berubah menjadi pusat perindustrian dan
perniagaan moden. Fungsi baru itu adalah untuk memenuhi keperluan
perlombongan minyak dan gas, pembuatan moden, perniagaan dan perkhidmatan
moden untuk memenuhi keperluan pengguna yang telah terbandar. (Katiman
Rostam. Transformasi Ekonomi dan Perbandaran Di Koridor Kemaman-Dungun,
Terengganu: Keterlibatan Isi Rumah Melayu. http://pkukmweb.ukm.my)

Fungsi yang dimaksudkan termasuk pembekal dan servis alat/jentera


petrokimia, servis jentera berat, perkhidmatan kimpalan besi, perunding
pengangkutan, perjalanan/tiket, ejen perantara/hantaran laju/khas, pembekal
peralatan makmal/keselamatan, perunding pengurusan, kejuruteraan lektrik dan

15
awam, perkhidmatan insurans, firma peguam, perunding alam sekitar, ejen
perkapalan dan pengurusan sisa. Kebanyakan perkhidmatan moden itu ditujukan
kepada syarikat yang terlibat dengan perlombongan, penapisan petroleum, gas dan
industri pembuatan. (Katiman Rostam. Transformasi Ekonomi dan Perbandaran Di
Koridor Kemaman-Dungun, Terengganu: Keterlibatan Isi Rumah Melayu.
http://pkukmweb.ukm.my)

Selain itu, banyak syarikat asing yang besar telah menubuhkan cawangan di
koridor ini. Perkembangan industri perlombongan dan pembuatan juga telah
menggalakkan pertumbuhan pelbagai perniagaan barangan dan perkhidmatan
pengguna moden. Ini bukan sahaja telah mencetuskan permintaan tinggi terhadap
barangan pengguna moden, tetapi juga telah merancakkan pertumbuhan
perniagaan, seperti pasaraya moden, cash and carry, pusat keperluan bayi,
motosikal, basikal dan kereta.

Perubahan telah juga berlaku di luar pusat bandar tradisional, khususnya di


zon tepu bina bandar-bandar baru berhampiran bandar Chukai, Paka dan Kerteh.
(Katiman Rostam. Transformasi Ekonomi dan Perbandaran Di Koridor Kemaman-
Dungun, Terengganu: Keterlibatan Isi Rumah Melayu. http://pkukmweb.ukm.my)

Pada keseluruhannya, bandar-bandar kecil orang Melayu di koridor itu telah


mengalami transfomasi fungsi yang ketara. Perubahan di pusat-pusat yang baru ini
telah mengubah peranan bandar tradisional daripada pertanian dan perikanan
kepada perindustrian dan perkhidmatan moden. Perubahan ini penting bagi
membolehkan bandar-bandar kecil di koridor ini menyokong perlombongan dan
pembuatan yang berasaskan petrokimia.

Strategi penyebaran industri mampu mewujudkan pembangunan seimbang


antara Bandar dan luar Bandar yan mana dengan adanya penyerakkan industri ke
kawasan luar Bandar ia akan mengubah corak ekonomi luar Bandar menjadi lebih
maju dan moden. Penyerakan industri ke luar bandar juga bertujuan untuk
mengurangkan aliran migrasi daripada luar bandar ke bandar kerana dengan
terbinanya kilang-kilang di kawasan luar Bandar atau wilayah yang mundur
penduduk di kawasan yang mundur tersebut tidak lagi perlu berhijrah ke Bandar
kerana telah mempunyai peluang pekerjaan yang luas di kawasan luar Bandar.

16
Selain itu, penyebaran industri juga menjadi teras program pembangunan
dan membantu keseimbangan antara wilayah melalui pembinaan kilang yang turut
mewujudkan kawasan bandar-bandar baru. Di Malaysia banyak terdapat kawasan
industri bertukar menjadi bandar baru seperti Bandar Nilai, Bandar Raya Shah Alam,
Petaling Jaya yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang lengkap serta
pelbagai impak positif daripada strategi penyebaran industri.

2.4 Strategi Pelaksanaan Program Urbanisasi Luar Bandar dan


Pembentukan Pusat Pertumbuhan Yang baru

Pihak kerajaan juga telah menyusun strategi pembangunan untuk pelaksanaan


program urbanisasi di luar bandar. Menerusi strategi ini, pihak pembangunan wilayah
telah menyediakan infrastruktur bertaraf bandar seperti bekalan air, elektrik dan
aktiviti ekonomi moden. Kemajuan dan pembangunan yang dikecapi hasil dari
program urbanisasi luar bandar inilah merupakan platform utama pihak
pembangunan wilayah untuk membentuk sebuah pertumbuhan yang baru.

Antara matlamat perancangan pusat pertumbuhan adalah untuk mendorong


pembangunan di kawasan yang mundur, mengurangkan kesesakan di kawasan
bandar metropolitan dan menyediakan satu saluran penghijrahan ke kawasan
bandar (sebagai satu strategi pembandaran). (Hasnah Ali. Ekonomi Wilayah Teori
dan Amalan. 1991)

Hal ini dapat dilihat seperti Bandaraya Kuala Lumpur yang dahulunya
hanyalah merupakan sebuah bandar kecil yang pesat membangun ekoran daripada
perkembangan perlombongan bijih timah. Dari sebuah pekan kecil perlombongan
bijih timah, Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia terus menempa nama dan dikenali di
seluruh dunia. Perubahan demi perubahan mewarnai wajah Kuala Lumpur yang
pesat membangun sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan negara. Kemajuan
yang dikecapi Kuala Lumpur telah meletakkan Malaysia gah di peta dunia dengan
pelbagai kejayaan yang dicipta. Jika dahulunya, persekitaran Kuala Lumpur dipenuhi
dengan rumah-rumah atap nipah, kini ianya lebih diserikan dengan bangunan-
bangunan pencakar langit serta perkembangan pesat penempatan penduduk. Dunia
terus mengenali Kuala Lumpur melalui mercu tanda hebat seperti Menara

17
Berkembar Petronas 88 tingkat yang pernah mencatat sejarah sebagai bangunan
tertinggi di dunia dan Menara Kuala Lumpur, menara komunikasi kebanggaan
negara yang dilengkapi dengan teknologi terkini.

Kuala Lumpur mengalami pertumbuhan pembangunan yang sangat pesat


sebagai Pusat Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa apabila wujudnya
perkembangan sektor perindustrian dan pembuatan. Sejak tahun 1984, hanya
beberapa kawasan perindustrian baru telah dimajukan. Taman Teknologi Malaysia di
Bukit Jalil seluas 280 hektar telah dibangunkan dalam tiga fasa sebagai sebuah
taman industri berteknologi tinggi di dalam tiga sektor utama iaitu kejuruteraan,
bioteknologi dan teknologi komunikasi. Terdapat juga perindustrian yang dibina di
Jinjang, Bukit Indah, Jalan Klang Lama dan Chan Sow Lin. (Morshidi Sirat & Suriati
Ghazali. Globalisation Of Economic Activity And third World Cities.1999)

Perindustrian ini hanyalah dijalankan secara kecil-kecilan memandangkan


kawasan itu agak terpencil dan tiada kemudahan infrastruktur yang mencukupi
seperti kawasan perumahan bagi pekerja di kawasan industri kecuali di Chan Sow
Lin dan juga tiada kemudahan rekreasi. Kemudahan perbankan seperti
perkhidmatan mesin automasi tidak disediakan di kawasan industri. Kemudahan
pusat penjaja yang dirancang atau medan selera yang bersih juga tidak terdapat di
kawasan perindustrian dan hanya 2.4 peratus premis perindustrian mempunyai
kantin di dalamnya. Hanya 26 peratus premis perindustrian menyediakan
kemudahan tempat letak kereta dan motosikal. (Morshidi Sirat & Suriati Ghazali.
Globalisation Of Economic Activity And third World Cities.1999)

Ekoran daripada permintaan yang tinggi dari keluaran industri ini telah
mewujudkan peluang perkerjaan. Senario ini telah menggalakkan pengaliran migrasi
penduduk ke kawasan pinggiran bandar Kuala Lumpur ini yang mengakibatkan
perkembangan guna tanah perumahan, perindustrian, perdagangan, perkhidmatan
khususnya ruang pejabat, institusi pendidikan dan perniagaan runcit skala besar di
kawasan tersebut. Secara tidak langsung hal ini turut memberi impak yang sangat
besar terhadap peningkatan ekonomi Negara dan akhirnya Kuala Lumpur menjadi
sebuah pusat perdagangan maju. Rentetan dari itu, Kuala Lumpur telah membangun
secara perlahan-lahan sehingga mencapai taraf yang ada sekarang ini dengan
terbentuknya Wilayah Persekutuan. Kepesatan sektor ekonomi Kuala Lumpur telah
mengundang minat tidak hanya pelabur asing malah rakyat di negara ini.

18
Jelas terbukti, penghijrahan penduduk yang menghuni bandar raya ini terus
meningkat tahun demi tahun untuk memenuhi tenaga buruh di dalam sektor
perindustrian. Sehingga kini terdapat lebih kurang 80 peratus pertubuhan industri
pembuatan sedia ada terletak di Bukit Indah, Jinjang, Bukit Anggerik, Chan Sow Lin,
Sentul, Bandar Tun Razak dan Seputeh, manakala pertubuhan industri perkhidmatan
sedia ada kebanyakannya beroperasi di Jinjang, Bukit Anggerik dan Sentul.
Kebanyakan guna tanah industri terletak di Jinjang, Bukit Indah, Maluri dan Bukit
Jalil.

Kawasan perindustrian zon utara yang menumpukan kepada industri


perkhidmatan kejuruteraan dan pembuatan terdiri daripada Jinjang, Bukit Maluri,
Wangsa Maju, Maluri, Sentul dan Setapak. Zon ini adalah agak berhampiran dengan
kilang kereta kedua Malaysia di Serendah dan cadangan Bandar Proton di Lembah
Bernam. Aktiviti perkhidmatan automobil, pembuatan makanan, percetakan,
penyimpanan, kraf tangan dan pembungkusan dijangka merupakan industri utama di
zon ini. (Morshidi Sirat & Suriati Ghazali. Globalisation Of Economic Activity And
third World Cities.1999).

Industri sokongan untuk keperluan tempatan dan pengeluaran barangan


buatan logam juga digalakkan. Senario ini telah menyebabkan pertambahan
penduduk semakin meningkat. Pihak pembangunan dan perancang wilayah telah
mula membina penempatan dan kemudahan infrastruktur untuk memenuhi keperluan
penduduk yang semakin ramai di Kuala Lumpur. Perkembangan lebuh raya-lebuh
raya baru di sekitar ibu kota, kawasan perumahan, pasaraya, institusi pendidikan dan
sebagainya lagi telah dibina secara meluas. Tidak dapat disangkal lagi, kepadatan
penduduk Kuala Lumpur telah mencorakkan pola penempatan yang lebih tersusun
terutama bagi kawasan-kawasan setinggan yang telah digantikan dengan
perumahan kos rendah yang lebih selesa seperti di Pantai Dalam. (Katiman Rostam.
Pembandaran Dan Perkembangan Wilayah Metropolitan Lanjutan Lembah Klang –
Langat, Malaysia http://eprints.ukm.my)

Selain itu, pertambahan penduduk di Kuala Lumpur telah menyebabkan


kesesakan di jalan raya terutamanya pada waktu puncak ekoran daripada
penggunaan kenderaan sendiri. Oleh yang demikian, dengan kepesatan ekonomi
negara pada ketika itu, telah memberi kesan kepada aspek pengangkutan di Kuala
Lumpur. Dari zaman lanca dan beca hinggalah kepada sistem aliran ringan (LRT),
keretapi ekspres (KLIA Ekpres) dan Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir

19
(SMART), pelbagai kemudahan terus disediakan untuk kesenangan rakyat.
Perkembangan positif ini telah memacu negara untuk menjadi salah satu kuasa
ekonomi yang disegani di rantau ini. (Pelan Struktur Kuala Lumpur.
http://www.dbkl.gov.my)

Apabila pertambahan penduduk dan kewujudan peluang perkerjaan dalam


pelbagai sektor, menyebabkan berlakunya perubahan terhadap pembangunan
perumahan. Jika Kuala Lumpur suatu ketika dahulu banyak pembinaan perumahan
setinggan terutamanya di Gombak, Briedfield tetapi hari ini kawasan perumahan
yang lebih maju telah banyak dibina untuk menampung jumlah penduduk di Kuala
Lumpur. Kedudukan perumahan yang dibina ini di lokasi yang strategik iaitu
mempunyai kemudahan pengangkutan awam dan berdekatan dengab pusat
perniagaan utama, membeli belah, pusat hiburan, institusi pendidikan dan
sebagainya lagi. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan
persekitaran kerja, hidup dan niaga di Pusat Bandar Raya, kualiti dan persekitaran
perumahan kos rendah di Pusat Bandar Raya. (Mohd Shukri Abdullah. Strategi
Pembangunan Desa Negara Dunia Ketiga. 1989)

Sektor pelancongan juga telah menjadi medium dalam meningkatkan


pertumbuhan Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat perdagangan Malaysia. Sektor
pelancongan menyumbang kepada pendapatan, pekerjaan dan memperluaskan
peluang-peluang perniagaan. Industri pelancongan mencakupi bidang perkhidmatan
yang luas dan kemudahan yang diperlukan adalah pelbagai serta mampu
menyediakan peluang pekerjaan kepada semua lapisan penduduk. Pelancongan
memberi manfaat sampingan yang tidak kurang pentingnya kepada penduduk Kuala
Lumpur. Dengan menampung asas penduduk yang lebih besar daripada penduduk
Bandar Raya sendiri, kemudahan membeli-belah, hiburan, rekreasi dan kebudayaan
yang lebih pelbagai dapat ditampung. (Menara Berkembar Petronas.
http://ms.wikipedia.org)

Pelancongan juga membantu dalam memberi dorongan dan justifikasi


kewangan terhadap langkah-langkah yang memberi faedah kepada penduduk
Bandar Raya seperti projek-projek pemuliharaan, pengindahan dan siar kaki, serta
menjadi tuan rumah kepada acara-acara khas dan perayaan-perayaan yang
bertujuan untuk menarik pelancong. Kuala Lumpur mempunyai banyak kelebihan
untuk ditawarkan sebagai destinasi pelancongan. Ia mempunyai iklim yang nyaman
dengan ciri-ciri tropika yang unik, infrastruktur dan sektor perkhidmatan yang baik

20
serta pelbagai tarikan pelancongan, kemudahan membeli-belah, hiburan, hotel dan
persidangan.

Kuala Lumpur juga boleh maju berasaskan masyarakatnya yang berbilang


kaum, agama dan kebudayaan bagi mewujudkan identiti dan imej tersendiri.
Kemegahan KLCC menjadi puncak nama Malaysia di persada dunia. Hal ini menjadi
lambang kemegahan negara yang bukan sahaja sebagai pusat membeli belah tetapi
juga sebagai kawasan pelancongan dan pusat perdagangan Kuala Lumpur. (Menara
Berkembar Petronas. http://ms.wikipedia.org)

Sehingga kini, Kuala Lumpur telah mencapai kemajuan di dalam semua


sektor dan merupakan pusat pertumbuhan wilayah yang menjadi penghubung
perdagangan di antara semua negeri di Malaysia. Kuala Lumpur juga merupakan
antara wilayah yang membangun dan kesibukan kota yang tiada had kawalannya.
Oleh yang demikian, pihak pembangunan wilayah telah merancang untuk
mewujudkan konsep bandar selamat. Pada umumnya, Kuala Lumpur setanding
dengan bandar-bandar utama lain dalam aspek ini dengan menyediakan balai-balai
polis yang disokong oleh pondok polis dan pondok rukun tetangga serta balai
bomba. Untuk mempertingkatkan keselamatan di Bandar Raya, Yayasan
Pencegahan Jenayah Malaysia telah melancarkan Program Bandar Raya Selamat
bagi membolehkan masyarakat setempat mengambil bahagian dalam memastikan
keselamatan kawasan masing-masing. (Morshidi Sirat & Suriati Ghazali.
Globalisation Of Economic Activity And third World Cities.1999)

Kemudahan kesihatan disediakan oleh pihak kerajaan atau institusi swasta


menerusi perkhidmatan rawatan umum dan pakar perubatan. Hospital utama di
Malaysia iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL) terletak di Pusat Bandar Raya dan
memberi perkhidmatan kepada penduduk Kuala Lumpur, wilayah dan seluruh
negara. Sebagai tambahan, poliklinik, klinik bersalin serta klinik gigi kerajaan dan
swasta turut memberi perkhidmatan kepada penduduk tempatan. (Morshidi Sirat &
Suriati Ghazali. Globalisation Of Economic Activity And third World Cities.1999)

Strategi Pelaksanaan Program Urbanisasi Luar Bandar Dan Pembentukan


Pusat Pertumbuhan Yang Baru adalah dianggap penting untuk menggalakkan
pertumbuhan ekonomi negeri yang mundur. Strategi ini juga meramalkan bahawa
pelaburan di sesebuah kawasan yang dipilih menguntungkan bukan sahaja dari segi
perbelanjaan awam yang tinggi malahan juga meningkatkan nilai ditambah. Dalam

21
jangka masa panjang strategi tersebut akan meninggalkan kesan lelehan yang
besar. (Hasnah Ali. Ekonomi Wilayah Teori dan Amalan. 1991)

3.0 KESAN STRATEGI-STRATEGI PEMBANGUNAN WILAYAH KEARAH


PEMBANGUNAN WILAYAH YANG SEIMBANG

Tujuan utama perancangan wilayah adalah supaya pembangunan yang seimbang


antara wilayah dapat dicapai. Strategi-strategi pembangunan wilayah sebagaimana
yang dijelaskan di atas iaitu 1) Strategi Pembangunan Tanah Dan Sumber Asli 2)
Strategi Pembangunan In Situ Luar Bandar 3) Strategi Penyebaran Industri 4)
Strategi Pelaksanaan Program Urbanisasi Luar Bandar dan Pembentukan Pusat
Pertumbuhan Yang Baru adalah bertujuan untuk merapatkan lagi perhubungan
antara negeri dengan cara mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur
antara wilayah.

Strategi-strategi tersebut memberi kesan kepada pembentukan wilayah yang


seimbang yang mana telah diwujudkan wilayah pembangunan ekonomi iaitu Wilayah
Ekonomi Koridor Timur, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Pembangunan
Iskandar, Koridor Sabah dan Koridor Sarawak. Usaha yang dilaksanakan Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi dalam membangunkan pembangunan ekonomi secara
bersepadu berdasarkan Wilayah memberi satu sinar baru kepada seluruh rakyat
Malaysia terutama dalam usaha membasmi kemiskinan. Ini kerana menerusi
program ini banyak projek dirancang secara menyeluruh tanpa meminggirkan satu
negeri pun di Malaysia.

Istimewanya setiap negeri mempunyai projek dan program untuk


dibangunkan dan usaha ini bukan saja dapat membangunkan seluruh negeri di
Malaysia malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Untuk melaksanakan
program ini, kerajaan menubuhkan pihak berkuasa pembangunan koridor bagi

22
meneraju, menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan projek yang dikenal
pasti dalam setiap pelan induk koridor pertumbuhan.

Hal ini dapat dilihat menerusi kewujudan Wilayah Ekonomi Koridor Utara.
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor Economic Region) atau NCER
Malaysia merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial yang membabitkan
negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Matlamat Wilayah Ekonomi
Koridor Utara adalah untuk mencapai wawasan sebagai sebuah wilayah ekonomi
bertaraf dunia menjelang tahun 2025. Ianya akan menjadi koridor ekonomi yang
mengamalkan gaya hidup seimbang, pendekatan perniagan secara menyeluruh,
serta prihatin terhadap komuniti. Rasional penubuhan Wilayah Ekonomi Koridor
Utara ialah untuk memperkembangkan tahap daya saing negara dan
kemakmurannya dapat diagih secara lebih seimbang. Pihak Berkuasa Pelaksanaan
Koridor Utara telah melaksanakan satu bentuk transformasi dan pengembangan
terhadap sektor pertanian, pembuatan, pendidikan dan modal insan, pelancongan
dan pembangunan sosial di wilayah utara Semenanjung Malaysia yang akan
dimajukan dalam tempoh lebih 20 tahun. (Wilayah Ekonomi Koridor Utara.
http://www.ncer.com.my)

Sebagai contoh Wilayah Ekonomi Koridor Utara boleh dibahagikan kepada 5


zon pembangunan iaitu koridor pulau, koridor pesisir pantai, koridor tengah, koridor
pedalaman dan koridor Butterworth-Kulim-Baling-Pengkalan Hulu-Grik dan bagi
setiap zon tersebut akan ada pelan pembangunan masing-masing. Menerusi sektor
pertanian ini, sebahagian daripada tanah ‘Koridor Utara’ dikendalikan secara
persendirian, syarikat swasta yang berniat untuk melakukan pertanian berskala
komersil perlu bekerjasama dengan pemilik tanah sedia ada dan melaksanakan
model perniagaan untuk diurus oleh satu badan yang boleh mengurus dengan lebih
produktif. (Wilayah Ekonomi Koridor Utara. http://www.ncer.com.my)

Bagi meningkatkan lagi ekonomi di dalam sektor pertanian ini, pihak


Pelaksanaan Koridor Utata telah menubuhkan Pusat R&D Benih yang dapat
menguruskan dan berkerjasama dengan pusat penyelidikan pertanian. Pihak ini juga
menyediakan pembiayaan untuk memperbaiki skala aktiviti pertanian di koridor utara.
Penggunaan teknologi yang canggih di dalam sektor pertanian dapat meningkatkan
hasil pengeluaran pertanian. Di samping itu, pihak berkuasa juga turut menyediakan
program-program untuk para pengusaha pertanian bagi membantu mereka
mengendalikan sektor pertanian dengan baik sebagai zon makanan moden

23
disebabkan negara Malaysia berhadapan dengan masalah import makanan yang
besar sedangkan negara kita mampu dan berpotensi untuk menjadi pengeluar
makanan dunia selain dengan negara-negara lain. Wilayah Ekonomi Koridor Utara
hanya menumpukan kepada pelabur tempatan dengan memberi tumpuan lebih
kepada pertanian dan prasarana. (Wilayah Ekonomi Koridor Utara.
http://www.ncer.com.my)

Selain itu kewujudan Koridor Pembangunan Sabah bukan sahaja bakal


merubah wajah Sabah dengan menyediakan landskap baru ekonomi tetapi juga
memastikan kemiskinan dapat dikurangkan secara konsisten di seluruh pelosok
negeri ini. Jangkaan bagi tempoh pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah ialah
dari 2008-2025 yang meliputi seluruh kawasan dan penduduk Sabah. Turut dijangka
sebanyak 900,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan jika Koridor Pembangunan
Sabah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan oleh kerajaan.
Dibawah pelan pembangunan Koridor Pembangunan Sabah telah dilaksanakan
beberapa projek infrastruktur seperti pembangunan dan promosi pasaran MICE,
pembinaan stesen pusat kereta api, penubuhan kemudahan pukal dalam kelompok
perindustrian minyak sawit di Lahad Datu dan pembangunan tebingan Kota Kinabalu
serta penubuhan kemudahan pendaratan ikan moden di Tawau, Lahad Datu dan
Sandakan. (Koridor Pembangunan Sabah. http://sdc.gov.my)

Selain itu, projek pelancongan juga tidak terkecuali daripada program


ekonomi yang diserapkan dalam Koridor Pembangunan Sabah. Antara cadangan
yang dimuatkan dalam projek pelancongan tersebut adalah seperti pembangunan
ekopelancongan dan perubatan, pembangunan pusat-pusat pelancongan dan
pembinaan kondominium mewah dan hotel lima bintang dan enam bintang. Sektor
pembuatan dan sektor pertanian juga turut memainkan peranan dalam
pembangunan koridor ini. Melalui sektor pembuatan dalam projek kelompok
perindustrian minyak sawit (Sawit POIC) khususnya dapat memastikan sawit
Kinabalu akan lebih ekonomikal sekiranya dapat bergabung dengan Sime Darby
Plantation Sdn Bhd dalam melaksanakan projek Sawit POIC. (Koridor Pembangunan
Sabah. http://sdc.gov.my)

Selain itu, Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB), Nihon Biotech Inch
dari Jepun, Kelana Stabil Sdn Bhd dan TKM Resources Sdn Bhd juga akan
mengeluarkan minyak jarak bagi bahan bakar diesel yang akan dieksport ke Jepun,
AS dan Korea Selatan. Manakala bagi sektor pertanian akan diwujudkan beberapa

24
projek agropelancongan, pembangunan akuakultur di Teluk Darvell, Lahad Datu dan
penyelidikan serta pembangunan pokok jarak. Melalui strategi pembangunan yang
seimbang inilah akan memastikan keberkesanan dalam program ekonomi yang
dirancangkan oleh pihak kerajaan kepada negeri Sabah khususnya. (Koridor
Pembangunan Sabah. http://sdc.gov.my)

4.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, strategi pembangunan wilayah yang dilaksanakan menjadi


satu medium utama yang dihamparkan umpama pemandangan yang sangat indah.
Pembangunan wilayah yang dicapai hari ini digarapkan demi kesejahteraan rakyat
dan kemajuan negara seiring dengan era globaliasasi yang tiada had sempadannya
lagi.

Pertumbuhan wilayah yang pesat membangun menerusi empat strategi


pembangunan wilayah iaitu Strategi Pembangunan Tanah Dan Sumber Asli,
Strategi Pembangunan In Situ Luar Bandar, Strategi Penyebaran Industri, Strategi
Pelaksanaan Proram Urbanisasi Kawasan Luar Bandar Dan Pembentukan Pusat
Pertumbuhan Yang Baru secara tidak langsung telah memberikan impak yang
sangat besar terhadap perubahan taraf ekonomi dan pembangunan sosial di
Malaysia.

Hal ini dapat dilihat apabila perkembangan sesebuah wilayah telah membuka
peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang berhijrah ke bandar-bandar
besar seterusnya membawa kepada sebuah penempatan yang maju seperti di Kuala
Lumpur. Kepesatan sesebuah wilayah yang dibangunkan itu telah melahirkan
pelbagai sektor ekonomi untuk menjana pendapatan negara dan menyumbang
kepada Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK). Selain itu, strategi pembangunan
wilayah ini juga menjadi teras dalam perkembangan penggunaan tekologi dalam
semua bidang sejajar dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang
peka terhadap kemajuan negara.

25
Oleh yang demikian, strategi pembangunan wilayah menjadi jentera utama di
dalam pertumbuhan wilayah yang seimbang di Malaysia. Senario ini menjadi tiket
perkembangan fizikal dan kemudahan infrastruktur demi memenuhi keperluan dan
kehendak rakyat di sesebuah kawasan. Hal ini dapat membantu negara
menghapuskan jurang perbezaan di antara wilayah yang ada di Malaysia sebagai
menyahut seruan kerajaan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

26