Anda di halaman 1dari 4

Penyakit kencing tikus

Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis (juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil,
demam canicola, demam ladang tebu, demam 7-hari [1]:290) merupakan penyakit berjangkit
zoonosis yang berpunca daripada spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusia
dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia. Penyakit ini
pertama kali digambarkan oleh Adolf Weil pada tahun 1886 apabila dia melaporkan "penyakit
jangkitan akut dengan bengkak spleen (“splenomegaly”), penyakit kuning dan nephritis".
Leptospira pertama kali dilihat pada 1907 dari hirisan buah pinggang bedah siasat.[2] Pada 1908,
Inada dan Ito pertama kali mengenal pasti ia sebagai organisma penyebab [3] dan pada 1916
menyedari kehadirannya pada tikus.[4]Sungguhpun diakui sebagai antara zoonosis paling biasa di
dunia, leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan
biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan
menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir. Di luar kawasan tropika, kes
leptospirosis berlaku mengikut musim dan kebanyakannya berlaku sekitar bulan Ogos–
September/Februari–March.

PUNCA

Leptospirosis disebabkan oleh bakteria spirochaete yang dikenali sebagai Leptospira yang
sekurang-kurangnya terdapat dalam 5 serovar kepentingan di Amerika Syarikat dan Kanada
menyebabkan penyakit pada anjing (Icterohaemorrhagiae, Canicola, Pomona, Grippotyphosa,
dan Bratislava)[5]. Terdapat jangkitan jenis lain (yang jarang). Secara genetik organisma
leptospira berlainan boleh dikenal pasti secara serologi dan sebaliknya. Dengan itu,
pertelingkahan wujud berkenaan asas mengenal pasti jenis. Sistem serologi tradisi kelihatannya
lebih berguna dari segi diagnostik dan epidemiologi pada masa ini (yang mungkin berubah
dengan pembangunan lanjut dan perkembangan teknologi seperti PCR - polymerase chain
reaction).

Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih
lembab. Sungguhpun tikus, dan mondok merupakan hos utama, sejumlah besar mamalia lain
termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut
tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos kedua. Anjing mungkin
menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang
dijangkit. Terdapat laporan "anjing rumah" dijangkiti leptospirosis kelihatannya kerana menjilat
kencing tikus yang dijangkiti yang memasuki rumah. Jenis habitat yang berkemungkinan
membawa bacteria berjangkit adalah tebing sungai berlumpur, terusan, longkang, dan kawasan
peliharaan ternakan berlumpur di mana terdapat laluan biasa bagi samaada mamalia liar atau
ladang. Terdapat kaitan langsung antara jumlah air hujan dan kejadian leptospirosis,
menjadikannya bermusim di kawasan serdahana dan sepanjang tahun di kawasan bercuaca
tropika.Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan dijangkiti.[6] Pekerja rumah
penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.Manusia boleh
dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan
yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau
melalui sentuhan luka pada kulit. Penyakit ini tidak diketahui berjangkit dari manusia ke manusia
dan kes penyebaran bacteria pada mereka yang sedang sembuh amat jarang bagi manusia.
Leptospirosis biasa berlaku dikalangan peminat sukan air di kawasan tertentu kerana lama
berendam diketahui menggalakkan kemasukan bakteria. Peluncur dan pengayuh air berbuih
(“whitewater”) [7] adalah berisiko tinggi di kawasan yang diketahui mempunyai bacteria, dan
boleh dijangkit dengan menelan air tercemar Leptospirosis, menyimbah air tercemar
Leptospirosis pada mata atau hidung, atau atau luka terdedah kepada air yang dijangkiti.[8]
Pekerjaan berisiko termasuk veterinarian, pekerja penyembelihan, petani, pekerja kumbahan, dan
mereka yang bekerja di rumah tinggal, pendayung juga kadang-kala diketahui turut dijangkiti
penyakit tersebut.[5]
Simptom
Jangkitan Leptospiral pada manusia menyebabkan sejumlah symptom, dan sesetengah mereka
yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang symptom sama sekali. Leptospirosis
merupakan penyakit dwifasa (“biphasic”) yang bermula dengan simptom seperti selsema
(demam, sejuk, myalgia, sakit kepala yang kuat). Fasa pertama sembuh, dan pesakit tanpa
symptom (“asymptomatic”) sehingga fasa kedua bermula. Ini berciri meningitis, kerosakan hati
(menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Jangkitan ini sering kali salah
diagnosis kerana symptom yang meluas. Ini mendorong kepada jumlah kes berdaftar yang jauh
lebih rendah berbanding yang sebenarnya berlaku. Simptom leptospirosis termasuk demam
tinggi, askit kepala yang teruk, sejuk, sakik otot, dan muntah-muntah, dan mungkin termasuk
demam kuning, mata merah, sakit perut, cirit-birit, dan keradangan. Simptom bagi manusia hadir
selepas 4–14 hari tempoh pengeraman.

Tempoh pengeraman (tempoh pendedahan kepada symptom pertama bagi haiwan antara 2
hingga 20 hari. Bagi anjing kerosakan hati dan buah pinggang merupakan paling biasa oleh
leptospirosis. Vaskulitis boleh berlaku, menyebabkan lebam/edema dan berkemungkinan
pembekuan dalam salur darah tersebar (disseminated intravascular coagulation -DIC).
Myocarditis, pericarditis, meningitis, dan uveitis juga turutan yang mungkin.[5] Leptospirosis
perlu disyaki dan dimasukkan sebagai sebahagian diagnosis pembezaan sekiranaya mata putih
bagi anjing kelihatan jaundice (walaupun sedikit kekuningan). Ketiadaan jaundice tidak
menyingkirkan kemungkinan leptospirosis sepenuhnya, dan kehadirannya mungkin
menunjukkan hepatitis atau pathologi hati lain dan bukannya leptospirosis. Muntah-muntah,
demam, hilang selera makan, kurang kencing, kencing gelap atau perang luar biasa, dan lesu juga
merupakan tanda-tanda penyakit.

Komplikasi
Komplikasi termasuk meningitis, kelesuan melampau, kehilangan pendengaran, masaalah
pernafasan, azotemia, dan masaalah buah pinggan (“renal interstitial tubular necrosis”, yang
menyebabkan kegagalan buah pinggang dan sering kali kegagalan hati (bentuk penyakit ini yang
teruk dikenali sebagai Penyakit Weil, sunggupun ia turut dikenali sebagai Sindrom Weil).[9]
Masaalah kardiovaskular juga mungkin.
Diagnosis

Pengunaan teknik pewarna perak pada tisu buah pinggang, membongkar kehadiran bacteria
Leptospira.

Apabila dijangkiti mikrorganism boleh dijumpai dalam darah pada 7 hingga 10 hari permulaan
(memulakan tindak balas serologi yang boleh dikenalpasti) dan kemudiannya berpindak ke buah
pinggang. Selepas 7 hingga 10 hari mikrorganism boleh dijumpai dalam kencing segar. Selepas
itu, usaha diagnostik awal termasuk menguji contoh serum atau darah dengan panel jenis
berlainan. Ia juga mungkin bagi menternak mikroorganism dari darah, serum, kencing segar dan
biopsy buah pinggang segar. Ujian fungsi buah pinggang (Nitrogen Urea Darah dan creatinine)
termasuk juga bagi fungsi hati dijalankan. Yang terkemudian mendedahkan peningkatan
serdahana transaminases. Peningkatan sebentar aras aspartate aminotransferase (AST), alanine
aminotransferase (ALT), dan gamma-glutamyltransferase (GGT) adalah agak serdahana. Aras ini
mungkin normal , malah bagi kanak-kanak dengan jaundise.

Diagnosis perubatan bagi leptospirosis disahkan dengan ujian seperti Enzyme-Linked


Immunosorbent Assay (ELISA) dan PCR. Ujian serologi, MAT (microscopic agglutination test),
dianggap piwaian Emas bagi mendiagnosis leptospirosis. Oleh kerana satu panel besar leptospira
berbeza perlu di sub-ternak dengan kerap, satu proses yang memakan masa dan mahal, ia jarang
digunakan, terutama di negara membangun. Daftar diagnosis pembezaan bagi leptospirosis
adalah amat besar disebabkan simptom yang pelbagai. Bagi bentuk demam serdahana hingga
amat teruk, daftar iermasuk demam denggi dan demam hemorrhagik yang lain, hepatitis dari
pelbagai etiologi, virus meningitis, demam malaria dan demam kepialu. Bentuk ringan boleh
dibezakan dari influenza dan bentuk lain penyakit oleh virus. Ujian khusus perlu bagi diagnosis
tepat bagi leptospirosis. Di bawah keadaan capaian terhad (contoh., negara membangun) kepada
cara diagnostik khusus, perhatian perlu diberikan kepada anamnesis pesakit. Faktor seperti
kawasan kediaman, hubungan dengan air bertakung tercemar (mandian, berenang, bekerja di
ladang banjir, dll.) dan/atau sejarah perubatan tikus yang menyokong hipotesis leptospirosis dan
bertindak sebagai petunjuk bagi ujian khusus (sekiranya ada).

Leptospira boleh diternak menggunakan perantaraan Ellinghausen-McCullough-Johnson-Harris,


yang dieram pada 28 hingga 30 °C.[10] Masa purata bagi positif adalah tiga minggu dengan
maksima tiga bulan. Ini menjadikan teknik kultur tidak berguna bagi tujuan diagnostik, tetaapi
biasa digunakan dalam penyelidikan.
Pencegahan
Doxycycline boleh digunakan bagi menghalang jangkitan bagi pengembara ke kawasan berisiko
tinggi.[11]

Rawatan
Rawatan Leptospirosis merupakan proses agak rumit terdiri daripada dua komponen utama:
memendam agen penyebab dan melawan kemungkinan komplikasi. Dadah Aetiotropik adalah
antibiotik, seperti cefotaxime, doxycycline, penicilin, ampicillin, dan amoxicillin (doxycycline
juga boleh digunakan sebagai prophylaxis). Tidak terdapat vaksin manusia; vaksin haiwan hanya
terdapat bagi beberapa jenis strain, dan hanya berkesan bagi beberapa bulan. Dos ubat-ubatan
bagi manusia adalah seperti berikut: doxycycline 100 mg oral setiap 12 jam selama 1 minggu
atau penicilin 1–1.5 MU setiap 4 jam selama 1 minggu. Doxycycline 200–250 mg sekali
seminggu diberi sebagai prophylaxis. Bagi anjing, penicilin paling biasa digunakan bagi merawat
fasa leptospiremik (jangkitan pada darah), dan doxycycline digunakan bagi menyingkir keadaan
pembawa asymptomatik.

Langkah rawatan sokongan (terutama bagi kes teruk) termasuk detoxification dan normalisasi
keseimbangan hidro-elektrolytik. Larutan glukose dan garam mungkin diberikan; dialysis
digunakan bagi kes teruk. Peningkatan serum potassium adalah biasa dan jika kadar potassium
menjadi terlalu tinggi langkah khas perlu diambil. Aras serum phosphorus juga mungkin turut
meningkat sama kepada aras yang tidak dapat diterima akibat kegagalan buah pinggang.
Rawatan bagi hiperphosphatemia terdiri daripada merawat penyakit punca, dialysis sekiranya
diperlukan, atau menelan kalcium karbonate, hanya selepas memeriksa kadar serum kalsium
(kedua aras adalah berkait). Dos pemberian Corticosteroid dikurangkan secara beransur
(contohnya., prednisolone bermula dari 30–60 mg) semasa 7–10 hari dicadangkan oleh
sesetengah pakar dalam kes dimana kesan pendarahan haemorrhagik teruk. Penjagaan organ
khusus dan rawatan adalah penting bagi kes buah pinggang, hati, atau pembabitan jantung.

Anda mungkin juga menyukai