Anda di halaman 1dari 27

AKTIVITI PELAJAR CEMERLANG

← MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN DIRI.


← MEMBANTU IBU DAN AYAH MEBUAT KERJA-KERJA RINGAN DI RUMAH.
← PENGURUSAN AKADEMIK: ULANGKAJI, MEMBUAT KERJA RUMAH, BERBICANG
DENGAN KUMPULAN BELAJAR DAN SEBAGAINYA.
← PENGURUSAN IBADAH DAN AMALAN BERAGAMA.
← RIADAH ATAU REKREASI : JOGGING, BERKELAH, BERKHEMAH, BERSUKAN, DAN
SEBAGAINYA.
← MEMBACA SURAT KHABAR, MAJALAH, NOVEL, BUKU CERITA DAN SEBAGAINYA.
← PENGURUSAN HOBI : REKA CIPTA DAN SEBAGAINYA.
← BERSOSIAL : LAWAT NENEK, KELUAR BERSAMA RAKAN, KELUARGA DAN
SEBAGAINYA.
← REHAT YANG SECUKUPNYA.]

Ciri Pelajar yang Cemerlang

 Pendidikan menengah bertujuan untuk mempertingkatkan pembangunan murid-murid dengan


membantu mereka memperolehi ilmu, wawasan dan kemahiran, menyemai nilai Falsafah Pendidikan
Negara dan menekankan pendidikan seumur hidup.

Bahasa pengantar pendidikan menengah ialah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diajarkan sebagai
bahasa kedua. Walau bagaimanapun, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Pribumi yang lain juga
diajarkan sebagai mata pelajaran tambahan. Di bawah Akta Pendidikan 1996, bahasa asing seperti Bahasa
Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Perancis dan Bahasa Jerman diperkenalkan di sekolah menengah.

Peringkat Menengah Rendah (Dari Tingkatan I ke Tingkatan III)

Peringkat ini merangkumi masa tiga tahun (Tingkatan I ke Tingkatan III). Murid-murid dari sekolah
kebangsaan memasuki Tingkatan I, manakala murid-murid dari jenis kebangsaan Sekolah Cina dan Tamil
kelas peralihan (Remove Class) selama setahun sebelum memasuki Tingkatan I. Kelas peralihan adalah
untuk murid-murid memperolehi kecekapan di dalam Bahasa Malaysia yang menjadi bahasa penghantar
di sekolah menengah.

Selaras dengan kepentingan sains dan teknologi dalam pembangunan negara murid-murid diberi
pendedahan awal mengenai pendidikan vokasional melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
Komponen utama yang terkandung dalam mata pelajaran ini ialah Kemahiran Manipulatif, Perdagangan
dan Keusahawanan serta Pendidikan Kekeluargaan.

Setelah tamat tiga tahun, murid-murid dikehendaki menduduki peperiksaan am iaitu Penilaian Menengah
Rendah (PMR). Peperiksaan ini merupakan gabungan antara pemusatan dan penilaian oleh sekolah
berkenaan. Penilaian yang dibuat oleh sekolah mestilah mengikuti garis panduan yang ditentukan oleh
Lembaga Peperiksaan sesuai dengan polisi pendidikan menengah selama lima tahun untuk semua, PMR
bukan dianggap sebagai peperiksaan penggal, tetapi lebih kepada penilaian diagnostik. Dengan itu, jangka
masa pendidikan untuk semua telah dipanjangkan dari sembilan ke sebelas tahun.

Peringkat Tinggi Menengah (Tingkatan IV ke Tingkatan V)

Pendidikan pada peringkat tinggi menengah merangkumi dua tahun. Melalui rancangan pendidikan
umum pada peringkat ini murid-murid memulakan pengkhususan di dalam bidang sastera, sains,
teknikal, vokasional atau keagamaan. Sekolah tertentu telah dibina khusus bagi setiap bidang yang
berkenaan. Sekolah-sekolah tersebut adalah seperti sekolah akademik, sekolah teknikal, sekolah
vokasional dan sekolah agama.

--------------------------------------------------------------

Ciri-ciri pelajar tersebut antara lain adalah seperti berikut:

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa,
negara, keluarga dan masyarakat.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan,
peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan
oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang
sebenarnya).

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan,
alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam
waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang
yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar
untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas
sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah
mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan
penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu
berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan
kita ilmu.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani
yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara
memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran
tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan
dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan
memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam
tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan
agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan
untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan
Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya,
untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan
peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal
dalam peperiksaan yang sebenar.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru
atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual
ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab
soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan
guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah
Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik.
Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam
pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan
menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu
penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran
luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan
membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara
yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam
tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika
pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga
keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang
kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh
menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin
kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang
sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam
peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh
pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan.
Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi
peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh
agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama
penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan,
berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya.
Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

ke atas

CIRI-CIRI PELAJAR YANG GAGAL

1. Mempunyai sifat "malas" yang menjadi musuh utama kejayaan. 

2. Tidak bermotivasi.

3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.

4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.

5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.

6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.

7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.

8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.

9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.

10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.

11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.

12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.

13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.

14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar,
terlibat dengan kegiatan tidak bermoral 

15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.

16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh
berdikari.

18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.

19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.

20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan
ilmu.

21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar
seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau
komik kegemaran mereka.

22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.

23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.

24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.

25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu
menyalahkan diri sendiri.

26. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.

ke atas

10 TEKNIK MENAMBAH DAYA INGATAN

  

1. Pemecahan Kepada Kumpulan (Chunking)

- Beberapa butir maklumat yang tidak berkaitan dikumpul menjadi satu kumpulan mengikut
keseragaman tertentu

- Purata chunk yang mampu diterima mental ialah 7 dan paling banyak, 9

- Ia memerlukan irama tertentu supaya lebih diingati disamping mengurangkan kebosanan

2. Gabungan Huruf Pertama

- Setiap huruf awal digabungkan menjadi satu perkataan yang bermakna

- Gabungan huruf ini juga mempunyai susunan tertentu yang ada fungsinya

3. Daya Imaginasi
- Bahan lisan boleh digantikan kepada bahan lukisan dengan pembentukan w atak-watak dibayangkan
dalam fikiran. Ianya diberi gambaran supaya lebih jelas.

- "Visual is more powerful than verbal" Daya ingatan dapat dipertingkatkan sekiranya sesuatu maklumat
itu diberi ga mbaran melalui daya imaginasi kerana ia lebih jelas serta kekal kalau diban dingkan dengan
maklumat dalam bentuk lisan.

4. Mempunyai Makna 

- Beberapa maklumat itu boleh dibuat pembahagian mengikut kumpulan tertentu berdasarkan fungsi
yang sama

- Maklumat yang ingin dingati boleh dihubungkaitkan supaya dibentuk dalam satu ayat

- Sekiranya maklumat yang ingin diingati adalah terlalu panjang, hubungkait boleh dilaksanakan dengan
membentuk satu cerita.

5. Membuat Peta Minda

- Penggunaan satu imej sahaja sudah dapat menjelaskan beribu-ribu perkataan serta menambahkan daya
ingatan seseorang.

- Kata kunci berada hampir di bahagian tengah dan idea yang kurang penting berada di bahagian
penghujungnya.

- Setiap perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar.

- Setiap perkataan ditulis atas setiap garisan dan setiap garisan hendaklah bersambung dengan beberapa
garisan berkaitan.

- Perkataan-perkataan disusun mengikut ruang yang berkaitan.

- Gunakan warna yang terang.

- Peta minda dihasilkan secara bersahaja.

6. Cara Lokasi

- Mestilah berdekatan dengan beberapa ciri-ciri kesinambungan semulajadi.

- Lokasi yang mudah digambarkan.

- Tempat itu boleh berupa tempat yang benar-benar wujud atau rekaan se mata-mata.

7. Penggunaan Kata Kunci


- Perkataan yang hendak diingati digantikan dengan perkataan yang lain tetapi mempunyai persamaan
makna.

- Beri gambaran mental pada kata kunci supaya dapat dibayangkan di dalam minda dan cuba
terjemahkan.

8. Penggunaan Gambarajah

- Carta pai dan graf bar boleh membantu mengingati maklumat yang ada kaitannya dengan kuantiti.

- Garisan masa, carta aliran, piramid dan susunan tangga lebih sesuai d igunakan untuk mengingati
maklumat dalam bentuk peraturan, cara dan langkah -langkah tertentu yang mempunyai susunan tetap.

- Cara ini boleh membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dalam menghadapi peperiksaan. Ia juga
meringkaskan nota panjang menjadi pendek, jelas serta menarik.

9. Penggunaan Penanda Wacana

- Teknik ini menghubungkan beberapa fakta daripada satu idea kepada satu idea yang mempunyai
kesinambungannya.

- Penanda wacana lebih berkesan sekiranya seringkali digunakan.

10. Penggunaan Soalan

- Dapat membantu menjurustumpukan maklumat umum kepada maklumat penting yang perlu diingati.

- Cara ini juga memudahkan proses penyelidikan, pembacaan, pengulangkajian dan pembelajaran
dilaksanakan.

ke atas

5 CARA UNTUK LULUS PEPERIKSAAN 

Pertama:

MATLAMAT PERLU JELAS

Pelajar perlu menetapkan matlamat dengan jelas. Setiap pelajar perlu sedar bahawa peperiksaan sama
ada PMR, SPM atau STPM adalah penentu kepada hala tuju masa depan. Peperiksaan ini bakal
menentukan sama ada pelajar akan hanya menjadi seorang buruh kasar, pegawai atau seorang
profesyional. Oleh itu matlamat asas yang perlu ada adalah untuk berjaya dalam peperiksaan dengan
cemerlang. Tanpa matlamat, pelajar akan berasa malas untuk berusaha dengan gigih untuk meraih
keputusan peperiksaan yang cemerlang. Tanpa matlamat, pelajar tidak akan berasa bahawa peperiksaan
itu penting.
 

Kedua:

PERENCANAAN YANG BIJAK 

Pelajar perlu merancang atau merencanakan bahawa peperiksaan yang bakal dihadapi itu adalah
sebahagian daripada hidup. Hidup pula adalah laksana jambatan ke akhirat. Oleh itu peperiksaan tersebut
dianggap sebagai sebahagian daripada perancangan kita untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Oleh itu kejayaan dalam peperiksaan adalah juga sebahagian daripada kejayaan hidup kita.

Ketiga:

CIPTA SEJARAH

Pelajar perlu mencipta sejarah. Pelajar perlu melakukan sesuatu kejayaan yang akan dikenang oleh
anggota keuarga atau saudara mara hingga ke akhir cucu. Jangan biarkan pelajar dikenang oleh seluruh
suku-sakat pelajar sebagai seorang yang gagal dalam hidup kerana gagal dalam peperiksaan. Kalau boleh,
jadilah anggota keluarga yang paling berjaya dan yang terbaik dari kalangan semua.

Begitu juga di sekolah, pelajar boleh mencipta sejarah sebagai pelajar terbaik yang pernah dilahirkan oleh
sekolah pelajar. Pelajar akan dikenang dan dijadikan contoh teladan oleh guru-guru sampai bila-bila.

Keempat:

FIKIRKAN YANG INDAH 

Bayangkan keseronokan yang bakal pelajar kecapi jika berjaya kelak. Jika pelajar berjaya dalam
peperiksaan dengan cemerlang, pelajar akan diberikan biasiswa atau ditawarkan melanjutkan pelajaran
ke luar negara. Pelajar juga kemudiannya akan menerima segulung ijazah dan dihormati oleh semua.
Seterusnya pelajar akan berkhidmat kepada negara dan menjadi orang yang berjaya.

Kelima:

KEUNTUNGAN YANG TERDEKAT 

Ke mana pelajar selepas peperiksaan nanti. Adakah ke luar negara, ke universiti tempatan, ke pusat-pusat
matrikulasi, ke institusi pengajian tinggi swasta, ke kolej-kolej, atau kembali mengambil peperiksaan
semula. Ini adalah antara keuntungan (atau kerugian) yang paling cepat akan pelajar perolehi, iaitu
sejurus selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

 
Oleh itu, jadikanlah keuntungan terdekat itu sebagai antara matlamat pelajar. Ini akan dapat menaikkan
lagi semangat dan menambah azam pelajar untuk berusaha gigih bagi mencapai kejayaan dalam
peperiksaan yang bakal dihadapi.

Selamat Menghadapi Peperiksaan

ke atas

BAGAIMANA MAKLUMAT DIPROSES?

Penerimaan

- Maklumat diterjemah dari satu bentuk ke bentuk yang lain

- Maklumat ini tidak kekal dan boleh hilang dengan cepat

Penyimpanan

- Ingatan jangka pendek - maklumat yang disimpan untuk masa yang singkat

- Ingatan jangka panjang - maklumat yang disimpan untuk masa yang lama dan sering diguna berulang
kali

Penggunaan

- Langkah terakhir dalam memproses maklumat

- Setelah diproses, maklumat ini boleh diguna pada bila-bila masa

ke atas

FIKIRKAN BOLEH

(Kau adalah apa yang kau fikirkan)

Jika Kau Fikirkan Kau Boleh

Kau Hampir Boleh Melakukan

Jika Kau Fikirkan Ragu-Ragu

Usahamu Tidak Menentu

Jika Kau Fikirkan Kekalahan


Kau Hampiri Kegagalan

Jika Kau Fikirkan Kemenangan

Kau Hampiri Kejayaan

Engkaulah Apa Kau Fikirkan

Terkandung Dalam Pemikiran

Berfikir Boleh Melakukan

Fikirkan Boleh

Percaya Apa Kau Lakukan

Tabah Apa Kau Usahakan

Bertindak Atas Kemampuan

Engkau Boleh

ke atas

KAEDAH BELAJAR CEMERLANG 

1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.

2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.

3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.

4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-
buku latihan.

5. Memahami apa yang dibaca.

6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.

7. Menggunakan kaedah, simbol, dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.

8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.


9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.

10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku, majalah, akhbar dan
internet.

11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.

12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.

13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.

14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran

ke atas
38 kesilapan calon semasa menjawab soalan peperiksaan

 Hindari kesilapan-kesilapan berikut:

 1. Tidak benar-benar memahami kehendak sebenar soalan.

2. Kurang teliti membaca dan memahami arahan, kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan.

3. Gagal menguasai aspek-aspek penilaian dan penafsiran soalan.

4. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas.

5. Jawapan yang diberikan bersifat umum dan tidak relevan dengan kehendak soalan.

6. Tidak menghayati jawapan yang ditulis dan mengabaikan kronologi.

7. Tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk format yang teratur dan betul.

8. Tidak menulis jawapan dengan terang dan kemas.


 

9. Idea yang dikemukakan tidak bernas atau tidak matang.

10. Idea atau hujahan berada pada tahap yang mendatar, cetek dan kurang kritikal.

11. Gagal menyesuaikan pengetahuan am yang ada dengan kehendak soalan dan terlalu terikat dengan
nota yang diberikan oleh guru.

12. Tidak menyatakan huraian dan penjelasan terperinci bagi fakta yang dikemukakan.

13. Gagal menyertakan contoh-contoh yang sesuai.

14. Kurang memberikan contoh, ilustrasi dan gambaran bagi menjelaskan atau mengukuhkan hujah
jawapan.

15. Rajah-rajah yang dilakarkan tidak mempunyai label yang mencukupi atau mempunyai label yang
salah.

16. Penguasaan dan penggunaan bahasa yang lemah. Mesej sebenar calon tidak kesampaian.

17. Penggunaan bahasa dan istilah yang salah atau tidak tepat.

18. Penggunaan istilah-istilah lama atau istilah Inggeris.

19. Kesalahan menyatakan konsep atau menyatakan konsep yang salah.

20. Huraian yang diberikan tidak spesifik tetapi terlalu umum.

21. Jawapan tidak mempunyai struktur seperti pengenalan, isi dan rumusan.
 

22. Huraian yang berlebih-lebihan pada isi tertentu sehingga jawapan menjadi terlalu hambar.

23. Tiada fokus dalam jawapan tetapi menghuraikan sesuatu tanpa arah.

24. Ayat yang digunakan panjang-panjang dan berbelit-belit.

25. Susunan ayat janggal dan tidak lancar.

26. Mengulangi fakta-fakta yang sama (dengan harapan untuk mendapat markah kali kedua).

27. Gagal mengaitkan hubungan antara fakta-fakta yang dikemukakan.

28. Menggunakan bahasa daerah.

29. Kelemahan penggunaan tanda baca.

30. Kurang mahir dalam pemerengganan. Semua isi dimuatkan dalam satu perenggan.

31. Kesilapan ejaan sehingga bunyi berbeza dan nama berubah.

32. Penggunaan ejaan lama dan salah.

33. Penggunaan formula tanpa dijelaskan simbol-simbol, penggunaan formula yang salah (atau kurang
sesuai) dan pengiraan formula yang salah.

34. Kurang dalil atau pengukuh hujah (seperti kata-kata tokoh sejarah) atau memberikan dalil yang salah.

 
35. Kurang mahir memilih soalan yang mudah, payah atau soalan bersifat 'perangkap'.

36. Membuat rayuan-rayuan belas kasihan kepada Pemeriksa. Ini sebenarnya akan hanya membuka
pekung di dada dan menunjukkan bahawa calon memang tidak bersedia.

37. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal menjawab cukup soalan.

38. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang soalan minta.

ke atas

Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

1. Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.

2. Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.

3. Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari
peperiksaan.

4. Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang
tidak sihat akan menyebabkan otak kurang cekap.

5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang
boleh melemahkan tenaga dan melembabkan minda.

6. Bangun tidur awal pada setiap pagi.

7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat.

8. Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.


 

9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas
akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.

11. Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru.
Jangan bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu
bapa dan jangan kurang ajar dengan guru.

12. Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.

13. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

14. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

15. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

16. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-
pelajar sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.

17. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.

18. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal
dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

19. Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat.
Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.

20. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan
selepas peperiksaan.
 

21. Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan.
Sokongan moral sebegini amatlah penting.

22. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

23. Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

24. Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

25. Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.

26. Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga
pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan
dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!

27. Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.

28. Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa
yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.

29. Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

30. Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.

ke atas

Mengapa Lupa?

1. Tidak menumpu perhatian


 

2. Anda tidak menumpukan perhatian kepada maklumat yang hendak diingati. Pada waktu yang sama
anda mengingati perkara-perkara lain.

3. Tidak teliti

4. Menerima maklumat secara sambil lewa

- Menghafal maklumat yang dianggap penting sahaja tanpa memberi perhatian kepada maklumat yang
difikirkan kurang penting

5. Tidak berminat

6. Menghafal maklumat kerana "terpaksa"

Menumpukan perhatian pada maklumat yang anda minat sahaja dan tidak pada maklumat yang anda
kurang minat.

7. Sengaja mahu melupakan

8. Menganggap maklumat itu membosankan

9. Merasakan maklumat itu tidak penting

ke atas

Rahsia Membaca dengan Berkesan

Peperiksaan mengehendaki anda membaca banyak buku. Semua ini memakan masa. Oleh itu, anda perlu
memiliki kemahiran membaca buku itu dengan cepat serta dapat mengingati isi-isi yang penting.

Kaedah Membaca Buku Dengan Pantas.

 
Langkah 1:

- Baca pengenalan dan kesimpulan buku itu.

- Ini akan memberikan anda kata kunci atau isi penting dalam keseluruhan bab tersebut.

Langkah 2:

- Gunakan jari telunjuk, pen atau pensil untuk membimbing mata anda kepada ayat-ayat yang dibaca itu.

- Arahkannya ke bawah.

- Gunakan pen atau pensil untuk membimbing mata anda di sepanjang ayat-ayat itu.

Rahsia Membaca Buku Secara Berkesan.

1. Baca bahagian kandungan buku terlebih dahulu.

2. Selidiki bab-bab yang penting bagi soalan-soalan esei dan objektif.

3. Sambil membaca, bulatkan/gariskan isi-isi yang penting. Gunakan dakwat merah atau pen berwarna.

4. Salin isi-isi yang digariskan itu dalam buku nota peribadi anda.

5. Soal diri sendiri semasa membaca.

Contoh soalan:

- Adakah tajuk ini penting untuk soalan esei/objektif?

- Apakah hubungkait topik-topik ini?

- Bayangkan diri anda seorang pemeriksa. Apakah soalan yang akan anda soal?

- Kaji soalan-soalan tahun-tahun lepas tentang topik yang berkenaan.

- Baca secara perlahan dalam hati.

- Baca secara lisan.

- Renungkan apa yang anda telah baca tadi tanpa melihat buku itu.

 
Langkah-langkah di atas akan membantu anda untuk membaca banyak buku dengan cepat dan anda
boleh mengingati apa yang telah anda baca tadi.

ke atas

Rahsia Duduk semasa Membaca

Ada orang belajar sambil berdiri. Namun posisi badan yang terbaik untuk mentelaah pelajaran adalah
duduk. Walau bagaimanapun kaedah duduk itu sendiri adalah berbagai. Malah setiap cara duduk akan
membawa kesan yang berbeza terhadap pelajaran.

Cara duduk yang bagaimanakah yang dianggap betul dan boleh mempengaruhi kelancaran minda anda?.

Posisi duduk yang tidak betul akan mengurangkan keberkesanan pelajaran yang dipelajari. Pelajar akan
menjadi malas atau letih. Posisi yang tidak betul juga boleh menegangkan otot-otot sehingga pelajar
berasa letih belajar walaupun pelajar sebenarnya sedang duduk dan bukan berlari.

Posisi duduk yang baik akan menjadikan minda anda akan cergas. Badan dan mata anda tidak akan letih.
Mata tidak akan merosakkan mata anda.

Cara duduk yang sesuai?

- tegakkan badan

- jangan membaca dalam keadaan badan yang senget atau hampir jatuh ke lantai dari bangku

- buku diletakkan di hadapan anda

- pastikan terdapat cahaya yang terang dari bahagian atas atau belakang anda

- jangan baca dalam keadaan cahaya gelap atau samar-samar.

ke atas

Rahsia Merehatkan Mata

 
Membaca dan mengulangkaji buku dan nota-nota untuk peperiksaan amat meletihkan badan anda. Oleh
itu amatlah penting bagi anda untuk mengetahui cara-cara melegakan otak anda selepas selesai
membaca.

Bacalah untuk tempoh yang tidak terlalu lama dan diselangi dengan sedikit masa rehat. Misalnya, baca
untuk selama 45 minit atau 1 jam dan selepas itu berehat selama 10 minit. Hindari amalan membaca
terus-terusan untuk suatu jangkamasa yang melebihi 1 jam. Ini kerana, otak anda yang letih sukar untuk
menerima ilmu yang anda paksakan kepadanya.

Merehatkan Mata

Membaca boleh meletihkan mata. Ini akan mengganggu pembacaan yang seterusnya. Keadaan mata yang
'letih' wajar dielakkan kerana mata adalah 'saluran' pertama yang memasukkan semua ilmu ke dalam
otak anda. Oleh itu amat perlu untuk 'merehatkan' mata anda pada setiap 1 jam.

Selepas mentelaah pelajaran selama 1 jam, bagaimanakah cara anda merehatkan diri anda? Adakah anda
melompat terus ke atas katil? Awas! Teknik yang salah untuk merehatkan badan anda mungkin boleh
'merehatkan terus' otak anda daripada berfikir. Anda perlukan teknik yang sesuai untuk merehatkan
mata dan melegakan otak anda.

Amalkan teknik-teknik di bawah ini.

Untuk merehatkan mata: Gosokkan kedua tapak tangan anda sehingga panas. Letakkan kedua tapak
tangan anda itu pada mata anda. Lakukan sebanyak 3 kali.

Untuk menguatkan mata: Putarkan biji mata anda ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. Buatkan 2
pusingan ke kiri dan 2 pusingan ke kanan.

Semasa anda sedang menumpukan sepenuh perhatian pada bahan bacaan, otot-otot mata anda akan
menjadi kecut dan menegang.

Terdapat satu cara untuk melonggarkan ketegangan otot mata anda iaitu:

1. Pandang terus ke depan.

2. Tumpukan perhatian anda pada mata anda.

3. Cuba rasakan seolah-olah mata anda sedang 'membesar' dan bahagian dahi anda menjadi ringan dan
longgar.

4. Urut bahagian-bahagian kepala anda supaya menjadi tenang dan ringan.


5. Tarik rambut anda segenggam demi segenggam (jangan sampai tercabut!).

6. Gosok dahi anda ke kiri dan ke kanan.

7. Dengan menggunakan tangan, sapu muka anda.

8. Sapu bahagian belakang tengkok anda.

9. Urut di kedua bahagian belakang telinga anda.

Lakukan senaman ini:

- Berdiri tegak

- Tarik nafas panjang

- Lepaskan nafas melalui mulut

Senaman ringan ini akan menambahkan input oksigen ke dalam otak anda. Ingat, otak juga perlukan
oksigen untuk menjadi 'segar'. Ini akan memberikan tenaga baru bagi pembacaan anda yang seterusnya.

Jangan Lupa! kesemua teknik berkesan ini perlu anda amalkan dalam masa lebih kurang 10 minit selepas
anda mentelaah pelajaran selama 1 jam.

ke atas

Rahsia Minda

Para pakar otak dan pembelajaran kini mengakui bahawa otak kita berfungsi dari dua bahagian iaitu otak
kiri dan otak kanan. Untuk belajar dengan cemerlang, kita haruslah menggunakan kedua-dua bahagian
otak kita. Kerjasama antara otak kiri dan otak kanan disebut sebagai TOTAL LEARNING. Inilah rahsia
minda seseorang pelajar yang cemerlang.

Teknik menggerakkan otak kiri dan otak kanan serentak.

Pelajar dinasihatkan untuk mengamalkan teknik-teknik ini pada setiap masa sebelum mentelaah
pelajaran. Teknik-teknik berkesan ini mengambil masa selama lebih kurang 15 minit sahaja.

Teknik 1:

- Otak kanan mengawal bahagian kiri badan manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan.

- Anda hendaklah menggerakkan kedua-dua bahagian badan anda.

- Ini akan menggerakkan 'enjin' otak anda!


 

Teknik 2:

- Baring atas katil atau lantai.

- Tenangkan diri.

- 'Stretch' seluruh badan anda serentak, iaitu seolah-olah anda sedang berkembang ke semua arah.

- Apabila berasakan diri anda cukup 'tegang', lepaskan tekanan itu sambil berkata 'aah!'

Lakukan sebanyak 3 kali.

Teknik ini akan memberikan tenaga pada keseluruhan badan anda dan menyegarkan minda anda. Ini
akan membolehkan anda mula mentelaah pelajaran dengan lebih selesa dan mudah memahami segala
ilmu yang diterima.

Teknik 3:

- Pejamkan mata perlahan-lahan.

- Tumpukan perhatian anda pada bahagian tengah bulu anda.

- Bayangkan ada sebatang lilin di dalam kepala anda.

- Bayangkan yang lilin ini bercahaya dan menyinari segala kegelapan dalam otak anda.

- Lakukan amalan ini selama 3 minit.

- Teknik ini akan membantu menyatukan kedua-dua bahagian otak anda. Otak kanan dan otak kiri
bertemu di bahagian tengah kepala iaitu di bahagian antara kedua bulu kening anda.

Teknik 4:

Baca saranan-saranan ini dan ucapkannya sebelum anda memulakan apa-apa pembelajaran. Ini akan
memudahkan anda menghadapi kesulitan-kesulitan dalam sebarang topik yang sedang dipelajari. Sila
pilih saranan yang anda rasakan paling sesuai dengan perasaan anda. Baca dalam hati beberapa kali.

Contoh:

 
"AKU BIJAK, AKU PANDAI. AKU BOLEH INGAT APA SAHAJA YANG AKU BELAJAR."

"SUBJEK INI MUDAH. AKU SUKA SUBJEK INI. AKU PASTI BERJAYA DALAM SUBJEK INI."

"MATEMATIK SANGAT MENYERONOKKAN. AKU CINTAKAN MATEMATIK. AKU BOLEH SELESAIKAN


SEMUA MASALAHNYA."

BAHASA INGGERIS SANGAT PENTING. AKU BOLEH MENDAPAT BANYAK FAEDAH BELAJAR BAHASA
INGGERIS. BAHASA INGGERIS MUDAH. AKU BOLEH FAHAMINYA.

Baca saranan pilihan anda sehingga sebati dengan jiwa anda. Bacalah beberapa kali sebelum memulakan
pembelajaran. Anda boleh reka saranan sendiri mengikut subjek-subjek yang susah.

Saranan-saranan ini akan membantu keyakinan anda dalam keupayaan anda berjaya dalam peperiksaan.
Minda seseorang pelajar yang cemerlang mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri.
Kebolehan anda selama ini terpendam, Sekaranglah masanya. Bangunkan kebolehan anda.Yakin Boleh!!!

ke atas

Rahsia Badan Anda

Kesihatan pada badan akan mempengaruhi keupayaan daya ingatan anda. Usaha ini juga akan
menentukan kecergasan minda anda. Oleh itu amatlah perlu sekali untuk anda menjaga kesihatan anda
melalui:

1. makanan berzat

2. senaman fizikal

3. Makanan Berzat

Anda makan makanan setiap hari. Apa yang lebih penting bukanlah kuantiti makanan yang anda makan,
tetapi kualiti makanan anda itu. Adakah makanan itu berzat? Adakah zatnya seimbang? Oleh itu adalah
dinasihatkan supaya para pelajar mengambil vitamin tambahan setiap hari. Vitamin tambahan ini
mengandungi zat-zat galian yang penting yang dapat mengekalkan tahap kesihatan badan anda.

Di bawah ini disenaraikan vitamin-vitamin dan galian yang boleh membantu anda untuk membantu
menguatkan daya ingatan anda.
 

Vitamin A, B1, B2, B6, B12, C, D2, dan E.

Galian Kalsium, Potassium, Besi dan Zink

Vitamin-vitamin dan galian-galian ini boleh didapati di semua farmasi dalam bentuk pil atau kapsul.
Selain daripada vitamin dan galian di atas, terdapat dua bahan lain yang dipercayai dapat menguatkan
daya ingatan anda iaitu GINKO dan GERMANIUM.

Ginko diproses dari pokok-pokok tertua di dunia. Umur pokok-pokok ini mencapai hampir 200 juta
tahun dan dianggap mampu untuk terus hidup untuk tempoh 2 000 ke 4 000 tahun akan datang. Bahan-
bahan yang diproses dari daunnya dipercayai boleh memulihkan serta menguatkan daya ingatan kita di
samping mengubati penyakit-penyakit yang berkaitan dengan otak.

Germanium pula bertindak sebagai pemangkin oksigen dan membersihkan badan daripada toksin.
Bahan ini dipercayai dapat menguatkan ketahanan badan kita dan sekaligus menguatkan daya ingatan
kita.

Selain dari itu, banyakkan memakan kismis kerana ia dapat menambahkan kecerdasan berfikir.
Kurangkan memakan makanan yang mempunyai santan kerana ini boleh melemahkan minda.

Senaman Fizikal

Kalau pun anda seorang ahli sukan, anda dinasihati untuk mengamalkan siri-siri senaman ini yang
dipercayai dapat menguatkan 'tenaga batin' anda. Tenaga batin anda ini akan meningkatkan lagi
kecergasan otak anda.

ke atas

MENGAPA SERONOK BELAJAR?

Kamu tentu berasa seronok kalau menonton program TV seperti kartun, lawak jenaka, kung-fu dan
bermacam lagi. Begitu juga jika kamu membaca komik atau mendapat hadiah. Adakah kamu berasa
seronok ketika belajar? Adakah kamu sedar bahawa melalui pelajaran kamu akan:

1. Mendapat pengetahuan baru.

2. Mendapat kemahiran baru.

3. Mengembangkan potensi.

4. Mendapat hadiah.
5. Meningkatkan keyakinan diri.

6. Meningkatkan kemahiran berfikir.

7. Mendapat pekerjaan yang baik.

8. Menjamin masa depan yang cerah.

9. Menikmati rasa berjaya.

10. Mendapat pujian daripada guru dan ibu bapa.

1. Mendapat pengetahuan baru.

Pelajaran memberikan kita ilmu pengetahuan baru. Contohnya, kalau kamu membeli sehelai baju baru
yang berharga RM 35.00 dan membayar wang sebanyak RM 50, kamu tahu bahawa kamu perlu
mendapatkan balik wang baki sebanyak RM15.00. Ini adalah kerana kamu belajar Matematik.

2. Mendapat kemahiran baru.

Sebelum kamu dapat membuat kad raya atau kad hari jadi dengan komputer, kamu perlu belajar
bagaimana menggunakan komputer. Sekiranya kamu sudah pandai menyediakan kad-kad itu, kamu
dikatakan telah mendapat kemahiran baru.

3. Mengembangkan potensi.

Potensi ialah bakat dan kebolehan semula jadi kamu. Contohnya, kalau pelajar lain mengambil masa
enam bulan untuk bermain gitar tetapi kamu hanya memerlukan masa dua bulan sahaja. Ini bermakna
kamu mempunyai bakat muzik. Bakat ini hanya dapat dikembangkan lagi jika kamu diberi peluang belajar
bermain piano, organ dan alat muzik lain.

4. Mendapat hadiah.

Kamu boleh mendapat hadiah wang tunai dari pihak sekolah atau persatuan jika kamu adalah baik dan
cemerlang.

 
5. Meningkatkan keyakinan diri.

Keputusan yang baik akan meningkatkan keyakinan diri kamu. Semakin yakin kamu, semkain besar kamu
akan berjaya dalam ujian dan peperiksaan.

6. Meningkatkan kemahiran berfikir.

Pelajaran menajamkan lagi pemikiran kamu. Semakin tinggi pelajaran, semakin tinggi kebolehan kamu
berfikir secara kreatif dan kritis.

7. Mendapat pekerjaan yang baik.

Selepas kamu lulus PMR, SPM/STPM, kamu akan memasuki institusi pendidikan tinggi. Apabila kamu
telah menamatkan pendidikan di IPT, kamu akan mendapat pekerjaan yang baik.

8. Menjamin masa depan yang cerah.

Pelajaran membolehkan kamu masuk ke Institusi Pendidikan Tinggi. Dengan pekerjaan yang baik, kamu
akan mendapat gaji yang lumayan. Kamu dapat membeli barang-barang keperluan serta dapat membantu
keluarga kamu.

9. Menikmati rasa berjaya.

Kamu tentu akan berasa gembira dan bahagia kerana berjaya dalam ujian atau peperiksaan.

10. Mendapat pujian daripada guru dan ibu bapa.

Sekiranya kamu belajar dengan tekun, kamu akan mendapat keputusan yang baik. Guru dan ibu bapa
akan memberikan kamu pujian. Sudah tentu, kamu akan berasa begitu gembira.

Anda mungkin juga menyukai