Anda di halaman 1dari 23

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGHARGAAN 1

2.0 PENGENALAN 2

3.0BIODATA KANAK-KANAK YANG DIKAJI 3

3.1Sampelan Murid Pertama 3

3.2 Sampelan Murid Kedua 4

4.0 RANCANGAN MENGAJAR 5

4.1 Kaedah Gabungan Bunyi Kata 5

4.2 Kaedah Seluruh Perkataan 10

5.0 LAPORAN 15

5.1 Kaedah Gabung Bunyi Kata 15

5.2 Kaedah Seluruh Perkataan 16

6.0 PENCAPAIAN MURID PADA AKHIR 5 SESI 18

6.1 Kaedah Gabungan Bunyi – Kata 18

6.2 Kaedah Seluruh Perkataan 18

7.0 KELEMAHAN MURID DAN CARA GURU MENGATASINYA 19

8.0 PERBEZAAN PENCAPAIAN DUA KAEDAH 20

9.0 PENUTUP 21

BIBLIOGRAFI 22

LAMPIRAN 23

1
1.0 PENGHARGAAN

Alhamdulilah, syukur kepada Allah S.W.A kerana dengan keizinannya dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna walaupun pelbagai kekangan telah saya hadapi
semasa proses menyiapkan tugasan ini tetapi itu telah mematangkan diri saya dan
memberi pengalaman untuk hari depan kelak.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada pensyarah
kami, Prof. Dato' Isahak Haron kerana telah memberi tugasan ini pada kami. Dengan
tugas ini, banyak pengalaman kami perolehi di samping dapat mempraktikkan apa yang
telah di ajarkan pada kami. Kesudian beliau dalam memberi idea, pandangan serta
teguran amatlah kami hargai.
Ribuan terima kasih juga diucapkan pada responden-responden saya, adik Nur
Shafiqha Aqilah Bt. Rusli dan adik Syahidah Bt Mohd Salleh. Tanpa mereka mungkin
tugasan ini sukar untuk disiapkan. Telatah kalian tidak mungkin saya lupakan kerana
mereka merupakan murid pertama bagi saya.
Pada guru Tadika Universiti Pendidikan Sultan Idris , Puan Maziah Bt Ahamad,
Cik Farah Hadilah Bt Abas, Cik Hashimah Bt Harun dan Cik Noorasyikin Bt Osman
yang sudi ditemuramah untuk soal selidik. Tidak dilupakan juga teman-teman yang
banyak memberi maklumat dalam menyelesaikan tugasan ini tidak akan dilupakan.
Segala maklumat, cadangan, tunjuk ajar yang diberikan hanya ucapan terima kasih yang
dapat diberi. Moga kita semua akan berjaya dalam apa jua yang kita lakukan.
Akhirnya, pada semua yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini, di dahului
dengan ucapan terima kasih. Kerjasama dan bantuan yang diberikan mungkin tidak dapat
dibalas. Hanya Allah S.W.A sahaja yang akan membalasnya.
Sekian..

2
2.0 PENGENALAN
Tugasan ini merupakan tugasan perseorangan yang diberikan oleh pensyarah kami Prof.
Dato' Isahak Haron untuk dijalankan pada cuti pertengahan semester lepas. Untuk
menyelesaikan tugasan ini kami dikehendaki memilih dua kanak-kanak sebagai responden
untuk mengajar dua kaedah yang berlainan iaitu Kaedah Gabungan Bunyi - Kata dan
Kaedah Abjad / Fonik atau Kaedah Seluruh Perkataan (Whole - Word Method).
Saya telah memilih Kaedah Gabungan Bunyi - Kata dan Kaedah Seluruh Perkataan
(Whole - Word Method) untuk melaksanakan tugasan ini. Bagi Kaedah Gabungan Bunyi -
Kata guru akan menyediakan lima pembelajaran untuk mengajar murid. Guru akan
mengajar murid berkaitan dengan bunyi huruf vokal dan konsonan yang dicantumkan.
Contohnya `ba', `ci' dan `ku'. Kemudian menjadi suku kata dan membina beberapa
perkatan daripada suku kata dan seterusnya.
Manakala bagi Kaedah Seluruh Perkataan pula, guru akan menunjukkan gambar
dan murid akan menyebut nama yang terdapat dalam gambar yang ditunjukkan. Murid
akan menyalin perkatan yang diajar. Dari situ guru akan mengajar murid mengeja dan
membaca perkatan yang disebut murid. Guru akan mengajar murid mengeja nama haiwan
mengikut suku kata. Murid akan salin perkatan dan guru ajar murid cara mencerakinkan
perkataan.
Tujuan tugasan ini dijalankan adalah untuk mendedahkan pelajar tentang
pendekatan dan teknik mengajar membaca dan menulis pada peringkat awal. Di samping
itu menguji sejauh mana keberkesanan kaedah yang digunakan.

3
3.0 BIODATA KANAK-KANAK YANG DIKAJI

3.1 Sampelan Murid Pertama

Nama Sekolah : Tadika UPSI


Nama Pelajar : Nur Shafiqha Aqilah Bt. Rusli
Jantina : Perempuan
Keturunan : Melayu
Agama : Islam
Umur : 5 Tahun
Alamat : No.27 Taman Indah Fasa Satu,
Jalan Ketoyong,
35900 Tanjung Malim, Perak
Pekerjaan Bapa : Pembantu Takbir
Pekerjaan Ibu : Telefonis
Hobi : Melukis & Mewarna.

Saya telah memilih adik Nur Shafiqha Aqilah Bt. Rusli yang berusia 5 tahun.
Bersekolah di Tadika Universiti Pendidikan Sultan Idris. Shafiqha merupakan seorang
kanak yang pendiam dan dikenalkan oleh guru tadika tersebut mencadangkan saya untuk
melaksanakan tugasan ini.
Pada permerhatian saya, Shafiqha fasih berbahasa Melayu. Ini kerana apa yang
dimaklumkan pada saya, di rumah dan di sekolah dia menggunakan bahasa Melayu.
Tahap pembacaan Shafiqha adalah setakat aras 3 sahaja. Pada tahap ini, Shafiqha
membaca merangkak dan sangat lemah.
Saya telah menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi - Kata pada Shafiqha untuk
memperkukuhkan lagi tahap pembacaannya. Bagi saya kaedah ini sesuai untuk Shafiqha
memandangkan dia boleh membunyikan suku kata tetapi tidak boleh membacanya
dengan lancar.

4
3.2 Sampelan Murid Kedua

Nama Sekolah : Tadika UPSI


Nama Pelajar : Syahidah Bt Mohd Salleh
Jantina : Perempuan
Keturunan : Melayu
Agama : Islam
Umur : 5 Tahun
Alamat : Lot. 46, Jalan Besar,
Kampung Keliang,
Kelumpang, Selangor.
Pekerjaan Bapa : pensyarah
Pekerjaan Ibu : pensyarah
Hobi : Melukis & Mewarna.

Untuk murid kedua pula saya telah memilih seorang murid lagi dari tempat yang
sama tadika iaitu Syahidah Bt Mohd Salleh yang berumur 5 tahun. Syahidah juga
bersekolah di Tadika Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Cara saya mendapatkan Aqilah adalah sama seperti adik Shafiqha. Kerjasama dari
Syahidah sangat baik. Dia juga merupakan anak pensyarah di UPSI yang saya kenali.
Pada mulanya dia agak malu tetapi setelah beberapa hari dia mula berlagak biasa dengan
saya.
Syahidah juga fasih berbahasa Melayu tetapi pelat sedikit. Tahap pembacaan
Syahidah juga seperti Shafiqha iaitu setakat aras 3 sahaja dan masih tidak boleh membaca
dengan lancar. Untuk Syahidah saya telah menggunakan Kaedah Seluruh Perkataan
(Whole-Word Method) ini bertujuan memantapkan lagi kemahiran membaca dan
menyebut perkataan.

5
4.0 RANCANGAN MENGAJAR

4.1 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

Tarikh : 05 September 2005


Masa : 3.30 – 4.00 petang

Pembelajaran 1
Langkah / Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan /
Masa Bahan
Pengajaran
Set Induksi Berkenalan. Tanya latar Murid menjawab
( 10 minit ) belakang murid setiap soalan.
-Nama
-Umur
-Tempat tinggal
dan lain-lain.
Langkah 1 Ujian dianostik Guru menunjukkan Murid membaca Kertas ujian
( 10 minit ) huruf dalam kertas hingga aras yang dianostik.
ujian. diketahui.
Langkah 2 Mengenal huruf. Meminta murud Murid membaca
( 5 minit ) membaca huruf A huruf A hingga
hingga Z. Z.
Penutup Membeza huruf Membezakan huruf Menulis huruf Kertas.
( 5 minit ) kecil dan besar kecil di atas
sekeping kertas.

Tarikh : 06 September 2005

6
Masa : 3.30 – 4.00 petang

Pembelajaran 2
Langkah / Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan /
Masa Bahan
Pengajaran
Set Induksi Ulang kaji Membaca A hingga Murid dapat
( 5 minit ) Z. membaca
Langkah 1 Mengenal huruf Guru menunjukkan Murid mengikut Kad
( 8 minit ) vokal a, i, u. huruf vokal. apa yang di baca imbasan.
- menyebut oleh guru.
huruf.
- Membunyikan
huruf.
Langkah 2 Membunyikan Guru menunjukkan Murid mengikut Kad
( 12 minit ) huruf vokal. kad imbasan huruf apa yang ditunjuk imbasan.
tersebut dan dan dibaca oleh
membunyikan pada guru.
murid
Penutup Latihan Menulis semula huruf Membuat latihan Kertas.
( 5 minit ) pengukuhan. vokal yang diberi.

Tarikh : 07 September 2005


Masa : 3.30 – 4.00 petang

Pembelajaran 3

7
Langkah / Isi Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan /
Masa Kandungan Bahan
Pengajaran
Set Induksi Ulangkaji. Menunjukkan kad Murid membaca Membunyi
( 5 minit ) imbasan secara kad yang kan huruf
rawak dan cepat. ditunjukkan. vokal.
Langkah 1 Mengenal dan Guru menunjukkan Murid menyebut Kad
( 6 minit ) membunyikan dan membunyikan apa yang disebut imbasan
huruf kosonan huruf ‘b’ oleh guru. dan
konsonan ‘b’ lembaran
kerja
Langkah 2 Mengenal dan Guru menyebut Murid menyebut Kad
( 7 minit ) membunyikan suku kata. Contoh; dan menulis apa imbasan
suku kata.. ba bi bu yang disebut oleh dan
guru.. lembaran
kerja
Langkah 3 Mengenal dan Guru menyebut Murid menyebut Kad
( 7minit ) membunyikan suku kata berganda. dan menulis apa imbasan
suku kata Contoh; baba bibi yang disebut oleh dan
berganda bubu. guru.. lembaran
kerja
Penutup Pengukuhan- Meminta murid Murid dapat Lembaran
( 5 minit ) membina membina suku kata membina suku kata kerja.
suku kata menjadi perkataan menjadi perkataan
menjadi
perkataan.

Tarikh : 08 September 2005


Masa : 3.30 – 4.00 petang

Pembelajaran 4
Langkah / Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan /
Masa Bahan

8
Pengajaran
Set Induksi Ulangkaji. Mengingati Murid menyebut Kad
( 5 minit ) perkataan yang perkataan yang imbasan
dibina semalam. dibina semalam.
Langkah 1 Mengenal dan Guru Murid menyebut Kad
( 6 minit ) membunyikan menunjukkan dan apa yang disebut imbasan
huruf konsonan ‘c’ membunyikan oleh guru. dan
kosonan huruf ‘c’ lembaran
kerja
Langkah 2 Mengenal dan Guru menyebut Murid menyebut Kad
( 7 minit ) membunyikan suku suku kata. dan menulis apa imbasan
kata. Contoh; ca ci cu yang disebut oleh dan
guru. lembaran
kerja
Langkah 3 Mengenal dan Guru menyebut . Murid menyebut Kad
( 7 minit ) membunyikan suku suku kata dan menulis apa imbasan
kata berganda berganda. Contoh; yang disebut oleh dan
caca cici cucu guru. lembaran
kerja
Penutup Latihan. Mencantum suku Murid Lembaran
( 5 minit ) kata menjadi mencantumkan kerja
perkataan. dan mengeja suku
kata yang diberi

Tarikh : 12 September 2005


Masa : 3.30 – 4.00 petang

Pembelajaran 5
Langkah / Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan /
Masa Bahan
Pengajaran
Set Induksi Ulangkaji. Mengingati Murid menyebut Kad

9
( 5 minit ) perkataan yang perkataan yang imbasan
dibina semalam. dibina semalam.
Langkah 1 Mengenal dan Guru menunjukkan Murid menyebut Kad
( 6 minit ) membunyikan dan membunyikan apa yang disebut imbasan
huruf konsonan kosonan huruf ‘k’ oleh guru. dan
‘k’ lembaran
kerja
Langkah 2 Mengenal dan Guru menyebut Murid menyebut Kad
( 7 minit ) membunyikan suku kata. Contoh; dan menulis apa imbasan
suku kata. ka ki ku yang disebut oleh dan
guru. lembaran
kerja
Langkah 3 Mengenal dan Guru menyebut . Murid menyebut Kad
( 7 minit ) membunyikan suku kata berganda. dan menulis apa imbasan
suku kata Contoh; kaka kiki yang disebut oleh dan
berganda kuku guru. lembaran
kerja
Penutup Latihan. Mencantum suku Murid Lembaran
( 5 minit ) kata menjadi mencantumkan kerja
perkataan. dan mengeja suku
kata yang diberi

4.2 Kaedah Seluruh Perkataan

Tarikh : 5 September 2005


Masa : 3.30 – 4.00 petang

Pembelajaran 1
Langkah / Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan /
Masa Bahan
Pengajaran
Set Induksi Berkenalan. Tanya latar Murid

10
( 10 minit ) belakang murid menjawab
-Nama setiap soalan.
-Umur
-Tempat tinggal
dan lain-lain.
Langkah 1 Ujian dianostik Guru Murid Kertas ujian
( 10 minit ) menunjukkan membaca dianostik.
huruf dalam hingga aras
kertas ujian. yang diketahui.
Langkah 2 Mengenal Meminta murud Murid Kad imbasan
( 5 minit ) huruf. membaca huruf membaca huruf
A hingga Z. A hingga Z.
Penutup Membunyikan Meminta murid Membunyikan Kad imbasan
( 5 minit ) huruf A hingga membunyikan huruf tersebut.
Z huruf A hingga
Z

Tarikh : 6 September 2005


Masa : 3.30 – 4.00 petang

Pembelajaran 2
Langkah / Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan /
Masa Bahan
Pengajaran
Set Induksi ulangkaji Mengulang apa Menyebut apa
( 5 minit ) yang dipelajari yang dipelajari.
semalam.
Langkah 1 Tema mengenal Menunjukkan Murid dapat Kad gambar.
( 8 minit ) nama haiwan gambar dan menamakan

11
meminta murid haiwan
menamakannya. tersebut.
Langkah 2 Menyebut Menunjukkan Mengikut guru Kad nama.
( 12 minit ) nama haiwan. ejaan sambil mengeja.
mengeja di
hadapan murid.
Penutup Latihan. Melekatkan Murid Perlu bantuan
( 5 minit ) nama haiwan. menampal guru.
nama haiwan
.

Tarikh : 7 September 2005


Masa : 3.30 – 4.00 petang

Pembelajaran 3
Langkah / Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan /
Masa Bahan
Pengajaran
Set Induksi Ulangkaji. Bertanyakan Murid
( 5 minit ) murid apa yang menceritakan
diajar semalam. apa yang diajar
semalam iaitu
tema haiwan.
Langkah 1 Menyebut apa Menunjukkan Menyebut dan Set gambar
( 6 minit ) yang terdapat gambar beserta menulis apa

12
dalam gambar. namanya. yang terdapat
dalam gambar
Langkah 2 Mengeja Meminta murid Murid Bantuan guru
( 12 minit ) perkataan. mengeja nama mencuba.
perkataan.
Penutup Latihan. Menulis dan Murid menulis Bantuan guru.
( 7 minit ) mengeja balik apa yang
ditulis oleh
guru.

Tarikh : 8 September 2005


Masa : 3.30 – 4.00 petang

Pembelajaran 4
Langkah / Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan /
Masa Bahan
Pengajaran
Set Induksi Ulangkaji. Meminta murid Mengeja apa Bantuan guru.
( 5 minit ) mengeja yang diarahkan
beberapa oleh guru.
perkataan.
Langkah 1 Menyebut apa Menunjukkan Menyebut dan Set gambar
( 6 minit ) yang terdapat gambar beserta menulis apa
dalam gambar. namanya. yang terdapat
dalam gambar

13
Langkah 2 Mengeja Meminta murid Murid Bantuan guru
( 12 minit ) perkataan. mengeja nama mencuba.
perkataan.
Penutup pengukuhan Memberi Mencerakinkan Lembaran
( 7 minit ) contoh agar perkataan kerja.
murid dapat bedasarkan
mencerakinkan contoh yang
perkataan. diberi.

Tarikh : 12 September 2005


Masa : 3.30 – 4.00 petang

Pembelajaran 5
Langkah / Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan /
Masa Bahan
Pengajaran
Set Induksi Ulangkaji. Meminta murid Murid mengeja
( 7 minit ) mengeja nama apa yang
haiwan. diarahkan guru.
Langkah 1 Menyebut apa Menunjukkan Menyebut dan Set gambar
( 8 minit ) yang terdapat gambar beserta menulis apa
dalam gambar. namanya. yang terdapat
dalam gambar
Langkah 2 Mengeja Meminta murid Murid Bantuan guru
( 8 minit ) perkataan. mengeja nama mencuba.
perkataan.

14
Penutup pengukuhan Menulis semula Murid menulis Lembaran
( 7 minit ) nama tersebut perkataan kerja.
tersebut

5.0 LAPORAN

5.1 Kaedah Gabung Bunyi Kata.


Berdasarkan dua kaedah yang telah digunakan iaitu Kaedah Gabungan Bunyi - Kata dan
Kaedah Seluruh Perkataan. Apa yang saya dapati ialah Kaedah Gabungan Bunyi - Kata
ialah kaedah fonik iaitu membunyikan huruf, membina suku kata dan akhirnya
membentuk pekataan untuk dibaca. Berdasarkan pembelajaran satu yang telah saya
jalankan pada murid (Shafiqha) dia boleh menyebut dan membunyikan beberapa huruf
seperti a, i, u, c,b dan k. Dia juga boleh membaca beberapa suku kata seperti `ba', `bi',
`bu'. Kaedah ini juga memudahkan murid membina perkataan daripada suku kata.
Contohnya murid dapat membina perkataan `kaki' dan `kuku'. Dengan cara ini juga murid
dapat membezakan sebutan suku kata yang berlainan.
Bagi Kaedah Gabungan Bunyi - Kata apa yang dapat diperhatikan ada sesetengah
perkataan yang murid tahu bunyi serta ejaannya tetapi tidak tahu apa maksudnya.
Contohnya dalam situasi saya, Shafiqha telah membina perkataan `baki'. Dia tahu wujud
perkataan `baki' tetapi tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan `baki' saya telah
memberi satu situasi iaitu berkenaan operasi tolak dalam matematik. Seperti 7 - 5 = 2.
Kemudian saya memberitahu Shafiqha bahawa 2,.itu merupakan `baki'.

15
Di akhir pembelajaran kemahiran mengeja serta membaca suku kata Shafiqha
kelihatan meningkat berdasarkan latihan-latihan yang diberikan. Kemahiran membina
perkatan menggunakan 2 suku kata juga sangat menggalakkan. Jika sebelum ini murid
sukar untuk membunyikan huruf vokal `i` tetapi selepas diajar serta diberi contoh dan
latihan, murid dapat menyebut bunyi huruf vokal tersebut dengan betul. Murid juga dapat
membezakan huruf vokal dan konsonan.
Daripada proses pembelajaran yang telah dijalankan ini apa yang saya lihat murid
pertama (Shafiqha) sukar untuk mengingat apa yang telah diajarkan contohnya bunyi
vokal `i' bunyi yang dihasilkan ialah `ee... ' Shafiqha akan membunyikan 'ea...' murid
juga cepat bosan semasa proses pembelajaran dan mudah terpengaruh dengan kegiatan di
luar. Oleh kerana saya mengajarnya pada waktu petang dan apabila terdengar kawan
bermain dia mula kelihatan gelisah. Murid juga sering bermain-main semasa proses
pembelajaran sedang berlangsung. Walaupun begitu Shafiqha tetap memberi kerjasama
denagan baik. Contohnya apabila meminta dia membuat latihan dia akan membuatnya
sehingga selesai. Jika dia ingin pulang dia akan meminta kebenaran terlebih dahulu.
Murid ini juga masih menunjukkan rasa hormatnya..
Kaedah Gabungan Bunyi - Kata ini sesuai digunakan sebagai cara untuk
pembelajaran awal membaca dan menulis. Ini berdasarkan tugasan yang saya jalankan
saya dapati murid dapat menyebut bunyi huruf dengan betul. Kelemahan murid juga
dapat dikesan dengan menggunakan kaedah ini.

5.2 Kaedah Seluruh Perkataan


Untuk Kaedah Seluruh Perkataan kebanyakan aktiviti berjalan dengan lancar. Hampir
keseluruhan gambar dapat dinamakan. Berdasarkan kaedah ini juga murid dapat
menyebut nama perkataan dengan betul tetapi apabila diminta membaca perkataan murid
tidak dapat membaca perkatan tersebut. Seperti Syahidah dia hanya boleh mengeja
perkataan yang mempunyai 2 suku kata sahaja seperti ‘kuda'. Manakala bagi perkataan
yang mempunyai suku kata tertutup seperti arnab dia hanya membunyikan ‘a’ sahaja.
Contohnya bagi perkataan `harimau'. Murid hanya boleh mengeja dan membunyikan
suku kata `hari' sahaja. Bagi suku kata `mau' murid akan mengeja `ma' dan huruf `u' dia
akan tinggalkan sebagai satu huruf Semasa proses ini saya cuba membantu dengan

16
mengeja setiap suku kata dan membunyikan suku kata tersebut kemudian diikuti oleh
murid. Selepas mengulangnya beberapa kali dan berpuas hati dengan sebutan murid, saya
menyuruh pula murid mengeja sendiri. Syahidah boleh mengeja sendiri tetapi merangkak.
Saya beralih pula pada perkataan baru. Contohnya perkataan `singa' suku kata pertama
`si' dia boleh sebut dengan betul manakala suku kata `nga' murid cuba menyebutnya
tetapi ragu-ragu, mungkin Syahidah dapat membunyikan perkataan itu pada akhirnya.
Itupun setelah saya menunjukkan gambar `singa' padanya.
Pada akhir pembelajaran menggunakan Kaedah Seluruh Perkataan ini, apa yang
dilihat adalah kebanyakan perkatan yang mempunyai 2 suku kata dapat dieja dengan
betul oleh murid. Murid juga boleh memisahkan suku kata dalam satu perkataan. seperti
perkataan `ayam' murid boleh mecerakinkan perkataan suku kata menjadi `a' dan 'yam'
kemudian mencerakinkan pula menjadi huruf iaitu `a, y, a, m. Ini sekaligus membantu
murid dalam memperkukuhkan lagi kemahiran mengeja mereka. Bagi aktiviti latihan
saya meminta murid mencerakinkan perkataan yang terdapat pada gambar, ini akan
memberi peluang kepada murid mengenal huruf yang terdapat dalam sesuatu perkataan.
Contohnya semasa Syahidah menulis nama peralatan yang terdapat pada gambar ruang
dapur, sambil dia menulis perkataan itu dia turut mengeja perkataan tersebut.
Bagi Syahidah pula, walaupun sedikit pemalu tetapi kerjasama yang diberikan
sungguh baik tetapi kadang kala sifat malunya menyebabkan saya sukar untuk
memastikan sama ada dia faham atau tidak apa yang telah diajarkan, Syahidah juga
mudah lupa apa yang telah diajarkan padanya walaupun baru ditinggalkan beberapa
minit. Mungkin pelajaran baru sukar diterima oleh kanak-kanak dan memerlukan
ulangan beberapa kali.
Seperti yang diketahui, murid (Syahidah ) yang diajar menggunakan kaedah ini
sedikit pelat maka dengan membunyikan suku kata seluruh perkataan dengan betul
berdasarkan ejaan murid boleh belajar menyebut suku kata dengan bunyi yang betul
dan ini akan memperbetulkan sebutannya.
Untuk Kaedah Seluruh Perkatan, murid secara semulajadi dapat mengenal
perkataan berdasarkan gambar yang ditunjukkan ini kerana mungkin murid telah
mempunyai pengalaman dengan gambar-gambar tersebut. Tetapi tidak boleh membaca

17
perkataan bagi nama gambar tersebut. Guru haruslah mengajar murid mengenal huruf
terlebih dahulu bagi memastikan murid dapat mengeja setiap suku kata.
Kesimpulannya, kaedah ini boleh digunakan untuk mengukuhkan lagi sebutan
perkataan murid di samping itu ejaan murid juga dapat diperkukuhkan. Pada pendapat saya
kaedah ini akan membuat murid menyebut perkatan berdasarkan gambar sekaligus kenal
gambar yang ditunjukkan tetapi terpaksa pula belajar cara untuk membunyikan suku kata
dari perkataan. Berbanding dengan Kaedah Gabungan Bunyi - Kata murid dapat mengeja
dan membunyikan perkataan serta mengambarkan objek apabila guru menyebut sesuatu
perkataan. Contohnya apabila guru menyebut `buku'. Maka murid boleh menafsirkan apa
yang disebut guru. Kecualilah perkataan itu memberi maksud perbuatan.
Bagi saya pula, ketidakcukupan bahan untuk mengajar menyukarkan lagi proses
pengajaran saya. Kerja-kerja seperti membuat kad imbasan terpaksa dilakukan secara
manual. Kertas-kertas soalan hanya boleh ditaip di rumah dan mengambil masa untuk di
print. Kekurangan bahan untuk membuat kad imbasan juga menyebabkan saya terpaksa
menggunakan altenatif lain untuk memastikan proses pembelajaran saya dapat dijalankan.
Kekurangan idea semasa mengajar menyebabkan proses pembelajaran tergendala
walaupun mempunyai rancangan mengajar yang telah saya sediakan. Apa yang penting di
sini menjadi tanggungjawab guru untuk mencari pelbagai pendekatan untuk memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran tercapai.

6.0 PENCAPAIAN MURID PADA AKHIR 5 SESI

6.1 Kaedah Gabungan Bunyi – Kata


Bagi kaedah ini, apa yang dapat saya lihat pencapaian murid terhadap sebutan bunyi suku
kata semakin baik dan menunjukkkan peningkatan. Walaupun murid terpaksa mengeja
terlebih dahulu. Ini bermakna murid telah mula tahu bagaiman cara untuk menyebut
sesuatu huruf untuk menghasilkan bunyi kata. Murid juga dapat membina beberapa
perkataan dari bunyi suku kata yang telah dipelajari walaupun tanpa bantuan guru dengan
membunyikan suku kata tersebut terlebih dahulu. Sebutan bunyi huruf vokal murid juga
tepat setelah menjalani kelima-lima sesi. Contohnya jika sebelum ini murid tidak dapat

18
membunyikan vokal `i' dengan betul tapi kini sebutannya adalah tepat. Murid juga dapat
mencantum suku kata yang tertnggal berdasarkan gambar dalam latihan yang diberikan.
Kesimpulannya, tahap pembacaan murid telah meningkat kerana apa yang
diperhatikan murid sudah boleh membaca perkataan yang mempunyai suku kata terbuka
seperti `buku', kaki' dan `kuku'.

6.2 Kaedah Seluruh Perkataan


Bagi kaedah seluruh perkataan pula, peningkatan yang dapat dilihat pada adalah terhadap
sebutan suku kata. Murid dapat menyebut setiap gambar yang ditunjukkan dengan betul.
Setelah diajar mengeja perkatan dan memberi latihan pengukuhan, murid dapat
memisahkan suku kata yang terdapat dalam perkataan yang diberikan contohnya
perkataan `kuda’. Murid dapa memcerakinkan perkatan menjadi 'ku' dan ‘da' seterusnya
menjadi huruf `k, u, d, a’. Apabila guru menunjukkan perkataan pada gambar
kebanyakan perkatan tidak dapat disebut, maka guru akan mengeja dan membunyikan
suku kata kemudian diikuti oleh murid. Tetapi bagi perkataan yang mempunyai suku kata
terbuka murid boleh menyebutnya tetapi akan mengeja terlebih dahulu. Dalam mengeja
perkataan suku kata terbuka ini murid boleh mengeja walaupun tanpa bantuan guru tetapi
merangkak.
Dengan kaedah ini murid dapat menyebut suku kata dengan tepat walaupun
perkataan tersebut mempunyai suku kata terbuka dan tertutup. Murid juga dapat
meningkatkan kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata berdasarkan kaedah ini.

7.0 KELEMAHAN MURID DAN CARA GURU MENGATASINYA


Bagi murid pertama , iaitu adik Nur Shafiqha Aqilah Bt. Rusli. Apa yang saya perhatikan
ialah dia sukar untuk membunyaikan huruf vokal `i'. Dia sering membunyikan vokal `i'
dengan bunyi 'ea…'. Untuk memperbetulkan sebutannya saya memberi tahu bahawa
bunyi 'ea...' adalah untuk vokal `e'. Mula-mula saya menyebut bunyi vokal `i' dengan
betul iaitu 'ee...', kemudian saya meminta Shafiqha mengikut apa yang saya sebut
berulang-ulang kali. Saya juga memberi contoh perkataan yang bermula dengan vokal `i'
seperti 'ikan' dan 'itik'.

19
Shafiqha juga saya lihat sukar membunyikan perkataan yang mempunyai suku
kata terbuka dan tertutup. Selain itu, Shafiqha kelihatan cepat bosan semasa proses
pembelajaran. Itu pun setelah masuk hari ke tiga. Dia juga kelihatan bermain-main
semasa belajar. Saya menasihati Shafiqha supaya menumpukan perhatian semasa belajar
jika ingin cepat pandai membaca.
Bagi Syahidah Bt Mohd Salleh pula, dia mudah lupa sesuatu ejaan perkataan.
Saya telah menggunakan pendekatan mengulang untuk memudahkan kanak-kanak ini
mengingati apa yang diajar. Contohnya bagi perkataan `singa’, Syahidah juga sukar
untuk membunyikan perkataan yang mempunyai suku kata terbuka dan tertutup
sekaligus. Saya telah mengejanya terlebih dahulu serta membunyikan suku kata tersebut
kemudian diikuti oleh Syahidah.

8.0 PERBEZAAN PENCAPAIAN DUA KAEDAH

KAEDAH GABUNGAN BUNYI-KATA KAEDAH SELURUH PERKATAAN


Boleh sebut huruf dan bunyi vokal dan Hampir keseluruhan nama gambar dapat
konsonan dengan betul serta membunyikan dinamakan. Tetapi terdapat beberapa
suku kata terbika dengan baik. perkataan yang susah untuk disebut.
Ada perkataan yang dibina tidak diketahui Setiap gambar yang ditunjuk boleh ditunjuk
maksudnya. Contohnya perkataan ‘baki’. semula oleh murid.
Guru membina cerita daripada perkataan
‘baki’ untuk memahamkan murid.
Murid dapat kemahiran membina perkataan Murid dapat menyebut nama gambar
daripada kad suku kata yang ditunjukkan. ditunjukkan.
Murid dapat membunyikan dan mengeja Hanya dapat kenal huruf yang terdapat
serta gambarkan perkataan yang dibina. dalam perkataan dan tahu objek tetapi tidak
tahu mengeja nama objek.
Kebanyakkan perkataan yang dibina adalah Murid dapat membunyikan suku kata
perkataan yang mempunyai suku kata perkataan terbuka dan tertutup kerana
terbuka. Jadi apabila di minta membaca membunyikan berdasarkan gambar yang
perkataan yang mempunyai suku kata ditunjuk.

20
tertutup murid sukar untuk membaca.
Dalam bacaan ayat pendek, murid akan Murid ini juga merangkak membaca ayat
mengeja dahulu sebelum menyebut pendek dan hanya lancar membunyikan
perkataan dan lancar membaca perkataan perkataan yang mempunyai suku kata
yang mempunyai dua suku kata terbuka. terbuka sahaja.

9.0 PENUTUP
Berdasarkan tugasan yang telah diberikan, apa yang dapat saya perhatikan tahap
pembacaan kanak-kanak adalah berbeza. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang
mempengaruhi kanak-kanak itu. Faktor yang paling ketara adalah disebabkan oleh
faktor persekitaran. Antaranya ialah disebabkan oleh persekitaran murid itu sendiri.
Bagi mempercepatkan kemahiran membaca bagi kanak-kanak pelbagai pihak
seperti ibu bapa dan guru mesti sama-sama berkerjasama agar hasrat ini tercapai.
Pelbagai pendekatan harus diketengahkan untuk menjadikan pembelajaran membaca
lebih menarik minat kanak-kanak. Aktiviti yang pelbagai harus diadakan untuk mereka
agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Contohnya dengan membuat
aktiviti seperti lakonan, nyanyian, dan permainan. Kaedah mengajar murid juga harus
dipelbagaikan dan kaedah sedia ada harus sentiasa diperbaharui supaya lebih baik.
Sebagai pihak yang paling hampir dengan kanak-kanak, ibu bapa seharusnya
tidak menyerahkan tanggungjawab ini sepenuhnya pada guru. Seperti yang kita ketahui,
kanak-kanak memerlukan orang dewasa untuk membantu mereka dalam melakukan
sesuatu perkara. Sebagai ibu bapa misalnya, mereka boleh sama-sama membaca dengan
anak-anak merka dengan cara yang menarik dan dengan itu akan timbul suasana yang
menggalakkan anak-anak mereka minat untuk belajar membaca. Ibu bapa juga harus
mendedahkan anak-anak mereka dengan buku sejak kecil lagi. Mereka juga harus
mengkaji apakah jenis bahan bacaan yang sesuai untuk anak mereka. Berikan kanak-

21
kanak membaca bahan yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Awasi bahan
bacaan yang tidak sepatutnya kanak-kanak baca.
Kesimpulannya, kanak-kanak akan cepat membaca jika ada bimbingan. Peranan
ibu bapa dan guru amat penting. Sekolah pula harus menyediakan perpustakaan atau
sudut bacan yang mempunyai pelbagai jenis buku agar boleh dibaca oleh murid. Ini
penting kerana kanak-kanak yang tahu membaca dan menulis dapat hidup dengan
berkesan dalam masyarakat yang tinggi literasinya.

BIBLIOGRAFI

Isahak Haron (1990). Mengajar Membaca Peringkat Awal Safiah Osman (Ed)
Membaca: Satu Pengenalan. Berita Publishing, Kuala Lumpur.

Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak (2001). Pendidikan Pra Sekolah Untuk Guru.
Utusan Publications Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian


Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Ampang, Selangor

www.hamidarshat.com/ITkmasalah-pembelajaran-di-kalangan.htm

22
23