Anda di halaman 1dari 2

Apakah KESAN PEMBUANGAN BAYI??

Kesan-kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi pesalah. Hal ini
kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan
dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini
pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan
anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan
anak dengan menggunakan cara sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital
atau pihak lain. Selain itu, pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai
masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga masalah
emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah
dari segi undang-undang, agama, dan negara.

Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan


institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh,
keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini
disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah
lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka
mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang
pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. Disebabkan
masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja
yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan
sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-
anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa, janganlah terus
menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan
panduan untuk meneruskan hidup.

Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yang
berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu
dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan
dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan
diri dalam kegiatan ini. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Peribahasa ini
bertepatan sekali dengan situasi ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil
daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan
persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung
kes-kes seperti daripada berlaku.

Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besar
kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnya
kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang
pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi negara
sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala sosial ini. Tambahan lagi,
perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk menampung bayi yang diletakkan di
rumah kebajikan masyarakat. Hal ini kerana, bayi yang dijumpai biasanya
ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat sebagai penempatan sementara. Pada
masa yang sama, ibu bapa bayi tersebut dicari dan sekiranya tidak menjumpai,
rumah kebajikan masyarakat pastinya menjadi penempatan kekal mereka. Perkara
seperti ini pastinya membebankan pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan dari
segi kewangan.