Anda di halaman 1dari 1

Balasan...

Melewatkan Waktu Solat


Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang
boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini. Kisah yang anda
baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah
perkuburan Sa’raya, Makkah. 

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal
dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al
Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai
sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor
ular  yang berwarna Hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat
(dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun
terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang
lain   yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km
Jauhnya)  . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam
yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar
… mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular  tersebut dan
letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah
wanita  itu (yang peliknya Ular Hitam  itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka). 

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan
berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur
wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu
ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti
dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita
tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta
mematah matahkan tulang jenazah  itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di
persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara
tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan
Solatnya.

 Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman
kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru
seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..

Anda mungkin juga menyukai