ْ ق لِي
َُظ ِه َرهُ َعلَى ال ِّد ْي ِن ُكلِّ ِه َولَ ْو َك ِره ِّ ال َح ْم ُد هللِ الَّ ِذيْ أَرْ َس َل َرس ُْولَهُ بِالهُ َدى َو ِدي ِْن ال َح
َ اللّهُ َّم ُأَ ْشهَ ُد أَ ْن الإِلهَ إِال هللاُ َوأَ ْشهَ ُد أَ َّن َسيِّ َدنَا ُم َح َّمدًا َع ْب ُدهُ َو َرس ُْولُه ال ُم ْش ِر ُك ْو َن
ِّصل
ان إِلَى يَ ْو ِم ال ِّد ْي ِن ٍ لى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوأَصْ َحابِ ِه َو َم ْن تَبِ َعهُ ْم بِإِحْ َس ِ ََو َسلِّ ْم َوب
َ ار ْك َع
… ق تُقَاتِ ِه َوالت َم ُْوتُ َّن إِال َوأَ ْنتُ ْم ُم ْسلِ ُم ْو َن َّ َح َاتَّقُ ْوا هللا ! ِ…أَ َّما بَ ْع ُد…فَيَا ِعبَا َد هللا
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada
Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati
melainkan dalam keadaan Islam
Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika
ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak
bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah
tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa
ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan
dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
Sidang jumaat…
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang
sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari
mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in)
atau dari dalam ke luar (inside-out)?
Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor
luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan
kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan
jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan,
kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah
mereka.
Sidang jumaat….
Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia
tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang
manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang
tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa
semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya.
Firman Allah:
Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah “
.yang terbaik amalannya.” Al Mulk-2
Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana
mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati?
•Sidang jumaat…
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Melalui paparan media
massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya
mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti
dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik,
harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda
pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup
panjang …
Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai,
dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak
bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang
dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua
kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu
yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan
nama yang popular itu.
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang
luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang
dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki,
marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji,
tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri
hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia
bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia,
timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan
harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.
Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah
penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak
sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup
hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah
tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.
Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan
inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang
dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan
kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa
bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara
satu dengan lain.
Sidang jumaat…
19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih
(mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai
kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu
pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan
(ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka
Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.