Anda di halaman 1dari 4

Ansur maju 1 Larian menuju ke papan lonjak:

o Dilakukan secara berpasangan. 


o A mula berlari dari tempat permulaan menuju ke papan lonjak
manakala B berdiri berhampiran papan lonjak sambil memerhatikan kaki
lonjak A menapak di papan lonjak.
o Sekiranya A menapak lebih atau kurang pada papan lonjakan,
ubahsuai jarak ukuran di tempat permulaan.
o Jika kaki lonjakan menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan
tempat permulaan ke belakang satu atau dua langkah.
o Jika menapak sebelum papan lonjak, anjakkan tempat
permulaan satu atau dua langkah ke hadapan.
o Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.
o Kawal kelajuan semasa berlari. Larian yang baik ialah lari pecut.
o Menggunakan jarak langkah yang konsisten dalam setiap larian.

Ansur Maju Lonjakan


Ansur maju 1:

o Lonjak dari papan lonjakan.


o Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.
o Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.
o Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan
mendarat dengan tumit
Ansur maju 2:
o Melonjak dari hujung bangku.
o Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.
o Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi
yang termampu.
o Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan.
o Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:
o Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali
o Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari
papan lonjakan.
o Lari sejauh lima hingga enam langkah.
o Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat

3. Ansur Maju Layangan dan Mendarat


Ansur maju 1:
o Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.
o Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari
papan lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan
tumit.
Ansur maju 2:
o Mencecah bola dengan hujung tangan.
o Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di
kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai.
o Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan.
o Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.
o Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:
o Mencecah bola dengan dahi.
o Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di
kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh disentuh.
o Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.
o Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta
tangan ke atas.
o Cuba sentuh bola dengan dahi.
o Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan
kepala ke atas.
o Mendarat dengan tumit dahulu.
o Hulurkan tangan ke hadapan dan gerakkan badan ke hadapan.
Presentation1(lompat jauh) www.scribd.com/doc/24460790/Presentation1-
lompat-jauh - Cached - Similar

Anda mungkin juga menyukai