Anda di halaman 1dari 5

1.

Konsep hijrah dalam era globalisasi juga meliputi perubahan dan penghijrahan dari
aspek-aspek fizikal, minda, sikap, hati, selain persekitaran dan pelbagai keadaan
kehidupan. Malah ungkapan reformasi sebahagian ayat 11 Surah lah-Ra'di yang
tafsirnya:
"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah
keadaan yang ada pada diri mereka sendiri,'' jelas menyarankan betapa pentingnya
perubahan dan pencapaian dari satu peringkat kepada peringkat yang lain yang lebih
baik dan cemerlang. Yang pasti ia akan membawa banyak keuntungan, kebaikan,
keberkatan dan kesejahteraan serta dapat pula dimanfaatkan bagi kepentingan hidup di
dunia ini dan bekalan di akhirat nanti.

2. Dari aspek masa, konsep hijrah sangat menitikberatkan kepentingan masa untuk
dimanfaatkan oleh penggunanya, sebelum ia habis dan berakhir dengan kematian.
Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara
sebelum datang lima perkara iaitu masa muda sebelum tua; masa kaya sebelum miskin;
masa lapang sebelum sempit; masa sihat sebelum sakit dan masa hidup sebelum mati,''
yang jelas memperhitungkan bahawa keseimbangan pencapaian dan kemajuan amat
diperlukan, bukan saja dalam melaksanakan khidmat atau ibadat, malahan proses
mempertingkatkan darjah ketaatan, keimanan dan ketaqwaan ke hadrat Allah. Dalam
hubungan ini, era globalisasi akan menguji dan menilai kebijaksanaan manusia
mempergunakan masa agar tidak lalai dengan arus kemajuan.

3. Hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Dari segi sejarah, hijrah bermaksud perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke
kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini telah menjadi satu titik peralihan
dalam hidup Nabi dan juga perkembangan agama Islam. Penghijrahan ini dilakukan
secara diam-diam bagi mengelakkan diketahui oleh musyirikin Mekah. Mereka berpindah
dalam kumpulan yang kecil. Nabi sendiri hanya ditemani oleh Abu Bakar sebelum
bertolak ke Madinah. Mereka bersembunyi di Gua Thur untuk beberapa hari.

Dari segi istilah, perkataan hijrah berakar daripada kata bahasa Arab ha-ja-ra bermaksud
“berpindah dari satu
tempat ke satu tempat lain” atau “berpindah dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih
baik”.
Dalam al-Qur`an, di antara ayat-ayat yang mengandungi kata hijrah ialah surah al-Muddaththir, surah al-
Ankabut, surah
al-Muzzammil dan an-Nisa’.
Antara makna hijrah yang terkandung dalam ayat-ayat di atas ialah meninggalkan perbuatan dosa
sebagaimana dalam
surah al-Muddaththir ayat 5 “.Hijrah juga adalah suatu usaha yang dilakukan kerana menunaikan
perintah Allah.
Ini dapat dijelaskan dalam surah al-Ankabut ayat 26 di mana “Nabi Ibrahim berkata:
Sesungguhnya aku akan
berpindah ke tempat yang diperintahkan oleh Tuhan”.
Ia juga bermaksud menjauhi persekitaran yang tidak baik, melalui uzlah pemikiran dan kerohanian
dengan cara yang
bijaksana, sebagaimana dalam surah al-Muzzammil ayat 10 “dan bersabarlah terhadap apa yang
mereka (orang
kafir) ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik”. Hijrah juga merujuk peringatan Allah
kepada kaum
muslimin bahawa orang kafir sentiasa berusaha menjadikan kaum muslimin bergantung kepada mereka
dan menjalani
kehidupan seperti mereka. Dalam surah an-Nisa’ ayat 89 bermaksud:
“Mereka (orang kafir) ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir,
sehingga kamu
akan menjadi sama seperti mereka. Maka janganlah kamu menjadikan mereka sebagai penolongmu
hingga mereka
berhijrah pada jalan Allah”.
Berdasarkan sifat dan keistimewaan bahasa Arab bahawa setiap terbitan perkataan dari satu kata akar
memiliki

Dalam Al-Quran, Allah yang Maha Tinggi, berfirman:

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan
diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat
kemenangan. Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-
Nya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal. Mereka
kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang kekal.” (Surat At
Taubah: 20-22).

Beberapa hari lagi kita akan memasuki Tahun Baru Hijrah. Tahun dalam agama kita adalah
Tuhan Hijrah. Maka itu adalah penting untuk kita mengingati makna dan kepentingan Hijrah itu
sendiri. Hijrah adalah salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah Islam. Maka itu tidak
hairanlah jika Khalifah Umar (ra) memilih Hijrah untuk menjadikannya kalender atau tahun
Islam.

Secara fizikal, Hijrah adalah perjalanan dari satu bandar ke bandar lain yang jaraknya 300 batu.
Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah ia juga menandakan permulaan satu era, satu
tamadun, satu budaya dan satu sejarah baru bagi umat manusia.

Islam berkembang bukan sahaja kerana Hijrah secara fizikal, tetapi juga kerana umat Islam
memandang serius terhadap semua aspek dan dimensi Hijrah.

Apabila Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah, baginda tidak sahaja berpindah
tempat tinggal atau bermastautin di sebuah kota baru, malah baginda juga merubah segala aspek
kehidupan di kota yang didatanginya itu.

Adalah penting untuk kita mempelajari dan merenung perubahan yang terjadi di Madinah sejak
berlakunya penghijrahan Rasulullah SAW itu.

Banyak pelajaran yang boleh kita pelajari dan menjadikannya panduan dalam hidup kita.
Hijrah Melakar Insan Terbilang
Posted 29 December 2008 By pendita

Sempena kita berada di awal tahun baru 1430H, marilah kita sama-sama merenung Firman Allah
dalam surah an-Nisa’ ayat 100 yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di bumi ini
tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud
berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat
yang di tuju maka telah tetap pahala di sisi Allah dan adalah Allah SWT Maha Pengampun Lagi
Maha Penyayang”.

Sedar ataupun tidak, kita sekarang ini berada di bulan Muharram bagi tahun baru 1430H.
Pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru
Hijrah, di antaranya ialah dengan meningkatkan lagi kesedaran dan penghayatan umat Islam
terhadap taqwim Hijrah yang sangat tinggi nilainya.

Sudah sekian lama, umat Islam lebih terbiasa dengan kalendar Masihi dalam kehidupan seharian.
Tanyalah diri kita masing-masing tentang sejauh manakah penggunaan taqwim Hijrah untuk
mengatur urusan hidup kita seharian? bagaimanakah mungkin kita dapat menentukan waktu
solat, puasa Ramadan, hari raya dan beberapa lagi hari penting dalam Islam tanpa kita merujuk
kepada taqwim Hijrah?. Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam, memartabatkan
penggunaan taqwim Hijrah, agar identiti umat Islam lebih terserlah.

Sambutan tahun baru Hijrah juga bertujuan mengajak umat Islam agar menghayati konsep Hijrah
yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW. Sekiranya pada bulan Zulhijjah yang baru lalu,
kita banyak menyentuh tentang pengorbanan suci yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan
anak kesayangannya Nabi Ismail AS serta beberapa pengorbanan yang lain, maka pada bulan
Muharram pula, kita perlu memfokuskan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah
al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah sehingga berjaya mendirikan Negara Islam.
Perintah Hijrah ini bukan sahaja dilalui oleh Nabi Muhammad SAW, tetapi turut dilalui oleh
beberapa nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum ini.

Sesungguhnya Hijrah adalah suatu kewajipan yang mesti ditempohi sebelum datangnya
pertolongan dan kejayaan yang lebih besar daripada Allah SWT. Jelas sekali hubungan rapat
antara korban dan Hijrah tidak dapat dipisahkan sama sekali. Hanya orang yang sanggup
berkorban kerana Allah SWT dan Rasul-Nya sahajalah yang mendapat kejayaan di dunia dan di
akhirat serta diberi pertolongan oleh Allah SWT.

Hijrah menuntut kepada pengorbanan yang besar, demi melaksanakan segala perintah Allah
SWT kerana makna Hijrah itu sendiri ialah suatu pengorbanan untuk membawa perubahan.
Tiada perubahan ke arah yang lebih baik dan cemerlang yang tidak memerlukan pengorbanan.
Perubahan adalah tuntutan hidup daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, dan daripada
yang baik kepada yang lebih baik, daripada sifat Mazmumah kepada sifat Mahmudah. Oleh itu,
mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar menyebut dan mengingati peristiwa
bersejarah itu sahaja, tetapi yang lebih penting ialah menghidupkan “Budaya Hijrah” dalam
kehidupan kita seharian, sebagaimana yang disarankan melalui sebuah hadis Nabi Muhammad
SAW:

ِ َ‫ َو ْال ُمه‬،‫“ال ُم ْسلِ ُم َم ْن َسلِ َم ْال ُم ْسلِ ُموْ نَ ِم ْن لِ َسانِ ِه َويَ ِد ِه‬
“‫اج ُر َم ْن ه ََج َر َما نَهَى‬ ْ :‫ع َْن َع ْب ِد هَّللا ِ ْب ِن ُع َم َر َع ِن النَّبِ ِّي صلى هللا عليه وسلم قَا َل‬
ُ‫هَّللا ُ َع ْنه‬.”

(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)

Yang bermaksud: “Seorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang
lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang
berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah.”

Antara pengajaran penting yang dapat kita ambil daripada Hijrah Rasulullah SAW ialah:

1. Hijrah adalah persaudaraan.


Semangat ukhuwwah Islamiah yang ditanam dalam diri umat Islam daripada peristiwa
Hijrah tersebut sehingga perpecahan dan perbalahan sesama sendiri antara penduduk asal
Madinah (Aus) dan (Khazraj) dapat diselesaikan. Begitu juga berlakunya persaudaraan
yang luar biasa antara golongan Ansar dan Muhajirin dapat disatukan atas dasar Islam,
seperti Sa’ad bin Rabi’ dengan Abdul Rahman bin Auf.
2. Hijrah itu ialah kejayaan.
Hijrah itu membentuk suatu pegangan yang kuat, segala masalah dapat diselesaikan
berpaksikan akidah Islamiah. Kita dapat saksikan melalui catatan sejarah di mana bangsa
Arab Madinah yang terdiri daripada Aus dan Khazraj bersengketa sesama sendiri.

Golongan Yahudi yang merupakan penduduk minoriti Madinah pada masa itu, dapat
hidup senang dan menguasai ekonomi Madinah. Yahudi mengambil kesempatan atas
perbalahan itu di mana satu golongan Yahudi memberi bantuan kepada Aus dan satu
golongan yang lain memberi bantuan kepada Khazraj. Yahudi telah menjual senjata
kepada golongan yang berbalah ini yang menyebabkan mereka dapat mengaut
keuntungan di atas perpecahan orang lain.

Oleh itu, menjadi satu yang tidak pelik, apabila Zionis Yahudi pada hari ini
menggunakan kuasa besar terutama Amerika dalam menjajah bumi umat Islam di mana
musuh Islam ini tidak berjaya melakukan penjajahan baru melainkan dengan
mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam dengan meniupkan kembali semangat
(‘Asabiah).

Bumi Afghanistan diranapkan selepas umat Islam berpecah dari dalam dan luar negara.
Begitu juga Iraq dimusnahkan, setelah hancurnya kesatuan umat Islam. Malah hukuman
gantung terhadap Saddam Hussein bekas Presiden Iraq merupakan antara usaha dalam
menambahkan lagi permusuhan antara umat Islam yang sedia bertelagah sesama sendiri.
Musuh Islam bersorak riang atas perpecahan umat Islam, menjajah setelah kita berpecah,
mengaut keuntungan atas perbalahan sesama sendiri yang tidak berkesudahan.

Jika Rasulullah SAW berjaya membuang semangat ‘asabiah dan menangani masalah perpecahan
sesama sendiri dengan menjadikan Islam sebagai asas perpaduan, maka umat Islam hari ini pun
wajib kembali kepada ajaran Islam yang sebenar agar kesatuan kita semakin rapat dan kuat
sehingga musuh tidak lagi berani memperkotakkatikkan kita sesuka hati mereka.

Melalui ikatan persaudaraan yang dijalinkan atas asas iman yang dilakukan oleh Rasulullah
SAW telah membolehkan sebuah Daulah Islamiah ditegakkan sehingga bukan sahaja sistem
pemerintahan, perundangan, ekonomi dan sosial berasaskan Islam dapat dilaksanakan, malah
sistem jahiliah yang menindas seperti amalan riba dapat dihapuskan.

Hijrah berjaya menukarkan insan yang tertindas kepada yang bebas, insan yang dihina kepada
yang mulia, insan yang lemah bertukar menjadi kuat. Daripada kekufuran kepada terangnya
iman, daripada kezaliman nafsu kepada keadilan wahyu. Oleh itu marilah kita berhijrah dengan
menyuburkan semula pengetahuan Agama dan memperkasakan iman serta membasmi kejahilan
dan memerangi kesesatan.

Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 74:

‫َّجي ِْم‬ ِ َ‫أَ ُعوْ ُذ بِاهللِ ِمنَ ال َّش ْيط‬،


ِ ‫ان الر‬

Yang bermaksud: “Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan
mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang
benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia”.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Artikel Yang Berkaitan

 Umat Islam Wajib Menyokong Perjuangan Palestin (0)


 Nuzul Al-Quran Mengubah Sikap Muslim (0)
 Islam Menggalakkan Kesederhanaan (0)

Pendita.com

Islam.gov.my/cawsarawak

Anda mungkin juga menyukai