Anda di halaman 1dari 6

Memorandum kepada DYMM Seri Paduka

Baginda Yang Dipertuan Agung

Daripada:
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil
Coalition for Clean and Fair Elections
(BERSIH)

Tarikh:
10 November 2007
1. BERSIH adalah sebuah jawatankuasa gabungan yang terdiri daripada organisasi-
organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik dengan matlamat utama untuk
memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia.

2. Hanya menerusi pilihanraya yang bebas dan adil sahajalah, rakyat Malaysia
mampu untuk menentukan nasib mereka sendiri Malaysia dan mengharapkan
mereka yang menjawat jawatan-jawatan awam untuk bertindak dengan
pertanggungjawaban dan berkesan. Selagimana, rakyat tidak mempunyai kuasa
untuk menyingkir golongan jahat dalam pemerintahan negara, maka selagi itulah
harapan untuk mendaulatkan undang-undang, melindungi hak asasi manusia,
mengadakan urus-tadbir kerajaan yang baik dan menggalakkan pembangunan
rakyat yang berterusan/lestari akan terus tertakluk kepada budibicara ahli politik
yang mempunyai kepentingan peribadi. Matlamat utama untuk menukar kerajaan
hari ini adalah merupakan kunci ‘semak dan imbang’ dalam menentang
penyalahgunaan kuasa pemerintah.

3. Adalah amat malang bagi Malaysia kerana walaupun sudah 50 tahun merdeka,
ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya yang bebas
dan adil. Kesimpulan ini bukan sahaja dipersetujui oleh masyarakat sivil, parti-
parti politik dan pemerhati antarabangsa, malah ia juga diakui sendiri oleh
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Selepas pilihanraya umum pada bulan Mac
2004 yang dihantui oleh pelbagai penyelewengan dan kontroversi yang jauh lebih
serius daripada pilihanraya-pilihanraya sebelumnya, maka, beliau merasakan perlu
dan setuju dengan tuntutan awam untuk menjalankan penyiasatan bebas. Namun,
amat mengecewakan penyiasatan bebas tersebut akhirnya tidak dijalankan.

4. Proses pengendalian pilihanraya yang tidak telus ini menimbulkan pelbagai


persoalan khususnya persoalan terhadap kuasa mutlak badan pemerintah negara
ini. Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang
buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem
politik negara kita. Ini dapat dilihat pada negara-negara yang telah mengalaminya
iaitu Thailand, Filipina dan Taiwan. Oleh yang demikian, BERSIH merasakan
adalah perlu bagi semua rakyat Malaysia berganding bahu dan menggembleng
tenaga untuk membawa perubahan yang menyeluruh dalam proses pilihanraya
yang mendatang. Justeru, kami mencadangkan agenda perubahan jangka-panjang
dan tiga sasaran kerja dengan segera.

5. Dalam masa jangka-panjang yang akan membatasi batas pilihanraya akan datang,
BERSIH yakin dan percaya bahawa kelapan-lapan aspek ini perlu dikaji dan
diperbaharui secara keseluruhannya:

a. Sistem pilihanraya:
i. Adalah perlu untuk memperbetulkan ketidakseimbangan yang tinggi
antara undian rakyat dan kerusi yang dipertandingkan dalam
pilihanraya, dimana undi sebanyak 64% boleh diterjemahlkan kepada
91% kerusi bagi parti pemerintah. Ini adalah kerana berteraskan kepada
prinsip asas ‘First-Past-The-Post’ atau ‘Yang-Pertama-Melepasi-Tiang’
dan juga manipulasi menerusi pembahagian kawasan pilihanraya yang
bericirikan ‘agihan-timpang’ dan ‘curang’ atau ‘tipu-belit’.
ii. Adalah perlu untuk memperkenalkan satu sistem yang menyenaraikan
semua perwakilan parti, supaya jumlah minima 30% perwakilan wanita di
parlimen terjamin.
iii. Adalah perlu untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan dengan
sistem pilihanraya yang lebih adil, termasuk memberikan ruang yang lebih
kepada penglibatan wanita dan kelompok terpinggir dalam masyarakat.

b. Pentadbiran pilihanraya:
i. Adalah perlu untuk merubah Suruhanjaya Pilihanraya sekarang yang
ternyata gagal untuk bertindak sebagai sebuah institusi yang bebas
dengan bergerak ke arah struktur perwakilan pelbagai parti
sebagaimana yang dipraktikkan di negara-negara yang mengamalkan
demokrasi
ii. Memperuntukkan undang-undang yang berkaitan dengan hak
pemerhati-pemerhati antarabangsa dan tempatan

c. Penamaan calon dan parti - bahawa ketimpangan ini mesti diperbetulkan:


i. Kuasa berasaskan budibicara yang diberikan kepada Pendaftar Pertubuhan
menyebabkan keputusan berkaitan pendaftaran dibuat secara sewenang-
wenagnya. Ini dapat dilihat dalam kes Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan
Malaysian Dayak Congress (MDC);
ii. Keputusan berat sebelah dan sewenang-wenang oleh Pegawai Pengurus
Pilihanraya yang akhirnya menggugurkan kelayakan calon-calon
pembangkang adalah tidak adil;
iii. Klausa kontroversi yang membenarkan calon menarik diri selepas
penamaan yang akhirnya membawa kepada pertuduhan rasuah dan
kemenangan tanpa bertanding yang menyangsikan.
iv. Wang deposit pilihanraya yang tertinggi di dunia yang secara langsung
menghalang penyertaan warga Malaysia yang kurang sumber
kewangannya, termasuk golongan wanita dan beberapa kumpulan
terpinggir dalam masyarakat.

d. Kempen pilihanraya – Peruntukan undang-undang bagi perkara-perkara


berikut:
i. Menetapkan satu tempoh berkempen wajib yang jauh lebih panjang
daripada tempoh 8 hari berkempen dalam pilihanraya lepas yang nyata
tidak bermakna langsung;
ii. Memberikan hak kebebasan bersuara dan berkumpul yang sebenar-
benarnya sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia;
iii. Pengawalan secara berkesan dan menyeluruh dalam proses pembiayaan kos
untuk berkempen untuk membendung amalan rasuah
iv. Pertimbangan untuk mengadakan pembiayaan awam bagi kos berkempen
kepada parti-parti politik khususnya bagi calon wanita, kumpulan-
kumpulan terpinggir dalam masyarakat dan latihan yang mesra gender.
e. Media;

i. Merombak undang-undang yang sedia ada yang telah membolehkan


media cetak dan penyiaran dimonopoli oleh para proksi Barisan
Nasional
ii. Peruntukan undang-undang bagi membolehkan semua parti politik
mendapat akses atau capaian percuma kepada TV dan radio awam serta
akses secara adil (percuma atau berbayar) kepada media swasta
iii. Peruntukan undang-undang bagi menjamin hak semua parti politik dan
calon untuk menjawab segala bentuk tuduhan dan kritikan ke atas
mereka menerusi media.

f. Kerajaan Sementara atau Caretaker

i. Bahawa kerajaan lama adalah dilarang sama sekali untuk membuat


sebarang polisi atau keputusan berkaitan dengan pembangunan
bilamana Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
ii. Bahawa menyalahgunakan semua sumber dan instrumen negara bagi
tujuan memenangi pilihanraya atau untuk kepentingan parti adalah
merupakan kesalahan jenayah
iii. Bahawa penyediaan dan penyemakan daftar pemilih perlu dibuat secara
telus dan tertakluk kepada semakan kehakiman

g. Daftar Pemilih:
i. Bahawa daftar pemilih perlu dikemaskinikan dan tepat, untuk
mengelakkan
(i) penyingkiran dan pemindahan secara tidak sukarela para pengundi yang
sah dan
(ii) penyamaran dan pengundian berganda oleh ‘pengundi hantu’.
ii. Bahawa semua rakyat yang layak mengundi perlu secara automatik
didaftarkan sebagai pengundi.

h. Undi:
i. Melaksanakan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) untuk
menghalang pengundian berganda;
ii. Memansuhkan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan
pengundi yang berada di luar negara memandangkan
pertanggungjawaban dan kerahsiaan amat terancam dalam amalan
semasa

6. Untuk jangka terdekat, BERSIH telah menyeru kepada Pengerusi dan Setiausaha
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abd. Rashid bin Abd. Rahman dan Datuk
Kamaruzaman bin Mohd Noor untuk melaksanakan empat pembaharuan yang
diperlukan dan boleh dilaksanakan serta-merta:
(a) penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala
kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan;
(b) penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;
(c) pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi
lain di luar negara; dan
(d) akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya.

Malangnya, setakat ini, pihak SPR cuma bersetuju dengan satu permintaan iaitu
penggunaan dakwat kekal.

7. Dalam menjalankan kempen kesedaran di seluruh Negara, BERSIH telah


berhadapan dengan satu tragedi sehingga pihak berkuasa menggunakan senjata dan
menembak orang awam dengan peluru hidup. Peristiwa ini berlaku di Pantai Batu
Burok, Kuala Terengganu pada 9hb September lalu. Bahkan, BERSIH dilontarkan
tohmahan sebagai memulakan satu rusuhan. Penyiasatan bebas juga tidak
dijalankan oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan.

8. Kami memohon Ke Bawah Duli Tuanku agar Tuanku akan

a. Menyuarakan kehendak rakyat menuntut pembaharuan pilihanraya termasuk


mengutarakan cadangan untuk sebuah Suruhanjaya diRaja untuk mengkaji
pembaharuan sistem and proses pilihanraya.
b. Menggunakan kuasa Tuanku di bawah Perkara 40(2), Perlembagaan
Persekutuan, untuk menolak apa jua permintaan untuk membubar Parlimen
selagi empat pembaharuan serta-merta di atas tidak dilaksanakan.

Ditandatangani oleh organisasi-organisasi berikut:

Parti Politik:

1. Parti Keadilan Rakyat (People’s Justice Party) (KeADILan)


2. Democratic Action Party (DAP)
3. Parti Islam SeMalaysia (Malaysian Islamic Party) (PAS)
4. Parti Sosialis Malaysia (Malaysian Socialist Party) (PSM)
5. Sarawak Nation Party (SNAP)
Pertubuhan Bukan Kerajaan:

1. Save Ourselves (SOS Penang)


2. Tamil Foundation
3. Group of Concerned Citizens (GCC)
4. Citizens’ Health Initiative (CHI)
5. Aliran (reform movement for justice, freedom and solidarity)
6. Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI)
7. Jaringan Rakyat Tertindas (Oppressed People’s Network) (JERIT)
8. Pusat Janadaya (EMPOWER)
9. Community Action Network (CAN)
10. Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (Malaysian National Society for Human
Rights ) (HAKAM)
11. Malaysian Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
12. Malaysian Trades Union Congress (MTUC)
13. Suara Rakyat Malaysia (Voice of the Malaysian People) (SUARAM)
14. Labour Resource Centre (LRC)
15. Pusat Komunikasi Masyarakat (Social Communications Centre) (KOMAS)
16. Civil Rights Committee of the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly
Hall (CRC-KLSCAH)
17. Persatuan Ulama Malaysia (Malaysian Ulama Association) (PUM)
18. Women’s Development Collective (WDC)
19. ERA Consumer
20. Centre for Independent Journalism (CIJ)
21. Unit Pemikiran Politik, Institut Kajian Dasar (Political Thought Unit, Policy
Research Institute) (UPP-IKD)
22. Malaysian Voters’ Union (MALVU)
23. All-Women’s Action Society (AWAM)
24. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Malaysian Islamic Students’ Coalition)
(GAMIS)
25. Research for Social Advancement (REFSA)
26. Solidariti Mahasiswa Malaysia (Malaysian Students’ Solidarity) (SMM)
27. Gerakan Anti Korupsi (GERAK)
28. Citizen Think Tank
29. Police Watch Committee

Anda mungkin juga menyukai