Anda di halaman 1dari 10

KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

SEKOLAH PENGAJIAN ISLAM

TAJUK :

KELANCARAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN SISWA DAN SISWI

KAJIAN DI KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

PROPOSAL INI DIKEMUKAKAN UNTUK

DIPERTIMBANGKAN SEBAGAI TAJUK PENULISAN

KERTAS PROJEK BAGI MEMENUHI SYARAT

MEMPEROLEHI DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

( DAKWAH DAN PENGURUSAN )

KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

PELAJAR : MOHAMMAD FAZLI BIN TIKSON

NO MATRIK : PID 08075


1. PENDAHULUAN

1.1 TAJUK : KELANCARAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN SISWA DAN


SISWI KAJIAN DI KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH.

1.2 Hadis Nabi Muhammad saw tentang keutamaan membaca Al-Quran antaranya Nabi
Bersabda:

“Nabi SAW bersabda: Yang menjadi imam dalam kalangan suatu kaum
atau kumpulan ialah orang yang paling banyak menghafaz KITABULLAH
(Al-Quran)” HR Muslim.

Antara lain menyebutkan bahawa:

“Cari dan peliharalah Al-Quran ini baik-baik. Demi Allah yang diri
Muhammad berada ditangan-Nya, sesungguhnya Al-Quran lebih cepat
terlepas (terlupa), dibandingkan dengan Unta yang sedang ditambat”
(Muttafaq
‘Alaih)

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah swt adalah sebagai panduan kepada seluruh umat Nabi
Muhammad saw. Sudah sewajarnyalah ia (Al-quran) menjadi pegangan yang mutlaq bagi
umat yang bergelar “khairul Ummah”. Al-Quran bukan sahaja sebagai rujukan yang paling
sahih dan benar dimuka Bumi, namun ia juga adalah sebuah kitab yang menjadi pedoman
kepada manusia tatkala ia dalam kegelapan.

Namun, apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. Hari demi hari, tahun demi tahun,
generasi demi generasi seolah-olah hamper meletakkan Al-Quran sebagai rujukan dalan hal
keagamaan sahaja. Tidak kurang juga yang menganggap sebagai Al-Quran “bantal” ketika
tidur, dan yang paling teruk lagi menganggap Al-Quran sebagai perhiasan di dinding-dinding
rumah tanpa sedikit pun terdetik untuk membacanya.
3. KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian dapat dimaklumkan seperti berikut :

3.1 Kajian ini dapat mengenalpasti punca masalah kekurangan pembacaan Al-Quran di
kalangan para pelajar.

3.2 Kajian ini dapat mencari jalan penyelesaian terhadap pendekatan dakwah yang
terbaik bagi golongan ini kembali kearah pembacaan Al-Quran.

3.3 Memberikan cara yang efektif bagi menangani masalah ini dikalangan pelajar
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

3.4 Hasil kajian dapat dijadikan panduan dan persediaan kepada individu atau badan-
badan yang terlibat dalam usaha membentuk dan memperbaiki masalah
kepincangan atau kumpulan yang terlibat dengan masalah kekurangan pembacaan
Al-Quran di kalangan para pelajar.

4.0 MATLAMAT KAJIAN

4.1 Kajian ini bermatlamat untuk mengkaji punca-punca berlakunya masalah


kelancaran Al-Quran di kalangan pelajar di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad
Shah ini berlaku dan mengkaji purata atau peratusan pembacaan para pelajar
terhadap Al-Quran serta mencadangkan kaedah-kaedah penyelesaiannya.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajiannya boleh dinyatakan seperti berikut :

5.1 Untuk meneliti kelancaran para pelajar terhadap pembacaan Al-Quran.

5.2 Untuk mengenalpasti punca permasalahan pembacaan Al-Quran.

5.3 Untuk memberi cadangan yang efektif bagi meningkatkan kelancaran pembacaan Al-
Quran.

5.4 Untuk mencadangkan pendekatan yang tepat perlu digunakan untuk mengubah perspektif
para pelajar terhadap Al-Quran

5.5 Untuk mencadangkan kaedah-kaedah penyelesaian yang terbaik.

6.0 LIMITASI KAJIAN

Responden atau sujek kajian seperti tajuk di atas adalah golongan palajar di Kolej Islam Pahang
Sultan Ahmad Shah. Kebanyakan para pelajar tahun satu hingga tiga sahaja yang akan menjadi
responden atau subjek kajian ini.

7. HIPOTESIS KAJIAN

Jika penekanan berkaitan pembacaan Al-Quran dan Tajwid di berikan pada mad’u terutamanya
sasaran kepada golongan siswa dan siswi Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
berkemungkinan mereka akan lebih memahami ilmu tentang Tajwid dan mengamalkannya,
berkemungkinan golongan siswa dan siswi ini akan lebih bersungguh-sungguh dalam pembacaan
Al-Quran serta Ilmu tentang Al-Quran.
8. DEFINISI OPERASI KAJIAN

TAJUK : KELANCARAN PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN SISWA DAN


SISWI KAJIAN DI KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH.

8.1 Kelancaran : Kefasihan dalam bertutur atau membaca.

8.2 Al-Quran : Kitab suci bagi Agama Islam.

8.3.1 Siswa/ Siswi : Gelaran kepada Pelajar pada peringkat Diploma di Malaysia.

9.0 METODOLOGI KAJIAN

9.1 Kajian kepustakaan

9.2 Kajian lapangan

9.3.1 Kaedah persampelan

10.0 ULASAN KEPUSTAKAAN

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) , dalam Keratan Khutbah Jumaat pada 18
Sya’ban 1431, yang bertajuk “Kedudukan Pembaca Al-Quran Disisi Allah S.W.T”: Banyak
hadith-hadith yang menjelaskan kedudukan mereka yang sentiasa membaca al-Quran begitu
tinggi dan mulia di sisi Allah SWT seperti dalam satu hadith Qudsi di mana sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud: Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiku
daripada meminta-minta kepadaku, maka aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik
daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaku itu. Dan
kelebihan kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas makluk-Nya.
Dalam satu hadith lain yang bermaksud: Apabila seseorang dapat mengkhatamkan bacaan al-
Quran satu kali, 60 ribu malaikat memohon keampunan dari Allah SWT untuknya.

Sebagai umat yang beriman maka sewajarnya al-Quran dibaca, difahami dan dijadikan
panduan dan sumber rujukan yang utama dalam apa juga kegiatan hidup samada dari sudut
akidah, syariat dan akhlak, khususnya dalam menangani pelbagai permasalahan, cabaran semasa
untuk mencapai kehidupan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Namun persoalannya pada hari ini terdapat segelintir umat Islam yang lemah iman, goyah
pegangan akidah dan akhlaknya, menjadi kaku bibir dan kelu lidahnya untuk menyebut ayat-ayat
Allah SWT dan keras hati apabila terdengar ayat al-Quran. Mereka lebih gemar mengalunkan dan
mendengar nyanyian lagu-lagu yang melalaikan berbanding ayat al-Quran. Tidak kurang pula ada
dikalangan kita yang hanya berbangga dengan menggantung ayat-ayat al-Quran yang mahal-
mahal sebagai hiasan. Walhal Islam tidak menyuruh sedemikian.
Justeru itu, mimbar menyeru marilah sama-sama kita menjadikan budaya membaca al-
Quran sebagai gaya hidup. Kita mesti yakin bahawa al-Quran sahajalah yang mampu menjadi
ubat dan penawar kepada segala jenis penyakit samada rohani atau jasmani yang sedang melanda
masyarakat masa kini. Janganlah kita hanya membaca al-Quran pada masa-masa tertentu sahaja
seperti ketika dalam kesusahan, ketika sakit, ketika menghadapi saat kematian atau pada hari
tertentu sahaja.
Ibu-bapa perlulah memprogramkan penghayatan al-Quran dalam keluarga terutama
kepada anak-anak dengan memperuntukkan masa seperti selepas solat maghrib sebagai waktu
membaca, mempelajari dan mentadabbur al-Quran. Mengambil usaha dengan menghantar anak-
anak ke kelas pengajian al-Quran samada di surau dan masjid atau di kelas yang telah disediakan.
Di samping itu mempelajari al-Quran juga boleh dilakukan dengan cara mendengar bacaan di
radio, kaset dan di media-media elektronik dan sebagainya.
JADUAL KERJA

Sem 5,2010
Bil. Aktiviti 1 2 3 4 5 6 7 8
1. Mengenal pasti masalah
2. Mengumpul data-data
3. Meganalisas data-data
4. Menulis laporan penyelidikan

Sem 6, 2010
Bil. Aktiviti 1 2 3 4 5 6 7 8
1. Penyediaan proposal
2. Mengumpul maklumat kepustakaan
3. Menyusun maklumat
4. Membina soal selidik
5. Menguji soal selidik
6. Pembetulan dan penambahan soal selidik
7. Mengedar soal selidik
8. Mengumpul soal selidik
9. Mengadakan temu ramah
10. Menjalankan observasi
11. Menyusun data
12. Menganalisis data
13. Menulis laporan penyelidikan
14. Menyemak, memperbaiki, dan menjilid
BIBLIOGRAFI

Al-Quran Al-Karim.

Imam Nawawi Rahimuhullah,. Etika Belajar Dan Mengajar Al-Quran. Penterjemah Ahmad Asri
Lubis Abu Samah. 1968. Kuala Lumpur: Yamani Angle Sdn. Bhd.

Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2008. Beginilah Al- Quran Mengajar Kami. Edisi Pertama:
Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Sayyid Mohammad Alwi Al-Maliki. Tajuk Asal “Khasais Al-Quran”- Keistimewaan-


Keistimewaan Al-Quran. Penterjemah Nur Faizin, S.Ag. Edisi Pertama Di Malaysia
2010. Kuala Lumpur. Alam Raya Enterprise.

Jabatan Kemajuan Islam Melaysia (JAKIM). 2010. Kedudukan Pembaca Al-Quran Disisi Allah
S.W.T. Edisi Khutbah On-line. JAKIM Putrajaya.
CONTOH BORANG KAJI SELIDIK

1. ADAKAH ANDA PERNAH MENGIKUTI MANA-MANA KELAS AL-QURAN.


A. TIDAK PERNAH.
B. PERNAH TAPI TERHENTI.
C. PERNAH DAN MASIH BERTERUSAN.

2. ADAKAH ANDA MAHIR TENTANG ILMU TAJWID.


A. TIDAK MAHIR.
B. MAHIR.
C. SANGAT MAHIR.

3. BERAPAKALIKAH ANDA MEMBACA AL-QURAN DALAM SEMINGGU.


A. SEKALI SEMINGGU.
B. HANYA PADA WAKTU LAPANG SAHAJA.
C. SETIAP HARI.

4. ADAKAH ANDA LANCAR MEMBACA AL-QURAN.


A. TIDAK LANCAR.
B. LANCAR.
C. TIDAK TAHU MEMBACA AL-QURAN.

5. DIMANAKAH BIASANYA ANDA MEMBACA AL-QURAN.


A. DI ASRAMA.
B. DI MASJID SAHAJA.
C. DI MANA SAHAJA.

6. DI MANAKAH ANDA MULA MENGENALI AL-QURAN.


A. DI RUMAH.
B. DI SEKOLAH.
C. LAIN-LAIN TEMPAT.

7. PERNAHKAH ANDA MENGALAMI MASALAH DALAM PEMBACAAN AL-


QURAN.
A. TIDAK PERNAH.
B. PERNAH
C. SERING KALI.
8. PADA SIAPAKAH ANDA AKAN MERUJUK SEKIRANYA ANDA MENGALAMI
MASALAH DALAM PEMBACAAN AL-QURAN.
A. USTAZ DAN USTAZAH.
B. RAKAN ATAU SAHABAT.
C. TIDAK PERNAH RUJUK SESIAPA.

9. BERAPAKALIKAH ANDA MENGHATAMKAN AL-QURAN DALAM SETAHUN.


A. SEKALI SETAHUN.
B. LEBIH SEKALI.
C. TIDAK PERNAH SEKALI.

10. ADAKAH ANDA TAHU ADAP-ADAP YANG PERLU DIJAGA KETIKA


MEMBACA AL-QURAN.
A. TIDAK TAHU.
B. TAHU.
C. TAHU DAN AMAL.

“TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS KEIKHLASAN ANDA”

Anda mungkin juga menyukai