Anda di halaman 1dari 14

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 TANJUNG MALIM, PERAK

LONTAR PELURU
UKS 1051 (OLAHRAGA)

AHLI KUMPULAN
NOR’ ATIKAH BINTI ABDUL RAZAK
(D20091035138)

NOOR SYAZWANI BINTI MD SHAIMI


(D20091035113)

NAMA PENSYARAH
ENCIK JAFFRY ZAKARIA
LONTAR PELURU

1.0 Sejarah

Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara
merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah
dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah
dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan
pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar
peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan
di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat
tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai
sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.

Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru
diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan
kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat
sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan
ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di
Sukan Olimpik moden tahun 1896.

Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun
1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan
yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran
diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti
yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik
melontar peluru.
2.0 Anatomi peralatan
2.1 Peluru

Wanita
Lelaki Lelaki Lelaki
Peluru Remaja/Junior/
Remaja Junior Senior
Senior
4.000 kg 5.000 kg 6.000 kg 7.260 kg
Maklumat pengeluar
Beraneka jenis alat yang 4.005 kg 5.005 kg 6.005 kg 7.265 kg
dikeluarkan untuk 4.025 kg 5.025 kg 6.025 kg 7.285 kg
pertandingan
Garis pusat minimum 95 mm 100 mm 105 mm 110 mm
Garis pusat maksimum 110 mm 120 mm 120 mm 130 mm

Untuk acara lontar peluru.kawasan melontar peluri diperbuat daripada konkrit dan
berukuran garis pusat Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110-130 mm
manakala untuk perempuan ialaha 95-110 mm. Para peserta hendaklah, pada setiap masa,
menjaga keselamatan diri apabila berlatih atau bermain dengan peluru.

2.2 Gelanggang
Sesebuah gelanggang khusus disediakan 2.5 m. Ia terdiri daripada bulatan melontar dan
kawasan mendarat. Bulatan melontar dikelilingi oleh satu garisan bulat meliputi kawasan
yang berdiameter 2.135 m di bahagian hadapan kawasan melontar dipasang papan
penahan untuk menentukan sama ada sesuatu lontaran itu sah atau batal. Jika peserta
memijak atau kakinya melepasi papan penahan ini, lontarannya tidak dikira dan dianggap
batal. Kawasan pendaratan peluru hendaklah bebas daripada sebarang ganguan. Ia
bersudut 40 darjah dari titik tengah bulatan melontar. Setiap lontaran hendaklah jatuh di
dalam kawasan ini; lontaran yang terkeluar atau mengenai garisan akan dibatalkan.
Pakaian
1. Pakaian peserta melontar peluru sama seperti pakaian peserta olahraga lain.
2. Begitu juga dengan kasut atau spike.
3. Kasut yang sesuai boleh digunakan dan ia tidak semestinya spike.
4. Kasut biasa tanpa paku lebih sesuai kerana bulatan atau kawasan melontar biasanya
diperbuat daripada simen konkrit.
2.4 Pita pengukur
1. Pita pengukur untuk mengukur jarak lontaran yang di buat oleh seseorang peserta.
2. Ukuran dibuat dari titik tengah bulatan, tetapi bacaan diambil dari papan penanda
hingga tempat peluru mendarat.

2.5 Papan penahan


1. Papan tersebut hendaklah berwarna putih supaya senang untuk dilihat.
2. Ia diperbuat daripada kayu dan berbentuk lengkong.
3. Papan ini diletakkan di bahagian tengah-tengah antara kedua-dua garisan sektor dan
dibuat supaya terlatak dengan kukuh.
4. Ukuran papan tersebut ialah 11.2cm hingga 30cm lebar, 1.15 ±1cm panjang dan
10cm ±2mm tinggi daripada paras dalam bulatan.

3.0 Cara membuat lontaran.


3.1 Kaedah memegang bola
1. Cara memegang perlu diberikan keutamaan oleh setiap peserta.
2. Cara paling mudah dan selamat untuk memegang peluru ialah dengan meletakkannya
pada tapak tangan, iaitu di bawah pangkal jari.
3. Peluru mestilah dipegang pada dasar tiga jari tengah, manakala ibu jari dan jari
kelengkeng bertindak sebagai penyokong.

Kaedah pegangan peluru


3.2 Teknik melontar
1. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk melontar peluru.
2. Antaranya ialah teknik berdiri, teknik lontaran sisi, teknik pemindahan (O’Brien) dan
teknik membelakangi kawasan lontaran (step-back).

4.0 Teknik lontaran

Teknik lontaran

4.1 Teknik berdiri

Untuk mendapatkan pergerakan tangan dan bahu yang betul, bolehlah melakukan teknik
berdiri sebagai satu latihan. Caranya adalah seperti berikut:
1. Berdiri dengan mengangkangkan kedua- dua belah kaki seluas lebih kurang 30 cm;
tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk.
2. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan.
3. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakala kaki diluruskan
dan peluru ditolak keluar.
4. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru, manakala tangan kiri membantu
mengimbangkan tangan.
4.1 Teknik lontaran sisi

1. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan
lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki kiri diangkat.
2. Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.
3. Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.
4. Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan tolakkan peluru keluar.

4.2 Teknik membelakangi kawasan lontaran.

Teknik ini merupakan peringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat dalam
acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan
jika dapat dipelajari dan diaplikasi. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut
1. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran.
2. Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.
3. Angkatkan kaki kiri sedikit.
4. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.
5. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
6. Tolak peluru keluar sekuat mungkin.

4.4 Teknik pemindahan

Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh pelontar-pelontar peluru peringkat
tinggi yang mempunyai kemahiran tinggi serta berpengalaman. Teknik pemindahan juga
dikenali sebagai taknik Garry O’Brien. Cara melakukan teknik ini adalah seperti berikut:
1. Pelontar memegang peluru yang terletak di tapak jari tangan kanan, denga siku
dibengkokkan dan peluru terletak diatas bahu.
2. Pelontar mengambil posisi mulaan dengan membelakangi kawasan lontaran dan kaki
kanan bersentuh dengan garisan belakang.
3. Sebagai persediaan untuk melontar, pelontar membongkokkan badannya ke hadapan
dan pada masa yang sama kaki kanan dibengkokkan. Kaki kiri diletakkan di belakang
untuk mengimbangi badan.
4. Kaki kiri dibawa ke hadapan sebagai persediaan untuk longsoran.
5. Untuk memulakan longsoran, kaki kiri ditendang cepat ke belakang ke arah lontaran,
diikuti serta merta dengan meluruskan kaiki kanan. Kaki kanan meluncur atas tapak
kaki yang rata ke tengah bulatan.
6. Kaki kiri diletakkan serta merta dekat papan penahan tanpa mengubah kedudukan
bahagian atas badannya.
7. Kaki diluruskan dengan cepat dan badan diangkat dan memutar sedikit.
8. Kaki kanan menggerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan. Bahu menghadap ke
hadapan.
9. Siku kanan diangkat tinggi untuk menghasilkan lontaran yang amat berkesan
sementara kaki kiri masih menyentuh bulatan sehingga peluru telah dilepaskan dari
tangan.
10. Untuk mencegah diri dari terjatuh di luar bulatan depannya pembaling akan
melompat untuk memindahkan berat badannya dari kaki kiri ke kaki kanan.

4.4.1 Fasa persediaan


1. Bongkokkan badan.
2. Bengkokkan kaki kanan.
3. Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.

4.4.2 Fasa gelungsuran


1. Tendang kaki kiri cepat ke belakang ke arah lontaran, serentak gelungsurkan kaki
kanan ke tengah bulatan.
2. Letakkan kaki kiri dekat kayu penahan dengan tidak mengubah kedudukan bahagian
atas badan.
3. Luruskan kaki dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.
4. Kaki kanan menggerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.
5. Bahu menghadap arah lontaran.
4.4.3 Fasa lontaran
1. Siku kanan diangkat tinggi.
2. Kaki kiri masih menyentuh bulatan.
3. Peluru dilepaskan.

4.4.4 Fasa pemulihan


1. Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.
2. Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

5.0 Kemahiran Lanjutan

5.1 Ansur maju


1. Pegangan peluru:
Peluru harus terletak atas tapak jari-jari yang dikembangkan dengan ibu jari dan jari
kelengkeng memberi sokongan sisian. Pergelangan tangan haruslah membengkok
lurus (flexed).
2. Menyokong peluru
Letakkan peluru dengan selesa dirongga tulang selangka berhampiran leher dengan
pangkal tangan menghadap ke luar dan siku berada jauh sedikit daripada badan.

5.2 Ansur maju untuk gaya berdiri.

Bahagian terakhir lontaran akan diajar dahulu kerana ia adalah posisi asas untuk melontar
peluru.
1. Berdiri dengan kaki terbuka, lutut dibengkokkan, punggung ke dalam dan tangan
berada di pinggul.
2. Berat badan dipindahkan ke atas kaki belakang. Kaki kiri diletakkan dengan ringan
diatas tanah.
3. Semasa menolak dari kaki belakang berat badan harus dinaikkan memutar dan
bergerak ke hadapan di atas kaki depan. Tolakan diakhiri dengan kedua-dua kaki
berdiri di atas jari-jari kaki ynag masih menyentuh tanah.
4. Dengan atau tidak memegang peluru, ambil posisi berdiri seperti digambarkan di
sebelah.
5. Menolak lengan ke hadapan dan ke atas.
6. Berdiri dengan lebih lebar dan membongkokkan tubuh ke belakang. Lengan kiri
dibengkokkan dengan siku berada tinggi.
7. Putarkan tubuh ke hadapan untuk menolak peluru dengan kuat. Selepas tolakan kaki
dan tarikan badan diperolehi, di mana pergerakan untuk mendapatkan semula
imbangan adalah diperlukan untuk mencegah faul, langkah pemulihan patut
dipelajari.
8. Pemulihan: kedua-dua kaki bertukar posisi, iaitu kaki depan bergerak ke belakang
sebelum kaki belakang sampai ke papan penahan.
9. Ambil posisi seperti yang di gambarkan di sebelah, dengan beratan yang mencukupi
di atas kaki kiri. Cuba imbagkan badan. Kaki kanan di benngkokkan sedikit.
10. Menolak kaki belakang (kaki kanan) tetapi masih tidak meninggalkan tanah. Kaki
kiri diangkat lebih kurang satu kaki di atas tanah.
11. Pelontar mendarat di bahagian depan bulatan.
12. Tiba ke tengah bulatan dengan lutut kanan bengkok dan kaki kanan rata di atas tanah.
13. Menolak ke atas dengan kaki kanan untuk menaikkan keseluruhan bahagian kanan
badan dan dada ke atas sambil memindahkan tenaga melalui pinggul ke bahu, lengan,
tangan dan melakukan tolakan akhir daripada pergelangan tangan semasa peluru
dilepaskan.

5.3 Rangkaian sempurna.


Peringkat akhir ini mengandungi rangkaian lungsuran kepada pergerakan-pergerakan
lontaran berdiri dan pemulihan:
1. Berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan arah lontaran bulatan
dan kaki kiri di belakang kaki kanan.
2. Bongkok ke depan dari pinggul, naikkan kaki kiri dan membawa paha kiri ke kaki
kanan.
3. Tolak kaki kiri ke atas dan ke belakang ke arah papan penahan, dengan
menggerakkan badan melintasi pertengahan bulatan.
4. Selepas peluru dilepaskan, pindahkan berat badan dengan cepat daripada kaki kiri ke
kaki kanan. Pergerakkan ini bertindak sebagai satu pemulihan, menolong menahan
momentum ke hadapan dan mencegah faul.

kaedah lungsuran

6.0 Undang-undang dan Peraturan

1. Peluru mestilah dipegang dengan tapak tangan serta disokong oleh jari, dan mestilah
menyentuh tengkuk dan dagu.
2. Peluru hendaklah ditolak dari kedudukan atas dan bukannya dibaling sesuka hati.
3. Setiap peserta akan diberi enam kali lontaran sekiranya jumlah peserta tidak melebihi
lapan orang dalam sesuatu pertandingan.
4. Peserta yang membuat lontaran paling jauh diisytiharkan sebagai pemenang.
5. Lontaran hendaklah dibuat di dalam bulatan atau kawasan mendarat. Lontaran yang
terkeluar daripada kawasan mendarat dikira batal.
6. Peserta tidak dibenarkan memijak papan penahan atau menyentuhnya dengan tangan.
7. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan lontaran sebellum peluru mendarat.
8. Peserta dikehendaki berjalan keluar dari sebelah belakang bulatan lontaran.
9. Peserta tidak dibenarkan memijak atau menyentuh papan penanda semasa membuat
lontaran.
10. Terdapat empat orang pengadil; pengadil pertama menetukan cara dan kedudukan
peluru, pengadil kedua menentukan kedudukan kaki peserta, pengadil ketiga serta
keempat bertugas mengenalpasti tempat peluru mendarat di dalam kawasannya.

7.0 Langkah-langkah Keselamatan

1. Latihan yang sistematik


2. Mengenalpasti tahap dan kecerdasan peserta semasa melakukan aktiviti
3. Kesesuaian pakaian
4. Persekitaran atau tempat aktiviti
5. Penyeliaan ,arahan dan bimbingan
6. Perlakuan aktiviti
7. Disiplin peserta
8.0 Penutup

Melalui kursus olahraga (UKS 1051) ini, kami dapat mengetahui dengan lebih
dekat lagi tentang sukan olahraga dan kemahiran-kemahiran yang ada dalam acara
olahraga. Kami juga dapat mempelajari teknik-teknik dan ansur maju yang terdapat
dalam sukan olahraga melalui tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pensyarah kami iaitu
Encik Jaffry bin Zakaria dan juga hasil bantuan rakan-rakan semasa menjalani proses
pembelajaran. Oleh itu segala ilmu pengetahuan yang didapati amatlah berguna untuk
kami melatih pelajar-pelajar apabila menjadi guru suatu hari nanti.

Sebelum ini kami tidak pernah mempelajari kemahiran olahraga secara lebih
terperinci dan hanya dapat mengetahui melalui televisyen dan buku sukan olahraga. Di
sini kami sangat amat bertuah kerana didedahkan kemahiran olahraga di universiti ini.
Segala kemahiran, teknik dan pengetahuan yang kami pelajari dari kursus ini berguna
sebagai bakal guru untuk mengajar di sekolah nanti. Acara-acara yang terdapat dalam
sukan olahraga ini sememangnya boleh dan berguna untuk di praktikan dalam semua
jenis sukan. Selain itu, ia juga dapat melahirkan guru serba boleh yang dapat mengajar
semua jenis sukan termasuklah sukan olahraga.

Kami berharap kursus olahraga ini dapat diteruskan bagi pelajar yang ingin
mengambil olahraga kerana kursus ini sangat berguna kepada individu mempelajarinya
untuk digunakan pada masa depan terutama sekali apabila kita sebagai bakal guru yang
bakal mengajar pelbagai jenis matapelajaran termasuklah sukan apabila di sekolah kelak.

Bibliografi

1. Diperolehi pada 15 Oktober 2009 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Olahraga


2. Diperolehi pada 15 Oktober 2009 daripada
http://www.dmoz.org/World/Bahasa_Indonesia/Olahraga/desc.html
3. Diperolehi pada 15 Oktober 2009 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan
4. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia, Buku Peraturan Olahraga KOAM 2006-2007.

Anda mungkin juga menyukai