hasil daripada pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Tokoh-tokoh konstruktivisme terdiri daripada Jean Piaget, Seymour Papert, Jerome Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey. Tokoh J.Brunner J. Bruner merupakan salah seorang tokoh teori pembelajaran konstruktivisme. Menurut Bruner pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajar memilih dan mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur kognitif untuk berbuat demikian. Contoh struktur kognitif adalah skema dan model mental yang menyediakan makna dan mengatur pengalaman disebalik maklumat yang diberi. Kurikulum hendaklah diatur dalam bentuk spiral agar pelajar terus membina atas perkara-perkara yang telah dipelajari. Model Konstruktivisme
Fasa 1 Orientasi
Fasa 2 Pengetahuan sedia ada
Perbandingan Fasa 3 Penstrukturan semula idea dgn idea yg lalu Fasa 4 Aplikasi idea
Fasa 5 Kaji semula perubahan idea
Model Konstruktivisme
Fasa 3 Penstrukturan semula
idea
Penjelasan & pertukaran
Pendedahan kpd situasi konflik
Konstruk idea baru
Fasa 1 (orientasi)
Bertujuan untuk menimbulkan minat dan
menyediakan suasana. Kaedah yang digunakan seperti amali penyelesaian masalah sebenar, tunjuk ajar oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar. Fasa 2 (pengetahuan sedia ada)
Supaya pelajar dan guru sedar tentang idea
yang terdahulu. Kaedah yang digunakan seperti amali, perbincangan dalam kumpulan kecil dan laporan. Fasa 3 (penstrukturan semula idea)
Mewujudkan kesedaran tentang idea
alternatif yang berbentuk saintifik. Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik. i) Penjelasan dan pertukaran idea
Mengenalpasti idea-idea alternatif dan
memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri Menguji kesahan idea-idea sedia ada Contoh, perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan ii) Pendedahan kepada situasi konflik
Pengubahsuaian, pemgembangan atau
penukaran idea. Perbincangan, pembacaan, input guru. iii) Pembinaan idea baru