Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUNGAI BESI INDAH

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT
BERUNIFORM
TAHUN 2011
TARIKH TENTATIF

25 MAC 2011 - 27 MAC 2011

TEMPAT

EXCEL TRAINING RESORT


PT 927 KG KAPAL ULU BERANANG LENGGENG
NEGERI SEMBILAN
PERKHEMAHAN TAHUNAN
UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUNGAI BESI INDAH
2011

1.0 PENDAHULUAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan insan yang berkembang secara.


seimbang dalam aspek rohani, intelek,emosi dan jasmani.Berdasarkan kriteria ini, perkhemahan
unit beruniform dirancang supaya aspek-aspek tersebut digarap sebagai satu wadah untuk
meningkatkan iltizam,komitmen dan prestasi pelajar dalam proses pembelajaran. Para peserta
yang didedahkan dengan disiplin sepanjang masa perkhemahan ini diharapkan akan
menggunakan dan memanafaatkan segala kemahiran dan ilmu yang diperoleh bagi meneruskan
kehidupan yang berguna dalam alam ciptaan Yang Maha Esa.
Untuk pengetahuan selanjutnya perkhemahan ini dianjurkan oleh jawatankuasa badan
uniform Pengakap Sek Keb Taman Sungai Besi Indah.Ia juga merupakan aktiviti tahunan sekolah
dalam bidang kokurikuklum. Ia juga merupakan landasan bagi pelajar untuk membina kekuatan
diri dan juga merupakan landasan bagi menjayakan visi dan misi kementerian.Sasaran utama
adalah murid-murid tahun 4, 5 dan 6 sekolah ini.
Diharap program ini akan mendapat sokongan dan bantuan daripada ibu bapa dan PIBG
sekolah.

2.0 MATLAMAT

Program bermatlamat untuk menjadikan murid-murid sekolah ini sebagai golongan pelajar
yang berkesan dan mempunyai kebolehan komunikasi yang tinggi, dapat memahami keperluan
dan mengambil berat terhadap ilmu pengetahuan serta boleh bertindak di bawah tekanan semasa
menuntut ilmu dan mampu berdikari dalam situasi yang memerlukan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program
kepimpinan.
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap
situasi.
3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai
alam sekitar.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan
diri sendiri.
3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial

4.0 PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN 2011


TARIKH : 25 hingga 27 Mac 2011
TEMPAT : Excel Training Resort

TENTATIF

25 Mac ( JUMAAT )
3.30 ptg : Berkumpul dan bertolak dari sekolah
4.30 ptg : Dijangka tiba di lokasi / Pendaftaran peserta
4.45 ptg : Taklimat daripada Kem Komanden
5.00 ptg : Kudapan / Solat Asar
5.30 ptg : Pengurusan tempat penginapan
6.15 ptg : Riadah
7.00 mlm : Kemas diri / Makan malam / Solat Maghrib / Pengisian /Solat Isyak
8.45 mlm : Majlis Perasmian
9.00 mlm : LDK 1:Ice Breaking
10.00 mlm : Minum malam
10.30 mlm : LDK 2: Pengenalan kepada Gadjet
11.30 mlm : Kemas diri / tidur

( SABTU)
5.30 pagi : Kemas diri / Solat Subuh / Kuliyah Subuh
6.30 pagi : Senamrobik
7.00 pagi : Sarapan
8.00 pagi : Aktiviti 1 : Jungle Tracking
10.30 pagi : Minum
11.30 pagi : Kemas diri
12.00 tgh : Makan tengah hari / Solat Zuhur / Rehat
2.00 ptg : Aktiviti 2 : Flying Fox
4.30 ptg : Kudapan / Solat Asar / Rehat
5.45 ptg : LDK3:Persiapan Malam Kebudayaan
7.00 mlm : Kemas diri / Solat Maghrib / Pengisian /Solat Isyak
9.00 mlm : Malam Kebudayaan
11.00 mlm : Minum / Kemas diri / tidur

( AHAD )
5.30 pagi : Kemas diri / Solat Subuh / Kuliyah Subuh
6.30 pagi : Senamrobik
7.00 pagi : Sarapan
8.00 pagi : Aktiviti 3 : Aktiviti Air (Pertolongan Cemas )
10.00 pagi : Minum / Rehat / Kemas khemah
10.30 pagi : Refleksi
11.30 pagi : Majlis Penutupan dan Penyampaian hadiah
12.30 tgh : Makan tengah hari / Gotong royong
1.00 ptg : Bertolak pulang
2.30 ptg : Dijangka tiba di sekolah

NOTA : MURID-MURID BUKAN ISLAM TERLIBAT DENGAN AKTIVITI KEROHANIAN DAN


KENEGARAAN SEMASA WAKTU SOLAT

6.0 PELAKSANAAN
Tarikh : 25 hingga 27 Mac 2011
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Excel Training Resort
Sasaran : Murid-murid tahap 2 (120 Orang)

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS JUMLAH


1. Pakej Murid 120 org x RM 30.00 3600.00
2 Jurulatih Jungle Tracking 1 x RM 150.00 150.00
3 Jurulatih Flying Fox RM 450.00 450.00
4 Makanan dan Minuman 3700.00
4 Pengangkutan 3 bas x RM 600.00 1800.00
5 Hadiah 5 Kump x RM 50.00 250.00
5. Runcit/Kecemasan RM 250.00 250.00

JUMLAH 10200.00

SUMBER KEWANGAN

1. Bayaran murid 120 org x RM 70.00 RM 8400.00


2. Peruntukan Kokurikulum
Sekolah RM 1800.00
3. Sumbangan PIBG -

JUMLAH RM 10200.00

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_____________________ ______________ _________________


(Ahmad Shahriman b Abdul Yazib) (En Mohd Anuar b Yahya) (Pn Seti Sabariah bt Naim)
Penyelaras Perkhemahan GPK KoKurikulum Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai