Anda di halaman 1dari 1

Yang Berbahagia ,

Ustaz Mushrahidin bin Musa,


Sk Asam Jawa,
09100 Baling, Kedah Darulaman. 27 Oktober 2010

Tuan,

JEMPUTAN CERAMAH AGAMA SEMPENA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH

Sukacita dimaklumkan merujuk perkara seperti di atas .

2. Jawatankuasa Unit Beruniform sekolah ini telah bersetuju dan berbesar hati menjemput tuan
ke majlis ini bagi menyampaikan Ceramah Keagamaan kepada peserta unit beruniform sekolah ini.
Maklumat ceramah seperti berikut :

Tarikh : 28 Oktober 2010


Hari : Khamis
Masa : 9.00 malam.
Tempat : Kantin sekolah.
Jumlah Peserta : 100 orang murid.

3. Sehubungan itu, adalah diharapkan agar tuan dapat meluangkan masa untuk hadir ke majlis
ini bagi menjayakan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah ini.

4. Dengan kerjasama pihak tuan ,pihak sekolah ini mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT KERANA ALLAH”

Saya yang menjalankan tugas,

Anda mungkin juga menyukai