Anda di halaman 1dari 6

Manusia pada umumnya suka kepada kecantikan dan perhiasan. betapa tidak?

mereka
diciptakan dengan cukup indah dan sempurna oleh Allah Yang Maha Cantik dan suka
kepada kecantikan. Diriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“sesungguhnya Allah itu cantik. dia suka kepada kecantikan".

Justeru, Islam yang merupakan agama fitrah tidak menghalang sesuatu yang baik dan
digemari manusia termasuk berhias. Allah s.w.t. sendiri memerintahkan hambanya agar
menggunakan perhiasan yang cantik, khussunya ketika ke masjid. firman Allah s.w.t.
bermaksud:

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan
dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang berlebih-lebihan.

Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah


dikeluarkan-nya untuk hamba-hamba-nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan)
rezeki yang baik?".

katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam


kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat. Demikian lah kami
menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.

Al-A’raf:31,32

Dalam hal ini, wanita juga tidak dilarang menghiaskan diri agar kelihatan cantik dan
menarik. tetapi mereka dilarang mempamerkan atau menonjolkan perhiasannya di
hadapan manusia yang tidak sepatutnya melihat keindahan tubuh badannya.
perhatikan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain
kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami
mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau
putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera
saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-
wanita islam, atau sahya yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak
mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang
aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan
yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-
orang yang beriman supaya kamu beruntung.” An-Nur:31

Di dalam ayat yang lain, Allah s.w.t. berfirman maksudnya:


“…..dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan
bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah solat,
tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan rasul-nya. sesungguhnya Allah bermaksud
hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu
sebersih-bersihnya.” al-ahzab:33

Ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri rasulullah s.a.w. melarang mereka bertabarruj
seperti wanita-wanita jahiliah dahulu.

Perkataan ’tabarruj’ ditafsirkan oleh ulamak dengan beberapa tafsiran.

Menurut mujahid, Qatadah dan lain-lain, perkataan ’tabarruj’ bermaksud berjalan


dengan lagak sombong, mengada-ngada, lembut dan lemah gemalai.

Muqatil bekata tabarruj maksudnya meletakkan selendang di atas kepala tanpa


mengikatnya lalu menyerlahkan anting-anting, rantai dan leher.

Mibrad pula berkata tabarruj ialah menzahirkan atau mendedahkan kecantikan yang
wajib ditutup.

Menurut Abu ‘Ubaidah, seseorang wanita dikatakan bertarruj apabila dia mendedahkan
kecantikan yang boleh meransang syahwah lelaki.

Ada ulamak berkata, maksud ayat itu ialah “jangan kamu berhias seperti perhiasan
orang kafir, iaitu dengan memakai pakaian nipis dan berwarna warni”
.
Kesimpulan yang dapat dibuat dari tafsiran-tafsiran di atas, Allah memerintahkan
isteri-isteri nabi s.a.w. berpakaian sopan dan tidak mendedahkan kecantikan dan
perhiasan yang ada pada mereka ketika keluar dan berjalan di luar rumah kerana
perbuatan mendedahkan perhiasan itu sama seperti tingkah laku perempuan jahiliah
yang tidak segan silu menarik perhatian dan menggoda kaum lelaki.

Perlu disebutkan bahawa sungguhpun zahir ayat ini dikhitab atau ditujukan kepada
isteri-isteri nabi s.a.w., tidak bermakna hanya mereka sahaja dilarang berkelakuan
sedemikian. larangan itu tentunya meliputi seluruh wanita yang beriman kerana isteri-
isteri nabi s.a.w. adalah ummahat almukminin atau ibu-ibu kepada seluruh orang yang
beriman.

Timbul persoalan di sini, apakah perhiasan yang wajib ditutup dan yang tidak wajib
ditutup?

Merujuk firman Allah s.w.t. di dalam surah an-nur ayat 31 yang bermaksud: “….dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak
daripadanya…”
Ahli tafsir berkata perhiasan yang dipakai oleh wanita terbahagi kepada dua, yang
tersembunyi dan yang zahir. perhiasan yang tersembunyi ialah yang dipakai atau
dikenakan pada anggota yang wajib ditutup seperti gelang kaki, gelang tangan, subang
dan rantai leher. manakalan perhiasan yang zahir, kebanyakan mereka berpendapat
maksud perhiasan yang zahir ialah pakaian atau perhiasan pada pakaian luar.
Sebahagian ulamak berpendapat perhiasan yang harus dizahirkan ialah celak, cincin,
gelang tangan dan muka. kata ibn ‘abbas r.a. perhiasan yang zahir ialah celak dan
cincin. menurut satu riwayat dari ibn ‘abbas r.a. beliau berkata perhiasan yang zahir
ialah muka, celak di mata, inai di tapak tangan dan cincin. inilah perkara yang boleh
dilihat pada seorang wanita apabila kita memasuki rumahnya. qatadah berkata
perhiasan yang boleh dilihat ialah gelang dan cincin berdasarkan sabda rasulullah s.a.w.
yang bermaksud: “tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat menampakkan tangannya kecuali setakat ini.” dan baginda menggengam di
tengah-tengah lengannya.

Saidatina ‘aisyah r.a. menceritakan:” Pada suatu hari anak saudaranya datang ke
rumahnya dengan memakai perhiasan. apabila Rasulullah s.a.w. terpandangkannya
baginda memalingkan muka ke arah lain. ‘Aisyah berkata: “Ya Rasulullah! dia anak
saudaraku dan masih kecil”. baginda bersabda: “Ya ‘Aisyah! apabila seorang wanita
telah datang haid, tidak halal baginya mendedahkan tubuhnya kecuali muka dan
tangan”. Baginda menggenggam lengannya sendiri, antara genggaman itu dengan tapak
tangan adalah satu genggaman. (Tafsir al-Tobari)

Berdasarkan beberapa pandangan yang dikemukakan di atas dapat disimpulkan bahawa


bahagian yang tidak wajib ditutup ialah tangan serta perhiasan yang ada padanya
seperti gelang, cincin dan inai, muka dan perhiasannya. perhiasan pada muka yang
dinyatakan hanya celak.

Alat-alat perhiasan lain atau make up seperti gincu, eye shadow, bedak, pemerah pipi
dan sebagainya hukumnya adalah seperti berikut:

Menurut al-syafi’iyyah (ulamak mazhab syafi’iy) sebagaimana dinaqalkan oleh al-


Nawawi, haram bagi wanita yang tidak mempunyai suami atau yang melakukannya
tanpa izin suami dan harus bagi wanita yang bersuami dengan izin suaminya. (Sahih
Muslim dengan Syarah al-Nawawi, j14, m.s 104). Demikian juga pendapat sebahagian
hanabilah (ulamak mazhab hanbali) bahwa keluar rumah dengan memakai perhiasan
yang mengandungi bauan yang wangi juga haram. nabi s.a.w. bersabda maksudnya:
“Wangian lelaki adalah yang terserlah baunya dan tersembunyi warnya, wangian wanita
adalah yang terserlah warnanya dan tersembungi baunya”. riwayat Al-Tirmizi.

Walau apapun muslimah yang ingin memakai make up seharusnya menjauhi alat atau
bahan yang mengandungi kimia atau campuran yang membahayakan kerana Islam
memerintahkan umatnya agar menjauhi semua perkara yang mendatangkan
kemudaratan sama ada cepat atau lambat. Begitu juga dalam berhias tidak boleh
berlebihan-lebihan kerana berlebihan-lebihan juga adalah sikap yang tidak disukai oleh
Allah dan rasul. Fudhalah bin ‘Ubaid berkata: “sesungguhnya Rasulullah s.a.w.
melarang kami daripada banyak bermewah dan berhias” riwayat Abu Dawud.

Jawapan bagi soalan kedua:

Sebelum menjawab ya atau tidak soalan yang ditanyakan di atas, beberapa perkara asas
perlu dijelaskan terlebih dahulu.
Pertama: Allah s.w.t. tidak mengharamkan perkara yang baik dan bermanfaat kepada
manusia. Perkara yang diharamkan adalah perkara yang tidak berfaedah, keji, buruk
serta mendatangkan mudarat kepada hambanya sama ada dalam jangka masa yang
cepat atau lambat.

Kedua: perkara yang haram terbahagi kepada dua jenis: haram li dzatihi dan haram li
ghayrihi.

Haram li dzatihi ialah sesuatu yang diharamkan Allah lantaran keburukan dan
kemudaratannya seperti mencuri, berzina, minum arak dan seterusnya.

Haram li ghayrihi diharamkan bukan kerana keburukan atau kemudaratannya tetapi


kerana kaitannya dengan perkara yang haram atau ia boleh menjadi punca berlakunya
perkara yang haram. Contohnya makan buah rambutan yang dicuri; makan buah
rambutan bukanlah sesuatu yang memudaratkan tetapi haram dimakan kerana
diperolehi dengan cara mencuri.

Lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan di tempat sunyi tidak berbahaya kalau
hanya sekadar duduk tetapi, boleh menjadi punca kepada berlakunya zina. Maka duduk
berdua-duaan di tempat sunyi adalah haram.

Berdasarkan dua prinsip di atas, cuba fikirkan; tidakkah masuk ke dalam panggung
wayang juga boleh mendorong kepada zina? Secara fizikalnya pasangan tidak duduk
berduaan tetapi dalam keadaan suasana yang gelap, setiap orang yang masuk membawa
hal sendiri-sendiri, masing-masing tidak ambil pusing antara satu sama lain. Dalam
keadaan demikian kesempatan untuk meraba, berpegang tangan, malah berpelukan
tidak ada siapa yang akan mencegahnya. Ditambah pula dengan adegan-adegan
menggairahkan yang terpampang di layar membangkitkan lagi keinginan yang
berkemungkinan besar mengheret pasangan mencari tempat lebih exclusive bagi
memenuhi keinginan yang telah memuncak dan sukar dibendung.

Jadi masuk ke dalam panggung wayang dengan pasangan yang belum dikahwini boleh
dikatakan termasuk dalam kategori mendekati zina yang secara jelas dilarang keras oleh
Allah s.w.t. di dalam firmannya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina;
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” al-
isra’ :32

Jawapan disediakan oleh Prof Madya Maznah Daud dengan kerjasama Wanita
JIM(wanitajim0@yahoo.com). Persoalan dan jawapan yang lepas boleh dilayari di
www.bicarakalbu.blogspot.com

POSTED BY WANITA JIM MEKAR CERIA AT 4:41 PM

Anda mungkin juga menyukai