Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan perkara di atas serta surat tuan/puan adalah dirujuk.
2. Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak dapat menjalani latihan industri di firma tuan/puan
pada 27hb Julai 2009 hingga 25hb Disember 2009, seperti mana surat jawapan penerimaan penempatan
dari pihak tuan/puan. Berikut adalah maklumat diri saya untuk rujukan pihak tuan/puan :
3. Untuk pengetahuan tuan/puan, permohonan penarikan diri ini adalah kerana saya telah pun
menerima tawaran menjalani latihan industri di syarikat lain yang mendahului surat jawapan penerimaan
penempatan oleh pihak tuan/puan.
4. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar pihak tuan/puan dapat memahami dan
menerima permohonan penarikan diri saya dari menjalani latihan industri di firma tuan/puan.
5. Saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai tawaran
penerimaan dari pihak tuan/puan. Segala kerjasama yang tuan/puan berikan, saya dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.
Sekian,
Yang Benar,
............................................
(MOHD FAUZEE B. MASRUL)